bahasa melayu sem 4

23
Halaman Pengakuan ”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya” Tandatangan : .............................................. ................................................... Nama : ............................................. .................................................... Tarikh : ............................................... ................................................... 1

description

pengajian bahasa melayu

Transcript of bahasa melayu sem 4

Halaman PengakuanSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan : .................................................................................................

Nama : .................................................................................................

Tarikh : ..................................................................................................

BIODATA DIRI

Nama : Syahindah binti ReoslanTarikh lahir : 18 November 1993Tempat lahir : Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.Adik-beradik : Anak tunggal Hobi : Memasak, travel ke tempat-tempat menarik, window shopping dan menyanyi untuk menghilangkan stress :DCita-cita : Menjadi iron lady that means semua benda saya boleh buat, saya la isteri, mama, cikgu, businesswomen, dan apa-apa benda yang saya suka buat tapi yang paling penting insyaAllah saya akan menjadi pendidik yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Alamat : Lot 40230, jalan dewan lama, kampong Melayu Bali 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan.Emel : [email protected] hidup : Tak mudah mengaku kalah berusaha sehabis daya untuk menjadi yang terbaik.

PENGHARGAANAssalamualaikum W.B.TSyukur Alhamdulillah di atas limpah rahmat dan kurniaNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu ini pada tempoh yang ditetapkan disamping melalui banyak pengalaman yang amat berguna dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Hajah Normaizam bnti Hamid selaku pensyarah subjek elektif Bahasa Melayu saya yang telah banyak memberi nasihat, memimpin dan mengajar mengenai tajuk ini dengan lebih meluas dimana beliau telah memberikan banyak input dan informasi-informasi yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Tidak lupa juga kepada Pn. Anis Salwani yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan big book ini. Seterusnya jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi idea-idea yang bernas dan menampung kelemahan-kelemahan tugasan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya bagi membentuk saya menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan seorang yang akan mampu memimpin generasi yang akan datang. Terima kasih juga kepada mereka yang menyumbangkan idea atau membantu saya secara langsung atau tidak langsung dan saya amat menghargai setiap sumbangan anda tersebut. Akhir kata dengan selesainya tugasan ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang amat berguna secara langsung dan tidak langsung dimana pengalaman-pengalaman yang amat berharga itu memberi saya pengajaran yang berguna serta menambahkan ilmu pengetahuan pada diri saya.

Sekian terima kasih.

Pengenalan Literasi Bahasa MelayuKemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Individu murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik berupaya meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam pembelajaran. Sekaligus ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan Bahasa Ingers sebagai bahasa kedua. Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.I. Kemahiran mendengar kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.II. Kemahiran bertutur murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.III. Kemahiran membaca murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.IV. Kemahiran menulis murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.Kemahiran bahasa dan komunikasi boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan. Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat rendah dan menengah adalah wajar Bahasa Melayu dikuasai dengan baik dari peringkat prasekolah lagi.Bahasa Melayu digunakan secara merentas komponen dan dalam interaksi seharian. Oleh itu penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir, berinteraksi dan menyatakan fikiran dan perasaan. Selain itu penguasaan kemahiran Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.Penguasaan kemahiran Bahasa Melayu diperolehi melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menggembirakan seperti bercerita, berbual, bersoal jawab, menyanyi, berlakon, berpuisi dan permainan bahasa. Aktiviti ini boleh menambahkan perbendaharaan kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa. Berikut adalah objektif Kurikulum Bahasa Melayu.I. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar;II. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;III. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid; IV. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

1. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, bagaimana caranya anda boleh membantu murid-murid menguasai asas literasi dalam jangka masa yang ditetapkan?Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, literasi membawa maksud kebolehan membaca dan menulis. Literasi ialah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta,menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenan dengan pelbagai konteks. Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud mampu membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam kalangan masyarakat.Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai "kenal huruf" atau "celik huruf" bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam suatu bahasa. Penulis tidak menggunakan istilah kenal huruf dalam makalah ini kerana maksud kenal huruf akan terpesong apabila perbincangan tentang konsep literasi dikupas secara terperinci, dan merangkum bukan sahaja mengenal huruf dan dapat menulis semula huruf tersebut secara mekanis. Konsep literasi bahasa lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan, serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan analitis dalam pembacaan dan penulisan. Pada suatu ketika dahulu seseorang yang tahu membaca dan menulis namanya sendiri dianggap telah mempunyai keupayaan literasi bahasa. Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan orang yang mempunyai keupayaan literasi sebagai orang yang 99 membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Namun demikian, kita harus sedar bahawa banyak orang yang dapat membaca sesuatu pernyataan yang ditulis di tempat-tempat awam dengan lancar seperti papan tanda di hadapan gedung membeli belah, tanda jalan, peraturan jalan raya dan sebagainya, baik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi mereka masih tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis tersebut dalam kehidupan harian mereka sepenuhnya kerana kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran bahasa tersebut. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras dengan peredaran masa dan meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat pelbagai media. Bidang kemampuan literasi pun semakin hari semakin bertambah apabila sesuatu masyarakat menempuh arus kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Keupayaan literasi yang lebih luas ini dapat dihubungkan dengan literasi budaya, literasi ekonomi, literasi undang-undang, literasi teknologi maklumat, dan sebagainya. Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin banyak bidang kehidupan yang perlu diketahui oleh anggotanya. Bagi menjadikan tahap literasi bahasa berfungsi dalam kehidupan hariannya, seseorang itu haruslah dapat memanfaatkan kebolehan membaca dan menulis sepenuhnya dan berterusan bagi tujuan pembentukan dirinya dan penglibatan diri dengan masyarakatnya.Pihak kerajaan telah membuat beberapa perancangan untuk menangani masalah ini. Antara alternatif yang di ambil ialah program LINUS. Dalam program ini terdapat beberapa lagi program yang dilaksanakan seperti program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006, program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing, Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2, PROTIM selepas UPSR.KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Sungguhpun pelaksanaan ini telah dijalankan masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.Oleh itu, saya mencadangkan agar guru-guru menggunakan kaedah gabungan bunyi kata ( KGBK ) kepada murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca ini kerana kaedah ini sangat mudah untuk murid memahaminya. KGBK bertolak daripada sistem ejaan bahasa melayu yang berasaskan bunyi dan suku katanya jelas. Setiap huruf mewakili hanya satu bunyi, kecuali huruf e yang mewakili bunyi e pepet dan e taling (). Satu suku kata ditandai oleh satu vokal. Huruf vokal yang kerap digunakan ialah a, i, dan u.KGBK ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Tiap-tiap pelajaran memperkembang lagi kemahiran yang lalu. Guru boleh menggunakan bilangan pelajaran yang sesuai mengikut keadaan murid-muridnya. Susunan penyampaian KGBK adalah pertama, murid diperkenalkan dengan bunyi vokal. Dua atau tiga huruf vokal diperkenalkan dalam pelajaran pertama. Pengenalan hendaklah dilakukan berdasarkan susunan a, i, u dan dengan pelbagai teknik latih tubi yang menarik agar murid dapat mengingat bunyi vokal itu. Vokal e dan o hanya diperkenal setelah murid dapat membaca perkataan asas dengan menggunakan vokal a, i, u dan beberapa konsonan.

Kedua, kemudian perkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Dahulukan konsonan letupan yang dapat membentuk perkataan yang bermakna seperti konsonan k yang dapat membentuk perkataan kaki dan kuku atau konsonan b yang dapat membentuk perkataan baba dan bubu. Lakukan latih tubi yang pelbagai agar murid dapat mengingat bunyi konsonan itu. Ketiga, gabungkan bunyi konsonan itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata ka, ki, ku. Lakukan latih tubi sebutan suku kata ini dengan pelbagai teknik, termasuk teknik nyanyian.Keempat, cantumkan suku kata-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna seperti ka + ki menjadi kaki dan ku + ku menjadi kuku. Kelima, adakan permainan mencantum huruf menjadi suku kata dan mencantum suku kata menjadi perkataan. Pelbagaikan jenis permainan agar murid berasa seronok belajar. Sebagai peneguhan, adakan latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan pelbagai cara. Pengajaran penulisan hendaklah berdasarkan peringkat-peringkat dan teknik yang betul, termasuk penggunaan kertas bergaris dan alat tulis yang sesuai. Dalam pelajaran kedua, ulang penggunaan vokal a, i, u dan perkenalkan satu atau dua konsonan lagi. Gunakan pola pengajaran yang sama, tetapi dengan teknik yang pelbagai, iaitu huruf suku kata perkataan g aktiviti penulisan. Sebagai contoh, suku kata dan perkataan yang berikut dapat dibaca oleh murid setelah dua konsonan diperkenalkan contoh ka + ki = kaki. Buatkan ayat dan latih tubi murid membacanya. Contohnya: ibu baba, ibu abu, bubu abu, kuku kaki abu. Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan tambahan berdasarkan suku kata yang telah dipelajari. Dalam pelajaran seterusnya guru dapat mencipta beberapa ayat lagi untuk dibaca oleh murid. Contohnya: buku abu dan abu buka buku. Jika konsonan s telah diperkenalkan, ayat abu suka buku dapat dicipta. Perkataan abu dapat digantikan dengan baba, ibu dan lain-lain sebagai latih tubi.Seterusnya, di samping mengulang bunyi vokal guru boleh memperkenalkan dua atau tiga konsonan lagi seperti t, m, d. Ikuti pola penyampaian pelajaran yang lalu. Antara perkataan yang dibina dan dibaca ialah dada, muda, uda, mata, mama, titi, tadi, madu. Dengan menggunakan perkataan-perkataan ini dan perkataan yang terdahulu, lebih banyak frasa dan ayat dapat dibina dan dibaca oleh murid. Dalam pelajaran keenam, suku kata tertutup dapat diperkenalkan. Dengan ini lebih banyak perkataan dan ayat dapat dibentuk, dibaca dan ditulis. Dalam pelajaran ketujuh, guru boleh memperkenalkan konsonan r, p, n dan melaksanakan pengajaran seperti pola pengajaran sebelumnya.Dalam pelajaran kelapan guru boleh memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina suku kata yang menggunakan vokal o dahulu. Adakan latihan perbezaan bunyi e pepet dengan e taling dengan pasangan perkataan seperti emak-esok, emas-ekor, beras-besok. Latihan membaca frasa dan ayat seperti kotak besar itu di situ. Pelbagai permainan yang berkaitan dengan huruf, suku kata dan perkataan diadakan. Pelajaran seterusnya memperkembang kemahiran murid membunyikan huruf lain seperti l, g, h, f, j, c, y, z, w, q, dan x. Seterusnya perkenalkan bunyi gabungan ng, sy, gh dan ny dalam beberapa pelajaran.Nama huruf diajarkan secara tidak langsung. Penggunaan papan tulis sangat penting. Huruf besar disisipkan dari semasa ke semasa. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca. Latihan menulis dianggap sebagai pengukuhan. Rumusannya, KGBK menggabungkan aktiviti membunyikan huruf, membunyikan suku kata dan dengan membina (membaca) perkataan dan seterusnya frasa/ayat dalam satu unit pengajaran. Pada akhir pelajaran kedua dan seterusnya murid boleh membaca perkataan, frasa atau ayat yang bermakna. Hal ini akan menyebabkan murid berasa seronok belajar.Apabila diikuti dengan aktiviti menulis dalam setiap akhir pelajaran, murid akan menguasai kemahiran membaca dan menulis serentak. Tegasnya, murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca dan menulis. KGBK membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dibuat secara berturutan dan berkembang secara sistematik daripada yang mudah kepada yang sukar. Hal ini memudahkan murid belajar membaca dan menulis.Contoh bahan terdapat dalam buku Mari Membaca terbitan Utusan Publications (1982), Bahasa Melayu 1 3 terbitan Fajar Bakti (2003), Mudah Membaca Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti (2006), dan Ceria 2M Buku 1 dan 2 terbitan Ilmu Bakti (2007).Perlu diingat bahawa KGBK ialah kaedah bacaan permulaan. Setelah kita membina asas, murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah. Selepas itu, kita perlu mendorong murid membaca berbagai-bagai bahan bacaan. Dorongan itu dapat membantu mereka meningkatkan minat dan tabiat membaca serta menjadikan pembacaan sebagai aktiviti sepanjang hayat.

REFLEKSIAssalamualaikum dan selamat sejahtera.Bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya kesihatan mental dan fizikal untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini banyak pengalaman baru yang saya perolehi dan ia sangat berguna kepada saya sebagai seorang bakal pendidik. Saya telah mempelajari beberapa perkara baru antaranya dalam mencari maklumat kita perlulah peka dan memahami apa yang kita mahu cari. Hal ini kerana jika tersalah mencari maklumat segala urusan akan tergendala. Pada mulanya saya berasa sangat tertekan kerana beberapa kali kerja saya adalah salah berbanding dengan rakan-rakan lain. Ini adalah faktor kecuaian saya sendiri kerana tidak memahami kehendak soalan. Saya tersalah mencari maklumat yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa memulakan semula semua hasil kerja saya.. Jadi disini saya ingin mengingatkan bahawa langkah pertama dalam menyelesaikan tugasan adalah memahami kehendak soalan secara mendalam supaya tidak lari daripada kriteria-kriteria yang dikehendaki.Kami juga berkongsi dan bertukar-tukar pandangan kerana apabila terdapat percanggahan maklumat kami akan berbincang dan mencari penyelesaian bersama. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam mencari maklumat tugasan kerana kami sama-sama tidak kedekut untuk berkongsi segala maklumat yang diperolehi walaupun kadang-kadang tidak semua maklumat yang diperolehi itu tepat tetapi setidak-tidaknya kami menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik dan cemerlang. Kebanyakan rakan-rakan dari unit Pra mahir dalam membuat big book ini jadi ada juga di antara mereka yang saya bertanya bagi memperolehi pandangan serta idea semasa proses penghasilan buku ini. Dengan kemahiran yang saya ada dalam seni visual juga saya gunakan sebaik mungkin sepanjang proses penghasilan big book ini agar kreativiti yang saya cuba lakukan dapat menarik minat murid untuk belajar membaca.Saya juga menghadapi masalah komputer riba saya yang tiba-tiba rosak ketika hampir separuh tugasan yang saya lakukan berjaya siap dan saya terpaksa bermula dari zero semula. Hal ini menyebabkan saya hampir mengaku kalah untuk memulakannya semula tetapi berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan saya berjaya atasinya. Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi meminjamkan komputer riba mereka walaupun masing-masing ada komitmen yang harus dilakukan. Sementara saya membeli komputer riba yang baru saya hanya mampu meminjam komputer riba rakan-rakan pada waktu terluang mereka sahaja. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kesihatan saya juga sedikit terganggu akibat tidak cukup rehat. Selain itu saya juga terpaksa mengorbankan waktu rehat saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada waktu kuliah saya hanya mampu mencari maklumat di perpustakaan kerana ketiadaan komputer riba menyukarkan dan membataskan pergerakkan saya untuk menyiapkan tugasan ini.Selain itu juga saya menghadapi masalah dalam berkolaborasi dengan pensyarah kerana kebanyakan waktu kuliah hanya seminggu dua kali sahaja. Selain itu terdapat juga aktiviti yang melibatkan waktu kuliah seperti program lawatan, perkhemahan, BIG dan lain-lain. Jadi ini sedikit sebanyak menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak dapat berbincang dengan pensyarah untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara. Namun begitu, saya dan rakan-rakan atasinya dengan mengambil inisiatif lain di mana segala waktu dan kesempatan yang ada kami akan pergi berjumpa dengan pensyarah kami atau mana-mana pensyarah yang berkaitan untuk berkomunikasi secara dua hala bagi menyelesaikan persoalan yang berbangkit. Sumber buku rujukan yang terhad di perpustakaan juga antara salah satu faktor yang menjadi kekangan kepada saya untuk memperolehi maklumat. Hal ini kerana sudah ramai pelajar yang telah meminjamnya terlebih dahulu jadi sumber buku rujukan yang tinggal tidak menepati tajuk. Buku-buku teks Bahasa Melayu KSSR Sekolah Rendah juga sukar didapati kerana ia tiada di perpustakaan. Namun ia tidak menjadi penghalang kepada saya untuk berusaha mencari inisiatif lain dengan meminjam buku dari perpustakaan di luar mahupun dari senior-senior yang sudah pergi praktikum di sekolah. Selain itu, saya juga meminjam buku-buku daripada rakan-rakan yang lain supaya sumber rujukan yang diperolehi adalah pelbagai tetapi menepati kehendak soalan. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahu langkah-langkah yang perlu saya lakukan sekiranya mendapati murid saya mempunyai masalah literasi terutamanya melibatkan membaca dan menulis.Akhir kata dari saya setelah menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menambah ilmu tentang bagaimana saya seorang guru mampu membuat big book untuk anak murid saya sendiri tanpa perlu beli di kedai. Selain itu, hasil ciptaan sendiri juga lebih menepati tentang intipati yang saya cuba sampaikan. Big book yang terhasil juga telah disesuaikan dengan tahap murid tersebut. Jadi tidak perlu untuk saya membaiki semula struktur ayat yang lebih sesuai jika murid saya lemah dalam membaca. Mereka akan lebih tertarik pada sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka. Big book ini menggunakan kaedah kgbk yang menggunakan ayat yang mudah agar mereka faham dan mampu membaca dalam tempoh yang ditetapkan.Cadangan saya agar tugasan seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan kepada generasi akan datang kerana ia sangat berguna untuk memahami apakah itu dasar sukatan pelajaran dan bagaimanakan seorang guru itu perlu memastikan anak muridnya mendapat band mengikut tahap pencapaian mereka. Guru juga perlu mengetahui kemahiran-kemahiran yang perlu diterapkan ke dalam diri setiap muridnya. Sekian.

BIBLIOGRAFI

1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books.

2. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI.

5. Isahak Haron. 2005. Pengalaman mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pyt: Mohd. Syariefudin Abdullah et.al. Tanjong Malim: Penernit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hlm. 59-68.

6. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

7. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

8. Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: LongmanMalaysia Sdn. Bhd.

9. Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.

10. Mohd Isa bin Abd Razak ... Pancarkan Akhlak Mulia dalam Penulisan Kitahttp://mohdisa-abdrazak.blogspot.com.

11. http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/literasi-bahasa.html

12. http://www.slideshare.net/vhere1/nota-literasi-bahasa

LAMPIRAN

18