BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

download BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

of 17

Transcript of BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    1/17

    SOSIOLINGUISTIK

    BBM 3204

    OLEH

    PROF. MADYA HJ. ARBAK OTHMAN

    TOPIK UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

    UNIT 1 UNIT 5

    (Halaman 1 hingga 60 sahaja)

    ISTILAH-ISTILAH YANG MESTI

    DIKETAHUI

    1. Takrif sosiolinguistik dan sosiologi

    bahasa

    2. Nama tokoh sosiolinguistik yang

    menakrif sosiolinguistik seperti Appel,

    Nikolas Coupland dan Adam Jaworski,

    Dell Hymes, Joshua. Fishman, Nababan,

    Harimurti Kridalaksana, Cripper &

    Widdowson dan lain-lain.

    3.Perkara-perkara yang dikaji oleh bidang

    sosiolinguistik.

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    2/17

    4.Perubahan bahasa dan perubahan

    masyarakat.

    5.Proses perubahan bahasa.

    6. Pengertian bahasa, masyarakat bahasa dan

    kebudayaan, termasuk nama tokoh.

    7.Fungsi bahasa.

    8. Mikrososiolinguistik

    Makrososiolinguistik

    9.Perancangan bahasa: definisi dan proses

    10. Kepelbagaian bahasa (bahasa inklusif,

    bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, lingua

    franca, pijin dan kreol, bahasa eksklusif,

    selangan, bahasa rahsia dan lain-lain;

    dialek, dialek sosial, dialek daerah, dialek

    seketika, sebab-sebab timbulnya dialek,kawasan dialek.

    11. Masyarakat bahasa, bahasa buatan,

    bahasa pertama, bahasa kedua, bahasa

    antarabangsa, bahasa dunia, bahasa

    agama, bahasa kebudayaan, bahasa

    2

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    3/17

    vernakular, bahasa pasar, bahasa lisan,

    bahasa etnik dan lain-lain.

    KERJA KURSUS

    KERJA KURSUS (TUGASAN) MENDUKUNG

    30% PENILAIAN (30 MARKAH):

    TAJUK KERJA KURSUS:

    Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang berikut:

    1. Perubahan bahasa

    2. Sudut pandangan tentang konsep

    masyarakat bahasa

    3. Kepelbagaian bahasa (Kelainan

    bahasa)4. Kesantunan bahasa.

    5. Standardisasi bahasa.

    6. Peranan institusi sosial.

    7. Bilingualisme dan Multilingualisme.

    3

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    4/17

    PANDUAN PENULISAN

    KERTAS KERJA

    TEMPOH

    Kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat

    Pendidikan Jarak Jauh UPM sebelum hari

    dan tarikh Peperiksaan Pertengahan

    mengikut jadual perancangan PJJ.

    PENILAIAN

    1. Setiap kertas kerja hendaklah ditaip

    langkau dua baris dengan komputer.

    2. Setiap kertas kerja hendaklah ditulis

    sebanyak sekurang-kurangnya 6 - 10

    halaman (boleh lebih sampai 20 halaman

    jika bahannya banyak). Kualiti akandiukur dari segi kandungan dan jumlah

    halaman + rujukan yang lebih daripada 3

    sumber.

    3. Penilaian akan dibuat berdasarkan mutu

    persembahan penulisan.

    4

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    5/17

    4. Hasil kerja hendaklah asli, yakni tidak

    dibenarkan menyalin bulat-bulat daripada

    mana-mana teks sumber. Rujukan

    hendaklah dilakukan sebagai panduan

    untuk calon mengolah kerja peribadi.

    Kertas kerja yang mengandungi sebarang

    bentuk penyalinan akan dinilai tidak

    melebihi markah maksimum 15% (15markah). Calon mungkin mendapat lebih

    rendah daripada jumlah itu berdasarkan

    mutu kerja.

    5. Kertas kerja hendaklah ditulis dengan

    merujuk sekurang-kurangnya tiga sumberrujukan. Bahan rujukan hendaklah

    disenaraikan pada halaman belakang

    sekali.

    6. Saya dan Dr. Ahmad Mahmood Musanif

    telah menuliskan sebuah buku tekssosiolinguistik dengan judul

    PENGANTAR SOSIOLINGUISTIK.

    Pelajar kursus tidak dipaksa untuk

    membeli buku, kerana mereka sudah

    dibekalkan Modul oleh PJJ. Tetapi jika

    para pelajar mahu memiliki bahan sumber

    5

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    6/17

    yang ditulis dalam bahasa Melayu sebagai

    teks atau buku bidang kursus, mereka

    boleh mendapatkannya daripada saya (Hj.

    Arbak Othman) semasa pertemuan

    bersemuka pertama. Mereka yang tidak

    berpeluang membelinya, bolehlah

    membelinya pada pertemuan bersemuka

    kedua akan datang.

    BEBERAPA DEFINISI KONSEP

    1. Sosiolinguistik: kajian tentang bahasa

    dan hubungannya dengan masyarakat.

    Mengikut Janet Holmes, ahlisosiolinguistik berminat mengkaji bahasa

    dalam hubungannya dengan masyarakat,

    bagaimana bahasa berbeza dalam konteks

    sosial yang berbeza, termasuk fungsi

    bahasa dan bagaimana bahasa digunakan

    untuk menyampaikan maksud-maksudsosial melalui komunikasi.

    2. Sosiologi bahasa: kajian tentang

    masyarakat dan kaitannya dengan bahasa.

    Meliputi juga hal-hal di luar bahasa

    seperti perancangan bahasa dan dasar

    6

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    7/17

    bahasa. Kajian ini juga meliputi kajian

    tentang norma penggunaan bahasa, atau

    pola penggunaan bahasa sosial, termasuk

    sikap terhadap bahasa dari sudut

    penerimaannya dalam masyarakat

    penutur yang lebih besar.

    3. Linguistik: kajian tentang bahasa yang

    meliputi kajian tentang bunyi hinggakepada analisis bentuk pertuturan

    (sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan

    dengan masyarakat pengguna, bidang ini

    dikaitkan juga dengan kebolehan manusia

    untuk berhubung, atau untuk melahirkan

    perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jikadikaitkan dengan konsep bahasa sebagai

    alat perhubungan, linguistik mengkaji

    struktur bahasa, kerana struktur bahasa

    yang betul sahaja melahirkan fikiran yang

    betul (Ferdinand de Saussure).

    4. Perubahan bahasa: sebarang

    penyesuaian yang berlaku dalam

    organisasi sosial dan pola-pola peranan

    sosial dalam sesuatu masyarakat.

    7

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    8/17

    Sebab-sebab perubahan bahasa:

    pertembungan masyarakat dan budaya,

    penjajahan, peperangan, perpindahan,

    perubahan populasi, kelas sosial, etnik,

    umur, seks, pekerjaan, penemuan baru

    (kaedah, benda-benda, peralatan dll.),

    pendidikan, penghijrahan, perdagangan,

    agama, status ekonomi dll.

    5. Proses perubahan bahasa:

    (a) perubahan bunyi [pinam] (Kuno)

    kpd [pinang].

    (b) perubahan fonem [vuat] (Kuno)

    kpd [buat](c) perubahan morfem [nivunuh] kpd

    [dibunuh]

    (d) penggantian kata [warsa] (Kuno)

    kpd [tahun], [siasah] kpd [politik],

    [iktisad] kpd [ekonomi]

    (e) asimilasi [organisasi] drp[organization]

    (f) haplologi [bagi itu] (asal) kpd

    [begitu] (baru).

    (g) penggemblengan [jalan bawah

    tanah] kpd [jabanah], [kugiran] drp

    [kumpulan gitar rancak]

    8

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    9/17

    (h) lewah pembetulan [tuladan] (kata

    asal) kpd [tauladan] atau [teladan].

    (i) hanyutan fonetik [dua halapan]

    kpd [delapan] kpd [lapan]

    (j) perubahan makna [khalwat] (asal

    Arab) : menyendiri untuk

    beribadat kpd berdua-duaan

    berbuat maksiat

    (k) penyempitan makna [tuan] (dulu)untuk perempuan dan lelaki spt

    Tuan Ali, Tuan Puteri kpd kini

    untuk lelaki sahaja. dll.

    (l) perubahan makna kerana daerah

    [kelmarin]. dll.

    (m) kata slanga [tuang] untuk[ponteng]

    6. Bahasa: alat komunikasi untuk manusia

    bekerjasama, melestarikan kebudayaan

    dan penerusan pemikiran.

    (a) Nababan: bahasa ialah sistem

    oerisyaratan (semiotik) yang terdiri

    daripada unsur isyarat dan hubungan

    antara unsur-unsur itu. Dengan kata

    lain, bahasa terbuka untuk

    9

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    10/17

    penafsiran = fonologi + morfologi +

    sintaksis.

    (b) Chomsky: bahasa adalah kebolehan

    inat (semulajadi) penutur asli untuk

    membentuk ayat yang gramatis

    sebagai ujaran sebenar pada waktu

    tertentu.

    (c) De Saussure: bahasa adalah pola-

    pola umum dalam pertuturan sesuatu

    komuniti bahasa.

    (d) Edward Sapir: bahasa adalah

    sistem manusiawi yang instingtif(arbitrari) untuk menyampaikan

    perasaan dan fikiran melalui alat

    sistem simbol yang dikeluarkan

    secara voluntari.

    7. Fungsi bahasa: bahasa mengandungi pelbagai tujuan untuk menggambarkan

    suasana atau menyampaikan maklumat

    antara penutur dan pendengar (fungsi

    komunikatif), untuk supaya pendengar

    menyambut (fungsi apelatif), untuk

    menyatakan perasaan (fungsi akspresif)

    10

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    11/17

    atau menaakul kebijaksanaan (fungsi

    kognitif).

    8. Masyarakat: kelompok manusia yang

    mempunyai kebudayaan yang teratur

    untuk memenuhi keperluan dan

    kepentingan hidup anggota-anggotanya.

    Sekumpulan manusia yang mempunyai

    kebudayaan yang sepunya dalamlingkungan kawasan tertentu, mempunyai

    perasaan kesatuan dan menganggap diri

    mereka sebagai suatu entiti yang nyata

    (Theodorson 1979), atau sebagai suatu

    struktur sosial (Hugo F. Reading), atau

    sekumpulan manusia yang beretnik danberketurunan melalui reproduksi biologi,

    atau kelompok yang mempunyai sistem

    sosial yang komprehensif (yang jelas dan

    mempunyai peranan sosial tertentu).

    9. Ciri-ciri masyarakat:

    (a) boleh berubah

    (b) mempunyai kelas sosial

    (c) mempunyai dialek sosial

    (d) mengalami evolusi sosial

    (e) perbezaan

    11

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    12/17

    (f) interaksi sosial

    (g) mobiliti sosial dinamik, berubah

    terus-menerus secara lambat atau

    pantas, secara evolusi, difusi,

    revolusi.

    (h) golongan memerintah dan

    diperintah.

    10. Kebudayaan: cara hidup sesuatukelompok atau kumpulan sosial. Ia juga

    sejumlah persekitaran yang dibentuk oleh

    manusia dan menafsirnya sebagai cara

    berfikir. Mengikut Edward B.Taylor,

    kebudayaan adalah keseluruhan

    kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian,

    moral, undang-undang, adat resam dan

    kebolehan serta tabiat yang dibentuk oleh

    manusia sebagai anggota masyarakat

    (1871). Takrif ini paling popular dan

    klasik.

    11. Etnografi komunikasi:

    Dalam peristiwa bahasa, terdapat

    pertuturan yang bermula dengan sesuatu dan

    berakhir dengan sesuatu. Ia merupakan sifat-

    12

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    13/17

    sifat penggunaan bahasa semasa

    berinteraksi. Etnografi komunikasi

    menentukan lakuan bahasa sebenar dengan

    gaya, penggunaan kata, pemilihan kata dan

    makna yang dibawakan, sesuai dengan topik

    yang dibicarakan antara peserta komunikasi

    (penutur/pendengar). Aspek kesesuaian

    paling penting dalam komunikasi, supaya

    bahasa yang digunakan diterima denganbaik, ada perasaan hormat-menghormati, ada

    nilai kesantunan yang memelihara

    perpaduan. Hal-hal ini menjadi petanda

    kepada penerusan komunikasi yang

    memelihara perasaan peserta komunikasi

    dalam proses interaksi sebagai alat penyampaian maklumat, niat, tujuan dan

    sebagainya berbentuk komunikasi. Etnografi

    merujuk kepada penelitian tentang cara

    manusia menggunakan bahasa dalam

    masyarakatnya. Etnik merujuk kepada

    manusia yang ada bangsa, masyarakat dankebudayaan. Bahasa menjadi alat untuk

    meneruskan kehidupan yang dikongsi secara

    bersama dari generasi ke generasi.

    12. Perancangan bahasa: Proses merancang

    (a) status bahasa dan (b) korpus bahasa.

    13

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    14/17

    (a) Perancangan status bahasa bersifat

    kebangsaan atau kenegaraan.

    Meliputi penetapan bahasa

    kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa

    pengantar, bahasa kedua dsb.

    (b) Perancangan korpus bahasa

    melibatkan pemilihan tulisan dansistem ejaan, penyusunan kamus,

    peristilahan dan sebagainya.

    13. Kepelbagaian (kelainan) bahasa:

    (a) bahasa Inklusif(b) bahaa Eksklusif

    Bahasa Inklusif= bahasa sedia dituturkan

    oleh kumpulan masyarakat tertentu, seperti:

    (c) bahasa kebangsaan(d) bahasa rasmi

    (e) lingua franca

    (f) bahasa pidgin

    (g) bahasa kreol

    (h) bahasa Koine

    14

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    15/17

    14. Bahasa Kebangsaan = bahasa rasmi,

    bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar

    utama negara. Digunakan di media jelata,

    pusat pengajian tinggi, pemerintahan,

    parlimen, majlis konvensyen, upacara

    rasmi kerajaan dan bahasa sekolah =

    mempunyai kemegahan negara.

    15. Bahasa Rasmi = bahasa pentadbirannegara, seperti yang digunakan untuk

    surat-menyurat kerajaan, untuk kegunaan

    dalam sebaran am (media massa), kad

    pengenalan, minit mesyuarat. Dalam

    negara, boleh lebih daripada satu.

    Misalnya, bahasa Inggeris dan Melayu diBrunei Darussalam, tetapi satu di

    Malaysia (bahasa Melayu); bahasa Thai

    di Thailand dan bahasa Indonesia di

    Indonesia; 4 bahasa rasmi di Switzerland,

    iaitu bahasa Perancis, Jerman, Itali dan

    Romansch, 2 bahasa, iaitu Inggeris danHindi di India di peringkat kebangsaan,

    tetapi 14 bahasa rasmi di peringkat

    negeri, seperti bahasa Tamil di Tamil

    Nadu dan 4 bahasa rasmi di Singapura

    (Inggeris, Mandarin Melayu, dan Tamil).

    15

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    16/17

    16. Lingua franca = bahasa di kawasan

    pertembungan bahasa yang intensif,

    digunakan oleh penutur bahasa daripada

    pelbagai komuniti sebagai bahasa

    perantara sepunya semasa berkomunikasi

    (Hartmann & Stork, 1976). Timbul

    akibat perang salib antara kristian di

    Eropah dan Islam di Asia Barat. Di

    Tenggara Asia, bahasa Melayu sebagailingua franca bersebab daripada

    fungsinya sebagaibahasa agama (Sanskrit

    dan Arab klasik) danbahasa perdagangan

    yang melakukan butter-trade. Bahawa

    Swahili menjadi lingua franca di Afrika

    Timur. Bahasa Sepanyol menjadi linguafranca di Amerika Tengah dan Amerika

    Selatan, kecuali Brazil.

    17. Bahasa Pijin = bahasa campuran antara

    dua atau lebih bahasa tidak boleh

    dikategorikan kepada salah satu bahasaasal. Bahasa pijin timbul disebabkan oleh

    kepentinganperdagangan dalam kalangan

    penutur bahasa lain yang bertembung di

    tempat tertentu. Mereka berinteraksi

    menggunakan bahasa campuran (pijin)

    ini, dan tidak menguasai sebarang bahasa

    16

  • 8/6/2019 BBM 3204 - NOTA & TUGASAN (2)

    17/17

    komuniti lain sama sekali. Di Malaysia,

    bahasa pasar terkategori sebagai bahasa

    pidgin yang digunakan di pasar semasa

    membeli ikan dan sebagainya.

    17