Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

download Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

of 9

Transcript of Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    1/9

    1

    1.0 BANDING BEZA PELBAGAI BENTUK DAN MENGAPLIKASIKAN PELBAGAI

    KAEDAH PENTAKSIRAN PSV

    Tugasan (i) dan (ii)

    KELAS PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHAP 1

    SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR, BACHOK,KELANTAN.

    BENTUK PENTAKSIRAN 2 ARIF 2 BESTARI

    Penilaian sumatif Dilaksanakan dengan

    menggunakan kaedah

    holistik.

    Dilaksanakan dengan

    menggunakan kaedah

    kefahaman bahasa visual.

    Penilaian formatif Dilaksanakan

    menggunaan kaedah

    analitikal.

    Dilaksanakan

    menggunakan kaedah

    analitikal.

    Pemerhatian Dilaksanakan dengan

    kaedah persepsi.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah sensitiviti.

    Rekod anekdot Jarang dilaksanakan. Jarang dilaksanakan.

    Temubual Dilaksanakan dengan

    kaedah perbincangan.

    Jarang dilaksanakan.

    Senarai semak Dilaksanakan dengan

    kaedah persepsi.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah sensitiviti.

    Borang kemajuan diri Dilaksanakan dengan

    kaedah persepsi.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah persepsi.

    Soal selidik Dilaksanakan dengan

    kaedah kefahaman seni

    visual.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah persepsi.

    Rekod profil murid Dilaksanakan denga

    kaedah alikasi bahasa

    seni.

    Jarang dilaksanakan.

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    2/9

    2

    Portfolio Dilaksanakan dengan

    kaedah pengurusan,

    pnghasilan dan

    persembahan seni visual.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah holistik.

    Hasil kerja Dilaksanakan dengan

    kaedah kefahaman seni

    visual.

    Dilaksanakan dengan

    kaedah kritikan seni

    visual.

    Saya telah menjalankan praktikum bagi fasa kedua di Sekolah Kebangsaan

    Beris Panchor, Bachok, Kelantan selama 2 bulan. Bagi memenuhi tugasan untuk

    mata pelajaran Pentaksiran Pendidikan Seni Visual, saya diminta untuk menjalankan

    pemerhatian dan mencari maklumat berkaitan banding beza pelbagai bentuk

    pentaksiran dan mengaplikasi pelbagai kaedah pentaksiran dalam Pendidikan Seni

    Visual sekolah rendah yang mempengaruhi peringkat perkembangan kanak-kanak.

    Berdasarkan jadual perbandingan bentuk pentaksiran di atas, didapati

    terdapat beberapa perbezaan bentuk pentaksiran yang dikenalpasti bagi kelas 2 Arif

    dan 2 Bestari. Kaedah pentaksiran yang digunakan berdasarkan Penilaian

    Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian ini merupakan proses penilaian

    selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan

    pelajar dalam konteks perkembangan secara menyeluruh. Contohnya, guru

    pendidikan seni bagi kedua-dua kelas iaitu 2 Arif dan 2 Bestari telah menggunakan

    penilaian formatif.

    Apa yang dapat dikatakan bahawa guru pendidikan seni bagi kedua-dua

    kelas ini menggunakan penilaian formatif. Mengikut temuramah yang telah saya

    jalankan bersama guru pendidikan seni bagi kelas 2 Arif iaitu Puan Mazinah, beliau

    menyatakan bahawa penilaian formatif dijalankan bagi mengesan pembelajaran

    yang berlaku dalam kalangan murid kelas tersebut secara lebih eksplisit seperti

    mengukur perkembangan kemahiran (psikomotor), perkembangan sikap dan tingkah

    laku (afektif) ketika menjalani sesi pengajaran subjek seni visual yang memerlukan

    bimbingan dan galakan daripada guru.

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    3/9

    3

    Menurut Puan Mazinah, melalui penilaian formatif ini, hasilnya akan memberi

    maklum balas secara tersusun kepada guru untuk memilih atau membaiki

    pengalaman pembelajaran berikutnya sama ada melalui aktiviti pengukuhan atau

    pemulihan. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Puan Mazinah,

    kaedah pentaksiran yang digunakan untuk bentuk penilaian formatif ini ialah rubrik

    analitikal. Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya

    digunakan untuk pengujian formatif. Guru pendidikan seni dapat melihat bidang atau

    kriteria yang dapat dikuasai oleh murid dalam kelas dengan baik dan yang

    memerlukan pembaikan.

    Perbandingan seterusnya yang ingin saya terangkan ialah bentuk pentaksiran

    melalui portfolio dengan menggunakan kaedah pengurusan, penghasilan dan

    persembahan seni visual melalui penghasilan portfolio. Portfolio merupakan satu

    kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekodkan bukti

    pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Penilaian portfolio

    berbentuk lebih terbuka dan seimbang. Proses penilaian perlu dijalankan secara

    berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan murid dari semasa ke

    semasa.

    Bagi kelas 2 Arif, guru pendidikan seni iaitu Puan Mazinah telah membina

    jenis portfolio iaitu portfolio kerja harian. Manakala bagi kelas 2 Bestari pula,guru

    pendidikan seni yang mengajar kelas tersebut ialah Puan Siti Fatimah telah

    menyediakan portfolio hasil terbaik untuk kelasnya. Portfolio kerja harian yang

    disediakan oleh Puan Mazinah bagi kelas 2 Arif mengandungi bahan bahan yang

    dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka masa yang diberikan.

    Contohnya proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan

    lukisan yang baik.

    Manakala bagi kelas 2 Bestari pula, Puan Siti Fatimah telah menyediakan

    portfolio hasil terbaik. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam portfolio ini dipilih

    bersumberkan hasil terbaik yang dilakukan oleh murid di dalam kelas sewaktu

    pengajaran seni visual. Portfolio ini lebih berbentuk sumatif. Contohnya, hasil lukisan

    terbaik yang dihasilkan oleh murid daripada beberapa lukisan yang dibuat dan

    dikumpulkan dalam folio kerja terbaik.

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    4/9

    4

    Portfolio yang dihasilkan membolehkan guru menggunakan bukti portfolio

    bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. Kesemua

    hasil kerja pelajar seperti karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya

    dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

    Selain itu, penilaian hasil kerja juga dilaksanakan oleh guru pendidikan seni

    bagi kelas 2 Arif dan 2 Bestari. Menurut guru pendidikan seni kelas ini, pemerhatian

    hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang

    diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah

    gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

    Bentuk penilaian hasil kerja ini menggunakan kaedah kefahaman seni visual

    dimana bidang ini memberi peluang kepada murid membina kefahaman terhadap

    hasil seni isual dalam budaya tempatan. Contohnya, bagi murid kelas 2 Arif, mereka

    telah menggunakan kaedah ini melalui penghasilan tembikar kecil menggunakan

    tanah liat. Melalui penghasilan tembikar ini, murid dapat menyataan kefahaman,

    membuat apresiasi dan kritikan seni. Apabila murid menghasilkan sesebuah

    karya,guru perlu melihat hasil karya tersebut bukan sahaja sebagai sebuah produk

    semata-mata tetapi sebagai sesuatu aspek yang mampu dinilai.

    Bagi kelas 2 Bestari pula, Puan Siti Fatimah mengaplikasikan kaedah kritikan

    seni visual melalui bentuk pentaksiran hasil kerja murid. Hal ini bermakna Puan Siti

    Fatimah melihat hasil karya murid dengan melihat diskripsi apa yang kelihatan

    dalam karya contohnya keupayaan murid untuk menghasilkan karya secara realistik.

    Lanjutan daripada itu, analisis yang dibuat merupakan lanjutan dari diskripsi dan

    analisis dari aspek formal seperti penggunaan prinsip rekaan serta unsur seni dalam

    penhasilan karya murid.

    Puan Siti Fatimah juga menilai murid kelas 2 Bestari dengan interpretasi iaitu

    membuat sesuatu ekspresi atau mentaksir karya dalam pengolahan idea dan

    makna. Ini bermaksud, setiap hasil kerja yang murid hasilkan mempunyai nilai

    estetika dan bermakna, bukan hanya karya semata-mata. Murid akan mengetahui

    maksud disebalik setiap karya yang mereka hasilkan.

    Pemerhatian hasil kerja ialah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran

    murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    5/9

    5

    penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan

    kemasan. Menurut Puan Mazinah dan Puan Siti Fatimah, mereka akan menekankan

    kriteria-kriteria tersebut ketika menjalankan sesi pengajaran.

    Guru Pendidikan Seni Visual melakukan pentaksiran adalah untuk

    mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    bagi membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang

    sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

    dengan cara yang berkesan.

    Tugasan (iii). Peranan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaranPendidikan Seni Visual.

    KELAS

    BENTUK

    PENILAIAN

    2 ARIF 2 BESTARI

    Penilaian menggunakanproses Dicipline Based Art

    Education (DBAE)

    Dilaksanakan tetapikurang tepat.

    Dilaksanakan tetapikurang tepat.

    Penilaian menggunakan

    konsep Laura Chapman

    Dilaksanakan pada waktu

    tertentu sahaja.

    Dilaksanakan pada waktu

    tertentu sahaja.

    Penilaian melalui projek Dilaksanakan pada masa

    yang munasabah.

    Dilaksanakan pada masa

    yang munasabah.

    Saya juga perlu melaksanakan pemerhatian dan temubual dengan guru

    pendidikan seni visual serta murid-murid yang dipilih untuk mengumpul maklumat

    bagi mengenalpasti peranan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran

    pendidikan seni visual. Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama guru

    pendidikan seni bagi kelas 2 Arif dan 2 Bestari, didapati terdapat tiga bentuk

    penilaian yang digunakan oleh guru. Antaranta ialah penilaian menggunakan proses

    DBAE, penilaian menggunakan konsep Laura Chapman dan penilaian yang

    dilaksanakan pada waktu tertentu iaitu penilaian melalui projek.

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    6/9

    6

    Kualiti yang perlu ada bagi seorang guru pendidikan seni visual untuk

    melaksanakan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

    Visual ialah melalui penilaian yang telah dilakukan oleh guru dengan penggunaan

    instrument yang sesuai, guru dapat mengesan punca-punca kelemahan murid.

    Setelah guru membuat kajian terhadap keputusan ujian murid, barulah guru dapat

    menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti dan bahan-bahan

    pengajaran yang lebih efisyen.

    Penilaian Dicipline Based Art Education (DBAE) dilaksanakan bagi kedua-dua

    kelas tersebut, namun kurang menepati kriteria. DBAE ialah pendekatan kepada

    perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center

    For Art Education. Penilaian DBAE meliputi 4 asas disiplin seni iaitu produk seni,

    sejarah seni, kritikan seni dan estetika. Guru seni bagi kedua-dua kelas tersebut

    membuat penilaian menggunakan proses ini melalui produk seni dengan

    membimbing murid untuk mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil

    karya secara tersendiri. Guru juga mendedahkan kepada murid mengenai sejarah

    seni dimana murid mempelajari kejayaan penghasilan karya di masa lampau dan

    semasa bagi memotivasikan diri murid.

    Melalui penilaian ini, guru meransang untuk membolehkan murid

    menyatakan, membuat interpretasi, menilai, membuat penilaian atau mengadili

    sesuatu seni reka bentuk hanya semata-mata bagi membincangkan sebab-sebab

    penghasilan, membuat apresiasi mahupun memahami peranan sesuatu karya itu

    kepada masyarakat. Guru pendidikan seni kedua-dua kelas tersebut juga

    menekankan aspek estetika dimana murid akan menimbangkan keaslian, maksud

    serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula bagi mencerminkan

    pendapat yang ilmiah.

    DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri, dimana fokusnya kepada murid

    dengan minat, pertimbangan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Didapati

    murid dinilai berdasarkan kemahiran proses inkuiri secara terbuka, perbincangan

    kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting dalam

    kurikulum dan bilik darjah dimana guru dilihat sebagai pemudah cara dalam proses

    ini.

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    7/9

    7

    Berdasarkan pemerhatian saya, guru pendidikan seni bagi kedua-dua kelas

    ini juga menilai aspek afektif yang bermaksud semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran pendidikan seni, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan

    dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, kerjasama sesama ahli kelas, ketelitian

    dan juga kesempurnaan.

    Selain itu juga, guru pendidikan seni kedua-dua kelas ini juga membuat

    penilaian menggunakan konsep Laura Chapman tetapi hanya dilaksanakan pada

    waktu tertentu sahaja. Guru menilai kaedah penjanaan idea oleh murid dimana guru

    mestilah membimbing murid dalam menetapan hala tuju penghasilan karya selain

    menerangkan kaedah menjana idea. Guru juga menilai kemahiran murid dalam

    menggunakan bahan (execution in a medium) dengan membimbing murid melalui

    pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilannya. Guru

    perlu menjelaskannya melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan

    oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

    Melalui pemerhatian dan temuramah yang dijalankan, guru pendidikan seni

    juga menjalankan penilaian melalui projek. Projek adalah satu aktiviti pembelajaran

    yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan

    aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Tugasan ini

    boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam

    satu jangka masa yang munasabah. Projek membolehkan murid mengintegrasikan

    pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

    Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan

    pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke

    tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik,

    senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan

    pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu

    perkara mengikut bidang masing-masing.

    Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses

    menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk

    membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan

    penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktivitimengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    8/9

    8

    untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang

    sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

    dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua

    definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang

    terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan

    dengan lebih mantap dan secara bersepadu.

    Hal yang demikian untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu tujuan penilaian dilaksanakan samada

    dalam bentuk penilaian formatif atau penilaian sumatif. Mengimbas kembali, jenis

    penilaian formatif adalah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang

    sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga berfungsi

    sebagai untuk melihat pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan murid

    yang berkaitan dengan afektif dan psikomotor.

    Melalui temubual yang dijalankan juga didapati guru menilai aspek afektif

    melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Aspek psikomotor

    pula melibatkan penilaian proses dalam penghasilan bahan. Keberkesanan program

    mata pelajaran ini dapat diikur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah

    yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian berasaskan sekolah perlu

    dirancang dan dikendalikan secara berterusan dan sistematik dari segi pembinaan

    alat penilaian dan pentadbirannya.

    Selain itu, apa yang dapat saya perhatikan juga ialah guru seni kedua kelas

    tersebut juga menilai murid secara lisan dan interaksi yang merupakan satu kaedah

    penilaian dimana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap

    penguasaan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa

    seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang

    dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz dan sumbangsaran. Perkara-perkara

    yang boleh dinilai secara lisan ialah penguasaan pengetahuan, pemahaman konsep,

    penguasaan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan

    perkembangan daya kreatif serta perasaan dan perubahan sikap murid.

    Guru boleh menggalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran serta menilai amalan dan sikap masing-masing bagi

  • 7/22/2019 Banding Beza Pelbagai Bentuk Dan Mengaplikasikan Pelbagai Kaedah Pentaksiran Psv

    9/9

    9

    mempertingkatkan pembelajaran. Murid boleh menjalankan pembelajaran kendiri

    dengan menilai hasil kerja sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau

    rakan sebaya, dengan membuat perbandingan hasil kerja dan mengisi boring

    penilaian kendiri. Penilaian kendiri lebih bermakna sekiranya murid berupaya

    memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.