Bahan Inti

5
BAHAN INTI :-) 250 g daging cincang 100 g cendawan butang, hiris nipis 100 g brokoli, potong kecil 1/2 batang lobak merah, didadu kecil 1 biji bawang besar, didadu 2 ulas bawang putih, cincang halus 1 helai bay leaf 4 camca besar mushroom sup dalam tin 2 camca besar mentega 1 camca teh serbuk lada hitam 1 camca besar hirisan daun parsley 1 cawan air Sedikit garam, jika perlu BAHAN KENTANG PUTAR :-) 300 g kentang 2 camca besar mentega 4 -5 camca besar susu cair 1/2 camca teh serbuk lada hitam 1/2 camca teh garam 1 camca besar hirisan daun parsley BAHAN LAIN :-) Parutan keju mozarella secukupnya Daun parsley untuk hiasan Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

description

schol

Transcript of Bahan Inti

Page 1: Bahan Inti

BAHAN INTI :-)250 g daging cincang100 g cendawan butang, hiris nipis100 g brokoli, potong kecil1/2 batang lobak merah, didadu kecil1 biji bawang besar, didadu2 ulas bawang putih, cincang halus1 helai bay leaf4 camca besar mushroom sup dalam tin2 camca besar mentega1 camca teh serbuk lada hitam1 camca besar hirisan daun parsley1 cawan airSedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)300 g kentang2 camca besar mentega4 -5 camca besar susu cair1/2 camca teh serbuk lada hitam1/2 camca teh garam1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)Parutan keju mozarella secukupnyaDaun parsley untuk hiasanSos cili sebagai sos sampingan, jika suka

Page 2: Bahan Inti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.

2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.

3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap

Page 3: Bahan Inti

dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....

CATATAN MAT GEBU :- Mat masukkan kentang tu dalam piping beg dan paipkan atas inti sehingga menutupi keseluruhannya. Lepas 20 - 25 minit kalau permukaannya kurang perang, tukar api oven pada fungsi "GRILL" dan masak lagi 5 minit.

SHEPHERD'S PIEResepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 ResepiSumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-

500 gram daging kisar

1 labu bawang besar (dipotong dadu)

1 ulas bawang putih (dicincang)

1 cawan kacang panggang (akak xda stok)

8 biji cendawan butang (dibelah 4)

5 biji tomato masak (dipotong dadu)

1 batang lobak merah (dipotong dadu)

1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun

1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air

1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar

1 kiub stok daging

2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)

Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.

3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.

4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.

5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.

6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...

Page 4: Bahan Inti

Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)

1/2 cawan susu segar

2 sudu makan mentega

1 sudu teh serbuk lada sulah

garam secukup rasa

Air untuk merebus kentang secukupnyaCara Menyediakan Pai:-

1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.

2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.

3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.

4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).

5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.

7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....