Batal Wudhuk Atau Tidak Apabila Menyentuh Isteri Mengikut Dalil Imam Mazhab

4
Batal Wudhuk Atau Tidak Apabila Menyentuh Isteri mengikut dalil imam mazhab Assalamualaikum, Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang? Jawab: assalamualaikum, [5.6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. Surah Almaidah Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk? Menurut mazhab Syafi'ihukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri. Mazhab Maliki:Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. [b]Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Transcript of Batal Wudhuk Atau Tidak Apabila Menyentuh Isteri Mengikut Dalil Imam Mazhab

Batal Wudhuk Atau Tidak Apabila Menyentuh Isteri mengikut dalil imam mazhab

Batal Wudhuk Atau Tidak Apabila Menyentuh Isteri mengikut dalil imam mazhab Assalamualaikum,

Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatandengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteritidak batal air sembahyang?

Jawab:assalamualaikum,

[5.6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. Surah Almaidah

Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuanajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi'ihukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki:Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhukjika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapatkelazatan ketika bersentuhan.

[b]Mengapa mereka berselelisih pendapat?

[b]Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :[b]"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

[b]Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62) Manakala pendapat Ibnu Abbas r.a sentuh memberi kiasan kepada jimak dengan merujuk serta membandingkan ayat didalam surah ali imran dan al baqarah di bawah

[3.47] Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia." Surah Ali imran

[2.236] Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. [2.237] Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. Surah Al Baqarah

Wallahu a'lam soalan 2 Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus beribadat.Ada pula satu ketika semasa beliau sembahyang tersentuh kaki 'Aishahtetapi beliau terus beribadat.Apa komen Ustaz?

Jawab:Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:1. mungkin ketika itu ada lapik/alas2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengajadiada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalamkeadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk. soalan 3 assalamualaikum.Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

wassalam

Jawab:Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab SyafiI mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak SyafiI menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):

Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

Jawab: Menurut SyafiI batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.

Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.