BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pertemuan Tiga … · Majlis Bahasa Brunei...

1
M esyuarat ke-12 Sekretariat Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (MABBIM) yang berlang- sung pada 12 hingga 14 Disember 2006 telah mempertemukan lebih kurang 30 orang para perwakilan daripada tiga buah negara serantau: Malaysia, Indonesia dan Brunei. Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Quality City Centre, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu melibatkan lima kelompok jawatankua- sa di bawah MABBIM: Jawatankuasa Istilah (Percukaian), Jawatankuasa Penerbitan, Jawatankuasa Penye- lidikan, Jawatankuasa Kegiatan dan Sekretariat. Mesyuarat Sekretariat MABBIM ini sebenarnya merupakan kerja rutin tahunan antara setiausaha dan anggota sekretariat ketiga-tiga buah negara anggota yang hanya dilak- sanakan di Indonesia. Tetapi Sidang Eksekutif Ke-45 telah memutuskan supaya Mesyuarat Sekretariat ini wajar diadakan secara bergilir-gilir antara negara anggota MABBIM. Dalam Mesyuarat Ke-12 Sekretariat MABBIM tahun ini, giliran Malaysia pula menjadi tuan rumah. Beberapa keputusan penting telah dibuat pada Mesyuarat Ke-12 Sekretariat di bawah jawatankuasa masing-masing. Sebanyak 722 entri istilah Percukaian telah disahkan dan diselaraskan di bawah Jawatankuasa Peristilahan. Jawatankuasa ini juga mengusulkan supaya beberapa lagi subbidang yang terangkum di bawah istilah Percukaian seperti subbidang zakat, perlu dibincangkan. Jawatankuasa Penyelidikan telah bersetuju untuk menerima pakai per- alatan kajian persepsi terhadap istilah MABBIM bidang perubatan (farmasi) yang telah dibina oleh pihak Indonesia sebagai acuan instrumen ketiga-tiga buah negara. Penelitian juga telah dilakukan terhadap instrumen Kajian Perbezaan Istilah Bahasa Melayu Bahasa Indonesia dalam Rangka Kerja Peristilahan MABBIM yang disedia- kan oleh pihak Malaysia. Persetujuan telah dicapai dalam Jawatankuasa Penerbitan untuk menerbitkan buku tokoh MABBIM dalam bentuk buku mewah. Penerbitan buku tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun MABBIM ke-35 pada tahun 2007. Dalam usaha membina lebih ramai penulis dalam bidang ilmu, Jawatankuasa Penyelidikan telah mengusulkan supaya diadakan dua Bengkel Penulisan Buku Ilmu untuk Pembaca Umum, iaitu Bengkel Penulisan Buku Ilmu dan Bengkel Terjemahan Buku Ilmu. Pada akhir bengkel tersebut para peserta diwajib- kan untuk menghasilkan sebuah buku ilmu sama ada karya asli mahupun terjemahan. Penerbitan buku tersebut bukan sahaja membina kepustakaan berbahasa Melayu bahkan menjadi asas kepada pembinaan tamadun Melayu. Mesyuarat berakhir dengan Majlis Penutupan dan penandatanganan serta penyerahan Laporan Mesyuarat Ke-12 Sekretariat kepada ketiga-tiga Setiausaha MABBIM yang mewakili negara masing-masing. Penganjuran Mesyuarat Ke-13 Sekretariat MABBIM akan diputuskan pada Sidang Eksekutif yang akan diadakan pada bulan Mac 2007. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pertemuan Tiga Negara Serantau K ementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sis- tem Ejaan Rumi Baharu pada 1970. Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan. Namun, sehingga hari ini kekeliru- an masih berlaku dalam pengejaan kata sendi nama ‘di’ dan kata awal- an di-. Lebih mengaibkan, kesa- lahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam perkataan ‘dilarang’ ialah awalan. Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam per- kataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah. Klik DBP mengucapkan syabas kepada pengirim gambar kesalah- an bahasa ini, kerana walaupun beliau merupakan pelajar luar negara, tetapi beliau prihatin akan usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepa- da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 20 emel DBP SETENGAH ABAD DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG I klan mempromosikan produk telekomunikasi DiGi yang gah tersergam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini lang- sung tidak menggunakan baha- sa kebangsaan. Papan iklan tersebut yang memaparkan ungkapan Wide Coverage benar- benar menyakitkan mata yang memandang. Bukankah lebih indah ungkapan tersebut digan- tikan dengan 'Liputan Luas' yang lebih mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Jelas, papan iklan tersebut tidak mematuhi Undang-undang Kecil Pengiklanan yang digu- bal menurut kehendak Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menegaskan ...Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain ...Jika baha- sa Malaysia digunakan bersa- ma dengan bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-per- kataan dalam bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar, dan ditunjukkan dengan lebih jelas dari segi keutamaan visual dan kedudukan, daripa- da perkataan-perkataan dalam mana-mana bahasa lain dan penggunaan bahasa Malaysia hendaklah dengan nahu yang betul. Slogan Always the smart- er choice pula boleh diter- jemahkan kepada 'Sentiasa Menjadi Pilihan Bijak’. Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menuding jari kepada mana- mana pihak kerana tanggung- jawab untuk memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara terletak di bahu semua pihak, terma- suk syarikat perniagaan, agensi pengiklanan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Syarikat telekomunikasi nega- ra seharusnya mencontohi sya- rikat Maxis yang sentiasa meru- juk DBP, menyemak dan menda- patkan pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada iklan papan iklan syarikat mereka. Antara ungkapan mena- rik yang digunakan oleh syari- kat Maxis bagi mempromosikan talian Hotlink ialah "Liputan Hebat", "Lengkapkan Duniamu"; "Senang & Jimat dengan Satu Kadar ke Semua Talian" dan "Tempoh Aktif Berganda". Selain itu, syarikat telekomu- nikasi negara tidak seharusnya menjadikan Cap Dagang (Trade Mark) itu sebagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris, walhal slogan tersebut boleh di- terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, bagi memastikan usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksana- kan dengan berkesan, Akta Cap Dagangan 1976 perlu dilihat semula agar penggunaan baha- sa Melayu dapat dipulihara de- ngan mewajibkan penggunaan dwibahasa dalam semua pema- paran Cap Dagang. Wide Coverage? Mengapa tidak 'Liputan Luas'? METRAI: Majlis Penandatanganan Laporan Mesyuarat Ke-12 Sekretariat MABBIM (dari kiri) Awang Hanafiah Haji Awang Zaini, Setiausaha MABBIM Brunei, Dr. Sugiyono, Ketua Perwakilan MABBIM Indonesia dan Hajah Zaiton Ajamain, Setiusaha MABBIM Malaysia. APA SUDAH JADI? Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor Oleh Normala Mohamad Yusof KENANGAN: Perwakilan tiga negara anggota MABBIM bergambar kenang-kenangan. Awalan di- atau Kata Sendi Nama 'di'?

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pertemuan Tiga … · Majlis Bahasa Brunei...

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pertemuan Tiga … · Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) yang berlang- sung pada 12 hingga 14 Disember 2006 ... kata sendi

Mesyuarat ke-12 Sekretariat Majlis Bahasa Brunei D a r u s s a l a m - I n d o n e s i a -

Malaysia (MaBBIM) yang berlang-sung pada 12 hingga 14 Disember 2006 telah mempertemukan lebih kurang 30 orang para perwakilan daripada tiga buah negara serantau: Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Quality City Centre, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu melibatkan lima kelompok jawatankua-sa di bawah MaBBIM: Jawatankuasa Istilah (Percukaian), Jawatankuasa Penerbitan, Jawatankuasa Penye-lidikan, Jawatankuasa Kegiatan dan Sekretariat.

Mesyuarat Sekretariat MaBBIM ini sebenarnya merupakan kerja rutin tahunan antara setiausaha dan anggota sekretariat ketiga-tiga buah negara anggota yang hanya dilak-sanakan di Indonesia. Tetapi Sidang Eksekutif Ke-45 telah memutuskan supaya Mesyuarat Sekretariat ini wajar diadakan secara bergilir-gilir

antara negara anggota MaBBIM. Dalam Mesyuarat Ke-12 Sekretariat MaBBIM tahun ini, giliran Malaysia pula menjadi tuan rumah.

Beberapa keputusan penting telah dibuat pada Mesyuarat Ke-12 Sekretariat di bawah jawatankuasa masing-masing. Sebanyak 722 entri istilah Percukaian telah disahkan dan diselaraskan di bawah Jawatankuasa Peristilahan. Jawatankuasa ini juga mengusulkan supaya beberapa lagi subbidang yang terangkum di bawah istilah Percukaian seperti subbidang zakat, perlu dibincangkan.

Jawatankuasa Penyelidikan telah bersetuju untuk menerima pakai per-alatan kajian persepsi terhadap istilah MaBBIM bidang perubatan (farmasi) yang telah dibina oleh pihak Indonesia sebagai acuan instrumen ketiga-tiga buah negara. Penelitian juga telah dilakukan terhadap instrumen Kajian Perbezaan Istilah Bahasa Melayu Bahasa Indonesia dalam Rangka Kerja Peristilahan MaBBIM yang disedia-kan oleh pihak Malaysia.

Persetujuan telah dicapai dalam Jawatankuasa Penerbitan untuk menerbitkan buku tokoh MaBBIM

dalam bentuk buku mewah. Penerbitan buku tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun MaBBIM ke-35 pada tahun 2007.

Dalam usaha membina lebih ramai penulis dalam bidang ilmu, Jawatankuasa Penyelidikan telah mengusulkan supaya diadakan dua Bengkel Penulisan Buku Ilmu untuk Pembaca Umum, iaitu Bengkel Penulisan Buku Ilmu dan Bengkel Terjemahan Buku Ilmu. Pada akhir bengkel tersebut para peserta diwajib-kan untuk menghasilkan sebuah buku ilmu sama ada karya asli mahupun terjemahan. Penerbitan buku tersebut bukan sahaja membina kepustakaan berbahasa Melayu bahkan menjadi asas kepada pembinaan tamadun Melayu.

Mesyuarat berakhir dengan Majlis Penutupan dan penandatanganan serta penyerahan Laporan Mesyuarat Ke-12 Sekretariat kepada ketiga-tiga Setiausaha MaBBIM yang mewakili negara masing-masing. Penganjuran Mesyuarat Ke-13 Sekretariat MaBBIM akan diputuskan pada Sidang Eksekutif yang akan diadakan pada bulan Mac 2007.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Pertemuan Tiga Negara Serantau

Kementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sis-tem Ejaan Rumi Baharu

pada 1970. Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan. Namun, sehingga hari ini kekeliru-an masih berlaku dalam pengejaan

kata sendi nama ‘di’ dan kata awal-an di-. Lebih mengaibkan, kesa-lahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam

perkataan ‘dilarang’ ialah awalan. Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam per-kataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah.

Klik DBP mengucapkan syabas kepada pengirim gambar kesalah-an bahasa ini, kerana walaupun beliau merupakan pelajar luar negara, tetapi beliau prihatin akan usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa

kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan

Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 20 emel

DBP SETENGAH ABAD

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Iklan mempromosikan produk telekomunikasi DiGi yang gah tersergam di Jalan Tun

Razak, Kuala Lumpur ini lang-sung tidak menggunakan baha-sa kebangsaan. Papan iklan tersebut yang memaparkan ungkapan Wide Coverage benar-benar menyakitkan mata yang memandang. Bukankah lebih indah ungkapan tersebut digan-tikan dengan 'Liputan Luas' yang lebih mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jelas, papan iklan tersebut tidak mematuhi Undang-undang Kecil Pengiklanan yang digu-bal menurut kehendak akta Kerajaan Tempatan 1976 yang

menegaskan ...Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain ...Jika baha-sa Malaysia digunakan bersa-ma dengan bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-per-kataan dalam bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar, dan ditunjukkan dengan lebih jelas dari segi keutamaan visual dan kedudukan, daripa-da perkataan-perkataan dalam mana-mana bahasa lain dan penggunaan bahasa Malaysia hendaklah dengan nahu yang betul.

Slogan Always the smart-er choice pula boleh diter-jemahkan kepada 'Sentiasa

Menjadi Pilihan Bijak’. Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak kerana tanggung-jawab untuk memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara terletak di bahu semua pihak, terma-suk syarikat perniagaan, agensi pengiklanan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan.

Syarikat telekomunikasi nega-ra seharusnya mencontohi sya-rikat Maxis yang sentiasa meru-juk DBP, menyemak dan menda-patkan pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada iklan papan iklan syarikat mereka. antara ungkapan mena-rik yang digunakan oleh syari-kat Maxis bagi mempromosikan talian Hotlink ialah "Liputan Hebat", "Lengkapkan Duniamu"; "Senang & Jimat dengan Satu Kadar ke Semua Talian" dan "Tempoh aktif Berganda".

Selain itu, syarikat telekomu-nikasi negara tidak seharusnya menjadikan Cap Dagang (Trade Mark) itu sebagai alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris, walhal slogan tersebut boleh di-terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, bagi memastikan

usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksana-kan dengan berkesan, akta Cap Dagangan 1976 perlu dilihat semula agar penggunaan baha-sa Melayu dapat dipulihara de-ngan mewajibkan penggunaan dwibahasa dalam semua pema-paran Cap Dagang.

Wide Coverage? Mengapa tidak 'Liputan Luas'?

METRAI: Majlis Penandatanganan Laporan Mesyuarat Ke-12 Sekretariat MAbbIM (dari kiri) Awang Hanafiah Haji Awang Zaini, Setiausaha MAbbIM brunei, Dr. Sugiyono, Ketua Perwakilan MAbbIM Indonesia dan Hajah Zaiton Ajamain, Setiusaha MAbbIM Malaysia.

APA SUDAH JADI?

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Oleh Normala Mohamad Yusof

KENANGAN: Perwakilan tiga negara anggota MAbbIM bergambar kenang-kenangan.

Awalan di- atauKata Sendi Nama 'di'?