BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mengukir Bahasa · PDF fileMalaysia dan Universiti Frankfurt,...

1
Oleh Prof. Dr. Awang Sariyan S ejak penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang dilancarkan pada 21 Ogos 2000, telah banyak usaha yang dijalankan untuk meng- antarabangsakan bahasa dan per- suratan Melayu. Yang terbaharu ialah Kuliah Linguistik Melayu dan Kursus Bahasa Melayu anjuran ber- sama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Universiti Frankfurt, Jerman dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dari 2 hingga 12 Mei 2006. Program intensif dua ming- gu itu dikendalikan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (penulis). Kuliah linguistik yang diberikan selama dua jam setiap hari dalam sesi pagi diisi dengan topik-topik utama linguistik Melayu, iaitu seja- rah bahasa Melayu (dari zaman prasejarah, zaman kuno, zaman klasik dan zaman baharu), profil sosiolinguistik di Malaysia, peran- cangan taraf bahasa, perancangan korpus bahasa, perancangan bahasa Melayu supranasional dan aspek sistem bahasa Melayu (fonologi, morfologi dan sintaksis). Sejumlah 24 orang peserta telah mengikuti kedua-dua program terse- but. Sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar pascasiswazah peringkat sarjana di Pusat Pengaji- an Asia Tenggara, Fakulti Pengajian Bahasa dan Kebudayaan, Universiti Frankfurt (Johan Wolfgang Goethe Universitat, Frankfurt). Beberapa orang pensyarah di pusat tersebut ikut serta sepanjang program itu. Prof. Bernd Nothofer selaku Ketua Pusat Pengajian Asia Tenggara uni- versiti tersebut malah banyak mem- bantu menerjemahkan ungkapan yang agak sukar ke dalam bahasa Jerman atau membantu menjelaskan padanan sesuatu kata dalam varian di Indonesia. Pelajar di pusat tersebut selama ini mendapat pendedahan kuliah bahasa Indonesia. Oleh itu, pro- gram dua minggu anjuran DBP dan Universiti Frankfurt itu bertujuan mendalami linguistik Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan pengertian yang lebih luas, iaitu termasuk varian Malaysia. Kuliah Linguistik Melayu dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang linguis- tik di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Antara topik yang cukup menarik perhatian peserta terma- suklah perancangan bahasa dan pro- fil sosiolinguistik di Malaysia yang menggambarkan kerencaman baha- sa pelbagai kumpulan etnik dengan pelbagai taraf dan ragamnya. Kursus Bahasa Melayu membe- rikan pendedahan kepada peserta tentang persamaan dan perbe- zaan antara bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dengan yang digunakan di Malaysia. Per- bandingan kedua-dua varian itu dibincangkan dari sudut kosa kata, sistem morfologi, sintaksis, seman- tik dan juga fonologi. Ternyata as- pek kosa kata paling menarik minat mereka, kerana banyak kata yang berlainan untuk merujuk kepada sesuatu, di samping banyak pula kata yang sama tetapi berlainan maknanya. Kelainan yang wujud itu dianalisis berdasarkan faktor sejarah, pertembungan dengan ba- hasa asing yang berlainan (bahasa Inggeris di Malaysia dan bahasa Belanda di Indonesia), demografi dan sosiopolitik yang memberikan kesan kepada wujudnya dua dialek besar bahasa Melayu, iaitu dialek bahasa Melayu di Indonesia dan dialek bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, mereka juga diajar ten- tang aspek kesantunan bahasa agar peserta memahami dan menghayati etika dan tatasusila penggunaan bahasa Melayu. Ternyata, program intensif dua minggu ini berjaya memperjelas kedudukan bahasa dan lingusitik Melayu di peta benua Eropah, khususnya, dan mudah- mudahan di peta dunia seluruhnya kelak. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mengukir Bahasa di Peta Dunia Mengapa Tidak "Dusun Buah-buahan Selangor"? APA SUDAH JADI? K alau anda menggunakan Jalan Rawang-Batang Ber- juntai, anda pasti akan ter- pandang papan tanda “Selangor Fruits Valley”, yang terpapar di atas bukit, di sebelah kiri jalan tersebut. Persoalannya, me- ngapa “Selangor Fruits Valley”? mengapa tidak “Dusun Buah- buahan Selangor”?. Anehnya, dusun buah-buahan ini milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), iaitu anak syari- kat Kerajaan Negeri Selangor. Begitulah rungutan pengirim gambar ini yang kecewa dengan sikap Jabatan Kerajaan sendiri yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. Kalau diperhatikan kedudukan dusun yang di atas bukit ini sendiri adalah berbeza dengan makna “valley” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “a stretch of low lands between hills, especially that has a river flowing through it” (hamparan tanah pamah yang terletak antara bukit-bukau, yang mana terdapat sebatang sungai merentasinya). Klik DBP mengucapkan syabas kepada ramai pembaca yang begitu prihatin dengan kesalahan bahasa yang berlaku di jabatan kerajaan. Semua jabatan kerajaan harus peka dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006- Langkah- langkah Memperkasakan Peng- gunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 17 emel DBP SETENGAH ABAD TEKUN...sebahagian pelajar sedang mengikuti kursus yang disampaikan penulis. P engarah dan penulis tersohor karya-karya “Perempuan, Isteri dan Jalang”, “Jogho” dan “Kaki Bakar”, bersama-sama dengan pener- bit “Osama” yang memenangi anuge- rah Golden Globe, dengan bangganya mempersembahkan sebuah karya teater baharu yang mengisahkan salah seorang kesatria termasy- hur sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah. “Wangi Jadi Saksi” menceritakan kisah Hang Jebat yang dikhianati dan dibunuh, seperti yang dilihat dari sudut pandangan kekasihnya Dang Wangi, tatkala Dang Wangi menghadapi mereka yang mengaki- batkan kematian suaminya. Melalui penceritaan imbas kembali dan juga imbasan ke masa hadapan, kon- frontasi Jebat dengan sahabat dan musuhnya diceritakan semula mela- lui interpretasi yang baru lagi pro- vokatif terhadap peristiwa legenda dan bersejarah ini. Pementasan “Wangi Jadi Saksi” anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan leBrocquy Fraser ini turut me- nyaksikan Auditorium DBP yang baharu (di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur), sebuah loka- si pementasan berteknologi terkini yang dibina sempena ulang tahun ke-50 DBP. Pengarah Kreatif: Desmond Crowe Pereka Kostum: Sutex Haron Pereka Tatacahaya: Azizul Zahid Jamal (Toe Moe) Muzik: Y. Subowo Koreografer: Dwiono Hermantoro & Suhaimi Maggi (Rono) Penerbit: Julia Fraser 27 Julai–6 Ogos 2006, 8:30 mlm.: Selasa-Ahad, 3:00ptg.: Sabtu-Ahad Auditorium DBP Tiket Berharga: RM35, RM55, RM75, RM100 Talian Axcess: 03-7711 5000; www.axcess.com.my www.wangijadisaksi.com PEMAKLUMAN TEATER PERDANA "WANGI JADI SAKSI"

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mengukir Bahasa · PDF fileMalaysia dan Universiti Frankfurt,...

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mengukir Bahasa  · PDF fileMalaysia dan Universiti Frankfurt, ... sistem morfologi, sintaksis, ... hur sewaktu pemerintahan Sultan

Oleh Prof. Dr. Awang Sariyan

Sejak penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang dilancarkan

pada 21 Ogos 2000, telah banyak usaha yang dijalankan untuk meng­antarabangsakan bahasa dan per­suratan Melayu. Yang terbaharu ialah Kuliah Linguistik Melayu dan Kursus Bahasa Melayu anjuran ber­

sama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Universiti Frankfurt, Jerman dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dari 2 hingga 12 Mei 2006. Program intensif dua ming­gu itu dikendalikan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (penulis).

Kuliah linguistik yang diberikan selama dua jam setiap hari dalam sesi pagi diisi dengan topik­topik utama linguistik Melayu, iaitu seja­rah bahasa Melayu (dari zaman prasejarah, zaman kuno, zaman klasik dan zaman baharu), profil sosiolinguistik di Malaysia, peran­cangan taraf bahasa, perancangan korpus bahasa, perancangan bahasa Melayu supranasional dan aspek sistem bahasa Melayu (fonologi, morfologi dan sintaksis).

Sejumlah 24 orang peserta telah mengikuti kedua­dua program terse­but. Sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar pascasiswazah peringkat sarjana di Pusat Pengaji­an Asia Tenggara, Fakulti Pengajian Bahasa dan Kebudayaan, Universiti Frankfurt (Johan Wolfgang Goethe Universitat, Frankfurt). Beberapa orang pensyarah di pusat tersebut ikut serta sepanjang program itu. Prof. Bernd Nothofer selaku Ketua Pusat Pengajian Asia Tenggara uni­versiti tersebut malah banyak mem­bantu menerjemahkan ungkapan yang agak sukar ke dalam bahasa Jerman atau membantu menjelaskan

padanan sesuatu kata dalam varian di Indonesia.

Pelajar di pusat tersebut selama ini mendapat pendedahan kuliah bahasa Indonesia. Oleh itu, pro­gram dua minggu anjuran DBP dan Universiti Frankfurt itu bertujuan mendalami linguistik Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan pengertian yang lebih luas, iaitu termasuk varian Malaysia.

Kuliah Linguistik Melayu dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang linguis­tik di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Antara topik yang cukup menarik perhatian peserta terma­suklah perancangan bahasa dan pro­fil sosiolinguistik di Malaysia yang menggambarkan kerencaman baha­sa pelbagai kumpulan etnik dengan pelbagai taraf dan ragamnya.

Kursus Bahasa Melayu membe­rikan pendedahan kepada peserta tentang persamaan dan perbe­zaan antara bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dengan yang digunakan di Malaysia. Per­bandingan kedua­dua varian itu

dibincangkan dari sudut kosa kata, sistem morfologi, sintaksis, seman­tik dan juga fonologi. Ternyata as­pek kosa kata paling menarik minat mereka, kerana banyak kata yang berlainan untuk merujuk kepada sesuatu, di samping banyak pula kata yang sama tetapi berlainan maknanya. Kelainan yang wujud itu dianalisis berdasarkan faktor sejarah, pertembungan dengan ba­hasa asing yang berlainan (bahasa Inggeris di Malaysia dan bahasa Belanda di Indonesia), demografi dan sosiopolitik yang memberikan kesan kepada wujudnya dua dialek besar bahasa Melayu, iaitu dialek bahasa Melayu di Indonesia dan dialek bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, mereka juga diajar ten­tang aspek kesantunan bahasa agar peserta memahami dan menghayati etika dan tatasusila penggunaan bahasa Melayu. Ternyata, program intensif dua minggu ini berjaya memperjelas kedudukan bahasa dan lingusitik Melayu di peta benua Eropah, khususnya, dan mudah­mudahan di peta dunia seluruhnya kelak.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Mengukir Bahasa di Peta Dunia

Mengapa Tidak "Dusun Buah-buahan Selangor"?

APA SUDAH JADI?

Kalau anda menggunakan Jalan Rawang­Batang Ber­juntai, anda pasti akan ter­

pandang papan tanda “Selangor Fruits Valley”, yang terpapar di atas bukit, di sebelah kiri jalan tersebut. Persoalannya, me­ngapa “Selangor Fruits Valley”? mengapa tidak “Dusun Buah­buahan Selangor”?. Anehnya, dusun buah­buahan ini milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), iaitu anak syari­kat Kerajaan Negeri Selangor.

Begitulah rungutan pengirim gambar ini yang kecewa dengan sikap Jabatan Kerajaan sendiri yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. Kalau diperhatikan kedudukan dusun yang di atas bukit ini sendiri adalah berbeza dengan makna “valley” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “a stretch of low lands between hills, especially that has a river

flowing through it” (hamparan tanah pamah yang terletak antara bukit­bukau, yang mana terdapat sebatang sungai merentasinya).

Klik DBP mengucapkan syabas kepada ramai pembaca yang begitu prihatin dengan kesalahan bahasa yang berlaku di jabatan kerajaan. Semua jabatan kerajaan harus peka dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006­ Langkah­langkah Memperkasakan Peng­gunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 17 emel

DBP SETENGAH ABAD

TEKUN...sebahagian pelajar sedang mengikuti kursus yang disampaikan penulis.

Pengarah dan penulis tersohor karya­karya “Perempuan, Isteri dan Jalang”, “Jogho” dan “Kaki

Bakar”, bersama­sama dengan pener­bit “Osama” yang memenangi anuge­rah Golden Globe, dengan bangganya mempersembahkan sebuah karya teater baharu yang mengisahkan salah seorang kesatria termasy­hur sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

“Wangi Jadi Saksi” menceritakan kisah Hang Jebat yang dikhianati dan dibunuh, seperti yang dilihat dari sudut pandangan kekasihnya Dang Wangi, tatkala Dang Wangi menghadapi mereka yang mengaki­batkan kematian suaminya. Melalui penceritaan imbas kembali dan juga imbasan ke masa hadapan, kon­frontasi Jebat dengan sahabat dan musuhnya diceritakan semula mela­lui interpretasi yang baru lagi pro­vokatif terhadap peristiwa legenda dan bersejarah ini.

Pementasan “Wangi Jadi Saksi” anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan leBrocquy Fraser ini turut me­ nyaksikan Auditorium DBP yang baharu (di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur), sebuah loka­si pementasan berteknologi terkini yang dibina sempena ulang tahun ke­50 DBP. Pengarah Kreatif: Desmond Crowe Pereka Kostum: Sutex Haron Pereka Tatacahaya: Azizul Zahid Jamal (Toe Moe) Muzik: Y. Subowo

Koreografer: Dwiono Hermantoro & Suhaimi Maggi (Rono)Penerbit: Julia Fraser27 Julai–6 Ogos 2006,8:30 mlm.: Selasa-Ahad, 3:00ptg.: Sabtu-Ahad

Auditorium DBPTiket Berharga: RM35, RM55,RM75, RM100Talian Axcess: 03­7711 5000;www.axcess.com.mywww.wangijadisaksi.com

PEMAKLUMAN

TEATER PERDANA "WANGI JADI SAKSI"