BAJA KOMPOS.docx

1
BAJA KOMPOS: JIMAT, PRAKTIKAL, MENGUNTUNGKAN Sampah sarap punca pencemaran alam sekitar Melalui kitar semula kita boleh berjimat malah dapat menambah pendapatan sekiranya kita bijak dan kena dengan caranya. Adakah kita terfikir hasil sisa lebihan makanan yang kita buang saban hari boleh dijadikan baja kompos. Untuk menghasilkan baja kompos ini, kita hanya perlu menyediakan satu kawasan khas bagi membolehkan sampah itu ditimbun dari hari kehari. Malah, dengan amalan membuat baja kompos ini secara tidak langsung kita boleh menyelamatkan alam sekitar, ini kerana punca pencemaran alam sekitar yang paling ketara ialah melalui pembuangan sampah. Selain itu juga, kita juga boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi agenda utama kerajaan dalam menghijaukan negara. Mungkin selepas ini semuas sisa makanan yang hendak dibuang seperti buah-buahan, sayuran, kulit telur, rumput, daun-daun pokok, serbuk teh dan kopi dikumpulkan untuk kita jadikan baja kompos. Bagi mendapatkan baja kompos yang lebih hebat untuk dijadikan baja asli kita juga boleh menggunakan sisa seperti tahi kuda, tahi kambing dan tahi ayam. Bagi menghasilkan baja kompos ini kita hanya perlu timbunkan sisa-sisa makanan pada satu tempat. Setiap hari sisa makanan yang dikumpul itu boleh dilapiskan dengan daun- daun kering. Dan bagi mengelakan dari hidupan liar atau anjing sampah tersebut boleh ditutup menggunakan jaring. Proses ini akan mengambil masa yang panjang bagi membolehkan organisma termasuk cacing membantu penghuraian bahan buangan dalam menghasilkan nutrien dan baja. Proses ini akan siap sekiranya warna tanah telah bertukar hitam. Tanah tersebut perlu digemburkan dari semasa kesemasa bagi membolehkan berlakunya peredaran udara dan kelembapan pada timbunan baja kompos tersebut. Baja kompos ini juga mampu menjadi medium pembesaran yang kaya dengan humus dan nutrien dan merupakan bahan tambahan kepada tanah. Ia juga merupakan bahan penyerap yang akan mengumpul kelembapan dan mineral terlarut sebagai sokongan dan nutrien kepada tumbuh- tumbuhan.

Transcript of BAJA KOMPOS.docx

Page 1: BAJA KOMPOS.docx

BAJA KOMPOS: JIMAT, PRAKTIKAL, MENGUNTUNGKAN

 Sampah sarap punca pencemaran alam sekitar

Melalui kitar semula kita boleh berjimat malah dapat menambah pendapatan sekiranya kita bijak dan

kena dengan caranya.  Adakah kita terfikir hasil sisa lebihan makanan yang kita buang saban hari boleh

dijadikan baja kompos. Untuk menghasilkan baja kompos ini, kita hanya perlu menyediakan satu

kawasan khas bagi membolehkan sampah itu ditimbun dari hari kehari.

Malah, dengan amalan membuat baja kompos ini secara tidak langsung kita boleh menyelamatkan alam

sekitar, ini kerana punca pencemaran alam sekitar yang paling ketara ialah melalui pembuangan

sampah.

Selain itu juga, kita juga boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi agenda utama

kerajaan dalam menghijaukan negara. Mungkin selepas ini semuas sisa makanan yang hendak dibuang

seperti buah-buahan, sayuran, kulit telur, rumput, daun-daun pokok, serbuk teh dan kopi dikumpulkan

untuk kita jadikan baja kompos.

Bagi mendapatkan baja kompos yang lebih hebat untuk dijadikan baja asli kita juga boleh menggunakan

sisa seperti tahi kuda, tahi kambing dan tahi ayam.

Bagi menghasilkan baja kompos ini kita hanya perlu timbunkan sisa-sisa makanan  pada satu tempat.

Setiap hari sisa makanan yang dikumpul itu boleh dilapiskan dengan daun-daun kering. Dan bagi

mengelakan dari hidupan liar atau anjing sampah tersebut boleh ditutup menggunakan jaring.

Proses ini akan mengambil masa yang panjang bagi membolehkan organisma termasuk cacing

membantu penghuraian bahan buangan dalam menghasilkan nutrien dan baja. Proses ini akan siap

sekiranya warna tanah telah bertukar hitam. Tanah tersebut perlu digemburkan dari semasa kesemasa

bagi membolehkan berlakunya peredaran udara dan kelembapan pada timbunan baja kompos tersebut. 

Baja kompos ini juga mampu menjadi medium pembesaran yang kaya dengan humus dan nutrien dan

merupakan bahan tambahan kepada tanah. Ia juga merupakan bahan penyerap yang akan mengumpul

kelembapan dan mineral terlarut sebagai sokongan dan nutrien kepada tumbuh-tumbuhan.