Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi

4
Bahaya Mengata-ngata Anda pernah difitnah, dikata atau diumpat orang? Pasti ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sudah tentu kita akan berasa tertekan, malu dan bercampur baur perasaan ketika itu. Tidak kiralah sama ada apa yang dikata itu benar ataupun tidak. Menjauhi Ghibah Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk memfitnah, mengata atau menceritakan aib orang lain (ghibah) kerana ia merupakan perbuatan dosa. Kita dituntut menjaga lidah daripada berkata-kata kecuali yang baik dan bermanfaat sahaja. Kadangkala yang harus dan tidak haram itu boleh terseret menjadi haram atau makrukh tanpa disedari. Bukan itu sahaja, malah kita juga dilarang untuk mendengar apalagi terlibat mengatakan perkara- perkara yang tiada kaitan dan tidak memberi manfaat kepada kita. Dalam surah al-Isra’ ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turutkan apa yang kamu tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan tentang apa yang telah dilakukannya .” Oleh sebab itu, jika sedang berkumpul atau bersembang dengan rakan-rakan atau saudara- mara, jauhilah perbuatan mengata ini. Jika ada yang memulakannya

Transcript of Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi

Page 1: Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi

Bahaya Mengata-ngata

Anda pernah

difitnah, dikata atau diumpat orang? Pasti ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sudah tentu kita akan berasa tertekan, malu dan bercampur baur perasaan ketika itu. Tidak kiralah sama ada apa yang dikata itu benar ataupun tidak.

Menjauhi GhibahSebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali untuk memfitnah, mengata atau menceritakan aib orang lain (ghibah) kerana ia merupakan

perbuatan dosa. Kita dituntut menjaga lidah daripada berkata-kata kecuali yang baik dan bermanfaat sahaja. Kadangkala yang harus dan tidak haram itu boleh terseret menjadi haram atau makrukh tanpa disedari.

Bukan itu sahaja, malah kita juga dilarang untuk mendengar apalagi terlibat mengatakan perkara-perkara yang tiada kaitan dan tidak memberi manfaat kepada kita.

Dalam surah al-Isra’ ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turutkan apa yang kamu tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan tentang apa yang telah dilakukannya.”

Oleh sebab itu, jika sedang berkumpul atau bersembang dengan rakan-rakan atau saudara-mara, jauhilah perbuatan mengata ini. Jika ada yang memulakannya, mintalah

agar berhenti atau tinggalkan sahaja kumpulan itu. Bimbang kita juga akan turut berdosa

Jadilah seperti firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 55 yang bermaksud: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan berkata: ‘Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang jahil.’”

Page 2: Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi

Awas Perangkap SyaitanMendengar gosip atau cerita tentang orang lain memang disukai dan mengasyikkan. Tidak kiralah sama ada cerita itu benar ataupun tidak. Lebih-lebih lagi jika orang yang diceritakan itu oang kita benci. Kita cenderung untuk ambil tahu dan kemudian erkeinginan untuk menceritakan semula kepada orang lain. Ketika itulah syaitan akan memaink peranan shingga ta terpedaya.

Kadangkala anpa kita sedar, ita dah terjebak

dalam permainan syaitan. Bahayanya apabila kita tidak menyedari kita sedang melakukannya. Nabi SAW berpesan dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik, atau jika tidak dapat berkata baik, hendaklah dia berdiam diri sahaja.” (Muttafaq ‘alaih)

Jelas disini, jika kata-kata yang dilafazkan tidak bermanfaat atau tiada kebaikan padanya, maka lebih

baik diam sahaja. Tidak ada cara lain agar kita tidak turut berdosa selain meninggalkan sesi, forum atau apa-apa sahaja daripada orang yang suka mengata-ngata ini. Meskipun ia akan mengakibatkan kita juga dikata dan diumpat mereka, kita harus bersedia untuk itu.

Kehilangan beberapa sahabat yang gemar mengata-ngata yang tidak sepatutnya itu, lebih baik jika dibandingkan daripada berkawan dengan mereka yang

akan hanya membawa mudarat kepada kita. Mungkin kita akan kehilangan kawan, tetapi Insya-Allah, Allah SWT akan mempertemukan kita dengan sahabat-sahabat yang lebih baik akhlaknya.

Pada kebiasaannya perbuatan mengata dan mengumpat ini dilakukan kerana adanya penyakit dengki, iri atau dendam terhadap orang lain. Tambahan pula, jika bercampur dengan perasaan marah, maka ia dilepaskan dengan menybarkan fitnah agar

Page 3: Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi

orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan. Adakalanya orang yang menfitnah ini berasa mereka lebih baik, lebih mulia atau tinggi martabatnya dengan menhina dan memburukkan orang lain. Ingatlah bahawa, dosa orang menfitnah lebih teruk daripada dosa orang yang membunuh dan balasannya digunting lidah dan bibirnya semasa diakhirat kelak.

Kesan Ghibah-Pergaduhan dan perselisihan faham.

-Tidak bertegur sapa, bermasam muka sehingga memutuskan silaturahim.-Perpecahan dalam masyarakat Umat Islam.-Akan mendapat balasan di akhirat kelak.

KesimpulanOleh itu, jagalah pancaindera dan hati kita daripada terlibat dengan fitnah. Muhasabah keburukan diri sendiri dahulu sebelum mengeji orang lain. Akui bahawa diri kita juga banyak kelemahan diri, jesteru tidak berbaloi apabila kita sibuk mencari kelemahan orang

sehingga mengaikabtkan mereka pula mencari kelemahan kita. Sibukkan diri dengan membaiki diri sendiri sebelum menegur orang lain. Ubati kekurangan dan kelemahan diri sendiri agar keimanan sentiasa bertakhta di hati. Banyakkan berzikir dan meningkatkan ibadah kita kepadaNya, Insya-Allah kita dipeliharaNya.