Bahan tatabahasa

15
KATA ADJEKTIF Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. 1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. A. Jenis-jenis kata Adjektif 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 1. Adjektif Jati Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. Contoh Buku itu berwarna biru. Budak kurus itu kawan saya. 2. Ajdektif Bilangan atau pecahan Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Contoh Ayah memiliki dua buah kereta. Saya membeli beberapa kuntum bunga. 3. Adjektif Tunjuk Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana” contoh Baju ini mahal harganya. Perkara demikian jangan diulangi lagi. 4. Adjektif pencerai / pengasingan Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok- selonggok. Contoh Setiap pelajar mesti berdiplin. Ambil barang masing-masing. 2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan 4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: (a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik; (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau; (c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; (e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

Transcript of Bahan tatabahasa

Page 1: Bahan tatabahasa

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. 1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. A. Jenis-jenis kata Adjektif 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 1. Adjektif Jati Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. Contoh Buku itu berwarna biru. Budak kurus itu kawan saya. 2. Ajdektif Bilangan atau pecahan Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Contoh Ayah memiliki dua buah kereta. Saya membeli beberapa kuntum bunga. 3. Adjektif Tunjuk Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana” contoh Baju ini mahal harganya. Perkara demikian jangan diulangi lagi. 4. Adjektif pencerai / pengasingan Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok. Contoh Setiap pelajar mesti berdiplin. Ambil barang masing-masing. 2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan

4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: (a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik; (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau; (c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; (e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

Page 2: Bahan tatabahasa

B. Pangkat-pangkat Adjektif 1. Pangkat biasa ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh Baju dia cantik. Buah betik itu manis. 2. Pangkat perbandingan Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh Tenaganya sekuat Badang. Buah jambu itu semanis gula. 3. Pangkat menyangat Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh Cuaca hari ini sangat mendung. Buah rambutan ini terlalu masak. 4. Pangkat penghabisan Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan. Contoh Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia. Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. Kata Sendi Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa, atau ayat.

Page 3: Bahan tatabahasa

KATA GANTI NAMA

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal)

digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama

tunggal beta, patik, aku, saya

jamak kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak kalian

Kata Ganti Diri Penggunaannya

Page 4: Bahan tatabahasa

Kedua

anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu (tunggal dan jamak)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti. 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi. Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga

tunggal ia, dia, beliau, baginda

jamak mereka

Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendiaikan 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. Dia menolong bapanya. 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi. 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Page 5: Bahan tatabahasa

Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama ( Orang yang bercakap )

aku saya patik hamba

kami kita

Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap )

awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku

awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian

Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)

dia ia nya beliau baginda

mereka

Kata Ganti Tanya 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan

apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah kenapakah mengapakah

berapakah

Kata Ganti Nama Penggunaannya

apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan

siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang

mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 4. Nama pokok itu apa ? 5. Pemuda kacak itu siapa ? Kata Ganti Tempat 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Page 6: Bahan tatabahasa

Kata Ganti Tempat Penggunaannya

sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh

sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap

situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana

Benda, orang, Binatang ini, itu

Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaan begini, begitu, demikian

contoh ayat 1. Ini langsat. 2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik. Kata Ganti Umum / Tak Tentu Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Kata Ganti Nama Penunjuk Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: i. Ini komputer. ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya: i. Kotak ini berat. ii. Saya belajar di sekolah itu. Kata Ganti tak tentu. 1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Ayat-ayat contoh

apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.

Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu. 2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Page 7: Bahan tatabahasa

Kata Ganti Tak Tentu sapa-sapa mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu siapa-siapa atau sesiapa

Penggunaannya digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Page 8: Bahan tatabahasa

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan „me-„ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. (a) Pak Abu menjala ikan. (b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. (c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. (d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. (e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. (f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )

Dia suka membaca buku

Jamilah memukul seekor ular

Abidin menjual kuih-muih

Ramli berjalan ke sekolah

Kereta itu melanggar seekor lembu

Page 9: Bahan tatabahasa

B. Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya :: 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan

Kami mandi di tasek itu.

Dia senyum semasa berjalan

Saya menyanyi dengan kuat

Hassan berjalan ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah „kan‟ atau „ I‟ di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam. 7.3 Kata Kerja Pasif 1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. 2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga 3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan. 4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan. 5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Page 10: Bahan tatabahasa
Page 11: Bahan tatabahasa

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan

GANTINAMA

dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )

b) Kata Nama Khas

c) Kata Ganti Nama

d) Kata Nama Terbitan

e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu

yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-

tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am

atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat

dilihat

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Page 12: Bahan tatabahasa

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama

terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian

tua - ketua

raja - kerajaan

tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada

awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor

gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan

untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak

bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama

bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau

khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Page 13: Bahan tatabahasa

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf

besar.

manusia Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama

Am

Kata Nama Khas

Benda bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang doktor Doktor Efendi

Page 14: Bahan tatabahasa

kerani

guru

budak lelaki

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang kucing

lembu

katak

ayam

burung

Si Tompok

Lembu Sapi

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )

di akhir kata ( akhiran )

di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

Page 15: Bahan tatabahasa

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir

kata

per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan

ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada

beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peraga

latih

bawa

lawan

peragawati

latihan

pembawaan

perlawanan

kata sendi oleh

untuk

perolehan

peruntukan

kata nama lombong

rumah

guru

perlonbongan

perumahan

perguruan

kata adjektif cantik

besar

tinggi

kecantikan

pembesar

ketinggian