Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

25
Bahayanya impak AJARAN SESAT kepada Malaysia-sekarang dan akan datang! Banteras sekarang sebelum mereka buat porak peranda pada Generasi Muda kita khususnya! Posted: February 20, 2011 in All about Islam , All about Malaysia Tags: AGAMA , AJARAN SESAT , Benar , islam , jakim , mualaf , mufti , muslim , SALAH , ustaz 0 Ajaran Sesat di Malaysia Sumber: JAKIM Pendahuluan Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara- saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan. Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

description

AJARAN SESAT

Transcript of Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

Page 1: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

Bahayanya impak AJARAN SESAT kepada Malaysia-sekarang dan akan datang!Banteras sekarang sebelum mereka buat porak peranda pada Generasi Muda kita khususnya!

Posted: February 20, 2011 in All about Islam, All about Malaysia Tags: AGAMA, AJARAN SESAT, Benar, islam, jakim, mualaf, mufti, muslim, SALAH, ustaz 0

Ajaran Sesat di Malaysia

Sumber: JAKIM

Pendahuluan

Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat,

yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup

keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

 

Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan

menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan

Page 2: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpinoleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri diSemenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Takrif Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

 

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:

 

Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang

menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

 

Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti

Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Page 3: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang

boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

 

Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.

b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.

c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.

d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

 

Last edited by Abang Chik; 26-09-2008 at 11:46 PM.

 

Ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan oleh JAKIM:

1. Nasrul Haq2. Budi Suci3. Al-Watan4. Budi Suci Sejati5. Jawa Faradin6. Silat Sunda Pukulan Ghaib7. Tusuk Hikmat8. Ilmu Kebatinan9. Potong Maya10. Naluri

Page 4: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

11. Kaula12. Haqqullah Syahadah13. Rampai14. Wali Suci15. Kalimat Sakti16. Silat Pukulan Jarak Jauh17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat18. Zikir Sha`ban Islam Haq19. Asal Wujud Garis Laksmana20. Al-Ma`zat21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi22. Ilmu Kebatinan23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)27. Mohd Nordin Putih28. Nasrun S.T.Qahar29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya31. Wali Sembilan32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari35. Al-Arqam36. Golongan Anti Hadis37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali jugasebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)38. Syiah39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat43. Tarikat Mufaridiah44. Ajaran Hassan Anak Rimau45. Tarikat Aurad Ismailiah46. Ajaran Martabat Tujuh47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani51. Ajaran Mohd Nor Seman52. Ajaran Ayah Pin53. Ajaran Bahai54. Al-Ma`unah55 Ajaran Azhar Wahab56. Ajaran Hj.Banuar

Page 5: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

(Ust Ishak AR: Usuluddin & Falsafah UKM)

PENDAHULUAN

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak disebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul,Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yangdisebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma sertadaya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.Walau bagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hariKhamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang danmencederakan 23 orang awam.

TAKRIF AJARAN SESAT.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta

Page 6: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut.:-

1.  Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu2. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.3. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah SAW.4. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa

orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya.

5. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang yang masih hidup.

6. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.7. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.8. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.10. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada

orang yang menyeru namanya.11. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk

sampai kepada tuhan.12. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan

tujuan mendapatkan anak yang soleh.13. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.14. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat

kepada muridnya.15. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah

saw secara jaga.16. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah

melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.

17. Memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru.

18. Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.19. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh

ditunaikan di tempat-tempat lain.20. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.21. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan

ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-i. Bentuk Ajaran Baru.

Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Klang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat. Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat

Page 7: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepadadukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurundan sebagainya.Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.

CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:

I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan Rasul Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabidan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesatdan tidak benar.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi.II. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir ituadalah kulit sahaja.

Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi pada menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib danIsyak.Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah. b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.

FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT

Jika dikaji masyarakat Islam di negara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama:-1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )2. Faktor Luar ( External Factors )

Faktor Dalaman Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dantersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar.Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.

Page 8: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.Faktor luaran. Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam.

Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru.

Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan iniadalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah Islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT

i. Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam. Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii. Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin :Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran , Syahadah,Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya merekamengatakan ada zahir dan ada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan Hakikat.Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariatatau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari danmengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Manakala mereka yang sudah mendapat isidengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah mendapat isidengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepadailmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.

iii. Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam:Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalaupun dikerjakan apa-

Page 9: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan didunia sahaja.Seperti nikah kahwin dihadapan Kadhi, dua orang saksi, maskahwin, ijab qabul semua itukulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;- Ma’anikam - maksudnya perempuan yang dinikahkan - bererti yang disetubuhkan yang dikahwinkan - ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.Wali - bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau iman ajaran ini.Saksi - Malaikat Kiraman Katibin Juru nikah - Ialah nabi Muhammad SAW.iv. Gerakan Mereka adalah Rahsia.Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang yang mempelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati danterbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T

CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

I. Melalui Ajaran:Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Af’al Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

II. Melalui Tarikat.Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

III. Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu,maka dilakukan upacara pemujaan.Ada juga yang melakukan pemujaan keatas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahikubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional,seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatangternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapatmemberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka danapakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar diatas kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar ditempat yang menjadi pujaanmereka.Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diriditempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi

Page 10: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan 1992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar dinegara ini:-

1. Al-Arqam. Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang di antara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Ka’abah.ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdiiii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatuyang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yangtaat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.vi.Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas di kalangan pengikut kerana di percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan

Page 11: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis. Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. inidiperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula.Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World, yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun1981.Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata sertasekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan terbesar di kalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.

Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari pengedarannya.

PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah SWT, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah SWT sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.

Sabda Rasulullah saw. Maksudnya:

“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah SWT haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah SWT. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam Islam ialah Rasulullah SAW sendiri telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam Islam sudah tentu Rasulullah SAW dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat di dalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta

Page 12: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah SWT tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat Islam dinegara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir Islam.

RUJUKAN.

1. Prof Dr Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.2. Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama AngkatanTentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.3. Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992) muka surat 11-22.

Page 13: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

omments

Saila Damha 2 months ago

nnt bila dh ramai ahli tapediri nie.. kita akan hantar diaorg ke palestine untk berjihad krana sorg pon xkn mati sbb dh ada ilmu nie.. klau ahli2 nie masih takut nk pegi, smua ahli kumpul duit hantar pengasas ilmu nie pegi palestine biar dia setelkn israel tu dgn jurus2nye.. klau dh brubat melalui gambar je pon dh bleh, jd makrifatkn aje nuklear antar g sna bleh x?

· 10 in reply to Syafik Yahya (Show the comment)

harith iskandar 2 months ago

wahai alias ahmad dah lama saya melihat gelagat anda....beginilah saudara saya duduk di seremban....boleh jumpa saya di pusat rawatan islam TAPEDIRI di sikamat seremban....soalan soalan anda itu banyak menggunakan hukum akal....biar kita jumpa bertentang mata...hati ke hati...kalau saudara ikhlas....jumpa lah saya....saya ikhlas ingin berjumpa dengan saudara....ataupun saya pergi ke tempat saudara....bgtahu dimana...saya akan sampai...Insyaallah....

· 7 in reply to Saila Damha (Show the comment)

All Comments (120) Sign in now to post a comment!

sch724 16 hours ago

salam ilmu ne ada ke kat kawasan selangor???

·

Page 14: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

PAPIM30 21 hours ago

saudara kalau baru 2,3 hari kenal tp tak yah sembang pasal fitnah... sy dah ade dlm ni dari 2007 lagi... haha... rumah asal semua sy tao kat mane,kete asal pon sy tao....ha pokok pangkal nya kami semua bersama dari awal...... hahaa... kami dah telan lame fitnah tp pada kami... TP ni asal mane..???? ha pandai sgt jawab...

· in reply to jai kiri (Show the comment)

SangKUtIaNG 3 days ago

kat penang ada x?

·

CodeGenerall 4 days ago

aku tak tahu pape.. so aku xleh nk comment lebih2.. cuma teringin nk tgk kalau pkai pump gun ke..

·

jai kiri 4 days ago

Pantang larang dlm pengambilan KHADAM atau JIN ialah tdk blh memakan makanan daripada binatang selama 44 hari. Dan TAPEDIRI tdk mengamalkan benda spt ini. Adakah ilmu ini masih dikatakan menggunakan JIN? Ilmu ini berfungsi atas amalan dilakukan selepas solat. Dan ia berfungsi dgn izin ALLAH. Spt ilmu SELENDANG MERAH,kenapa ianya tdk dikatakan sesat? Sedangkan 'PARANG TERBANG; tdk pernah berlaku zaman nabi dulu. Cuba jawab wahai saudara2 yg 'tinggi ilmu' sekalian :)

·

Page 15: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

jai kiri 4 days ago

TAPEDIRI tiada pantang larang. Pantang larang nya ialah meninggalkan suruhan Allah dan buat perkara yg dilarang. Mcm inikah ilmu yg dikatakan menggunakan JIN? Subhanallah saudara,bukalah minda. Nabi pernah berkata, 'carilah ilmu sebanyak mungkin'. Dlm Al-Quran pun ckp benda yg sama. Ilmu ini begitu banyak. Sangat-sangat banyak.

·

jai kiri 4 days ago

Duit yg di kenakan bkn sbb pengasasnya nak tipu. Cuba saudara fikir,Al-Quran itu benda yg baik. Tapi kenapa manusia menjualnya dgn harga yg berlainan? Ada sesape blh jawab? Tolong bagi orang berilmu yg jawab soalan saya ini sbb bila orang yg tak berilmu jawab mereka tdk tahu apa yg mereka ckp :)

·

jai kiri 4 days ago

Ilmu ini ilmu Allah. Tiada sesatnya. Kalau tak percaya pergi JAKIM atau mana-mana Jabatan Agama Islam yg berdekatan. Tanya mereka pasal TAPEDIRI ini tergolong dlm ajaran sesat ke tdk.

·

jai kiri 4 days ago

Lebih baik saudara meminta maaf kpd orang yg saudara fitnah itu sebelum saudara sampai ajal. Sbb dosa fitnah ini terlalu besar :)

· in reply to PAPIM30 (Show the comment)

Page 16: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

jai kiri 4 days ago

kenapa awk begitu bodoh sekali? Harun Din PENGASAS AS-SYIFA' pun kenakan bayaran sebanyak 3 ratus lebih kalau nk masuk AS-SYIFFA'. Nampak sgt awk tulis tanpa berfikir. Inilah punca-punca perpecahan umat Islam. Ciri-cirinya org mcm awk lah. Ilmu ni kalau kita bawa ke medan perang pun kalau nak syahid,syahid juga. Sbb semuanya berlaku dgn kuasa Allah. Saya dah masuk TAPEDIRI ni. Dan zikirnya tiada guna unsur MANTERA atau SERU. Tidak suruh mkn atau minum apa2.

· in reply to Saila Damha (Show the comment)

amirul syazrin 1 week ago

benda ni sunnah ke ?

·

PAPIM30 1 week ago

jihad ape ni..??? jihad jual ilmu..?? bg big boss pakai kete besar2... dlu kate pakai ape yg ade jgn membazir,skrang bermewah2 hasil MLM korang. .. tahniah... =)

· in reply to nur fitri (Show the comment)

PAPIM30 1 week ago

dan penjualan air penawar yg di isi dengan robbi naj ni minnal kaumil zholimin dan beberapa ayat lain di jual dengan sekadar ikhlas,bkn mencari income meletak tanda harga..ilmu budi suci sama skali tidak terlibat dengan TP. .. mahar RM210 pengisian dan 4 ranting sekaligus. . .tidak perlu 1 ranting ke 1 ranting yg perlu dibayar setiap ranting. ..ini yg ditinggalkn oleh guru kami,dan kami teruskn sehingga hari ini.. =)

Page 17: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia

·

PAPIM30 1 week ago

jika di kata tidak kena kami anak murid perguruan asal budi suci atau SIPAHIT ada kunci pembukanya. .. dan semua ahli sudah dibekalkn ilmu pembuka kunci ini. .. jadi sy wakil dari perguruan asal yg pernah di fitnah sebagai SESAT oleh TP berharap agar ilmu tidak diperdagang kan seperti mlm,pengunaan AYAH di tapis semula,penjualan koka juga di pikirkn supaya akidah mereka yg membeli koka tidak terpesong kerana percaya kepada koka yg harga beratus2 padahal boleh beli lambak je koka. .=)

·

PAPIM30 1 week ago

ilmu di jaja di pertayangkn sehingga menimbulkn FITNAH. .. semasa pelantikkan menjadi guru dan ayahanda 30 (PAPIM) sy berada di sana. . =) . . kami juga tidak bersetuju bila guru guru diberi gelaran AYAH,kerana kami percaya ini adalah satu cara marketing untuk menarik ahli berbaiah 30 untuk bersama jemaah TP. . seperti yg kita ketahui ilmu adalah ilmu tidak perlu di samakn dengan perjalanan baju/30. ..

·

PAPIM30 1 week ago

sedikit pembetulan. .. ilmu tape diri ini jika di tanya pada pengasasnya mungkin tiada asal usulnya atau dari mana datangnya... kerana pada awal penglibatan pengasas ini beliau adalah anak murid kepada BUYA HUKAMA (budi suci indonesia) anak murid ke tiga atau ke empat yg mane proses pengambilan di buat di negeri sembilan. . kami sendiri dalam perguruan budi suci malaysia termasuk guru utama hukama sendri tidak bersetuju dgn penubuhan tapediri yg dilihat lebih kepada MARKETING income. ..

·

Page 19: Bahayanya Impak AJARAN SESAT Kepada Malaysia