Bahasa Kanakkanak Autisme 110602003252 Phpapp01

34
BAHASA KANAK-KANAK AUTISMA

description

autisme

Transcript of Bahasa Kanakkanak Autisme 110602003252 Phpapp01

  • BAHASA KANAK-KANAK AUTISMA

  • KANAK-KANAK AUTISMECciri-ciriperkembanganDefinisi

  • DEFINISI AUTISMEPersatuan Autisme Amerika SyarikatAutisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.

  • DEFINISI AUTISMEPersatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal, ataupun dalam seni muzik, "rote memory" dan Iain-lain."

  • DEFINISI AUTISMEIstilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak berada dalarn dunianya sendiri. Makna autisme yang lebih perinci diperkenalkan oleh Leo Kanner.

  • DEFINISI AUTISMEPada tahun 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Beliau telah mengkaji 11 kanak-kanak dan mengatakan mereka sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan situasi dan juga orang lain.

  • DEFINISI AUTISMEKanner menggunakan istilah autistic yang bermakna "lari dari reality" untuk menjelaskan keadaan ini. Perkataan autistic dipinjam daripada istilah yang digunakan untuk menjelaskan schizophrenia yang bermakna "mengelak daripada perhubungan". Namun Kanner membezakan autisme daripada schizophrenia dalam tiga aspek iaitu: mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu, dan keinginan yang sangat kuat untuk bersendirian.

  • CIRI-CIRI AUTISMEkanak-kanak autisme mempunyai berbagai-bagai masalah yang menjadikan mereka individu yang unik. Jamila K.A.Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang.

  • CIRI-CIRI AUTISMEKomunikasiPerkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung;Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain;Jarang menggunakan bahasa;Sukar diajak bercakap;Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja;

  • CIRI-CIRI AUTISMEKomunikasiPerkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan;Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami;Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya; danSuka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu.

  • CIRI-CIRI AUTISMEInteraksi Sosial Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:Suka bersendirian;Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain;Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan;Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

  • CIRI-CIRI AUTISMEGangguan DeriaDi antara ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah;Sensitif pada sentuhan;Tidak suka dipegang ataupun dipeluk;Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga;Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain; Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut.

  • CIRI-CIRI AUTISMEPola Bermain Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya;Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya;

  • CIRI-CIRI AUTISMETingkah LakuSama ada hiperaktif ataupun hipoaktif;Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, medekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-mandir;Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya); Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

  • CIRI-CIRI AUTISMEEmosi Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab;Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya;Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu;

  • CIRI-CIRI AUTISMEEmosi Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu;Ada kalanya mencederakan diri sendiri; danTiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

  • CIRI-CIRI AUTISME (Gargiulo R.M. (2003)

    Bidang MasalahPemerhatianTumpuan dan perhatianHiperaktiviti Tumpuan singkat ImpulsifTingkah laku mencederakan diriMenghantuk kepalaMenggigit jari, tangan, atau pergelangan tanganMenggaru atau menggosok dengan kuatKetidaknormalan dalam makanMengehadkan kepada makanan tertentu Makan benda yang tidak boleh dimakanMasalah tidurSusah tidurKerap bangun semasa tidurBangun awal pagi Kencing malamKetidaknormalan mood atau perasaanKetawa atau menangis tanpa sebab yang munasabahMenunjukkan atau tidak menunjukkan reaksi emosiKemurungan

  • Perkembangan KognitifMempunyai tumpuan yang singkat atau terhad tetapi mereka memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh. Misalnya warna merah pada barang permainan tanpa mempedulikan bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat, maka kegagalan mengenal pasti aspek yang bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan keupayaan mereka untuk bermain ataupun belajar adalah terhad.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu maklumat awal ini akan dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form).

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Mengikut kebiasaan proses yang berlaku dalam otak manusia, input yang diterima akan diproses dan disimpan disimpan dalam bentuk ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. Namun bagi kanak-kanak autisme mereka tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan dan mengimbas kembali untuk melihat penting yang ada.kanak-kanak autistik juga tidak mampu melihat perkaitan antara dua perkara. Sebab itulah mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi, dan tidak memahami kiasan.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Namun begitu terdapat individu autistik yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang sangat luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis, dan muzik. Ada di antara mereka yang boleh menyelesaikan masalah matematik yang rumit dalam masa yang singkat, dapat bermain piano hanya dengan mendengarnya sahaja, dan menghasilkan kerja seni seperti lukisan dan ukiran yang sangat cantik.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Perkembangan BahasaBahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan seperti berikut.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Perkembangan BahasaBahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • (a) Nonsegmental Phonology Kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut:Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan.Pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • (iii) Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad.(iv) Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Bahasa Idiosinkratik Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Masalah Kata Ganti NamaPenggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti "he" atau 'she". Kata ganti nama kedua "you" digunakan untuk dirinya dan "I" untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Ekolalia Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Secara kasar kita dapat membezakan jenis ekolalia seperti berikut:

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Ekolalia serta merta (immediate ecolalia) - iaitu pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut.Ekolalia lewat (delayed ecolalia) - diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut.Ekolalia ringan (mitigated} - pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Perkembangan KomunikasiDi antara ciri utama bagi kanak-kanak autistik adalah mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME

  • Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME