Bola baling
-
Upload
enab-dan-kesum -
Category
Documents
-
view
5.284 -
download
5
description
Transcript of Bola baling
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
1.1 Pengenalan dan asal-usul
Permainan bola baling berasal dari Eropah dan telah diubah suai daripada
permainan-permainan asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di
Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Pada Perang Dunia Pertama,
permainan yang pernah dikenali sebagai Torball ini membabitkan tujuh orang
pemain namun telah diubah kepada 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang
bola sepak pada tahun 1917 di Jerman dan secara rasminya dikenali sebagai
handball.
1.2 Perkembangan sukan bola baling
Peringkat Antarabangsa
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan undang-undang
permainan ini. Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) pula ditubuhkan
di Amsterdam pada tahun 1928 dan Avery Brudge dari Residen Majlis Olimpik
Antarabangsa (IOC) dilantik sebagai ahli piagam kesatuan tersebut. Sebanyak 23
buah negara menganggotai kesatuan ini pada tahun 1936 apabila pertandingan bola
baling buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di Berlin.
Pada tahun 1946, IAHF telah digantikan dengan sebuah pertubuhan yang
dikenali sebagai Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini
menyatakan bahawa hanya tujuh orang pemain sepasukan dalam permainan bola
baling dan dimainkan di padang atau gelanggang seperti permainan bola keranjang.
1
Di peringkat dunia, sukan bola baling dimonopoli oleh beberapa negara
seperti Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland.
Di Asia pula negara yang menguasai sukan ini ialah Jepun, China dan Korea.
Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Permainan bola baling telah diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu
Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976
kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah
jawatankuasa kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan
banyak kursus-kursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan
kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini
kepada pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan kategori
lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2 Jun 1982 dan telah mendapat
perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan
Universiti Malaya.
Pada 11 September 1982, Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan
Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persekutuan Bola
Baling Malaysia didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su
dilantik sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah
menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia.
Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita
telah diadakan pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling
Malaysia telah memperoleh kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola
2
Baling antara Kelab-kelab Negara Komanwel. Sebanyak tujuh buah negara
mengambil bahagian termasuk Malaysia.
Logo Pertubuhan Bola Baling
Rajah 1.1 Logo pertubuhan bola baling daripada pelbagai peringkat
3
2.0 CIRI-CIRI PERALATAN PERMAINAN
2.1 Padang / Gelanggang (Kawasan Permainan)
Bagi permainan bola baling, permukaan gelanggang perlu keras dan rata
walaupun bermain di kawasan padang berumput. Gelanggang berbentuk segi empat
bujur, 40 meter panjang di garisan tepid an 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh
satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol
yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah
putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti
pula 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga
gol ialah 15cm dan jaraknya dari tengah garisan gol pula 4 meter. Di dua garisan
tepi, wujud dua garisan pertukaran pemain dengan panfjang 15cm dan jaraknya dari
garisan tengah ialah 4.5 meter.
Rajah 2.1 Gelanggang bola baling
4
2.2 Bola
Bola yang digunakan permainan bola baling berbentuk bulat dan diperbuat sama ada
daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah berbeza.
a) Lelaki dan remaja (16 tahun ke atas)
- Bola saiz 3
- Berat 425g - 475g
- Lilitan 58cm - 60cm
b) Wanita dan remaja (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
16 tahun)
- Bola saiz 2
- Berat 325g - 375g
- Lilitan 54cm - 56cm
c) Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun
sehingga 12 tahun)
- Bola saiz 1
- Berat 290g - 330g
- Lilitan 50cm - 52cm
d) MSSM
Lelaki 18 tahun ke bawah - bola saiz 3
- berat 425g - 475g
- lilitan 58cm - 60cm
Perempuan 18 tahun ke bawah, lelaki dan perempuan 15 tahun ke
bawah serta lelaki 12 tahun ke bawah
- bola saiz 2
- berat 325g - 375g
- lilitan 54cm - 56cm
Perempuan 12 tahun ke bawah - bola saiz 1
- berat 290g - 330g
- lilitan 50cm - 52cm
5
Kebiasaannya, dua biji bola akan diperiksa oleh pengadil sebelum sesuatu
perlawanan dimulakan. Bola yang digunakan dalam perlawanan tidak boleh
sewenang-wenangnya ditukar ganti, melainkan sebab-sebab tertentu. Manakala
pada peringkat antarabangsa, hanya bola yang mempunyai logo IHF sahaja
dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
Rajah 2.2 Bola baling
2.3 Tiang Gol
Tiang gol terletak pada bahagian tengah garisan gol. Suatu tiang gol terdiri daripada
dua batang tiang tegak 3 meter panjang x 2 meter tinggi. Sebatang palang empat
segi berukuran 3.16 meter berfungsi menyambung kedua-dua tiang tegak tersebut.
Tiang gol kebiasaannya diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa
dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang tegak
dengan palang perlu dicat dengan warna sama berukuran 28cm. Bahagian lain pada
tiang tegak dan palang, panjang warna yang sama adalah 20cm. Suatu tiang gol
perlulah dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu bagi tiang gol dan palang ialah
8cm. Tiang gol yang digunakan dalam bola baling adalah seperti di bawah.
6
2.3 Tiang gol
2.4 Pemain dan Pakaian
Pakaian untuk pemain lelaki dan wanita terdiri daripada baju lengan pendek
atau panjang, berseluar pendek, stoking dan kasut biasa (atau but). Semua pemain
wajib berpakaian seragam kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian
berlainan dengan pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.
Sebarang alat yang dianggap berbahaya terhadap pemain lain tidak dibenarkan
untuk memakainya.
Setiap pasukan bola baling terdiri daripada 12 orang pemain iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Setiap pemain dibenarkan memakai
7
jersi bernombor 1 hingga 20. Namun, hanya nombor 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
penjaga gol dan pemain lain bebas memilih nombor masing-masing.
2.5 Pegawai Permainan
Dalam suatu perlawanan bola baling, sebanyak empat orang pegawai bertauliah
diperlukan untuk mengawal sesuatu perlawanan. Empat orang pegawai ini
termasuklah :-
a) Pengadil garisan gol iaitu pengadil yang bertugas di bahagian depan pemain
penyerang.
b) Pengadil gelanggang iaitu pengadil yang bertugas di bahagian belakang
pemain penyerang (kedua-dua pengadil di atas sering bertukar tugas
mengikut situasi permainan).
c) Penjaga masa iaitu pengadil yang bertugas mengawal masa permainan,
mengawal pemain yang keluar masuk dari gelanggang, mengawal masa
penggantungan dan mengawal kemasukan pemain.
d) Pencatat iaitu pengadil yang ditugaskan untuk mencatat bilangan jaringan gol
dan mengawal kemasukan pemain.
Rajah 2.4 Pegawai permainan
8
Pegawai permainan
Pengadil garisan gol
Pengadil gelanggang
Pencatat
Penjaga masa
3.0 KEMAHIRAN ASAS
3.1 Pengenalan
Dalam satu pasukan bola baling, setiap pemain perlulah mempunyai beberapa ciri
seperti tahap teknik kemahiran yang tinggi, tahap kecergasan, kesegaran dan
keseimbangan yang tinggi, pengetahuan dan persefahaman tentang taktik, pendekatan
mental yang betul dan bersikap positif serta mempunyai semangat kesukanan.
Teknik kemahiran merupakan ciri terpenting dalam permainan bola baling. Sesuatu
pengelolaan latihan yang teratur bergantung pada peningkatan tahap kemahiran
pemain. Untuk mencapai tahap kemahiran yang diperlukan, setiap pemain memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih yang bertanggungjawab dan
berpengalaman.
Secara teknikalnya, kemahiran asas bola baling dapat dibahagikan kepada sembilan
aktiviti iaitu berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap,
menggelecek, menghadang, menjaringkan gol, mengacah dan menjaga gol. Setiap
pemain juga wajib mahir dalam setiap kemahiran secara individu.
3.2 Kemahiran Menjaga Gol
Penjaga gol merupakan barisan terpenting dalam sesebuah pasukan bola baling.
Hal ini kerana seorang penjaga gol mempunyai ciri-ciri seperti :-
a) Mampu bertindak balas dengan pantas
b) Mempunyai koordinasi tangan dan mata yang cekap
c) Berkebolehan bergerak dalam pelbagai aksi
d) Dapat bertindak dengan pantas mengikut pergerakan bola
e) Berkeupayaan membaca gerakan pemain lawan
9
f) Berkeupayaan menutup sudut jaringan pemain lawan
g) Berani, tenang, dan penyabar
Selain itu, ciri fizikal seorang penjaga gol juga perlu diberi perhatian. Ciri
fizikal ideal untuk seorang penjaga gol adalah seperti bertubuh tinggi, tidak terlalu
gemuk serta mempunyai tangan yang panjang.
Meskipun tugas utama seorang penjaga gol ialah mengawal dan mengawasi
gol pasukan, namun begitu, beberapa tugas seorang penjaga gol yang baik ialah
seperti menghalang pasukan lawan daripada membuat jaringan, merancang
banteng pertahanan, merancang serangan balas, dan berusaha untuk mengikuti
pergerakan bola setiap masa.
Seorang penjaga gol juga perlu memahirkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiran seperti menangkap bola, menahan, menolak, menepis, menampan, dan
menjatuhkan badan.
10
4.0 Ansur Maju
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seorang penjaga gol perlu mahir dalam pelbagai
kemahiran iaitu :-
a) Menangkap bola
b) Menahan bola
c) Menolak bola
d) Menepis bola
e) Menampan bola
f) Menjatuhkan badan
Ansur maju
a) Menangkap Bola
i) Teknik yang digunakan hampir sama dengan teknik terima bola dan ibu jari
bertindak sebagai penampan.
ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol).
iii) Penjaga gol berdiri di tengah antara 2 kon.
iv) Pemain cuba menjaringkan gol.
v) Penjaga gol menangkap bola dengan teknik menangkap bola.
b) Menahan
i) Kemahiran menahan bola dengan tangan perlu diberi tumpuan khusus kepada
kelajuan dan ketinggian bola. Sekiranya bola laju dan rendah, penjaga gol hanya
menjatuhkan badan ke tanah dan menangkap bola. Sekiranya bola laju dan
tinggi, penjaga gol perlu menolak badan melepasi palang. Penggunaan kaki
untuk menahan bola adalah semasa bola terlalu rendah (bawah paras lutut).
ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol), semua melutut.
iii) Dalam jarak 1 meter, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri separas
bahu penjaga gol.
iv) Penjaga gol menjatuhkan badan dan menangkap bola.
11
v) Dalam jarak yang sama, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri atas
kepala penjaga gol.
vi) Penjaga gol menepis bola atas kepala.
vii) Semua ahli kumpulan berdiri. Ulang semula aktiviti (iii - vi)
c) Menolak
i) Perlakuan menolak terletak pada bahagian tapak tangan yang dilentikkan ke
arah badan dan menolak bola ke bahagian atas atau sudut atas gol.
ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
iii) Penjaga gol berada di tengah 2 kon. Badan penjaga gol direndahkan sedikit.
iv) Pemain cuba menjaringkan gol.
v) Penjaga gol menolak bola ke bahagian atas / sudut atas gol.
vi) Sekiranya bola rendah, penjaga gol perlu menjatuhkan badan seperti pada
(b)(vii)
d) Menepis
i) Kemahiran menepis dilakukan menggunakan tapak tangan dan jari dalam
kedudukan melentik. Kebiasaannya gerakan menepis dilakukan ke atas bola
yang datang dari arah depan, sisi kanan atau kiri pada aras bahu ke lutut.
ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
iii) Dalam keadaan melutut, penjaga gol perlu melentikkan jari dan rapatkan
setiap satu jari.
iv) Pemain cuba untuk merejam.
v) Penjaga gol menepis bola ke arah lain.
e) Menampan
i) Gerakan ini dilakukan sekiranya bola datang pada aras bahu, lutut atau lebih
rendah. Penjaga gol perlu membengkokkan lutut sedikit dan menampan bola
menggunakan lutut atau tapak tangan.
ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
iii) Pemain cuba untuk menjaringkan gol pada aras lutut.
12
iv) Penjaga gol dalam keadaan lutut dibengkokkan, tampan bola menggunakan
tapak tangan. Bola dibiarkan melantun untuk memudahkan tangkapan dilakukan.
v) Kedudukan tangan penjaga gol semasa menampan perlulah lurus, ke depan atau
ke sisi, bergantung arah bola datang.
f) Menjatuhkan badan
i) Menjatuhkan badan merupakan gerakan sekiranya penjaga gol jauh daripada
bola.
ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
iii) Kesemua pemain dan penjaga gol duduk dalam keadaan segitiga.
iv) Penjaga gol melutut. Pemain berdiri.
v) Pemain menghantar bola ke arah sisi kanan dan kiri penjaga gol.
vi) Penjaga gol perlu menjatuhkan diri dan terus menangkap bola.
vii) Ulang (iii - vi) dalam keadaan penjaga gol berdiri dan pemain berada 3 meter dari
penjaga gol untuk melakukan jaringan.
13
5.0 BUTIR MENGAJAR KEMAHIRAN MENJAGA GOL (MENANGKAP)
Kemahiran menangkap bagi seorang penjaga gol adalah sama dengan
kemahiran menangkap bagi seorang pemain. Perkara yang perlu diberi perhatian
semasa kemahiran ini diaplikasikan ialah seorang penjaga gol perlu menangkap
bola tidak kira seberapa laju dan keliru sesuatu rejaman dilakukan. Seorang penjaga
gol perlu menguasai kemahiran tangkapan ini untuk menghalang mata diberi kepada
pihak lawan.
Seorang jurulatih perlu memastikan teknik yang digunakan tepat dan betul
oleh seorang penjaga gol. Butir pengajaran bagi kemahiran menangkap ialah :-
i) Mata seorang penjaga gol mestilah fokus pada bola dan pergerakan
penyerang.
ii) Kedua-dua tangan direnggangkan dan dihulur ke arah bola.
iii) Tangan dan jari dalam keadaan terbuka dan ibu jari bertindak sebagai
penahan bola.
iv) Setelah berjaya ditangkap, bola perlu dibawa ke dada supaya bola tidak
terlepas dan peluang untuk pihak lawan tertutup.
v) Kaki seorang penjaga gol juga perlu diperhatikan. Pastikan kedudukan
sebelah kaki ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki
belakang.
vi) Sepanjang pergerakan menangkap bola, penjaga gol mestilah dalam
kedudukan seimbang. Badan perlu dibongkokkan untuk bersedia.
vii) Setiap bola yang ditangkap, kedudukan tangan penjaga gol berada di
belakang bola.
viii) Jurulatih perlu memastikan penjaga gol berada pada garisan 4 meter
agar bola mudah untuk ditangkap.
14
Aktiviti Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk kemahiran menjaga gol
(menangkap)
Bola Baling 1 Gol
Butiran permainan :-
i) Kawasan permainan
Kawasan segi empat dibahagikan kepada dua bahagian oleh satu
garisan tengah dengan bulatan berjejari 3 meter.
Sebuah kerusi gimnastik diletakkan di garisan tengah dalam bulatan
tersebut.
ii) Formasi
2 kumpulan sama banyak.
Seorang penjaga gol setiap kumpulan berdiri dihadapan kerusi
gimnastik.
Separuh pemain dari setiap kumpulan di bahagikan kedua-dua
bahagian.
iii) Peraturan
Semua peraturan mengikut peraturan bola baling yang sebenar.
Peraturan tambahan ialah setiap pemain tidak dibenarkan melepasi
garisan tengah.
Setiap jaringan yang dibuat mengenai mana-mana bahagian kerusi
gimnastik atau melepasinya, satu mata poin akan diberi kepada mana-
mana kumpulan.
15
6.0 REFLEKSI
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk
menyiapkan tugasan yang merupakan suatu tanggungjawab saya sebagai seorang
pelatih. Tugasan penulisan ilmiah bagi subjek PJM 3111 (Bola Baling) ini
merupakan satu tugasan yang mendedahkan kepada saya mengenai permainan
bola baling ini secara keseluruhannya.
Saya telah memilih kemahiran menjaga gol kerana bagi saya dalam sukan
bola baling, perkara yang perlu dititik beratkan ialah penjagaan gawang bagi
mengelakkan mata poin diberi secara percuma kepada pihak lawan. Penjaga gol
merupakan nadi utama sesuatu pasukan dan perlu diberi lebih perhatian bagi
memastikan setiap pasukan lebih mantap.
Walaupun kebanyakan jurulatih pasukan bola baling lebih mementingkan
bahagian serangan, saya merasakan bahawa penjagaan gawang gol yang baik
dapat menepis sebarang kemungkinan yang negatif. Penjaga gol juga mampu
mengeluarkan arahan kepada pemain lain kerana penjaga gol dapat melihat
kelemahan dan peluang yang sedia ada.
Secara keseluruhannya, melalui pembacaan saya, saya menyedari bahawa
setiap posisi pemain memainkan peranan masing-masing lebih-lebih lagi bagi
seorang penjaga gol.
16