Bahan Isu Kepimpinan
-
Upload
dila-jaafar -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
Transcript of Bahan Isu Kepimpinan
-
8/11/2019 Bahan Isu Kepimpinan
1/4
Isu-Isu dalam Pengurusan Pendidikan
Pengenalan
Organisasi pendidikan perlu ditadbir dan diurus dengan baik agar organisasi, dalam hal ini sekolah akan
berfungsi dengan baik dan matlamat pendidikan akan tercapai. Gaya kepimpinan seorang Guru Besar
banyak mempengaruhi budaya organisasi sekolah. Kepimpinan yang baik akan menentukan
kecemerlangan sesbuah sekolah. Menurut Haji Hamdan Shaih Tahir, 1968 dalam Dr. Jainabee Kassim,
nota kuliah, 2009 pentadbiran melibatkan tugas untuk mencapai objektif satu-satu organisasi dengan
cara usaha yang kerjasama, komunikasi dan kolaborasi serta menganjur aktiviti-aktiviti terancang.
Sementara menurut Living Webster Encyclopedia dalam nota kuliah Dr. Jainabee Kassim, 2009
pengurusan merupakan satu seni mengurus, melayan, mengarah dan melaksanakan sesuatu untuk satu
tujuan iaitu mentadbir.
Jelas sekali peranan Guru Besar selaku pemimpin dan juga pengurus amat penting dalam menentukan
halatuju sesebuah sekolah, oleh itu seseorang Guru Besar perlu mempunyai ilmu dan pengalaman dalam
menguruskan sesebuah sekolah.
Isu kepimpinan guru besar yang kurang mantap, tidak proaktif dan kreatif.
Dalam organisasi pendidikan khasnya di sekolah ada beberapa isu yang timbul berdasarkan
persekitaran, suasana dan budaya sesebuah sekolah. Salah satu isu ialah kepimpinan guru besar yang
kuran mantap, tidak proaktif dan kreatif. Isu ini timbul kerana beberapa sebab tertentu di antaranya
ialah cara pelantikan mereka ke jawatan tersebut seperti mana yang diamalkan oleh Kementerian
Pelajaran. Pelantikan seseorang sebagai guru besar biasanya berdasarkan seniority dan tidak
mengambil kira prestasi kerja mereka atau pengetahuan mereka dalam pengurusan atau pengalaman
mereka dalam pengurusan.
Kebanyakan guru besar yang dilantik tidak diberi kursus atau pendedahan sebelum dilantik memegangjawatan tersebut. Jika sebelum ini mereka tiada pengalaman dalam pengurusan hanya sebagai guru
biasa yang terus dilantik berdasarkan seniority tentulah mereka tidak mantap dan cekap dalam
menguruskan sesebuah sekolah.
-
8/11/2019 Bahan Isu Kepimpinan
2/4
Guru Besar sebegini biasanya sudah berada di penghujung karier mereka dan sebahagian besar daripada
mereka dilantik bila umur sudah mencapai 54 atau 55 tahun dan bagi mereka hanya menunggu masa
untuk bersara dan tidak proaktif dan kreatif. Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko dan telah
berada dalam comfort zone dan meneruskan apa sahaja budaya pengurusan yang lalu walaupun
pengurusan dan kepimpinan sebelumnya tidak membawa apa-apa perubahan atau pencapaian yang
baik kepada sekolah tersebut.
Terdapat juga setelah dilantik barulah Guru Besar tersebut dihantar untuk berkursus contoh di Institut
Aminuddin Baki dan lain-lain, tetapi kadang-kadang sudah terlewat kerana mereka telah pun dilantik
dan jika sememangnya mereka dari golongan yang bermasalah dan tidak mahu membuat apa-apa
perubahan demi kebaikan sekolah, khasnya demi kebaikan anak-anak murid, ianya tidak begitu
berkesan, kerana ada yang hanya pergi berkursus semata-mata untuk makan angin sahaja.
Langkah menangani kepimpinan Guru Besar yang kurang mantap, tidak proaktif dan tidak kreatif
Isu ini sebenarnya boleh diatasi di mana Kementerian Pelajaran perlu mengubah cara pelantikan Guru
Besar, dan kebelakangan ini Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah tertentu dalam
mengatasi isu ini. Program mentoring telah dijalankan di mana guru besar yang baru dipasangkan
dengan seorang guru besar cemerlang yang telah berjaya menguruskan sekolahnya dengan baik dengan
harapan guru besar yang baru dilantik dapat belajar bidang kepimpinan dan pengurusan yang baik.
Guru Besar merupakan faktor penting bagi mewujudkan sekolah berkesan. Dengan sifat-sifat seperti
karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan kebolehan mereka akan dapat memimpin , membimbing
dan membawa warga sekolah kearah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. ( Alimudin Mohd
Dom, 2006 )
Guru Besar seharusnya merancang, memimpin, mengelola dan mengawal organisasi sekolah dengan
cara mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru dan staf. Misi, visi, matlamat dan objektif
sekolah hendaklah diputuskan bersama dengan guru-guru barulah guru-guru dan staf mempunyaisemangat kekitaan atau kepunyaan. Mereka akan merasakan bahawa mereka menyumbang kepada
organisasi. ( Stoner, Freeman & Gilbert, 1995 dalam Mohd. Sani, Mohd Izham dan Jainabee, 2008 )
-
8/11/2019 Bahan Isu Kepimpinan
3/4
Pendedahan pengurusan sebegini harus diberikan kepada Guru Besar supaya mereka dapat mengurus
dan memimpin seperti mana yang dinyatakan di atas dalam mewujudkan sekolah berkesan lagi
cemerlang.
Pelantikan Guru Besar seperti mana yang diamalkan sekarang perlu ada perubahan drastik dan langkah-
langkah komprehensif harus diambil untuk mewujudkan Guru Besar yang mantap, proaktif dan kreatif.
Sebelum seorang Guru Besar dilantik proses penapisan harus dijalankan untuk mencari mereka yang
benar-benar layak, mampu dan ingin menjadi seorang Guru Besar yang berjaya. Seseorang yang akan
dilantik sebagai Guru Besar sepatutnya dihantar berkursus selama setahun untuk mempelajari selok
belok pengurusan dan kepimpinan, mereka yang berjaya dalam kursus tersebut akan dihantar ke
sekolah untuk percubaan selama 6 bulan dan mereka yang berjaya sahaja barulah dilantik sebagai Guru
Besar.
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan UniversitiUniversiti tempatan merupakan salah satu
langkah yang amat baik dalam usaha untuk mendedahkan Guru Besar akan cara pengurusan dan
kepimpinan yang baik. Program sebegini yang mengambil masa sehingga tiga tahun banyak memberi
input untuk digunakan dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah.
Pelbagai cara lagi boleh diadakan dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan Guru
Besar-Guru Besar yang mantap, proaktif dan kreatif.
Di beberapa buah negara, pelbagai cara dijalankan untuk mewujudkan Guru Besar atau Pengetua yang
baik dalam kepimpinan dan pengurusan, sebagai contoh di Singapura pendedahan selama setahun
diberikan sebelum dilantik, di negara China latihan berterusan diberikan di tempat kerja, di Taiwan
diwujudkan pusat latihan khas tujuan melatih Guru Besar atau Pengetua, di Perancis, belajar semasa
bekerja, di Norway dilatih di Universiti dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. (Dr. Mohammed Sani
Ibrahim, 2009 )
Penutup
-
8/11/2019 Bahan Isu Kepimpinan
4/4
Langkah-langkah tersebut jika dilakukan boleh melahirkan pemimpin organisasi sekolah yang mantap,
proaktif dan kreatif, dan secara tidak langsung akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta
sudah tentu akan mewujudkan budaya pengurusan dan kepimpinan sekolah yang cemerlang.
Walaubagaimana pun sebaik mana langkah-langkah tersebut diambil akhirnya akan bergantung kepada
sikap individu itu sendiri yang ingin berubah dan membawa perubahan.
Rujukan :
1. Nota Kuliah Dr. Jainabee Kassim, 2009
2. Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom-Ketua Nazir Sekolah , 2006
Outstanding Leaders : Membina SekolahCemerlang
3. Dr. Mohammed Sani Ibrahim, Dr. Mohd Izham b. Hj. Mohd Hamzah, Dr. Jainabee Md. L.S. Kassim,
2008, Sekolah BerkesanKonsep dan Ciri Utama.
4. Nota Kuliah Dr. Mohammed Sani Ibrahim, 2009