Bapa

1

Click here to load reader

description

pa

Transcript of Bapa

Kehidupan peribadi[sunting|sunting sumber]Beliau dilahirkan diPulau Keladi,Pekan, Pahangserta merupakan anak sulung kepada Dato'Hussein bin Mohd Taibdan HajahTeh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.Tun Hussein Onnjuga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' SeriMohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikanTun Abdullah bin Ahmad Badawipada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim danMohamed Nazir.Pendidikan[sunting|sunting sumber]Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran diMaktab Melayu Kuala Kangsar,Perak.Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkanbiasiswauntuk menuntut diKolej Raffles,Singapurapada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusanPerang Dunia II.Selepas peperangan, beliau pergi keBritainpada tahun1947untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut diEngland, beliau bertemu denganTunku Abdul Rahmanyang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahliParti Buruh Britishdan sebagai ahliKesatuan Melayu United Kingdom(KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut diMalaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripadaLincoln's InndiLondon.