Tema 3(sivik)
Transcript of Tema 3(sivik)
PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAANTAHUN 5
Objektif pembelajaran:i. Menjelaskan kepentingan semangat kejiranan
dipupuk di kalangan anggota masyarakat
ii. Menghuraikan faedah aktiviti kejiranan pada
masyarakat dan negara
iii. Menyertai aktiviti masyarakat setempat
iv. Mengamalkan sikap yang baik untuk menjaga imej masyarakat
v. Menghormati jiran tetangga
vi. Peka terhadap isu dan masalah yang boleh
menjejaskan kesejahteraan masyarakat
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat
Membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh
Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu
Membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara
satu sama lain
Semangat kejiranan
- Hidup berharmoni dengan jiran
- Mengenali keluarga
jiran
- Memahami cara hidup
jiran
- Menghormati agama dan
budaya jiran
- Menganggap jiran seperti
keluarga sendiri
1. Anggota jiran yang tinggal di sesuatu tempat perlu berusaha mewujudkan suasana hidup yang harmoni
2. Suasana hidup harmoni ini dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota jiran menjalinkan hubungan yang baik
HIDUP HARMONI DENGAN JIRAN
3. Hubungan yang baik terjalin jika anggota jiran mengamalkan semangat kejiranan seperti :
a) bekerjasama b) tolong - menolong
c) bertolak ansur d) hormat menghormati
e) beramah mesra
MEMAHAMI CARA HIDUP JIRAN:
1. 1. Setiap anggota jiran mempunyai cara hidup yang berlainan antara satu sama lain
2. cara hidup jiran ini berbeza kerana mempunyai latar belakang yang belainan
3. Jiran -jiran kita mungkin berasal dari negeri yang berbeza , anutan agama yang berbeza , kepercayaan atau kesukaan yang berbeza .
4. Sebagai anggota jiran , kita harus memahami cara hidup jiran agar hidup bersama dengan lebih
harmoni
Menghormati agama dan budaya jiran
Jiran yang berlainan negeri mempunyai dialek bahasa
yang tersendiri.
Kita harus cuba memahami dialek bahasanya tanpa mempersendakan dialek
tersebut.
Jiran tersebut melakukan perkara - perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara di tegah dalam ajaran agama yang dianuti .
Sebagai jiran kita harus memahami perkara ini agar dapat menjaga hati jiran daripada menyinggung perasaan jiran dalam hal - hal yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan .
Jiran yang berbeza anutan dan kepercayaan agama mengamalkan cara hidup mengikut ajaran agamanya .
• Anggota jiran juga mempunyai kesukaan yang berbeza antara satu sama lain
• Mungkin terdapat anggota jiran lelaki yang suka menanam pokok bunga
• Kita harus menghormati kesukaannya tanpa menganggap kesukaan itu tidak sesuai dengan jiran tersebut
• Ini kerana setiap anggota jiran mempunyai citarasa yang berbeza
Mengenali keluarga jiran
1. Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita selain daripada
ahli keluarga. 2. Semangat kejiranan amat penting dipupuk di
kalangan anggota masyarakat .3. Setiap anggota masyarakat perlu
mengamalkan amalan hidup berjiran .4. Amalan hidup berjiran ini dapat mewujudkan
suasana hidup yang lebih harmoni.
Menganggap jiran seperti keluarga
sendiri
Aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan di kawasan kediaman:
-Bergotong-royong membersihkan kawasan
kejiranan-Bekerjasama dalam menjaga kebersihan
-Saling membantu antara jiran
SEPAKAT MENJAYAKAN AKTIVITI MASYARAKAT
Hargai semangat kejiranan denganmengamalkan sikap yang baik untuk menjaga imej masyarakat seperti :
-membantu jiran tetangga -melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan
di kawasan kediaman -menghormati jiran tetangga
Semaikanlah semangat kejiranan dalam diri anda