Bahasa Melayu Klasik
-
Upload
jennifer-marshall -
Category
Documents
-
view
230 -
download
6
Transcript of Bahasa Melayu Klasik
BAHASA MELAYU KLASIK
Definisi Bahasa Melayu Klasik
BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad
ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara.
Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama
Islam di Asia Tenggara.
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah
Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu
Klasik”.
Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan
sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik
Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan
Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil
dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari
India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan
pinjaman kata-kata Sanskrit.
2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik
Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik
mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan
memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan
keperibadian bangsa .
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan
menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh
Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah
penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan
sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu
Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed
Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-
Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-
quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu,
bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.
Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari
kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia
Tenggara.
2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik
Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi
makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya
bahasa Arab.
Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan
huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu.
Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di
samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti
Portugis, Inggeris, dan Belanda.
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-
14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan
kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut
sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan
catatannya tentang pengislaman Pasai.
Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam
bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat
pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan
keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan,
perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.
Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam
dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa
Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak
terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di
Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat
pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.
2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu
melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula
pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah
seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa
dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.
Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang
pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka
ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio
Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam
bahasa Itali.
Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad
ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu
Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai
bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama,
sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.
Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu
dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam
tulisan Jawi.
2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik
Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu
Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor –Riau.
Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman
kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu
Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu
Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –ciri
tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan
kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras
bahasa istana.
Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr.
Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa
aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.
Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata
pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas.
Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata
sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan
untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam
perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata
pangkal ayat yang sedemikian.
Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa
Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-
belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan
kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan
tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat
berikut “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi
terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada
berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.
Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan.
Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih
mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari
maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”
Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan
“lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun,
bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti
berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam
Sejarah Melayu.
Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik
kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran
aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah
“Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah
“dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan
‘sy’. Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.
Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa
istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya
ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan
kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.
Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.
Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh
sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan
unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.
SUMBERPenggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.
.a. Batu BersuratBatu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.
b. Karya Sastera dan AgamaPada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.
Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.
Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa (1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).
Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.
c. Surat Rasmi Raja MelayuSurat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.
Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shah kepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).
CIRIDaripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.
1. Huruf dan perkataana. Penggunaan huruf Jawi.Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
Allah taala daulat wallahualam
c. Penggunaan bahasa istana:
beradu (tidur) bersiram (mandi) gering (sakit) santap (makan)
d. Terdapat kosa kata klasik:
berahi (cinta) ceritera (cerita) masyghul (sedih)
e. Penggunaan kata pangkal ayat.
adapun alkisah arakian hatta maka sebermula syahadan
2. Sintaksis
a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.
b. Terdapat ayat susunan songsang
c. Penggunaan ayat pasif.
Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."