Band 3
-
Upload
norsasulawati-mohd-suhaimi -
Category
Documents
-
view
285 -
download
5
Transcript of Band 3
Contoh 1
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
NAMA : _______________________________________ TARIKH : _______________
TAHUN : _________________
ARAHAN : Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.
LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Guru menunjukkan gambar .
2. Guru mengemukakan beberapa soalan tentang gambar.
3. Murid menjawab soalan secara lisan.
Contoh soalan guru :
1. Apakah yang Azmi sedang buat ?
2. Di manakah ayah membuang kaca yang pecah itu ?
3. Ibu memakai apa semasa mengangkat periuk yang panas itu ?
4. Mengapakah Azmah mencuci pinggan-pinggan itu ?
5. Mengapa kita perlu membersihkan rumah ?
B3 DL 1E1
Contoh 2
NSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
NAMA : _______________________________________ TARIKH : _______________
TAHUN : _________________
ARAHAN : Melakonkan watak ( Permainan Sampul Beracun )
LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Muzik dimainkan, kotak diedarkan kepada murid. Apabila muzik
diberhentikan, murid yang memegang sampul surat akan
membuka dan melakonkan aktiviti seperti yang ditulis
dalam sampul surat.
2. Guru memberi ulasan atau pandangan.
B3 DL 1E1
Bunyi bayi menangis
Mengayakan orang bisu marah
Eja dan sebut perkataan kertas,
kentang dan menari
Tiru gaya guru sedang mengajar
Sila susun buku di atas rak buku
Tulis tiga cara menjaga kebersihan
diri
Menyanyikan Lagu Nenek Si Bongkok 3
Mengucap terima kasih kepada rakan
yang membantu
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
NAMA : _______________________________________ TARIKH : _______________
TAHUN : _________________
ARAHAN : Baca ayat tunggal dan ayat majmuk di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
1. Nabilah dan rakan-rakannya beratur di padang sekolah.
2. Mereka melakukan senaman bersama-sama.
3. Mereka mengambil alatan seperti bola dan gelung rotan.
4. Nabilah mengambil bola lalu membalingnya dengan berhati-hati kepada Firdaus.
5. Nabilah berasa gembira kerana dapat bermain bersama-sama kawannya
B3 DB 1E1
LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Guru minta murid membaca ayat tunggal dan majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
NAMA : _______________________________________ TARIKH : _______________
TAHUN : _________________
ARAHAN : Baca dan fahami ayat tunggal dan ayat majmuk di bawah .
1. Danish simpan buku dalam laci.
Danish simpan pensel dalam laci.
Danish simpan buku dan pensel dalam laci.
2. Firdaus pakai selipar semasa bermain di padang.
Firdaus pakai kasut semasa bermain di padang.
Firdaus pakai selipar atau kasut semasa bermain di padang ?
B3 DB 1E2
3. Faiz bukan berjalan.
Faiz berlari.
Faiz bukan berjalan tetapi berlari.
LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Guru minta murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk.
2. Guru bersoaljawab dengan murid untuk menguji fahaman murid.
3. Guru minta murid melakukan aktiviti berdasarkan ayat majmuk.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
NAMA : _______________________________________ TARIKH : _______________
TAHUN : _________________
ARAHAN : Lengkapkan ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
1. Nadia menunggu bas sekolah di _________________________.
B3 DT 1E1
melintas jalan papan tanda hentian bas
lintasan belang Pengawal lalu lintas
wisel
2. Kenderaan berhenti ketika murid _______________________.
3. Murid –murid melintas jalan di _________________________.
4. ________________________membantu murid melintas jalan.
5. Pengawal lalu lintas menggunakan __________________ dan __________ untuk membantu murid-murid melintas jalan.
LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Guru minta murid melengkapkan ayat berpandukan perkataan dan
gambar yang diberi.