BAHASA CERMINAN BANGSA DAN BUDAYA - docs.jpa.gov.my · Pelbagai program telah dilaksanakan untuk...

6
EDISI 21 : 1 - 15 DISEMBER 2016 Majlis Pelancaran Buku ‘Mempersada Tradisi Keilmuan’ ms2 Sekitar Lawatan Delegasi Bank Dunia (World Bank) Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri Dan Sektor Awam 2016 Majlis Genta Bahasa Ke-3 Tahun 2016 ms3 ms2 ms4 BAHASA CERMINAN BANGSA DAN BUDAYA

Transcript of BAHASA CERMINAN BANGSA DAN BUDAYA - docs.jpa.gov.my · Pelbagai program telah dilaksanakan untuk...

EDISI 21 : 1 - 15 DISEMBER 2016

Majlis Pelancaran Buku ‘Mempersada Tradisi Keilmuan’

ms2

Sekitar Lawatan Delegasi Bank Dunia (World Bank)

Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri Dan Sektor Awam 2016

Majlis Genta Bahasa Ke-3 Tahun 2016

ms3

ms2 ms4

BAHASA CERMINAN BANGSA DAN BUDAYA

2

MAJLIS PELANCARAN BUKU ‘MEMPERSADA TRADISI KEILMUAN’

PULAU PINANG, 4 DISEMBER 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

menganjurkan Majlis Pelancaran Buku ‘Mempersada Tradisi

Keilmuan: Syarahan Perdana Transformasi Perkhidmatan Awam

Mohamad Zabidi Zainal’ di Rumah Teh Bunga, Georgetown.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi ini disempurnakan oleh Tuan

Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin

Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Buku yang

diterbitkan oleh JPA dan INTAN ini merupakan kompilasi teks

syarahan YBhg. Tan Sri KPPA di lima universiti awam di Malaysia

iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI DAN SEKTOR AWAM 2016

PUTRAJAYA, 15 DISEMBER 2016 - Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri dan Sektor Awam 2016 telah

disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Grand Ballroom,

Hotel Marriott Putrajaya. Majlis yang bertemakan ‘Inovasi Melantasi Konvensi, Inovasi Menjana Produktiviti’ ini

merupakan majlis pengiktirafan Sektor Awam yang merangkumi dua (2) peringkat. Peringkat pertama ialah

Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) yang merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf

penghasilan inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi kepada Negara. Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk

membudayakan inovasi dalam kalangan agensi Sektor Awam, AIPM telah diperkenalkan mulai tahun 2010 bagi

menggantikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM). Kerajaan Negeri Melaka telah dinobatkan sebagai

pemenang AIPM 2016.

Pengikitirafan Sektor Awam bagi peringkat kedua pula ialah Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) yang

mengiktiraf penghasilan inovasi dalam empat (4) bidang pengurusan khusus iaitu Pengurusan Kewangan,

Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) , Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan

Pentadbiran Daerah dan Tanah. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana telah

memenangi tempat pertama Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT)!

3

MAJLIS GENTA BAHASA KE-3 TAHUN 2016

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2016 - Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2016 yang telah

dilancarkan mulai 1 September 2016 yang lalu telah pun melabuhkan tirainya pada 30 November 2016 baru-baru

ini. Sebagai simbolik kepada penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Perkhidmatan Awam 2016, JPA menganjurkan

Majlis Genta Bahasa ke-3 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan

“Senada Bahasa, Semurni Bicara” digerakkan hasil jalinan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan seperti JPA, INTAN,

Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan 21 agensi

yang lain. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam, Malaysia.

Majlis ini telah memberi pengiktirafan kepada penjawat awam dan organisasi dalam sembilan kategori anugerah

seperti Anugerah Audit Bahasa; Anugerah Munsyi Muda Bahasa; Anugerah Pemartabatan Bahasa bagi PBT, Ikon

Pejuang Bahasa, Hadiah Pemenang Pertandingan Pidato dan Anugerah Sumbangsih Bahasa. Pada tahun ini juga satu

anugerah baharu telah diperkenalkan iaitu Anugerah kepada Tokoh Pejuang Bahasa Perkhidmatan Awam.

Majlis Genta Bahasa kali ini turut mempersembahkan teater muzikal Geroda yang dipentaskan oleh Alumni Akademi

Pidato Perkhidmatan Awam 2015 bersama-sama beberapa penjawat awam yang lain. Teater Muzikal Geroda diangkat

pengkisahannya berteraskan konsep memartabatkan Bahasa Kebangsaan melalui penceritaan sifat geroda (burung

besar) yang angkuh dan mengganggu ketenteraman penduduk Kampung Duyong Kecil, Terengganu, dijelmakan

melalui diri seorang lelaki. Kisah Geroda ini dibawakan khas kali ini sebagai usaha untuk memugar semula sejarah

perhubungan dagang antara Tanah Melayu dan Tanah Besar China yang terjalin atas dasar bahasa.

Pelbagai program telah dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sempena sambutan Bulan Bahasa

Kebangsaan antaranya Pertandingan Gegar Pidato Piala Pusingan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),

Pertandingan Menulis Puisi, Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Patriotik; Pertandingan Debat Piala Ketua

Pengarah MAMPU dan Edaran Info Pugar Bahasa.

4

SEKITAR MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAKSWIP BIL. 1 TAHUN 2016 -1 DISEMBER 2016

SEKITAR LAWATAN DELEGASI BANK DUNIA (WORLD BANK) - 1 DISEMBER 2016

5

SEKITAR LAWATAN DELEGASI DANA KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) - 1 DISEMBER 2016

SEKITAR MESYUARAT KPPA BERSAMA KSU KEMENTERIAN DAN SUK NEGERI BIL. 2/2016 - 9 DISEMBER 2016

6