Pernyataan Bersama Tiga Negara Mabbim - Halaman Utama PRPM · Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah...

1
Bil: 27 RABU, 16 OGOS 2006 CD BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. KOLEKSI PUISI BERMONTAJ Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 6 & 7 ini mempersembahkan puisi karya penyair terkenal negara seperti A. Latiff Mohidin, Mahaya Mohd. Yassin, Ahmad Sebi, Rahman Shaari, Rahimidin Zahari, Mokhtar Yassin, Hadzrami A. R. dan A. Ghani Abdullah. Koleksi yang memuatkan profil penyair, karaoke puisi, video montaj serta muat turun puisi ini bukan sahaja menjadi alat bantu pengajaran sastera di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi tetapi juga sesuai diperdengar- kan dalam majlis kegiatan baha- sa, sastera dan budaya Melayu. Untuk mendapatkannya, sila hubungi 016-3440 148 atau kun- jungi Galeri Ilmu DBP. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 16 emel MUNSYI Berita baik bagi penulis buku kita. Kini laluan mudah bagi buku kita ke pasaran Indonesia dan Brunei. Pernyataan Bersama Tiga Negara Mabbim Forum Serlah Kemampuan Pelajar Berbahasa Baku 9 Seminar Pemikiran Jaafar Rahim 10 Oleh: Diarani Mat Adam dan Mashitah Taharin P ernyataan Bersama/Komu- nike Tiga Negara Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia (Mabbim), telah ditandatangani oleh ketiga- tiga orang menteri negara ang- gota, di Departemen Pendidikan Nasional Indonesia pada 31 Julai 2006 lalu. Malaysia diwakili oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, sementara Brunei Darussalam oleh Menteri Per- hubungan Brunei Darussalam, Datuk Seri Abang Abu Bakar Apong (mewakili Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam). Indonesia pula di- wakili oleh Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Prof. Dr. Bambang Sudibyo. Pernyataan Bersama ini akan digunakan sebagai landasan dalam merancang dan melaksanakan segala program kerjasama yang mencakupi kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan di peringkat serantau, khususnya di ketiga- tiga negara anggota Mabbim, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Dalam Pernyataan Bersama itu ditegaskan bahawa: i. Dalam rangka menjayakan bahasa kebangsaan negara ma- sing-masing, baik pada peringkat kebangsaan mahupun antara- bangsa, ketiga-tiga buah negara akan secara bersama memantap- kan penggunaan bahasa Melayu/ Indonesia, sesuai dengan kedu- dukan dan fungsi masing-masing; ii. Dalam rangka mengembang- kan bahasa Melayu/Indonesia, ketiga-tiga negara akan berupaya mempertinggi kemampuan bahasa ini sebagai bahasa ilmu pengeta- huan dan teknologi serta sebagai salah satu bahasa utama dunia; iii. Dalam rangka membina bahasa Melayu/Indonesia, ketiga- tiga negara sepakat untuk me- ningkatkan mutu penggunaan bahasa ini dalam pelbagai lapisan masyarakat. Dalam ucapannya, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin menegaskan bahawa “Penandatanganan Per- nyataan Bersama tiga negara Mabbim menjadi cukup signifikan dan memang tepat pada waktunya. Matlamatnya jelas, iaitu untuk memperteguh iltizam dan kese- riusan kita, serta meningkatkan usaha untuk menjalin kerjasa- ma kebahasaan dan persuratan Melayu/Indonesia yang telah pun dimeterai sejak tahun 1972. Usaha ini merupakan peluasan konsep kerjasama serantau yang berkenaan dalam bidang ekonomi kepada bidang sosial yang men- cakupi isu-isu bahasa, sastera dan kebudayaan”. Beliau juga menaruh harapan yang besar agar “kerjasama erat dalam suasana persaudaraan antara tiga negara anggota Mabbim ini berupaya mengung- kapkan hasrat “sebahasa, seran- tau, memperkasakan bahasa” demi kemajuan dan pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia yang menjadi wahana ilmu dan menjadi pancaran jati diri bangsa”. Pernyataan Bersama ini juga telah membuahkan hasil dalam mengurangkan kerenah birokrasi untuk membolehkan buku ber- bahasa Melayu dari Malaysia memasuki pasaran di Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga pihak telah bersetuju untuk meng- kaji semula undang-undang bagi membolehkan lalu lintas buku antara ketiga-tiga negara anggota Mabbim berjalan lancar selaras dengan kehendak dunia tanpa sempadan. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengembangan Bahasa dan Sastera Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diper- tanggungjawabkan untuk me- ngadakan mesyuarat atau perbin- cangan susulan dengan wakil dari Indonesia dan Brunei ber- hubung dengan perkara tersebut dalam masa terdekat. Pernyataan Bersama ini jelas merupakan satu kesinambungan dalam usaha mengeratkan lagi kerjasama se- rantau dalam hal kebahasaan, khususnya dalam usaha memarta- batkan bahasa Melayu/Indonesia bukan sahaja di peringkat se- rantau, tetapi juga di peringkat antarabangsa. TERMETERAI: Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berjabat tangan dengan wakil Brunei Darussalam Datuk Seri Abang Abu Bakar Apong disaksikan oleh Menteri Pendidikan Indonesia Prof. Dr. Bambang Sudibyo (tengah).

Transcript of Pernyataan Bersama Tiga Negara Mabbim - Halaman Utama PRPM · Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah...

Bil: 27 RABU, 16 OGOS 2006

CD BAHARU DALAM PASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan

Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi03-2143 3504/3505 ataufaks 03-2148 7887.

KOLEKSI PUISI BERMONTAJ

Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 6 & 7 ini mempersembahkan puisi karya penyair terkenal negara seperti A. Latiff Mohidin, Mahaya Mohd. Yassin, Ahmad Sebi, Rahman Shaari, Rahimidin Zahari, Mokhtar Yassin, Hadzrami A. R. dan A. Ghani Abdullah. Koleksi yang memuatkan profil penyair, karaoke puisi, video montaj serta muat turun puisi ini bukan sahaja menjadi alat bantu pengajaran sastera di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi tetapi juga sesuai diperdengar-kan dalam majlis kegiatan baha-sa, sastera dan budaya Melayu. Untuk mendapatkannya, sila hubungi 016-3440 148 atau kun-jungi Galeri Ilmu DBP.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 16 emel

MUNSYI

Berita baik bagipenulis buku kita.

Kini laluan mudah bagi buku kitake pasaran Indonesia dan Brunei.

Pernyataan Bersama Tiga Negara Mabbim

Forum SerlahKemampuanPelajar BerbahasaBaku

9SeminarPemikiranJaafarRahim

10

Oleh: Diarani Mat Adam danMashitah Taharin

P ernyataan Bersama/Komu-nike Tiga Negara Majlis Bahasa Brunei Darussalam-

Indonesia-Malaysia (Mabbim), telah ditandatangani oleh ketiga-tiga orang menteri negara ang-gota, di Departemen Pendidikan Nasional Indonesia pada 31 Julai 2006 lalu. Malaysia diwakili oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, sementara Brunei Darussalam oleh Menteri Per-hubungan Brunei Darussalam, Datuk Seri Abang Abu Bakar Apong (mewakili Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam). Indonesia pula di-wakili oleh Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Prof. Dr. Bambang Sudibyo.

Pernyataan Bersama ini akan digunakan sebagai landasan dalam merancang dan melaksanakan segala program kerjasama yang mencakupi kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan di peringkat serantau, khususnya di ketiga-tiga negara anggota Mabbim, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Dalam Pernyataan Bersama itu ditegaskan bahawa:

i. Dalam rangka menjayakan bahasa kebangsaan negara ma-sing-masing, baik pada peringkat kebangsaan mahupun antara-bangsa, ketiga-tiga buah negara akan secara bersama memantap-kan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia, sesuai dengan kedu-dukan dan fungsi masing-masing;

ii. Dalam rangka mengembang-kan bahasa Melayu/Indonesia, ketiga-tiga negara akan berupaya mempertinggi kemampuan bahasa ini sebagai bahasa ilmu pengeta-huan dan teknologi serta sebagai salah satu bahasa utama dunia;

iii. Dalam rangka membina bahasa Melayu/Indonesia, ketiga-tiga negara sepakat untuk me-ningkatkan mutu penggunaan bahasa ini dalam pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam ucapannya, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin menegaskan bahawa “Penandatanganan Per-nyataan Bersama tiga negara Mabbim menjadi cukup signifikan dan memang tepat pada waktunya. Matlamatnya jelas, iaitu untuk memperteguh iltizam dan kese-riusan kita, serta meningkatkan usaha untuk menjalin kerjasa-ma kebahasaan dan persuratan Melayu/Indonesia yang telah pun dimeterai sejak tahun 1972. Usaha ini merupakan peluasan konsep kerjasama serantau yang berkenaan dalam bidang ekonomi kepada bidang sosial yang men-cakupi isu-isu bahasa, sastera dan kebudayaan”.

Beliau juga menaruh harapan yang besar agar “kerjasama erat

dalam suasana persaudaraan antara tiga negara anggota Mabbim ini berupaya mengung-kapkan hasrat “sebahasa, seran-tau, memperkasakan bahasa” demi kemajuan dan pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia yang menjadi wahana ilmu dan menjadi pancaran jati diri bangsa”.

Pernyataan Bersama ini juga telah membuahkan hasil dalam mengurangkan kerenah birokrasi untuk membolehkan buku ber-bahasa Melayu dari Malaysia memasuki pasaran di Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga pihak telah bersetuju untuk meng-kaji semula undang-undang bagi membolehkan lalu lintas buku antara ketiga-tiga negara anggota Mabbim berjalan lancar selaras

dengan kehendak dunia tanpa sempadan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengembangan Bahasa dan Sastera Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diper-tanggungjawabkan untuk me-ngadakan mesyuarat atau perbin-cangan susulan dengan wakil dari Indonesia dan Brunei ber-hubung dengan perkara tersebut dalam masa terdekat. Pernyataan Bersama ini jelas merupakan satu kesinambungan dalam usaha mengeratkan lagi kerjasama se-rantau dalam hal kebahasaan, khususnya dalam usaha memarta-batkan bahasa Melayu/Indonesia bukan sahaja di peringkat se-rantau, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

TERMETERAI: Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berjabat tangan dengan wakil Brunei Darussalam Datuk Seri Abang Abu Bakar Apong disaksikan oleh Menteri Pendidikan Indonesia Prof. Dr. Bambang Sudibyo (tengah).