SUSULAN ISU BAHASA MELAYU TERPINGGIR Tolisan Jawi … · lantan memartabatkan penggu naan bahasa...
Transcript of SUSULAN ISU BAHASA MELAYU TERPINGGIR Tolisan Jawi … · lantan memartabatkan penggu naan bahasa...
11 SEPTEMBER 2015 ® SELASA NASIONAL 15
SUSULAN ISU BAHASA MELAYU TERPINGGIR
Tolisan Jawi terbalik tak rujuk PBT » Pemaju diberi tempoh seminggu gantikan papan tanda baharu, betulkan ejaan
Oleh Azman Mahmood dan Nurul Fhatihah Zakinan bh [email protected]
'" Melaka
M ajlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan pemaju me
nurunkan papan tanda memaparkan ejaan Jawi di Taman Teknologi Cheng sus ulan ramai pihak tidak berpuas hati dengan penggunaan ayat terbabit, minggu lalu.
Setiausahanya, Md Derus Che Mat, berkata tulisan Jawi pada papan tanda itu adalah inisiatif pemaju, malangnya mereka tidak merujuk dengan MBMB terlebih dahulu.
"Kami beri tempoh seminggu kepada pemaju sejak papan tanda itu diturunkan Selasa minggu lalu dan mereka akan menggantikan papan tanda baharu dengan susunan tulisan Jawi dan Rumi yang betul, minggu ini," katanya.
Isu penggunaan ejaan Jawi yang salah dan dibaea terbalik pada papan tanda yang dipasang di Taman Teknologi Cheng, Ta-
. man Intekma dan Taman Lendu menjadi viral di laman sosial, Faeebook selepas dimuat naik, barubaru ini, sehingga menjadi bahan kritikan pelbagai pihak.
Tinjauan BH di Cheng, semalam, mendapati pihak pemaju sudah menggantikan papan tanda baharu Taman Teknologi Cheng tetapi belum menyiapkan ejaan Jawi yang baharu manakala tinjauan di Alor Gajah pula mendapati, pemaju sekadar menurunkan papan tanda di Taman Intekma dan Taman Lendu 11-mu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,. Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman, menegaskan setiap papan tanda baharu yang tertera ejaan Rumi dan Jawi perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penggunaan ayat yang tepat.
PerIu rl\iuk dengan PBT Katanya, syarikat pengiklanan patut merujuk terlebih dahulu rekaan tulisan papan tanda kepada PBT bagi mengelak kesa-
. lahan papan tanda seperti dilaporkan berlaku di Taman Teknologi Cheng, Taman Intekma dan Taman Lendu, di sini.
1'1' Setiap papan tanda baharu yang tertera ej~an Rumi dan Jawi perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penggunaan ayat yang tepat"
Ismail Othman, Pengerusi lawatankuasa PerumahanJ Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka
"Kebanyakan kesalahan tulisan Jawi pada papan tanda berpunea daripada pihak pengiklanan yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada PBT iaitu MBMB dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)," katanya.
Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin, pula berkata pihaknya menetapkan pemaju perumahan supaya mengemukakan dokumen kepada PBT itu sebagai syarat baharu kelulusan pemasangan papan tanda dan nama jalan dalam tulisan Jawi.
"Jika pemaju gagal berbuat demikian, kita akan tangguhkan kelulusan mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) sehingga dokumen itu diserahkan. Mengikut undang-undang PBT, mereka boleh dikenakan denda," katanya.
Pemaju yang didapati ingkar dengan arahan selepas diarahkan menukar papan tanda baharu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) atau Undangundang Keeil Bangunan Seragam 1994.
Di Kota Bharu , Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan Kelantan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu, di samping tulisan Jawi dalam segala urusan
Papan tanda menggunakan ejaan Jawi terbalik di Taman Intekma dan Taman Lendu Ilmu dekat Alor Gajah. Gambar kanan, papan tanda terbabit telah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan. +
di peringkat kerajaan, agensi, sek-tor swasta dan papan tanda serta iklan. .
Bahasa Melayu dalam urusan rasmi Katanya, semua urusan rasmi kerajaan dan surat menyurat adalah dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
"Kerajaan negeri bersetuju dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berusaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu di samping menghidupkan tulisan Jawi yang kita mula laksanakan pada 1990.
"Sebab itu, setiap papan iklan selain diwajibkan dalam bahasa Melayu iajuga disyaratkan menggunakan tulisan Jawi," katanya kepada pemberita semalam selepas menyampaikan bantuan segera kewangan kepada empat mangsa ke bakaran pondok di Madrasah al-Fununiah al-Tunju- • niah, Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Sabtu lalu.
Mohd Amar berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah sewajarnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu selaras bidang kuasa yang ada.
"Cuma apa yang menjadi masalah, saya lihat pertlimpin kerajaan sendiri yang lebih suka bereakap (menggunakan) bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu walaupun bahasa Iilggeris mereka tidak begitu baik," katanya. .
o Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu • RENCANA 31 Papan tanda yang menggunakan ejaan lawi di Taman Teknologi Cheng telah dipadamkan pihak berkuasa tempatan.
[FOTO ZUHAIRI ZUBIRlBHl