Banding Beza Konsep Pentaksiran

download Banding Beza Konsep Pentaksiran

of 9

description

Pentaksiran

Transcript of Banding Beza Konsep Pentaksiran

PENTAKSIRANPentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran adalah istilah yang sering digunakan dalam bidang pengujian dan penilaian pendidikan. Pentaksiran boleh berfungsi sebagai pembina keyakinan, menunjukkan peningkatan pembelajaran, pendorong ( Yahya Othman, 2005 ).Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran sering kali dijalankan secara berterusan.Aspek utama dalam pentaksiran ialah (i) instrument, (ii) kumpulan yang ditaksir, (iii) respons, (iv) kumpulan yang menaksir dan (v) skor. Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran ( Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2012 ). Bagi melaksanakan sesuatu pengukuran para pendidikan dan guru perlu menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai. Rajah menunjukkan lima kaedah yang sesuai dilakukan sewaktu melakukan pentaksiran :

Rajah 1 : Kaedah-kaedah pentaksiranProses pentaksiran mempunyai beberapa ciri penting yang meliputi skor, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsirandan bersifat menyeluruh. Menyeluruh di sini bermaksud ia mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Di dalam mentaksir melalui kaedah pemerhatian terdapat beberapa elemen yang perlu diambil perhatian oleh seseorang guru. Elemen-elemen tersebut termasuklah : Sikap Perlakuan atau amalan Amali Kemahiran manipulative Kemahiran bersosial Kemahiran belajar Kemahiran reka ciptaSelain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian kepada murid melalui hasil kerja seperti lukisan, buku skrap dan kerja kursus. Pentaksiran secara lisan pula digunakan oleh para guru bagi mengumpul maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan bahan pembelajaran. Berikut merupakan contoh aktiviti pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru : Soal jawab Perbincangan dalam kumpulan Syarahan Bacaan kuat Perbahasan Bercerita Temu bual Hafazan Deklamasi sajak / puisi / pantun

PENGUJIANPengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran. Pengujian juga bertujuan mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif, dan psikomotor ( Yahya Othman, 2005 ). Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian murid ( dalam bentuk markah ) sahaja. Sehubungan itu, terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu (i) mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, (ii) mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, (iii) ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan (iv) ujian diagnostik menentukan punca masalah pembalajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan ( Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2012 ). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap prestasi pelajar yang diuji.Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan / pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

PENILAIANPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Penilaian selalu ditafsirkan sebagai ujian atau peperiksaan. Sebenarnya, penilaian tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan sahaja tetapi merangkumi seluruh program pendidikan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990 )Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang murid, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti murid yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

BANDING BEZA KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIANSecara ringkasnya, perkaitan anatar penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran dapat dirumuskan seperti dalam Rajah dibawah :Rajah 2 : Hubungan antara pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian

PengujianPengukuran

PenilaianPengujianPentaksirannRajah 3 : Hubungan antara pengujian, pentaksiran dan penilaian(Suhaiami al-Bahanjiey, 2011)

Banding beza ketiga-tiga aspek yang dibincangkan diatas telah dijadualkan seperti berikut :

Persamaan

Digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran

Perbezaan

AspekPentaksiranPengujianPenilaian

Definisi Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam aktiviti pembelajaran Proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis Proses penyerahan set soalan berpiawai yang perlu dijawab atau satu set instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar

Proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran Satu proses / prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Tujuan Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang berkesan Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu sesi pembelajaran

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan murid Membantu guru dalam membuat perbandingan antara murid atau antara kelas Membuat perbandingan pencapaian murid dalam subjek tertentu dengan subjek yang lain Menentukan murid yang tinggi dan rendah pencapaiannya Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan Membantu guru membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat murid Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran Murid mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran / bidang

Bentuk Pemerhatian Ujian lisan Ujian bertulisSet ujian bertulis dengan markah dan gred Jadual Gred berdasarkan teknik perangkaan

Jenis Pentaksiran Pentaksiran kendiri (boleh dijalankan secara formatif dan sumatif)Ujian Bahasa : Ujian bakat Ujian personaliti Ujian kefasihan Ujian diagnostik Ujian kecerdasan Ujian prestasi Penilaian mengesan penguasaan Penilaian mengesan kemajuan Penilaian mengesan pencapaian

MasaSelepas pembelajaranSelepas pembelajaranSebelum, semasa dan selepas pembelajaran

Jadual 1 : Banding beza pentaksiran, pengujian dan penilai