BALING TIN

13
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KM 10,JALAN PADANG TENGKU 27200, KUALA LIPIS, PAHANG. PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 2 2010 JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BINTI SABRI ( 910215-08- 5244) NUR LYIANA BINTI HAMZAH ( 910703-06-5058) SYAHIRAH MOHAMAD YUSOF (910514-03-5570)

Transcript of BALING TIN

Page 1: BALING TIN

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KM 10,JALAN PADANG TENGKU 27200,

KUALA LIPIS, PAHANG.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER 2 2010

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BINTI SABRI ( 910215-08-5244)

NUR LYIANA BINTI HAMZAH ( 910703-06-5058)

SYAHIRAH MOHAMAD YUSOF (910514-03-5570)

UNIT : BM/PJ/PS (2)

SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI ASAS

PENSYARAH : ENCIK SAPUDIN

Page 2: BALING TIN

BALING

TIN

PENGENALAN

Page 3: BALING TIN

Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh itu permaianan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

ASAL-USUL

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara inisejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan plastic dan sebagainya.

ALAT PERMAINAN

Page 4: BALING TIN

1. Tin-tin kosong.

Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan ipastikan mana-mana bahagianyang tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbezatidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain.

2. Bola

Bola hendaklah bersaiz lebih kurangtiga tau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan sekiranya bola pecah atau bocor. Biasanya bola yang berwarna terang digunakan bagi memudahkan pemain melihatnya.

Selipar atau kertas gumpalan juga digunakan sebagai bola. Selipar lebih menarik kerana semasa membaling atua melecut bola tin, selipar akan melayang dan hanya boleh mengenai bahagiantin sahaja. Gumpalan kertas dibalit dengan plastic yang kemudiannya diikat dengan tali supaya gumpalan kertas tidak terurai. Bola kertas ini digunakan kerana ia tidak menyakitkan apabila dibaling kepada pemain.

KAEDAH PENGHASILAN

Page 5: BALING TIN

Oleh kerana permainan ini adalah mudah, hanya sebilangan tin-tin susu yang terbuang sahaja diperlukan. Tin-tin susu yang dijumpai di merata-rata tempat akan dikumpulkan. Tin-tin yang kemek akan dibaiki dan tin yang yang mempunyai bahagian tajam juga akan diketuk ke dalam supaya tidak melukakan pemain. Kemudian tin-tin tersebut akan dibasuh dan dicat supaya kelihatan menarik. Lazimnya bilangan tin tersebut akan disusun dalam bentuk pyramid. Sekurang-kurangnya sebanyak 10 uah tin yang akn digunakan. Namun begitu, semakin banyak tin, semakin menarik permainan ini, di samping mencabar dan mengambil masa yang lama untuk ditamatkan. Sekiranya pemain ingin menggunakan bola yang diperbuat daripada gumpalan kertas, sejumlah kertas digenggan untuk membentuk seperti sebiji bola. Kemudian bola tersebut dimasukkan ke dalam sebuah plastik yang kemudian diikat dengan menggunakan tali. Cara ini lebih mudah dihsilkan dan menjimatkan kos. Oleh itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan kampung boleh memainkan permainan ini kerana ia mudah dihasilkan.

CARA BERMAIN

Sebelum memulakan sesuatu permainan baling tin, dua kumpulan perlu dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pelontar. Namun begitu jumlah pemain yang lebih ramai adalah lebih baik kerana boleh memeriahkan permainan tersebut.

Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerang atau pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebgai pembaling, manakala pemain pula adalah pasukan yang memulakan permainan tersebut.

Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan duit syiling atau wan tu zom. Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya mendapat persetujuan kedua-dua kumpulan.

Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan. Garisan tersebut boleh dibuat secara bertentangan pada jarak lima meter. Garisan pertama digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan untuk meletakkan tin-tib yang disusun dengan kemas.

Semua tin susu atau tin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama akan disusun. Susunan tersebut harus disusun berhati-hati supaya tidak runtuh sebelum bermain.

Page 6: BALING TIN

Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang garisan pemula. Kemudian wakil daripada pelontar akan melontarkan bola dengan berhati-hati untuk mengenai tin-tin yang paling atas.

Pihak penyerang pula bersedia di belakang susunan tin. Ini adalah penting supaya pihak penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebai sahaja wakil pelontar menjatuhkan susunan tin tersebut.

Sekiranya susunan tin jatuh akibat lontaran tersebut, pihak penyerang akan merebut bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat melarikan diri. Sekirannya balingan pertama tidak menjatuhkan bola, cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi penyerang.

Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar kan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama setiap pelontar harus bertindak atau mengambil peluang untuk menyusun tin-tin yang berserakan. Namun begitu, bukan mudah untuk menyusun tin-tin yang berserakan kerana terpaksa mengelakkan daripada mengenai balingan bola oleh penyerang.

Aksi acah-mengacah harus dilakukan sama ada oleh pelontar penyerang. Bahkan terdapat pelontar yang akan melarikan diri daripada mengelakan dibaling oleh penyerang. Pada masa yang sama pelontar harus memastikan penyerang mengejar untuk member peluang kepada ahlilain untuk menyusun tin-tin tersebut.

Oleh itu semakin sedikit tin yang berserakan, semakin mudah pula untuk disusun. Ini kerana tin susu yang jatuh tidak akan dikira mata. Oleh itu, pelontar digalakkan menjatuhkan satu tin sahaja untuk memudahkan tin disusun kelak.

Setiap pelontar harus bertanggungjawab memastikan tin-tin tersebut disusun dengan pantas.

Jika pelontar Berjaya menyusun tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula,pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan tersebut.

Sekiranya bola yang dilontar itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka semua pelontar kumpulan pelontar dikira mati. Oleh itu, wakil pemain

Page 7: BALING TIN

daripada pihak pelontar harus membaling dengan kuat supaya tidak dapat disambut oleh pihak penyerang.

Bagi permainan baling tin yang menggunakan selipar pula garisan pemula dengan susunan tin adalah lebih dekat. Ini disebabkan tin tidak boleh dibaling, sebaliknya dilayangkan ke udara untuk mengenai susunan tin. Layangan yang baik hanya akan mengenai tin yang paling atas .Ini member peluang yang lebih luas kepada pelontar untuk memenangi permainan ini.

KIRAAN MATA

Permainan ini dikira dengan kiraan padang. Kiraan padang bermaksud sekiranya pihakpelontar berjaya menyusun susunan tin yang telah berserakan, bermakna pasukan tersebut akan mendapat satu mata. Kemudian permainan ini akan diteruskan lagi sehinggalah pasukan pelontar mengalami kamatian. Sekiranya pemain bijak bermain, dalam satu permainan itu boleh mengutip banyak mata. Namun apabila salah seorang pihak pelontar telah mengenai bola, permainan tersebut terpaksa dibatalkan.

PEMAIN

Jumlah pemain dalam sesebuah pasukan harus sama banyaknya dengan pasukan yang satu lagi. Kebiasaannya sesebuah pasukan terdiri daripada tiga hingga enam orang. Tiada pengadil khusus digunakan untuk mengadili permainan baling tin. Biasanya pemain sendiri yang menentukan perjalanan sesuatu permainan. Pemain juga boleh terdiri daripada pelbagai jantina. Dari segi usia pula tiada batasan. Namun permainan ini lebih popular dalam kalangan kanak-kanak yang berusia sekitar enam hingga 12 tahun.

PERATURAN

Page 8: BALING TIN

I. Dua kumpulan diperlukan

II. Setiap kumpulan harus mempunyai pemain ekurang-kurangnya dua orang dan jumlah tersebut mestilah sama.

III. Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelun sempat menyusun semula tin-tin yang jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang pemain daripada kumpulannya pula akan melontar pula.

IV. Sekiranya bola yang dilontar kea rah susunan tin dapat disambut oleh penyerang sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan pelontar dianggap mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai pelontar.

V. Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. Sekiranya bola yang dipebuat daripada gumpalan kertas digunakan, bola tersebut boleh dibaling di mana-mana anggota badan kecuali kepala.

VI. Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang.

VII. Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.

VIII. Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berserakan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.

IX. Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan.

X. Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk memenangi permainan tersebut.

PERKARA YANG MEMBATALKAN

Page 9: BALING TIN

Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran.

Setiap pelontar harus membaling susunan sekurang-kurangnya tiga kali daripada mengelakkan pembatalan.

Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh penyerang dan kemudian jatuh ke tanah, pelontar akan dikita pemenang.

Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang terutama selepas pelontar memulakan permainan akanterbatal dan pelontar dikira pemenang.

Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku, permainan boleh dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang.

PADANG PERMAINAN

Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima meter. Garisan permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu pada tanah dan sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin-tin yangdisusun tanpa sekatan.

FUNGSI PERMAINAN

Page 10: BALING TIN

Membentuk semangat kerjasama antara pemain dalam menghasilkan padang permainan. Padang pemainan dibentuk dengan cara lorekan yang dilakukan secara bekerjasama antara pemain. Kemudian jumlah tin yang digunakan juga harus mendapat persetujuan semua pihak.

Membentuk sikap bertanggungjawab. Bagi mencapai kemenangan,setiap pemain perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperoleh kemenangan untuk kumpulan masing-masing.

Sikap kesukanan dapat dibentuk. Semangat kesukanan boleh diperoleh apabila setiap pemain mematuhi peraturan permainan ini.

Para pemain juga, dapat mempelajari sikap berhati-hati dan bersabar ketika menyusun tin-tin yang berserakan.