Bay’ al inah dan bay dayn

14
Dr Salmy Edawati Yaacob Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2015

Transcript of Bay’ al inah dan bay dayn

Page 1: Bay’ al inah dan bay dayn

Dr Salmy Edawati Yaacob

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

2015

Page 2: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Definisi

Bahasa

• Hutang (bahasa)

• Jual beli semula: jual belisesuatu produk yang dilakukan secara bertangguh masa atau penjualan barang yang harganya ditangguhkan kemudian barangan tersebut dibeli semula dengan tunai dengan harga jauh lebih rendah

Page 3: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Definisi

Istilah

• Kontrak yang dilakukan antara penjual (pemilik harta) dengan pembeli untuk menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membeli semula dengan harga tunai yang kurang daripada harga jualan.

• Jual beli yang dilakukan secara bertangguh dan menjual semula barangan yang asama dengan harga yang rendah secara tunai utk melupuskan hutangnya (Ibn Abidin)

Page 4: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Contoh

A menjual sebuah laptopnya dengan harga RM2000 kepada B dengan bayaran tangguh selama 12 bulan. Setelah selesai akad jual beli tersebut, B terus menjual laptop yang sama kepada A dengan bayaran tunai dengan harga RM1500.

Page 5: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Pensyariatan

Imam Syafe’ menerima jual beli ini sebagai sah walaupun terdapat ulama-ulama lain yang tidak menerimanya:

Harus berdasarkan:

1) Qias kepada hadis Rasulullah yang membenarkan jual beli buah tamar yang tinggi kualitinya dengan buah tamar yang rendah kualitinya.

2) Zahir kontrak yang sudah mencakupi rukun dan syarat jual beli tanpa melihat kepada niat dan objektif orang yang berkontrak.

Page 6: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Rukun dan Syarat Sah

Rukun

• Penjual

• Pembeli

• Barang yang dibeli

• Harga

• Sighah

Syarat sah

• Dua kontrak berasingan yang perlu dibuat. Kontrak jualan pihak bank kpd pelanggan scr tangguh dan kontrak belian semula pihak bank drpd pelanggan scr tunia

• Brangan/aset bukan daripada barangan ribawi

• Setiap dua kontrak perlu ada elemen2 asas dan perlu memenuhi syarat

Page 7: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Isu Kontroversi

Golongan yang Mengharuskan al-Inah

• Imam Syafei, Zahiri, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad (mazhab Hanafi)

• Hujah: Hadis drpd Ibnu Umar yg meriwayatkan bhw Rasulullah s.a.w membenarkan jual beli buah tamar yang kurang kualiti dengan buat tamar yang bermutu tinggi.

• Konsep asas; rukun dan syarat sah jual beli adalah mencakupi dalam jual beli inah. Asas hukum dikira pada zahir perilakunya dan tidak mengambil kira apa yang terseirat kpd kehendak dua pihak yg berakad.

Page 8: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Inah: Isu Kontroversi Golongan yang Tidak Mengharuskan al-Inah

•Maliki, Hanbali, Hanafi

•Hujah: Hilah riba sama ada riba fadl (pertambahan harga) atau riba nasiah (pertangguhan bayaran)

•Nas: Hadis A’isyah apabila Ummu Mahabhah memberitahu beliau bahawa dia telah mempunyai hamba perempauan dan menjual kepada Zaid bin Arqam dengan harga 200 dirham sampai dia dapat membayarnya. Kemudian Zaid menjual kembali hamba tersebut kepada beliau secara tunai dengan harga 600 dirham. Aisyah berkata kpd Ummu Mahabhah: Ia adalah sesuatu yang salah yang dijual atau dibeli dan beritahu kpd Zahid bhw jihad yg dilakukan bersama Rasulullah tidak memberi erti kpdnya kecuali dia bertaubat drpd perbuatannya.

•Menolak bukan faktor tambahan harga ttp penegahan yang tidak bermotifkan utk dapatkan barangan ttp utk dapatkan pinjaman berbentuk riba.

Page 9: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Dayn: Definisi Bahasa

• Hutang atau harga barang secara hutang

• Jual hutang: seorang pemiutang menjual hak hutangnya ke atas penghutang kepada penghutang itu sendiri atau kepada pihak ketiga.

Istilah

• Sesuatu harta yang sabit atas tanggungan seseorang dengan berlakunya sebab-sebab yang menentukan pensabitannya.

• Kaedah penjualan hutang yang wujud hasil daripada akad pertukaran yang mana akad pertukaran tersebut terdapat beberapa jenis kontrak spt bay’ al-salam, istisna’, BBA, murabahah dan ijarah.

• Akad jual hak hutang yang terbentuk hasil drpd aktiviti perniagaan yg selaras dengan syarak.

• Satu bentuk perniagaan di mana seseorang yang mempunyai hak mengutip hutang yg akan matang pd masa hadapan boleh menjual haknya kpd org lain dgn harga yg dipersetujui bersama.

Page 10: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Dayn: Kes

Penjual hutang akan menjual hutangnya pada harga diskaun bukan pada harga kos kerana pembeli sama ada penghutang atau pihak ketiga tidak akan membeli hutang tersebut jika harga tidak dikurangkan.

Kontrak bay’ al-dayn boleh dikategorikan sebagai salah satu kontrak jual beli dalam Islam iaitu jual beli diskaun (bay’ muwada’ah) atau jualan pada harga kos (bay’ tawliyyah) jika pembeli membeli hutang pada harga kos.

Page 11: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Dayn: Pensyariatan Al-Quran

• Al-Baqarah 2:275 -“dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (jual beli secara umum)

• Al-Baqaraf 2:282- “Wahai orang2 yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh masa tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya” (membenarkan urusniaga secara hutang)

Al-Sunnah

• Aisyah meriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi s.a.w tlh membeli makanan daripada seorang Yahudi dan menangguhkan tempoh bayaran kpd masa tertentu dan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan”.

• Tiada ijma’ terdahulu yang tidak mengharuskan bay’ al-dayn. Fuqaha berpendapat bahawa jual beli ini harus selagi tidak terdapat unsur gharar dan riba

Page 12: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Dayn: Rukun dan Syarat Sah

Rukun

• Penjual

• Pembeli

• Barang yang dibeli

• Harga

• Sighah

Syarat Sah

• Hutang yang dijual beli hendaklah harga barangan/byrn perkhidmatan yg ditangguh ke suatu masa tertentu

• Harga tangguh terbit dr transaksi jualbeli yg cukup syarat sah dan brg diterima olh pembeli

• Harga tidak boleh terbit dr brgan ribawi

• Byrn perkhidmatan dr kerja yg halal

• Jualbeli hutang dengan wang tunai

Page 13: Bay’ al inah dan bay dayn

Bay’ al-Dayn: Manfaat

Mewujudkan sumber kewangan yg diperlukan oleh unit pengeluaran, perniagaan dan perkhidmatan melalui penjualan dokumen dan surat sekuriti mengikut peraturan tertentu.

Membantu penjual dan pengeksport mendapat wang tunai utk dijadikan modal pusingan perniagaan memandangkan jualannya dengan harga tertangguh

Membolehkan bank mengumpul wang tunai dengan cepat utk memenuhi kehendak pelanggan yg mungkin mengeluarkan wang dlm akaun mrk scr mendadak melalui penjualan dokumen dan surat yg ada dlm simpanannya.

Page 14: Bay’ al inah dan bay dayn

Terima kasih