Bang Kit Lah

download Bang Kit Lah

of 17

description

powerpoint

Transcript of Bang Kit Lah

Slide 1

BANGKITLAH

Anak-anak yang sedang lenabangkitlahmatahari sudah tinggidi puncak gunung.Maksud:Penyajak menyeru generasi muda agar segera bangun kerana hari sudah siang dan tiba masanya untuk memulakan usaha mancari rezeki.

Lihatlah jenihnya pagi iniburung-burung berterbangan di udaradan pepohon hijau merendang daunnyaapa kaumasih belum bangkit?Maksud:Penyajak mempersoalkan sikap generasi muda yang belum bangun lagi sedangkan habitat lain telah pun mencari rezeki masing-masing.

Bangkitlahjangan sesal nantimadu bumi yang kekeringanisi laut kekosongandan perut belantara menjadi ladangMaksud:Generasi muda diseru agar segera bangun supaya jangan menyesal nanti apabila tidak dapat mencari rezeki di bumi sendiri.

Anak-anakEsok apa yang akan kaumaukan?Tanah atau batu atau debu?kau mahu terus nangistanpa air mataMaksud:Penyajak menyuarakan kebimbangan tentang masa depan generasi muda dan mempersoalkan cara mereka meneruskan kehiduapan.

Kalau tidakbangkitlahmatahari belum lagi rembangdan burung-burung belum lagi menjamah awan!Maksud:Generasi muda perlu bangun sebelum terlambat kerana matahari belum tenggelam dan masih ada masa untuk mencari rezeki.

PersoalanPersoalan rezeki ada di mana-manaAnak-anak muda diingatkan agar menanamkan tekad untuk mencari rezeki yang halal bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Persoalan usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan hasilUsaha tangga kejayaan. Oleh itu, anak-anak muda tidak boleh berpeluk tubuh sahaja kerana kejayaan akan berpihak kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Persoalan menggunakn kelebihan di sekeliling kita untuk berjayaAnak-anak muda perlu sedar bahawa bumi yang subur di sekeliling kita adalah lubuk rezeki terutamanya bagi orang yang bijak mangambil peluang.

Persoalan kebimbangan terhadap kelesuan anak-anak mudaTerdapat sebahagian anak muda yang bersikap sambil lewa dan bergantung hidup kepada orang lain kerana malas untuk mencari rezeki.

Persoalan tentang tanggungjawab kepada keluarga dan negaraBagi menjamin kemakmuran keluarga dan negara, anak-anak muda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Nilai MurniNilai cinta akan negaraGenerasi muda harus menpunyai semangat cinta akan negara.

Nilai kesyukuranKita hendaklah mensyukuri kekayaan dan kesuburan bumi kita.

Nilai kegigihanMasyarakat harus gigih berusaha untuk mengejar kejayaan.

Nilai bertanggungjawabKemakmuran atau kebinasan sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya.

Nilai kerajinanGenerasi muda hendaklah rajin mengusahakan hasil bumi dan menghindari sikap malas.

Tamat