bahan sumbangan 1

7
http://wira-perkasa-malaysia.blogspot.com/2010/07/tun-dr- mahathir-22-tahun-jasa-dan.html Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke- 21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu. Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa

description

sumbangan

Transcript of bahan sumbangan 1

Page 1: bahan sumbangan 1

http://wira-perkasa-malaysia.blogspot.com/2010/07/tun-dr-mahathir-22-tahun-jasa-

dan.html

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran,

positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan

luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak

Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.

Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the

South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai

Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai

`Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan

pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic',

`Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang

menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu

memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran

yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai

Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang

diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum

dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di

kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-

substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai

banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru

besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan

orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih

dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang

mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian

dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau

Page 2: bahan sumbangan 1

mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta

dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap

Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka

lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua

pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih

besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun

pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan

dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang

mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak

meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat

demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan

Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1

di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan

Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA

Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya,

dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom

yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan

seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu

luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang

dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal

atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk

mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang

pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui

Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974,

dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya,

beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun

Page 3: bahan sumbangan 1

Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam

tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun

Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri

Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah

jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan

dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-

tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi.

Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian,

segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-

tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau

mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957,

dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir

telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana

Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka

waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin

yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat

panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila

perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan

kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai

isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai

waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri

dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting

dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau

telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi

Page 4: bahan sumbangan 1

utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan

pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula

Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang

menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian,

bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi

(seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh

rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita

daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan

pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah

menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia

Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti

Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan

rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan

pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional

global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan

beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di

pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan

kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali

(NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau

bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga

sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi

kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam

tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana

Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya

berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise

bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan

itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut.

Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. - Prof

Page 5: bahan sumbangan 1

Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental

(Ikon).