Bahaya Radiasi Dan

6
BAHAYA RADIASI DAN KESANNYA Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.Setiap hari manusia terdedah kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok. Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami. Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl, Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini. Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl. Radiasi pada Manusia dan Kesannya Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semulajadi atau buatan manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia.Sel yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan radiasi.Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang menghasilkan darah

Transcript of Bahaya Radiasi Dan

Page 1: Bahaya Radiasi Dan

BAHAYA RADIASI DAN KESANNYA

Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau

ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared,

gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah

apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan

terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x

dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.Setiap hari manusia terdedah

kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang

tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-

produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos

radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi

dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis

penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik.

Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi

berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami.

Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl,

Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini.

Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih

menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis

radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl.

Radiasi pada Manusia dan Kesannya

Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semulajadi atau buatan

manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia.Sel

yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel

yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan

mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau

membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan

radiasi.Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang

menghasilkan darah manakala sel yang paling kurang sensitif pula ialah sel saraf

Page 2: Bahaya Radiasi Dan

dan otot. Organ yang paling sensitif ialah organ yang menghasilkan darah diikuti

organ pembiakan dan kulit manakala organ yang kurang sensitif ialah otot dan

otak.Sensitifnya organ adalah berdasarkan sensitifnya sel. Sel yang terdedah

kepada radiasi sama ada pulih, mati atau bermutasi. Sel yang bermutasi sekiranya

terus membahagi atau membiak akan membawa kepada tumor atau kanser.Individu

yang menghidap penyakit berjangkit mungkin mengalami kesan yang lebih teruk

berbanding individu yang sihat.

Kesan radiasi terbahagi kepada 2:

1. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang

singkat

2. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang

lama

Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah

merosakan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP

Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities) : Kesan radiasi

apabila terdedah kepada dos radiasi yang rendah dalam tempoh yang masa yang

lama (kronik):

Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah

kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh

mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.

Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi.

Kesan utama adalah kanser.

In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah

kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau

cacat.

Kesimpulannya, setiap individu perlu tahu tentang radiasi dan kesan-kesannya.

Melihatkan krisis nuklear yang terjadi di Chernobyl dan Jepun, mungkin Malaysia

perlu pertimbangkan pembinaan loji nuklear.

Page 3: Bahaya Radiasi Dan

PENGGUNAAN KIMIA NUCLEAR

Penggunaan kimia nuklear dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan-kumpulan

tertentu iaitu:

Perubatan

Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang

menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat

penyakit. Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia.

Pemeriksaan jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu

organ atau sistem yang khusus.

Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai

anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketaknormalan

paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan

pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear

mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada

satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem

dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk

sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan

tiroid.

Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada

pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan

menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan

supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk

ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum

prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut

akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin

diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki scan berganda yang diambil

pada waktu-waktu yang berlainan.  Rawatan yang menggunakan perubatan nuklear

adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam

sesetengah kes menyingkir penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu

aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan

nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari. 

Page 4: Bahaya Radiasi Dan

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-

doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit

dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti

harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara

pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan,

pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula.

Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur

mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.

Senjata

Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini

muncul semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.

Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar

perubatan sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui

puncanya dan  kematian misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus 

diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di kalangan pengamal

perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen bio

dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-simptomnya dan seterusnya apa

yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan

bantuan.

 

Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh  negara berada dalam keadaan

ketakutan dan panik, apabila  berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang

menyebabkan kematian 118 orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak

lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada

awal tahun,  dan yang terakhir penyakit meningitis yang meragut nyawa  beberapa

pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu.

Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun

1919 lagi dan yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung

teater di Moscow pada 26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan

beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang

oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan

Page 5: Bahaya Radiasi Dan

sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika

dan Rusia.

 

Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan

Tentera Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada

1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit ini  bertanggungjawab untuk mengesan dan

meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan

membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi

keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan

Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur.  Pusat ini

yang  telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri Forum

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober

lalu akan  memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan  dan kemampuan negara

serantau dalam menghadapi masaalah keganasan.

 

Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan

bio , kita juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-

tempat yang berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran

seperti di industri berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan  atau perkhidmatan

berasaskan bakteria dan virus  serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi

mengelakkan bukan sahaja dari ancaman pengganas tetapi yang lebih merbahaya 

iaitu kemalangan akibat kecuaian dan ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi

ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong sisa potasium sianida terbiar di

Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen sianida dan boleh

membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.

 

Arkeologi

Bagi bidang arkeologi pula,penggunaan karbon 14 dijadikan asas bahan pengukur.

karbon 14 atau C-14 ialah bahan radiokatif yang sentiasa diserap oleh tumbuhan

hidup.Apabila tumbuhan tersebut mati,aktiviti C14 akan menurun kerana tiada C14

baru yang diserap.Atom C-14 akan mereput.Oleh itu dengan mengukur aktiviti C14

usia sesuatu bahan purba boleh ditentukan.

Page 6: Bahaya Radiasi Dan

Penggunaan tenaga.

Tenaga nuklear pada asasnya berasal dari bahan galiann plutonium dan

uranium..Pada asasnya juga atom ,bahan asas untuk pembentukan jisim terdiri

daripada elektron,proton dan neutron. Atom merupakan gabungan cas negatif dan

positif . Proton mempunyai cas positif dan elektron bercas negatif. Sementera

neutron pula tidak bercas dan hampir sama seperti jisim proton. Proton dan neutron

berada di dalam suatu nukleus, yang dikenali sebagai nukleon Bagaimana

munculnya sinaran radioaktif ? Ianya berpunca apabila atom yang tidak stabil

berubah menjadi stabil dan mula memancarkan sinaran radioaktif.Tiga jenis sinaran

itu ialah alfa,beta dan gamma. Nuklear walaupun dikatakan sebagai membawa

kemusnahan,yakni ( peperangan senjata nuklear) serta bencana( seperti kebocoran

reaktor di Chernobly,atau Fukushima Daichi ),masih dianggap penting oleh banyak

buah negara. Antaranya ialah China dan USA sendiri. Dianggap sebagai tenaga

pilihan bagi bahan tenaga api fosil,nuklear boleh menjana sumber elektrik untuk

tempoh masa yang lama.Namun secara peribadi saya lebih berharap Malaysia boleh

memajukan tenaga solar,dengan kedudukan di khatulistiwa, Malaysia menerima

cahaya matahari sepanjang tahun untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Nuklear melalui sinaran radioaktif yang terkawal sebenarnya membawa banyak

kebaikan kepada kehidupan manusia. Di dalam sektor pertanian,sinaran radioaktif

dignakan untuk menghasilkan baka yang baru yang berkualiti tinggi dan mempunyai

rintangan penyakit yang kuat. Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( MINT ),

berkerjasama dengan MARDI telah menghasilkan pelbagai baka baru yang mutan.

Ini termasuklah kacang tanah,bunga raya dan orkid. Malahan sinaran radioaktif yang

sihat juga digunakan untuk proses menyimpan hasil pertanian untuk tujuan eksport.

Di dalam bidang perindustrian dengan aplikasi kaedah ujian tanpa musnah,sinaran

radiokatif boleh digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas. Ujian tanpa

musnah tidak memusnahkan kawasan yang diuji,sebaliknya mampu mengesan

kebocoran bagi kawasan tangki atau paip yang tertutup. Teknik ini menggabungkan

penggunaan alat pengesan sinaran radioaktif dan punca sinaran radioaktif