Bahasa Kiasan

4
BAHASA KIASAN DEFINISI - Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kpd. perkara lain,sama ada dengan menyebut atau tanpa menyebut bandingan. - Abdullah Hassan(1997) menyatakan, ada 4 jenis bah. kiasan dlm. BM. i. Kiasan asal(simile) ii. Perorangan(personifikasi) iii. Kiasan terus(metafora) iv. Hiperbola(ungkapan melebih-lebihkan/membesar- besarkan makna yg. hendak disampaikan): contoh: Lautan api, lautan dalam akan aku selami. - Mengikut ZA’BA pula; A. Kiasan asal -menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, macam, bak, laksana Contoh: Matanya merah bagai biji saga.

description

BAHASA KIASAN

Transcript of Bahasa Kiasan

Page 1: Bahasa Kiasan

BAHASA KIASAN

DEFINISI

- Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kpd. perkara lain,sama ada dengan menyebut atau tanpa menyebut bandingan.

- Abdullah Hassan(1997) menyatakan, ada 4 jenis bah. kiasan dlm. BM.

i. Kiasan asal(simile)ii. Perorangan(personifikasi)iii. Kiasan terus(metafora)iv. Hiperbola(ungkapan melebih-lebihkan/membesar-besarkan makna

yg. hendak disampaikan): contoh: Lautan api, lautan dalam akan aku selami.

- Mengikut ZA’BA pula;

A. Kiasan asal -menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.

Kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, macam, bak, laksanaContoh: Matanya merah bagai biji saga.

B. Kiasan berpindah: kiasan tidak menyebutkan bandingan sebaliknya terus berpindah kpd. benda bandingan itu sendiri.

Menutur ZA’BA,kiasan ini terbahagi tujuh;

a. Kiasan sandar: kiasan yang dikaitkan dengan benda lain: contoh; tidur ayam, pekak badak,telinga kuali

Page 2: Bahasa Kiasan

b. Kiasan bersajak/berangkap:

menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yg. diperkatakan dengan benda yang dikiaskan: contoh; sudah geharu cenda pula, sudah tahu bertanya pula,

c. Kiasan berbunga:menggunakan perkataan yg. berbunga-bunga /indah. Contoh: Rajin dan berusaha menelurkan kejayaan, hancur lebur harapannya, tak bersisa,selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya.

d. Kiasan terus :menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain. Contoh: kutu embun, harimau berantai,pisau cukur.

e. Kiasan pemanis: kiasan untuk melindungi seseorang drp. mengatakan sesuatu yg. kurang elok atau kurang manis jika disebut secara terus terang.Contoh; datang bulan, orang rumah, membuang air besar,meninggal dunia.

f. Kiasan melompat: kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih drp. perkara yang sebenarnya. Contohnya: menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.

Page 3: Bahasa Kiasan

g. Kiasan melarat:kiasan yang perkataannya sudah menyimpang jauh drp. maksud asal perkataan tersebut: sudah berisi, badannya melidi, demamnya mula ringan.

C. Kiasan pemanusiaan/Personifikasi:

kiasan menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa tetapi diberi sifat/kelakuan manusia:Contoh: air dan batu bercumbu, angin menampar pipiku.

D. Kiasan berkacau

kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengan-dungi fakta bertentangan antara satu sama lain, tidak memperlihatkan kesesuaian antara bhgnya,kurang logik.Cth: semacam mahu ditelannya org itu, diam seribu bahasa,akan kukejar hingga ke lubang cacing,terasa ingin masuk balik ke dalam perut ibu.

E. Tamsil:memberi misalan yang berkias,mengandungi pengajaran dan teladan.Cth: ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung. Bagai lalang ditiup angin.