Bahan Peruncingan Tema 08 Bahagian B

download Bahan Peruncingan Tema 08 Bahagian B

of 19

description

S

Transcript of Bahan Peruncingan Tema 08 Bahagian B

TEMA 8 : TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYASET SOALAN KERTAS 2 : BAHAGIAN B (SOALAN ESEI)BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAHKeperibadian Nabi Muhammad s.a.w merupakan pemimpin dan ketua keluarga yang patut dicontohi oleh generasi masa kini.NoSoalanSkema

(a)Senaraikan sifat- sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w?(4 markah) siddiq (berkata benar), amanah(dipercayai), tabliq(menyampaikan) fatanah(bijaksana) pemaaf penyabar penyayang.

(b)Apakah bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w boleh dicontohi sebagai ketua keluarga.(4 markah) Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, membersihkan rumah. Anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.

(ci)Apakah ikhtibar yang boleh yang boleh diambil berdasarkan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan. (6 markah) Pengalaman - Pengalaman diperoleh semasa baginda berusia 12 tahun Rombongan - Mengikuti rombongan bapa saudara baginda ke Syam. Giat - Giat berdagang semasa berusia 20 tahun. Berseorangan - Berniaga secara berseorangan. Kongsi - Baginda Berkongsi berniaga dengan temannya. Urus - Menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah. Modal - Memperoleh modal yang besar daripada Khadijah untuk diuruskan oleh baginda. Untung - Memperolehi keuntungan berlipat-ganda.

(d)Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda hendak melahirkan generasi yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji?(6 markah)KBAT Amanah Amanah dalam menguruskan pentadbiran. Bersungguh Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Bijaksana Bijaksana dalam menyelesaikan isu masyarakat Pengasih Pengasih dalam melayan / ember pendidikan Bertimbang rasa Bertimbang rasa dalam semua urusan. Merendah Merendah diri dalam pergaulan. Bergaul Bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Ada visi dan misi Bijaksana dan berpandangan jauh semasa membuat keputusan Masyarakat Selalu memikirkan tentang kehidupan masyarakat.

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAHSET 1Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaani 12 September tahun 622 M..

NoSoalanSkema

(a)Jelaskan pengertian hijrah.(4 markah) Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku

Atau

Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Berikan hujah anda bagi menangkis pandangan barat ini(4 markah) Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya, Nabi Muhammad s.a.w. pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam.

(b)Mengapakah hijrah berlaku dari Kota Makkah ke Madinah?(4 markah) Perintah Allah melalui wahyu Penentangan hebat yang dilakukan orang-orang Quraisy terhadap Islam Merupakan satu strategi untuk mengembangkan Islam Pelawaan dan jemputan orang Islam Madinah terhadap orang Islam

(c)(i)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kepetingan hijrah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. terhadap perkembangan agama Islam.(8 markah)KBAT Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu. Hijrah juga turut memberikan peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj, melalui semangat persaudaraan sesama Islam. Sebelum ini, mereka sering bertelagah walaupun disebabkan perkara yang kecil. Penghijrahan ini juga telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Hubungan ini terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah. Hijrah juga dapat menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial. Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar Hijrah telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama, dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi. Walau bagaimanapun, masjid yang pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam ialah Masjid Quba'. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam di kawasan persekitaran masjid juga dibolehkan orang Islam mengadakan aktiviti harian seperti berjual beli. Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab. Pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di negara Islam seperti Malaysia. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Perubahan pada nama Yathrib ini hari ini merupakan salah satu usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. Hijrah juga menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Abu Bakar al-Siddiq, misalnya, sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah. Ali bin Abu Talib pula sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan, semata-mata untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda. Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan. Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara Contohnya, puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma'. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar. Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif baginda ini patut dicontohi. Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu di Gua Thur. Baginda memilih jalan lain, iaitu jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah. Baginda berpendapat jalan ke Madinah menerusi utara Makkah kurang selamat. Nabi Muhammad s.a.w. menyedari bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah pada suatu masa kelak. Oleh itu, baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaik-baik berhijrah, iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.

mana-mana munasabah.

(ii)Pada pandangan anda, terangkan bentuk penghijrahan yang kita boleh lakukan pada zaman sekarang.(4 markah)KBAT Berhijrah daripada sifat malas kepada rajin Berhijrah daripada akhlak buruk kepada akhlak terpuji Berhijrah daripada hidup bersengketa kepada sukakan perdamaian Berhijrah daripada kehidupan yang miskin kepada kehidupan yang lebih sejahtera Berhijrah daripada sifat kedekut kepada sifat pemurah

mana-mana munasabah.

SET 2PERJANJIAN AQABAHHIJRAH

NoSoalanSkema

(a) Terangkan isi perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua[6 markah]Perjanjian Aqabah Pertama

Iman-Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan rasul

Bantu-Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w

Amalan-Tidak akan melakukan amalan jahiliyah seperti mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan hidup-hidup

Perjanjian Aqabah Kedua

Peluk -Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam

Taat-Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w

Jemput-Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah

Tempat-Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal

Selamat-Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah

Sedia-Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam

NoSoalanSkema

(b)Piagam Madinah dibentuk selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah.

Nyatakan prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Piagam Madinah. [8 markah] Muka surat 127

Pemimpin-Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin di Madinah

Hakim-Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim

Bebas-Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing

Adat-Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam

Ummah-Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

Musuh-Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri

Undang-undang-Undang-undang Islam diguna secara menyeluruh

Riba-Riba dan unsur penipuan dihapuskan dalam sistem perniagaan

Mempertahankan-Mempertahankan Madinah dari ancaman luar

Keselamatan-Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mematuhi perlembagaan

NoSoalanSkema

(c)Setujukah anda bahawa penbentukan Piagam Madinah mencerminkan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w mewujudkan sebuah masyarakat yang sistematik dan bersatu padu?

Berikan alasan anda. [ 6 markah] Muka surat 128

Diterima-Piagam Madinah diterima oleh semua golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama

Ukhuwah-Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk masyarakat berasaskan semangat ukhuwah Islamiah

Taraf-Semua rakyat Madinah mempunyai taraf kedudukan yang sama

Adil-Keadilan sosial diamalkan di Madinah

Undang-undang-Memperkenalkan undang-undang Syariah Islamiah yang adil dan dapat dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat

Negara-Rakyat mempunyai tanggung jawab yang sama untuk mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh

SET 32. PIAGAM MADINAH(a)Kandungan Piagam Madinah lengkap,menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Buktikan pernyataan ini. [4 markah]

Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah. mengandungi 47 fasal 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat Dari segi politik, iaitu pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin Kesemua masyarakat telah bersetuju untuk menerima baginda Baginda juga berperanan sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan kesemua masalah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan Sebelum ini, tidak ada hakim yang diiktiraf dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu yang lain Sikap buruk sangka dilarang sama sekali Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memaksa mereka memeluk Islam orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka. Dari segi social masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu/tolong-menolong/bekerjasama tanpa mengira bangsa Perasaan benci-membenci dan mementingkan diri sendiri dielakkan demi menjaga keharmonian negara. Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan Sesuatu hukuman yang dikenakan dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati. tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi Islam melarang riba dan penindasan kesemua masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar. mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah Mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan Mereka dibenarkan tinggal di Madinah kedudukan mereka terjamin dan selamat selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.

(b)Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan Islam. [4 markah]

Merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam negara berbilang bangsa dan agama. Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. menggubal suatu piagam baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat Dari segi ekonomi amalan riba/ penipuan/ rasuah/ penindasan tidak dibenarkan. Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan Berasaskan keadilan ini ekonomi kerajaan Islam di Madinah mula meningkat. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman Nilai hidup yang ditanam adalah berasaskan semangat ukhuwah Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama konsep keadilan sosial telah dipraktikkan di Madinah Dari segi hak Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat Amalan dan sifat positif dipraktikkan seperti semangat perpaduan/ bantu-membantu/ rela berkorban masyarakat Madinah dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil boleh diikuti oleh kesemua masyarakat. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan Sistem pemerintahan ini meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan Orang Yahudi, misalnya, tidak boleh menindas kaum Arab yang lain Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar di sekitarnya.

c. iNyatakan kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara yang berdaulat. [6 markah]-Memastikan negara kekal aman-Melancarkan pemerintahan -Supaya tidak wujud rampasan kuasa-Rakyat lebih berdisiplin- Menghukum pesalah- Memastikan ekonomi kekal maju

c.iiApakah peranan anda sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab kepada negara? [6 markah] Memastikan diri cemerlang dalam pelajaran Tidak melanggar undang-undang negara Tidak melakukan vandalisme Tidak terlibat dengan perhimpunan haram Memelihara kebersihan bandar Mendokong 5 prinsip rukun negara.

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYAKerajaan Bani Abbasiyah telah memberi sumbangan yang besar kepada peradabapan manusia dalam bidang ilmu pengetahuan. NoSoalanSkema

aJelaskan latar belakang pengasasan kerajaan Bani Abbasiyah4 markah Diasaskan pada tahun 750 M Gerakan ditaja oleh Ali bin Abdullah Menggunakan nama Ahlul Bait Menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi Mengambil nama sempena nama al Abbas Mengamalkan pemerintahan bercorak sistem perwarisan / monarki Pusat pemerintahan diubah dari Damsyik ke Baghdad

bJelaskan peranan Kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. 4 markah

Menjadi pusat intelektual Menjadi pusat penyebaran ilmu Menjadi pusat penterjemahan karya asing Pembinaan Baitulhikmah Sebagai instuitusi keilmuan Menjadi pusat kegiatan penulisan Menjadi pusat kegiatan ulama Menubuhkan institusi pengajian tinggi Memelihara warisan ilmu Eropah daripada terus lenyap

c (i)Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Bani Abbasiyah sebagai pusat kecemerlangan ilmu. 6 markah

Mencintai ilmu pengetahuan Gigih menuntut ilmu Mengembangkan ilmu Rajn berusaha Menghargai ilmu pengetahuan Menghormati gologan ilmuan Menguasai ilmu pengetahuan Melanjutkan pelajaran Membudayakan ilmu Mana-mana jawapan munasabah

c (ii)Sebagai seorang pemimpin , apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu6 markah

Kita hendaklah mendirikan pelbagai institusi keilmuan Mengembangkan kegiatan penulisan di Malaysia Menjadikan Malaysia pusat intelektual Memberi penekanan pada kegiatan penterjemahan Menambahkan bilangan pusat pengajian tinggi Menyediakan peruntukan untuk kegiatan keilmuan Menggalakkan kegiatan keilmuan Memberi insentif kepada para intelektual Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARASET 3NoSoalanSkema

a)Huraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China. [6 markah] Teori dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia/S.Q Fatimi Memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal Dalam kalangan peniaga Arab yang beragama Islam sejak abad ke-19 Masihi Mewujudkan jalinan hubungan antara peniaga Islam Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cina di negara China Islam disebarkan kepada masyarakat Asia Tenggara. Bukti daripada S.Q Fatimi Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton/Amoy Berpindah ke Asia Tenggara sekitar tahun 876M Diperkukuh dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu Ditemui di Sungai Tersat, kuala Berang, Terengganu Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid di Nusantara seperti di Kelantan/Melaka/Pulau Jawa Islam berkembang dari China menerusi Champa Di Melaka, unsur China dilihat pada bentuk bumbung masjid Wujud persamaan dengan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda) bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik Warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid Terdapat juga pada jubin/lantai/dinding/tangga/kolam air di masjid.

b)Bagaimanakah kegiatan faktor perdagangan berjaya mempengaruhi penyebaran agama Islam di Asia Tenggara? [8 markah]

Disebarkan oleh para pedagang Arab/China/India Sejak lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan di Asia Tenggara Seperti pelabuhan di Selat Melaka/Teluk Siam/Indo-China Pelabuhan di Kepulauan Rempah Seperti pelabuhan Maluku/Makassar/pelabuhan di Laut Jawa Pelabuhan sebagai pusat kegiatan manusia Kepercayaan/ amalan baru menjadi tajuk perbualan Kemurnian sikap/tingkah laku menjadi ikutan penduduk setempat Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam Semangat dakwah Islamiah pedagang Arab/Cina/India menarik minat masyarakat tempatan di Bandar pelabuhan Ulama juga dibawa untuk menyebarkan Islam tinggal beberapa bulan/menetap di pelabuhan di Asia Tenggara Sifat pedagang Berhemah/lemah lembut semasa berdakwah Sifat mahmudah ramai penduduk tempatan memeluk Islam. Hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan Pedagang diberi keistimewaan tertentu Pedagang Islam menggunakan peluang untuk berdakwah kepada masyarakat setempat Kejujuran dan sifat amanah para pedagang pedagang dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa bandar pelabuhan. Islam tersebar menerusi peranan syahbandar

c)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kesan pengaruh budaya masyarakat Cina dalam sosiobudaya masyarakat Malaysia hari ini. [6 markah]

Makanan (mi, kue teow, makanan berkukus, Kueh kapit) Pakaian ( Cheongsam, baju melayu bercirikan Cina) perayaan Bahasa pertuturan Kemahiran menggunakan sempoa Alat muzik Tarian Tanglung(Mana-mana jawapan munasabah)

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.SET 4NoSoalanSkema

(a)Jelaskan pengaruh Islam dalam pentadbiran kerajaan Melayu [6 markah]

Muka surat: 197.

Penggunaan gelaran pemerintah berkonsep Islam menggantikan konsep dewaraja dalam tradisi Hindu-Buddha.Contohnya, gelaran Zillullah fil Ardh bermakna bayangan Allah di muka bumi. Sultan Mahmud Syah menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin. Menggalurkan nasab keturunan daripada tokoh Islam. Meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi Ulama berperanan memberi nasihat dan pandangan dalam sistem pemerintahan berasaskan Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kesultanan Melayu Melaka mendapatkan khidmat dari ulama seperti Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin. Di Kelantan dan Terengganu muncul ulama terbilang seperti Tuk Ku Pulau Manis,Tuan Tabal dan Tuk Pulau Condong. Penggunaan konsep daulat dalam institusi kesultanan menjadi pengikat antara rakyat dengan pemerintah. Daulat mengangkat kedudukan seseorang raja bagi menimbulkan rasa hormat dan setia di kalangan rakyat. Daulat diperkukuhkan dengan pengekalan adat istiadat dan tradisi istana seperti cara berpakaian/ berbahasa/ istiadat pertabalan dan sebagainya.

(b)Pada pandangan anda, bagaimanakah institusi kesultanan Melayu dapat diperkukuhkan ? [6 markah]KBAT

Muka surat 197-198

Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat. Konsep daulat ialah pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep ini mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi Pengukuhan konsep daulat menerusi adat istiadat seperti istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan tertib dan mengikut aturan yang ditetapkan.. Adat istiadat lain seperti cara berpakaian, jenis pakaian, bahasa dan pengucapan,tingkah laku juga mengukuhkan kedudukan institusi kesultanan Meletakkan institusi kesultanan di hieraki teratas dalam sistem pemerintahanMana-mana munasabah

(c)(i)Pada pandangan anda, berikan sebab konsep daulat menjadi pegangan orang Melayu. [4 markah]KBAT

Pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Mengangkat kedudukan seseorang raja ke tahap yang tinggi. Penghormatan rakyat terhadap institusi raja. Sesuatu yang dipercayai kebenarannya

Mana-mana munasabah

(c)(ii)Pada pandangan anda, mengapakah institisi kesultanan perlu dipertahankan? [4 markah]KBAT

Sultan dapat memastikan Islam dipertahankan sebagai agama rasmi Sultan dapat memastikan / menjamin keadilan Sultan dapat memainkan peranan yang besar Supaya ekonomi Islam dapat ditegakkan Supaya kedudukan / keistimewaan orang Melayu dapat dipertahankan

Mana-mana munasabah

SET 5Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan Institusi kewangan.NoSoalanSkema

(a)Berikan dua mata wang yang digunakan untuk urusanperdagangan di Melaka.

[2markah]

Wang timah Melaka. Wang timah Johor. Wang timah Kedah. Wang emas Johor Wang emas Kelantan

(b)Apakah sumbangan bidang perdagangan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita ?

[2markah]

Memberikan pendapatan kepada negara Menggalakkan pelaburan asing Menyebabkan berlakunya pengaliran dana dari luar negara Menyediakan peluang pekerjaan Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang Meningkatkan taraf hidup rakyat Mempercepatkan pembangunan infrastruktur Mana-mana jawapan munasabah

CTerangkan perkembangan institusi kewangan di Tanah Melayu sehingga awal abad ke 20

( 8 markah )

Bertujuan melicinkan urusan kewangan Menyediakan kemudahan pinjaman para pelabur Sistem kewangan moden berorientasikan keuntungan Kadar faedah yang tinggi Dana luar Negara dibawa masuk Ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport Bank Eropah mula membuka bank di Tanah Melayu Antara bank The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah Pemodal tempatanm menubuhkan bank sendiri Kwong Yik Bank tempatan ditubuhkan di Kuala Lumpur Bank of Malaya(Ipoh) dan Bank Ban Hin Lee ( P. Pinang) Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak Bank Melayu pertama ialah Malay National Banking Corporation Bhd di Kuala Lumpur

(d)Berdasarkan pengetahuan sejarahj anda, apakah kesan pengenalan sistem mata wang dan sistem cukai terhadap pembangunan ekonomi negara.[8markah]

Melicinkan urusan perdagangan Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan Menjadi pemangkin kepada perkembangan industri Menggalakkan masyarakat tempatan berdagang Meningkatkan taraf hidup rakyat Mempercepatkan pembangunan infrastruktur