LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai...
Transcript of LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, · PDF fileMALAYSIA April 2015 ... membantu Pegawai...
2015
Disediakan oleh:
SEKSYEN PUSAT SUMBER
BAHAGIAN PENGURUSAN
JABATAN PEGUAM NEGARA
MALAYSIA
April 2015
LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN
PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP
KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK
TARIKH
29 HINGGA 31 MAC 2015
TEMPAT
INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP), BANGI
2
LAPORAN KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN
MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK
1. TUJUAN
Tujuan laporan ini adalah untuk memaklumkan mengenai Kursus Perkhidmatan Pencarian,
Perolehan dan Penggunaan Maklumat Untuk Pembantu Perpustakaan Pejabat
Penasihat Undang-Undang Negeri / Cawangan WP Kuala Lumpur / AGC Sabah dan
Sarawak yang dianjurkan oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan (BPEN) setiap
tahun dan dihadiri oleh Penolong Pustakawan dan semua Pembantu Perpustakaan Pejabat
Penasihat Undang-Undang di Negeri-Negeri. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi
pendedahan dan refresher kepada semua Pembantu Perpustakaan teknik dan sistem-sistem
terkini untuk memperolehi dan menggunakan maklumat cepat, tepat dan sahih bagi
membantu Pegawai Undang-Undang di Negeri-Negeri terutama dalam pengendalian kes-kes
mahkamah..
2. PENGENALAN
Kursus Perkhidmatan Pencarian, Perolehan dan Penggunaan Maklumat Untuk Pembantu
Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri / Cawangan WP Kuala Lumpur /
AGC Sabah dan Sarawak telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2015 (Ahad – Selasa).
Kursus ini telah diadakan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.
Seramai 13 orang peserta AGC telah mengikuti kursus berkenaan. Kursus yang
dilaksanakan ini adalah di bawah pengendalian Seksyen Pusat Sumber, BPEN dengan
para penceramah terdiri daripada Pegawai Psikologi, Jabatan Perdana Menteri (JPM),
pihak Paradigm System Bhd. (sistem ILMU), CLJ Legal Network (New CLJ Law), Pejabat
Kebajikan Masyarakat Hulu Langat (Latihan Dalam Kumpulan), Percetakan Nasional
Malaysia (Lawnet) dan jua Penolong Pegawai Undang-undang Seksyen Pusat Sumber
(SPS) BPEN.
Para peserta yang mengikuti kursus ini merupakan pegawai yang menguruskan Perpustakaan
Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU) Negeri / Cawangan AGC yang diamanahkan untuk
membantu warga masing-masing mencapai dan mengakses makumat penting dalam
3
pengendalian tugas-tugas harian. Pelaksanaan kursus ini diharap dapat memberi
pendedahan dan menambah daya kemahiran berhubung pencarian, perolehan dan
penggunaan maklumat oleh pihak Perpustakaan di PUU Negeri/ Cawangan Kuala Lumpur/
AGC Sabah dan Sarawak.
Majlis Perasmian Kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan,
YBrs. Dr. Mary Wong Lai Lin yang telah memberi nasihat dan menekankan pentingnya
peranan Pembantu Perpustakaan dan Perpustakaan di Negeri-Negeri. Antara pengisian
program kursus yang dilaksanakan meliputi Sesi Latihan dalam Kumpulan, Sesi Ceramah,
Sesi Perbincangan, Persembahan Individu/Kumpulan dan Pencarian Maklumat Pangkalan
Data Undang-Undang/Penggunaan A-PEL serta Mesyuarat bersama Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber).
3. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan hands on penggunaan
Sistem Perpustakaan ILMU melalui remote access link, pencarian maklumat melalui
Web OPAC Portal Al-Khindi/ A-PEL dan pangkalan data New CLJ Law, Lawnet dan
Hansard secara online bagi memenuhi keperluan Pegawai Undang-undang di Negeri-negeri
serta memberi penerangan komprehensif mengenai maklumat-maklumat perundangan.
Atur cara kursus adalah merangkumi pelbagai topik menarik seperti Latihan Dalam Kumpulan,
Sistem Perpustakaan ILMU, Pengenalan Maklumat Perundangan / FC Online, Hansard / CPC
Online, New CLJ Law dan Lawnet. (Atur Cara Kursus seperti di LAMPIRAN 1)
4. PERBELANJAAN
Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi penganjuran kursus yang meliputi pembayaran
penceramah dan katering makan/minum adalah sebanyak RM2,400.00. Berdasarkan Jadual
Perancangan Pelan Operasi Latihan Jabatan Peguam Negara Tahun 2015 (Dasar Sedia ada)
yang telah diluluskan pada 21 Januari 2015 oleh YBhg. Tan Sri Peguam Negara, terdapat
penjimatan daripada penganjuran kursus ini sebanyak RM1,880.00. (Senarai Peserta
Kursus seperti di LAMPIRAN 2).
4
5. ULASAN PENILAIAN PROGRAM Pada keseluruhannya, para peserta telah memberikan penilaian yang positif terhadap kursus
ini. Mereka memperolehi banyak manfaat dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan
perpustakaan terbaik kepada warga AGC yang memerlukan maklumat rujukan undang-
undang. (Laporan Penilaian Peserta seperti di LAMPIRAN 3).
6. KESIMPULAN
Syabas dan tahniah kepada 13 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pustakawan dan
Pembantu Perpustakaan AGC seluruh negara yang telah menghadiri kursus dengan jayanya
bagi tahun 2015. Adalah hasrat Jabatan agar para peserta akan memberi sumbangan
mantap dan komprehensif terhadap pembangunan Perpustakaan dan Perkhidmatan
Maklumat cepat dan tepat kepada warga AGC di Negeri-Negeri.
Sesi Bergambar bersama Y. Brs Dr. Mary Wong Lai Lin, Pengarah BPEN
sempena Perasmian Kursus pada 30 Mac 2015
5
LAMPIRAN 1
ATURCARA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT
UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI
29 Mac 2015 (Ahad) 8.00 – 10.00 malam : Latihan Dalam Kumpulan (JPM) 30 Mac 2015 (Isnin) 8.30 – 10.00 pagi : Sistem Perpustakaan ILMU (Paradigm System)
10.00 – 10.30 pagi : Majlis Perasmian & Sesi Bergambar
11.00 – 1.00 petang : Mesyuarat Pembantu Perpustakaan bersama Timbalan Pengarah BPEN (Seksyen Pusat Sumber) dan Taklimat A-PEL
2.30 – 4.30 petang : Taklimat Maklumat Perundangan / FC Online (SPS, BPEN)
8.00 – 10.00 malam : Pengenalan Hansard / CPC Online / Extension & Modification Database (ILMS) (SPS, BPEN)
31 Mac 2015 (Selasa) 8.30 – 10.30 pagi : Sesi Taklimat New CLJ Law (CLJ Legal Network)
11.00 – 1.00 petang : Latihan Dalam Kumpulan (Pejabat Kebajikan Masyarakat Hulu Langat)
2.30 – 4.30 petang : Sesi Taklimat Pangkalan Data Lawnet (Percetakan Nasional Malaysia)
6
LAMPIRAN 2
SENARAI PESERTA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT
UNDANG-UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR/ AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI
PADA 29 – 31 MAC 2015
BIL NAMA GRED
1
Adelien Binti Sualin
S27
2
Agnes Anak Junta
S17
3
Herrey Bin Sakudat
S17
4
Juliza Anak Janis
S17
5
Latif Bin Manshor
S17
6
Mazrena Binti Mohamed
S17
7
Melissa Binti Mahmad Nor
S17
8
Muhamad Raoh Bin Ismail
S17
9
Nasimah Binti Abdul Jal
S17
10
Nor Azila Binti Borhanudin
S17
11
Norhidayah Binti Ibrahim
S17
12
Rostina Jarau
S17
13
Yusni Binti Yusop
S17
7
LAMPIRAN 3
LAPORAN PENILAIAN KURSUS
Tajuk : Kursus Perkhidmatan Pencarian, Perolehan dan Penggunaan Maklumat untuk
Pembantu Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri/Cawangan Kuala
Lumpur/AGC Sabah dan Sarawak
Tempat: Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi
Tarikh: 29 – 31 Mac 2015 (Ahad – Selasa)
Bilangan: 13 orang
A. KANDUNGAN KURSUS
1. Latihan Dalam Kumpulan
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
Baik - 15.4 %
Sangat Baik - 84.6 %
b. Kepadatan Nota :
Baik - 46.2 %
Sangat Baik - 53.8 %
Catatan: Sejumlah 84.6% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan
penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8%. Sesi ini
telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Haji Hassan (Jabatan
Perdana Menteri) dan Puan Noor Afida binti Amirdin (Pejabat Kebajikan
Masyarakat Hulu Langat).
2. Sistem Perpustakaan ILMU
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
Baik - 46.2 %
Sangat Baik - 53.8 %
b. Kepadatan Nota :
8
Baik - 46.2 %
Sangat Baik - 53.8 %
Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8%. Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Wan Ainol Mursyida binti Ahmad Tarmizi daripada Paradigm System Berhad.
3. Pengenalan kepada Maklumat Perundangan / FC Online
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
Baik - 46.2 %
Sangat Baik - 53.8 %
b. Kepadatan Nota :
Baik - 38.5 %
Sangat Baik - 61.5 %
Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan
penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 61.5%. Sesi ini
telah dikendalikan oleh Puan Cathrene Adus daripada SPS BPEN.
4. Pencarian Hansard & CPC Online
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
Baik - 61.5 %
Sangat Baik - 38.5 %
b. Kepadatan Nota :
Baik - 38.5 %
Sangat Baik - 61.5 %
Catatan: Sejumlah 38.5% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan
penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 61.5%. Sesi ini
telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Ridhwan bin Mat Zain daripada SPS
BPEN.
5. Sesi Taklimat Pangkalan Data New CLJ Law
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
9
Baik - 53.8 %
Sangat Baik - 46.2 %
b. Kepadatan Nota :
Baik - 46.2 %
Sangat Baik - 53.8 %
Catatan: Sejumlah 46.2% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan
penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 53.8% sebagai
sangat baik. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Syed Mohd Aris daripada CLJ
Legal Network Sdn. Bhd.
6. Sesi Taklimat Pangkalan Data Lawnet
a. Penilaian keberkesanan Penceramah :
Baik - 15.4 %
Sangat Baik - 84.6 %
b. Kepadatan Nota :
Baik - 30.8 %
Sangat Baik - 69.2 %
Catatan: Sejumlah 84.6% memberi penilaian sangat baik kepada keberkesanan
penyampaian sementara kepadatan nota pula adalah sebanyak 69.2%. Sesi ini
telah dikendalikan oleh Puan Badariah binti Badarudin daripada Percetakan
Nasional Malaysia Berhad.
B. PERJALANAN KURSUS
1. Lokasi Kursus
Penilaian:
Baik - 69.2 %
Sangat Baik - 30.8 %
Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik kepada lokasi kursus yang diadakan.
2. Makan/Minum
Penilaian:
10
Baik - 69.2 %
Sangat Baik - 30.8 %
Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik jua kepada penyediaan dan menu
makan/minum yang disediakan di Dewan Makan dan Bilik Bankuet Aras 2,
Bangunan IT ITC, ILKAP
3. Bilik Kuliah
Penilaian: Lemah - 7.7 %
Baik - 53.8 %
Sangat Baik - 38.5 %
Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian baik kepada bilik kuliah iaitu Bilik Komputer 1
dan Bilik Komputer 3, Bangunan IT ITC, ILKAP
4. Peralatan Kursus
Penilaian: Baik - 69.2 %
Sangat Baik - 30.8 %
Catatan: Sejumlah 69.2% memberi penilaian baik kepada peralatan dan kelengkapan
yang telah disediakan bagi setiap sesi pembelajaran yang diadakan.
5. Perjalanan Kursus secara keseluruhan
Penilaian: Baik - 53.8 %
Sangat Baik - 46.2 %
Catatan: Sejumlah 53.8% memberi penilaian baik terhadap pengendalian kursus yang
telah dilaksanakan.
C. TAHAP PENGETAHUAN
Sebelum Kursus :
Sangat Lemah - 15.4 %
11
Baik - 61.5 %
Sangat Baik - 23.1 %
Selepas Kursus :
Baik - 23.1 %
Sangat Baik - 76.9 %
Catatan: Sejumlah 61.5% telah memaklumkan bahawa tahap pengetahuan mereka baik
sebelum kursus dan meningkat kepada 76.9% sangat baik selepas kursus
berakhir.
D. OBJEKTIF KURSUS
Penilaian Kursus : Pencapaian Sederhana- 7.7 %
Pencapaian Cemerlang- 92.3 %
Catatan: Sejumlah 92.3% telah menyatakan pencapaian cemerlang terhadap objektif
kursus yang dilaksanakan dan ini merupakan maklum balas para peserta
seramai 13 orang bersetuju menganggap Kursus Perkhidmatan Pencarian,
Perolehan dan Penggunaan Maklumat untuk Pembantu Perpustakaan 2015
sebagai berjaya.
E. KELEMAHAN KURSUS
Berikut merupakan pandangan yang telah diberikan terhadap sesi pembelajaran yang diadakan
iaitu:
1. Capaian internet kurang memuaskan.
F. CADANGAN
Peserta telah mengesyorkan kaedah penambaikan yang meliputi aspek seperti berikut:
1. Penambahbaikan kepada internet akses.
2. Mengadakan kursus yang lebih banyak untuk pemantapan ilmu.
3. Tempohari kursus ditambah kepada 4 hari 3 malam untuk mencapai jumlah 7 hari
berkursus.
12
LAMPIRAN 4
Sesi Latihan Dalam Kumpulan kendalian Tn. Hj.
Ahmad Azam bin Hj. Hassan (JPM)
Majlis Perasmian oleh Pengarah BPEN, Y.Brs Dr
Wong Lai Lin
Sesi pembelajaran Sistem Perpustakaan ILMU
kendalian Cik Wan Ainol Mursyida
Mesyuarat bersama Pembantu Perpustakaan yang
dipengerusikan oleh Pn. Halijah Othman, TPB(SPS)
GAMBAR- GAMBAR PESERTA KURSUS PERKHIDMATAN PENCARIAN, PEROLEHAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK PEMBANTU PERPUSTAKAAN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-
UNDANG NEGERI / CAWANGAN WP KUALA LUMPUR / AGC SABAH DAN SARAWAK DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN, BANGI
PADA 29 – 31 MAC 2015
13
Sesi taklimat Web OPAC dan A-PEL oleh Pn. Halijah
binti Othman, Timbalan Pengarah BPEN (SPS)
Sesi taklimat New CLJ Law oleh En. Syed Mohd. Aris
Pengendalian Sesi Latihan dalam Kumpulan oleh Pn.
Noor Afida binti Amirdin
Sesi Pangkalan Data Undang-Undang Lawnet oleh
Pn. Badariah binti Badarudin