Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan...

5
Halaman 1 of 5 Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i RISALAH PENDEDAHAN PRODUK (Baca Risalah Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Kenderaan-i. Pastikan juga anda membaca syarat dalam Surat Tawaran. Dapatkan penjelasan daripada Bank jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau syarat am). Bank Islam Malaysia Berhad Pembiayaan Kenderaan-i Tarikh : __________ 1. Apakah kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i? Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i ialah pembiayaan bertempoh yang dikira berdasarkan kadar tetap. Pembiayaan Kenderaan-i membolehkan anda memiliki kenderaan idaman anda di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (MPO)). 2. Apakah kontrak Syariah yang diguna pakai? Kontrak Syariah utama yang digunakan dalam produk ini ialah Murabahah Berdasarkan Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (MPO)) iaitu kontrak jualan dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli (iaitu Pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji untuk pembelian oleh Pelanggan sebelum pemerolehan aset oleh penjual (iaitu Bank). Ilustrasi mekanisme produk ini adalah seperti yang berikut: Pelanggan Wakil Penjual Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan pelanggan membayar ansuran bulanan Pelanggan membeli kenderaan bagi pihak Bank Bank melantik pelanggan sebagai ejen pembelian Bank 3 1 2 Pelanggan mencagarkan kenderaan kepada Bank 4 1. Bank melantik Pelanggan sebagai ejen pembeliannya untuk membeli kenderaan daripada Pengedar. 2. Pelanggan membeli kenderaan daripada Pengedar bagi pihak Bank. 3. Bank menjual kenderaan tersebut kepada Pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah. Pelanggan akan membayar Harga Jualan kepada Bank secara bayaran tertangguh. 4. Pelanggan mencagarkan kenderaan kepada Bank sebagai sekuriti/cagaran. 3. Apakah yang akan saya peroleh daripada produk ini? Jumlah amaun pembiayaan Margin pembiayaan maksimum adalah sehingga 90% untuk permohonan biasa dan sehingga 100% untuk pakej khas, iaitu Pembiayaan Kenderaan-i GradHitz. Amaun pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh Bank. Tempoh Tempoh pembiayaan adalah sehingga 9 tahun.

Transcript of Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan...

Page 1: Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Kadar Keuntungan Kadar

Halaman 1 of 5

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan)

Bank Islam Malaysia Berhad

Versi 2.6/2017

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK

(Baca Risalah Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Kenderaan-i. Pastikan juga anda membaca syarat dalam Surat Tawaran. Dapatkan penjelasan daripada Bank jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau syarat am).

Bank Islam Malaysia Berhad Pembiayaan Kenderaan-i Tarikh : __________

1. Apakah kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i?

Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i ialah pembiayaan bertempoh yang dikira berdasarkan kadar tetap. Pembiayaan Kenderaan-i membolehkan anda memiliki kenderaan idaman anda di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)).

2. Apakah kontrak Syariah yang diguna pakai?

Kontrak Syariah utama yang digunakan dalam produk ini ialah Murabahah Berdasarkan Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)) iaitu kontrak jualan dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli (iaitu Pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji untuk pembelian oleh Pelanggan sebelum pemerolehan aset oleh penjual (iaitu Bank).

Ilustrasi mekanisme produk ini adalah seperti yang berikut:

Pelanggan Wakil Penjual

Bank menjual kenderaan kepada pelanggan danpelanggan membayar ansuran bulanan

Pelanggan membeli kenderaan bagi pihak Bank

Bank melantik pelanggan sebagai ejen pembelian Bank

3

1 2

Pelanggan mencagarkan kenderaan kepada Bank

4

1. Bank melantik Pelanggan sebagai ejen pembeliannya untuk membeli kenderaan daripada Pengedar. 2. Pelanggan membeli kenderaan daripada Pengedar bagi pihak Bank. 3. Bank menjual kenderaan tersebut kepada Pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah. Pelanggan akan membayar

Harga Jualan kepada Bank secara bayaran tertangguh. 4. Pelanggan mencagarkan kenderaan kepada Bank sebagai sekuriti/cagaran.

3. Apakah yang akan saya peroleh daripada produk ini?

Jumlah amaun pembiayaan Margin pembiayaan maksimum adalah sehingga 90% untuk permohonan biasa dan sehingga 100% untuk pakej khas, iaitu Pembiayaan Kenderaan-i GradHitz. Amaun pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh Bank.

Tempoh Tempoh pembiayaan adalah sehingga 9 tahun.

Page 2: Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Kadar Keuntungan Kadar

Halaman 2 of 5

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan)

Bank Islam Malaysia Berhad

Versi 2.6/2017

Kadar Keuntungan

Kadar Tetap untuk Pembiayaan Kenderaan-i:

Kenderaan Nasional Dari 3.00% hingga 3.60% setahun

Kenderaan Bukan Nasional Dari 2.90% hingga 3.35% setahun

Sila ambil perhatian, jumlah dan kadar di atas adalah indikatif sahaja. Keputusan akhir jumlah kemudahan yang diluluskan, tempoh dan Kadar Keuntungan adalah berdasarkan kepada kriteria kelulusan oleh Bank dan mungkin berbeza dari di atas.

4. Apakah tanggungjawab saya?

Amaun bayaran bulanan Bayaran bulanan dikira mengikut formula berikut:

Kadar tetap: ((P x R x T) + P) / t,

iaitu: P = Jumlah Pembiayaan yang Diluluskan R = Kadar Keuntungan Setahun T = Tempoh Kemudahan Dalam Tahunan t = Tempoh Kemudahan Dalam Bulanan

Pelanggan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan sehingga penyelesaian penuh pembiayaan. Jika tempoh pembiayaan dilanjutkan melebihi umur persaraan, Pelanggan masih bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan. Walau bagaimanapun, Pelanggan boleh memilih pada bila-bila masa untuk menyelesaikan pembiayaan itu sepenuhnya.

5. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?

Duti setem [mengikut Akta Setem 1949 (Disemak 1989)] i. Tanpa Penjamin RM20.00 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM10.00)

ii. Dengan Penjamin RM30.00 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM20.00) 6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan.

6. Apakah caj lain yang perlu saya bayar?

Pembatalan Kemudahan yang diberikan

Pelanggan perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan Kemudahan Pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika Kemudahan ini dibatalkan.

7. Bagaimana jika saya gagal melaksanakan kewajipan saya tepat pada masanya atau berlaku

kemungkiran?

Jika Pelanggan gagal untuk memenuhi tanggungjawab Pelanggan tepat pada masanya :-

a. Pembayaran Lewat

Bank akan mengenakan Ta'widh (Gantirugi untuk bayaran lewat) ke atas Pelanggan seperti berikut :-

Sebelum tarikh matang Kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh

penyelesaian penuh;

Selepas tarikh matang Kemudahan

Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam

dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada);

Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam

ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Page 3: Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Kadar Keuntungan Kadar

Halaman 3 of 5

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan)

Bank Islam Malaysia Berhad

Versi 2.6/2017

Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

b. Sekiranya berlaku kemungkiran

Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada Pelanggan, meminta

pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada Pelanggan dan/atau Penjamin.

Bank berhak untuk menolak sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan Pelanggan yang

diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap

notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan

lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam

penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan

jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.

Tindakan undang-undang terhadap Pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit Pelanggan

yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda.

Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

8. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tarikh matang?

Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan ini, Bank berakujanji untuk memberi Ibra' (Rebat) kepada Pelanggan pada jumlah yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh ketika penyelesaian awal dilakukan.

Formula Ibra '(rebat): Ibra'/rebat bagi Penyelesaian Awal Pembiayaan = Keuntungan Tertangguh

Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan - Keuntungan Terakru.

ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan= Harga Jualan Bank - Harga Belian Bank (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan ke atas baki Harga Belian Bank (atau Jumlah

Pembiayaan) yang telah dibayar/digunakan.

Penyelesaian Awal:

"Penyelesaian Awal" bermaksud Penyelesaian Pembiayaan yang dilakukan oleh Pelanggan sebelum tarikh matang atau tamat tempoh Pembiayaan tersebut tertakluk tetapi tidak terhad kepada situasi-situasi berikut:

i. Pelanggan membuat penyelesaian awal atau tebus hutang, termasuk penyelesaian pra-pembayaran; ii. Penyelesaian kontrak Pembiayaan sedia ada ekoran dari penstrukturan pembiayaan; iii. Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan mungkir; dan/atau iv. Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan yang ditamatkan atau dibatalkan sebelum tarikh matang

atau tamat tempoh pembiayaan.

"Jumlah Penyelesaian Awal" bermaksud baki Harga Jualan Bank ditolak ibra’ ketika Penyelesaian Awal ditolak jumlah pembiayaan yang belum dikeluarkan (digunakan) ditolak bayaran pendahuluan oleh Pelanggan ditambah lebihan sementara ditambah pendahuluan oleh Bank, ditambah ta’widh dan ditambah Caj Penyelesaian Awal.

Nota: i. Baki Harga Jualan Bank = Baki Harga Belian Bank (atau Baki Jumlah Pembiayaan) + Keuntungan Tertunggak +

Keuntungan Tertangguh. ii. Pendahuluan oleh Bank termasuk jumlah sumbangan takaful / premium insuran, yuran guaman dan sebagainya. iii. Caj Penyelesaian Awal adalah kos sebenar yang ditanggung oleh Bank yang telah diluluskan oleh Majlis

Pengawasan Syariah Bank.

9. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Keperluan untuk penjamin adalah berdasarkan setiap kes masing-masing. Kenderaan yang dibiayai akan dicagarkan sebagai cagaran.

Page 4: Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Kadar Keuntungan Kadar

Halaman 4 of 5

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan)

Bank Islam Malaysia Berhad

Versi 2.6/2017

10. Adakah saya memerlukan perlindungan Takaful?

Pelanggan dikehendaki mendapatkan perlindungan Takaful/Insurans Motor Komprehensif bagi kenderaan yang dibiayai sepanjang tempoh pembiayaan.

Pilihan – Pelan Takaful Pembiayaan Kenderaan (AFTP) bagi memberi perlindungan Takaful dengan jumlah perlindungan ketika kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal orang yang dilindungi.

11. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?

Pelanggan bertanggungjawab dan hendaklah memaklumkan kepada Bank dengan segera tentang apa-apa perubahan pada maklumat perhubungan Pelanggan bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada Pelanggan tepat pada masanya.

12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?

Jika anda menghadapi kesukaran dalam menjelaskan bayaran bulanan, anda perlu menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan pilihan bayaran. Anda boleh menghubungi kami di:

i. Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 17, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Emel: [email protected] atau

ii. Pusat Pembiayaan Automobil kami yang berhampiran atau

iii. Layari laman web kami www.bankislam.com.my untuk maklumat lanjut

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan dan pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang secara percuma untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2616 7766 Emel: [email protected]

Jika anda ingin membuat aduan tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di:

Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 17, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Faks: 03-2782 1337 Emel: [email protected]

Jika pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan oleh kami dengan memuaskan, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: [email protected]

Page 5: Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan … 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 2.6/2017 Kadar Keuntungan Kadar

Halaman 5 of 5

Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan)

Bank Islam Malaysia Berhad

Versi 2.6/2017

13. Lain-lain pakej Pembiayaan Kenderaan-i yang ditawarkan?

Pembiayaan Motosikal Berkuasa Tinggi-i Pembiayaan Kenderaan-i GradHitz

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA GAGAL MENJELASKAN BAYARAN BULANAN BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN

KENDERAAN-i ANDA.

Maklumat yang diberikan dalam risalah pendedahan ini sah pada 02 Mei 2017.