Balance Transfer

2
1. Program Pindahan Baki Kad-i Bank Islam ini akan berakhir pada 31 Disember 2011. Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama Kad-i Visa Bank Islam/ Ahli Kad Utama Kad-i MasterCard Bank Islam sahaja. 2. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk permohonan Pindahan Baki yang baru sahaja. 3. Program ini menawarkan 3 kadar Caj Kewangan iaitu: Caj Kewangan Tempoh Jumlah pindahan minima 0% 6 bulan RM1,000 1% 12 bulan RM1,000 5% 24 bulan RM1,000 4. Bagi kadar 0% selama 6 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 0% untuk tempoh 6 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 6 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut, bermula pada bulan ke 7 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. 5. Bagi kadar 1% selama 12 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 1% untuk tempoh 12 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 12 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula bermula bulan pada ke-13 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. 6. Bagi kadar 5% setahun selama 24 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 5% setahun untuk tempoh 24 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 24 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula pada bulan ke-25 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan. 7. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk tempoh 6/12/24 bulan dari tarikh Akaun Kad-i Bank Islam didebitkan atau sebelum tempoh Kontrak Kad tamat. Contoh: Jika Pindahan Baki didebitkan pada 1 Julai 2011, maka tempoh sah Pindahan Baki selama 12 bulan iaitu sehingga 30 Jun 2012. Walaubagaimanapun jika Kontrak Kad tamat pada 1 Januari 2012, tempoh Pindahan Baki akan tamat pada tarikh Kontrak Kad tamat. 8. Permohonan untuk Program Pindahan Baki ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Bank serta Terma dan Syarat yang terkandung di sini. Pihak Bank berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan dan menentukan pemindahan Baki Tertunggak (Amaun yang dibenarkan) mengikut budi bicara pihak Bank. 9. Akaun Kad Bank Islam mestilah berada dalam keadaan semasa dengan Had Pembiayaan yang mencukupi untuk membolehkan pemindahan dilakukan. Dalam tempoh promosi, lebih dari satu pindahan boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Setiap permohonan boleh mengandungi lebih dari satu pindahan ke institusi kewangan yang lain dan jumlah pindahan keseluruhan untuk setiap permohonon mestilah menepati klausa 13. 10. Penyata Kad terkini bagi akaun(-akaun) Kad yang dinyatakan mestilah disertakan dengan Borang Permohonan Pindahan Baki yang ditandatangani dan juga bertarikh. 11. Bagi urusan pindahan yang akan dilakukan dalam tempoh pembayaran penyata akaun kad yang dipindahkan, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh pihak Bank sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh penyata. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan caj atau fi yang mungkin dikenakan oleh institusi kewangan lain disebabkan oleh kelewatan pindahan. 12. Ahli Kad adalah bertanggungjawab menyelesaikan sebarang transaksi yang dipertikaikan dengan institusi kewangan yang lain walaupun pihak Bank bersetuju membuat pembayaran Pindahan Baki sepertimana diminta. 13. Ahli Kad hanya dibenarkan memindahkan sekurang-kurangnya RM1,000.00, tertakluk kepada Had Pembiayaan dalam Akaun Kad Bank Islam. Jumlah maksimum pindahan bergantung kepada ketersediaan Had Pembiayaan. Terma dan Syarat Program Pindahan Baki Kad-i Bank Islam Pusat Kad Bank Islam, Aras 6, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur • Pusat Panggilan: 03-26 900 900 Email: [email protected] • Sah sehingga 31 Disember 2011 • Pindahan minima RM1000 • Tiada fi penyelesaian awal Tertakluk pada terma dan syarat Berjimat Dengan Pindahan Baki Kad-i Bank Islam 14. Amaun yang diluluskan akan menjadi sebahagian dari jumlah Had Pembiayaan untuk semua Akaun(-akaun) Ahli Kad Bank Islam, termasuk Akaun(-akaun) Kad Tambahan (jika ada). Tiada kenaikan dalam Had Pembiayaan bersamaan dengan Amaun yang Dibenarkan. Amaun yang Dibenarkan akan menurunkan Had Pembiayaan Akaun Kad Bank Islam dengan sewajarnya. 15. Caj Ganti Rugi Kelewatan Pembayaran (Ta’widh) sebanyak 1% dari Baki Tertunggak sepertimana pada tarikh penyata akan dikenakan, sekiranya bayaran diterima selepas tarikh matang iaitu minimum RM5.00 dan maksimum RM50.00, mengikut mana yang lebih tinggi. 16. Tiada Caj Kewangan dikenakan ke atas Amaun yang Dibenarkan atau baki tertunggak lain, dengan syarat Ahli Kad membayar amaun secara penuh pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. Selepas tempoh 6/12/24 bulan tamat, Caj Kewangan standard sebanyak 13.5%- 17.5% setahun akan dikenakan. 17. Tiada Fi Penyelesaian Awal akan dikenakan jika Ahli Kad menamatkan atau memilih untuk tidak meneruskan Program ini dengan membuat bayaran penuh Amaun yang Dibenarkan atau baki tertunggak lain sebelum tempoh 6/12/24 bulan tamat. 18. Sekiranya Ahli Kad (yang telah menyertai Program ini) mengarahkan pihak Bank untuk membatalkan Keahlian Kad Bank Islam sedia ada ataupun Keahlian Kad Bank Islam ditamatkan oleh pihak Bank disebabkan mana-mana alasan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad, Ahli Kad bertanggungjawab menyelesaikan semua baki tertunggak, termasuk fi dan caj yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank berikutan penutupan Akaun(-akaun) Kad Bank tersebut mengikut Perjanjian Kad. 19. Pemberitahuan akan dihantar kepada Ahli Kad jika permohonan untuk program ini tidak berjaya. Jika permohonan ini diluluskan, pihak Bank akan membuat pindahan Amaun yang Dibenarkan ke akaun(-akaun) Ahli Kad dengan institusi kewangan lain seperti yang diarahkan, mengikut cara yang difikirkan wajar oleh pihak Bank. 20. Sehingga pembayaran (rujuk klausa 11) Amaun yang Dibenarkan dibuat oleh pihak Bank ke institusi kewangan lain, Ahli Kad akan terus bertanggungjawab untuk membuat pembayaran ke akaun(-akaun) kad kredit dengan institusi kewangan lain mengikut terma pembayaran institusi kewangan tersebut. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang caj yang dikenakan ke atas mana-mana bayaran yang terhutang atau mana-mana caj kewangan atau fi lain yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat kegagalan Ahli Kad atau kelewatan pihak Bank membuat bayaran Amaun yang Dibenarkan kepada pihak institusi kewangan yang berkenaan. 21. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad-i Bank Islam. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam Perjanjian Kad, keputusan pihak Bank terhadap Terma dan Syarat yang akan digunapakai adalah menyeluruh. 22. Pihak Bank berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung program ini dengan memberikan notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau pergantungan Program ini oleh pihak Bank tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini. 23. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan memberi notis kepada Ahli Kad dan pindaan pada Terma dan Syarat tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh selepas notis. 24. Pihak Bank berhak menamatkan program ini pada bila-bila masa dengan notis dan tanpa memberi sebarang alasan. Program ini boleh digantikan dengan program lain secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlak pihak Bank. 25. Terma dan Syarat yang terkandung di sini dikawal selia dan diertikan mengikut undang-undang Malaysia.

description

pindahan hutang contoh

Transcript of Balance Transfer

  • 1. Program Pindahan Baki Kad-i Bank Islam ini akan berakhir pada 31 Disember 2011. Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama Kad-i Visa Bank Islam/ Ahli Kad Utama Kad-i MasterCard Bank Islam sahaja.

    2. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk permohonan Pindahan Baki yang baru sahaja.

    3. Program ini menawarkan 3 kadar Caj Kewangan iaitu:

    Caj Kewangan Tempoh Jumlah pindahan minima 0% 6 bulan RM1,000 1% 12 bulan RM1,000 5% 24 bulan RM1,000

    4. Bagi kadar 0% selama 6 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 0% untuk tempoh 6 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 6 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut, bermula pada bulan ke 7 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.

    5. Bagi kadar 1% selama 12 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 1% untuk tempoh 12 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 12 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula bermula bulan pada ke-13 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.

    6. Bagi kadar 5% setahun selama 24 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 5% setahun untuk tempoh 24 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas tempoh 24 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula pada bulan ke-25 (pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.

    7. Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk tempoh 6/12/24 bulan dari tarikh Akaun Kad-i Bank Islam didebitkan atau sebelum tempoh Kontrak Kad tamat. Contoh: Jika Pindahan Baki didebitkan pada 1 Julai 2011, maka tempoh sah Pindahan Baki selama 12 bulan iaitu sehingga 30 Jun 2012. Walaubagaimanapun jika Kontrak Kad tamat pada 1 Januari 2012, tempoh Pindahan Baki akan tamat pada tarikh Kontrak Kad tamat.

    8. Permohonan untuk Program Pindahan Baki ini adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Bank serta Terma dan Syarat yang terkandung di sini. Pihak Bank berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan dan menentukan pemindahan Baki Tertunggak (Amaun yang dibenarkan) mengikut budi bicara pihak Bank.

    9. Akaun Kad Bank Islam mestilah berada dalam keadaan semasa dengan Had Pembiayaan yang mencukupi untuk membolehkan pemindahan dilakukan. Dalam tempoh promosi, lebih dari satu pindahan boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Setiap permohonan boleh mengandungi lebih dari satu pindahan ke institusi kewangan yang lain dan jumlah pindahan keseluruhan untuk setiap permohonon mestilah menepati klausa 13.

    10. Penyata Kad terkini bagi akaun(-akaun) Kad yang dinyatakan mestilah disertakan dengan Borang Permohonan Pindahan Baki yang ditandatangani dan juga bertarikh.

    11. Bagi urusan pindahan yang akan dilakukan dalam tempoh pembayaran penyata akaun kad yang dipindahkan, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh pihak Bank sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh penyata. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan caj atau fi yang mungkin dikenakan oleh institusi kewangan lain disebabkan oleh kelewatan pindahan.

    12. Ahli Kad adalah bertanggungjawab menyelesaikan sebarang transaksi yang dipertikaikan dengan institusi kewangan yang lain walaupun pihak Bank bersetuju membuat pembayaran Pindahan Baki sepertimana diminta.

    13. Ahli Kad hanya dibenarkan memindahkan sekurang-kurangnya RM1,000.00, tertakluk kepada Had Pembiayaan dalam Akaun Kad Bank Islam. Jumlah maksimum pindahan bergantung kepada ketersediaan Had Pembiayaan.

    Terma dan Syarat Program Pindahan BakiKad-i Bank Islam

    Pusat Kad Bank Islam, Aras 6, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Pusat Panggilan: 03-26 900 900Email: [email protected]

    Sah sehingga 31 Disember 2011 Pindahan minima RM1000 Tiada fi penyelesaian awalTertakluk pada terma dan syarat

    Berjimat DenganPindahan Baki

    Kad-i Bank Islam

    14. Amaun yang diluluskan akan menjadi sebahagian dari jumlah Had Pembiayaan untuk semua Akaun(-akaun) Ahli Kad Bank Islam, termasuk Akaun(-akaun) Kad Tambahan (jika ada). Tiada kenaikan dalam Had Pembiayaan bersamaan dengan Amaun yang Dibenarkan. Amaun yang Dibenarkan akan menurunkan Had Pembiayaan Akaun Kad Bank Islam dengan sewajarnya.

    15. Caj Ganti Rugi Kelewatan Pembayaran (Tawidh) sebanyak 1% dari Baki Tertunggak sepertimana pada tarikh penyata akan dikenakan, sekiranya bayaran diterima selepas tarikh matang iaitu minimum RM5.00 dan maksimum RM50.00, mengikut mana yang lebih tinggi.

    16. Tiada Caj Kewangan dikenakan ke atas Amaun yang Dibenarkan atau baki tertunggak lain, dengan syarat Ahli Kad membayar amaun secara penuh pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. Selepas tempoh 6/12/24 bulan tamat, Caj Kewangan standard sebanyak 13.5%- 17.5% setahun akan dikenakan.

    17. Tiada Fi Penyelesaian Awal akan dikenakan jika Ahli Kad menamatkan atau memilih untuk tidak meneruskan Program ini dengan membuat bayaran penuh Amaun yang Dibenarkan atau baki tertunggak lain sebelum tempoh 6/12/24 bulan tamat.

    18. Sekiranya Ahli Kad (yang telah menyertai Program ini) mengarahkan pihak Bank untuk membatalkan Keahlian Kad Bank Islam sedia ada ataupun Keahlian Kad Bank Islam ditamatkan oleh pihak Bank disebabkan mana-mana alasan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad, Ahli Kad bertanggungjawab menyelesaikan semua baki tertunggak, termasuk fi dan caj yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank berikutan penutupan Akaun(-akaun) Kad Bank tersebut mengikut Perjanjian Kad.

    19. Pemberitahuan akan dihantar kepada Ahli Kad jika permohonan untuk program ini tidak berjaya. Jika permohonan ini diluluskan, pihak Bank akan membuat pindahan Amaun yang Dibenarkan ke akaun(-akaun) Ahli Kad dengan institusi kewangan lain seperti yang diarahkan, mengikut cara yang difikirkan wajar oleh pihak Bank.

    20. Sehingga pembayaran (rujuk klausa 11) Amaun yang Dibenarkan dibuat oleh pihak Bank ke institusi kewangan lain, Ahli Kad akan terus bertanggungjawab untuk membuat pembayaran ke akaun(-akaun) kad kredit dengan institusi kewangan lain mengikut terma pembayaran institusi kewangan tersebut. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang caj yang dikenakan ke atas mana-mana bayaran yang terhutang atau mana-mana caj kewangan atau fi lain yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat kegagalan Ahli Kad atau kelewatan pihak Bank membuat bayaran Amaun yang Dibenarkan kepada pihak institusi kewangan yang berkenaan.

    21. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad-i Bank Islam. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam Perjanjian Kad, keputusan pihak Bank terhadap Terma dan Syarat yang akan digunapakai adalah menyeluruh.

    22. Pihak Bank berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung program ini dengan memberikan notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau pergantungan Program ini oleh pihak Bank tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini.

    23. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan memberi notis kepada Ahli Kad dan pindaan pada Terma dan Syarat tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh selepas notis.

    24. Pihak Bank berhak menamatkan program ini pada bila-bila masa dengan notis dan tanpa memberi sebarang alasan. Program ini boleh digantikan dengan program lain secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlak pihak Bank.

    25. Terma dan Syarat yang terkandung di sini dikawal selia dan diertikan mengikut undang-undang Malaysia.

  • Mematuhi kehendak Syariah sepenuhnya

    Bebas dari caj kewangan berganda

    Perlindungan Takaful percuma ke atas baki tertunggak

    Khairat Kematian percuma kepada waris

    Tempoh 20 hari pengecualian caj kewangan

    *Tertakluk pada terma dan syarat

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungiPusat Panggilan kami di talian

    03-26 900 900 atau layariwww.bankislam.com.my

    1. Menggabungkan kesemua baki kad kredit yang tertunggak yang lain ke dalam Kad Bank Islam untuk pengurusan kewangan yang bijak.

    2. Nikmati caj kewangan yang rendah

    3. Tiada caj kewangan berganda.

    4. Perlindungan Takaful percuma atas baki tertunggak

    5. Tiada fi pemprosesan

    6. Tiada fi penyelesaian awal.

    Kelebihan Pindahan Baki Kad-i Bank Islam

    Salinan penyata kad-kad kredit daripada bank-bank lain (penyata 2 bulan terkini)

    Dokumen-dokumen yang diperlukan

    6 Kelebihan UtamaKad Bank Islam*Caj Tempoh Pindahan Minimum0% 6 bulan1% 12 bulan5% 24 bulan

    RM1,000

    Kepada:Ketua Pemprosesan PembiayaanPusat Kad Bank IslamTuan,

    Saya bersetuju untuk memindahkan baki tertunggak pada kad(-kad) kredit yang dinyatakan seperti berikut, dengan syarat jumlah yang dipindahkan tidak melebihi Had Pembiayaan pada Kad Bank Islam saya.

    Nama Ahli Kad

    No. Kad Bank Islam

    Tarikh Luput Kad

    Bil. No. Akaun Kad Kredit Bank Amaun Dipindahkan (RM)

    Saya ingin memilih program yang berikut :

    Saya bersetuju memberi kebenaran kepada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank) untuk memindahkan baki kad kredit tertunggak seperti yang dinyatakan di atas ke Akaun Kad MasterCard Bank Islam / Kad Visa Bank Islam saya. Saya mengesahkan bahawa pindahan yang akan dilakukan oleh pihak Bank adalah berdasarkan arahan saya dan tiada sebarang implikasi atau kaitan dengan bank yang mengeluarkan kad saya yang berkenaan. Saya juga mengesahkan bahawa pinjaman saya dari kesemua sumber di Malaysia tidak melebihi gabungan jumlah agregat RM10 juta (untuk bukan rakyat Malaysia sahaja). Saya telah meneliti dan memahami isi kandungan dan bersetuju untuk menurut segala terma dan syarat berkaitan Program PINDAHAN BAKI Kad Bank Islam

    Sila hantarkan kepada :Pusat Kad Bank Islam, Aras 6, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Pusat Panggilan: 03-26 900 900 Email: [email protected] Faks : 03-2782 1358 www.bankislam.com.my(Sila emel atau faks borang dan dokumen yang diperlukan ini sekali sahaja)

    b tb t

    Tandatangan Ahli Kad(Seperti tandatangan spesimen pada Akaun Kad)

    Tarikh

    0% Tempoh 6 bulan1% Tempoh 12 bulan5% Tempoh 24 bulan

    Jumlah