BBM 3206 Unit 7 Keperihalan dan Peranan Konteks.ppt

download BBM 3206 Unit 7 Keperihalan dan Peranan Konteks.ppt

of 27

Transcript of BBM 3206 Unit 7 Keperihalan dan Peranan Konteks.ppt

  • BBM 3212 Unit 7

    Keperihalan Keadaan dan Peranan KonteksProf. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

  • PengenalanMakna juga sebahagian besar adalah berhubungan antara bahasa dengan dunia bahasa itu. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melatari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

  • Peranan konteksBanyak perkataan yang maknanya sangat bergantung kepada konteks.Merujuk situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan,

    Makna konteks ialah makna yang dihubungkan antara satu pertuturan (perkataan) dengan situasi pertuturan itu diucapkan, ( Hartman & Strok, 1973:138).Contoh: a. Dia terbeli ikan yang sudah busuk. b. Ali busuk hati terhadap adiknya. c. Air matanya jatuh berderai apabila mengenangkan peristiwa semalam. d. Terdapat tiga mata air di dalam perigi itu. e. Ali datang ke majlis itu bersama dengan mata airnya.

  • Konteks keadaanjuga merujuk keperihalan keadaan.Malinowski dan John Rupert Firth makna dalam bahasa menjadi jelas dalam konteks bahasa itu digunakan.3 kategori cadangan Firth untuk memahami keperihalan keadaan:-a) Ciri-ciri relevan mengenai peserta; orang, keperibadiannya : (i). gerak ujaran peserta. (ii) gerak bukan ujaran pesertab) objek-objek yang relevanc) Kesan gerak ujaran tersebut

  • Makna dan penggunaanWittgenstein, Jangan melihat kepada makna sesuatu kata itu, lihatlah penggunaan kata itu (dlm buku Lyons, 1968).

    Penggunaan perlakuan bahasa atau kata itu bergantung kepada penggunaannya yang pelbagai dalam kehidupan sebenar penutur.Contoh:

    - Ambilkan saya buku nota yang terletak di atas meja itu. - Pandai kau nak berkhutbah dengan aku ya. Kau ni ustaz ke? - Janganlah bersedih sangat. Tak akan lari gunung dikejar...

  • Ilmu semantik adalah berkait dengan keseragaman dalam penggunaan bahasa yang mungkin wujud dalam proses komunikasi.

    Jika kita tidak dapat menerangkan sesuatu kata itu dengan maknanya, maka terangkanlah dari segi penggunaannya. Contoh punah, hancur, pilu, sedih,lebur, luluh, kecewa dsb.

    Punah binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah.Hancur- pecah menjadi kecil-kecil/ pecah berderai/ hilang atau tidak ada sama sekali.

  • Pilu berasa sangat terharu/rawan atau berasa sangat hiba/sedihSedih- hati berasa pilu, hibaHiba- haru/ sedih, pilu, sayuLebur-hancur/luluh/rosak langsung/jahanam/ teramat dukacitaLuluh-hancur menjadi serbuk/ remuk-redam/sedih sekaliKecewa- berasa dukacita kerana tidak tercapai cita-cita atau harapan/kehendak/tidak berjaya atau gagal.remuk- hancur berkecai/luluh rasa hati/sedih sekali

  • Peranan Perlakuan Bukan LinguistikMakna bukan linguistik intonasi, nada, mimik muka, isyarat dan sebagainya.Pergerakan anggota semasa mengucapkan sesuatu kata atau ayat boleh juga menentukan makna kata atau ungkapan tersebut. Contoh:Banyak duit.Tak payah basuh pinggan itu.

  • Konsep Keperihalan KeadaanKonsep ini diperkenalkan oleh Malinowski (1923). Malinowski mendapati sukar untuk menterjemah dengan tepat perkataan-perkataan yang dituturkan oleh penduduk di kepulauan Trobriand di Pasifik selatan lalu beliau mendapati ujaran akan menjadi bererti jika dilihat dalam konteks penggunaannya.

    Ullman (1954) juga berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

    Firth (1957:82) menggunakan konsep keperihalan keadaan dalam kajian linguistik, khususnya bidang semantik.

    Keperihalan keadaan ini paling sesuai digunakan sebagai suatu kerangka tersusun yang baik bagi memahami peristiwa bahasa.

  • Menurut Firth, makna adalah sama dengan fungsi, dan gejala makna dapat dilihat dalam setiap peringkat struktur sesuatu bahasa.

    Firth mencadangkan kategori yang berikut untuk memahami keperihalan keadaan. Menurut Firth, tiga perkara terlibat dalam konteks situasi ialah:

    a. Peserta dalam pertuturan - Ciri relevan mengenai peserta: orang,keperibadiannya i. gerak ujaran peserta ii. gerak bukan ujaran peserta

    b. Perkara yang diperkatakan atau objek-objek yang relevan. c. Kesan daripada pertuturan .

  • Konteks dan maknaKonteks lazimnya merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan. Contoh: Ahmad! Burung!Makna yang ingin disampaikan;1. Halau burung itu Ahmad2. Ahmad, burung dah masuk jerat3. Ahmad, burung terlepasKonteks - faktor penting untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakjelasan makna sebarang ujaran atau tulisan.

  • Contoh lainAspek Fonologi badi, tadi, padi, jadi

    Morfologi - morfem terikat+morfem bebas jatuh terjatuh, menjatuhkan, menjatuhi,kejatuhan,

    Sintaksis- Aku sudah lama di sini.

  • DudukTerduduk- terjatuh duduk/ duduk dengan tidak sengajaBerpenduduk mempunyai pendudukBerkedudukan-mempunyai kedudukanBersekedudukan-tinggal bersama tanpa bernikahBerdudukan sedang duduk di atas kerusi/bangku, Kedudukan- tempat tinggal/ tempat letak/tingkatan tarafKependudukan-segala hal mengenai penduduk di sesuatu tempat/daerah/negeriMendudukkan- meletakkan/mempersilakan duduk/mendapatkan penyelesaian sesuatu perkaraMenduduki- mengambil tempat duduk, Mengeduduki- mendiami atau tinggal/menakluki dan menguasai sesebuah negeriPenduduk- orang yang menduduki sesuatu tempat/daerah/negeriPendudukan-perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah/negara

  • Contoh lainHaus 1. Haus? 2. Kasut awak sudah haus. 3. Kedua-dua beradik itu kelihatan haus akan kasih sayang ibu mereka.

  • Penutur Contoh penggunaan kata sapaan dan panggilan saya, aku, nama, encik, puan, dan kata panggilan yang lain.

    Tajuk perbincangan Contoh: pasang: pasang badan, pasang pukat, pasang lampu dsbnya.

    Kuasa : kuasa membeli, kuasa memerintah 1. Kuasa aku melayan kerenahnya 2. Tak kuasa aku melayan kerenahnya

    Kesan pertuturan contoh: Baguslah- tiba-tiba berlaku pertengkaran- atau mereka berjabat tangan.

  • BehaviourismeMalinowski dan Firth- deskripsi sesuatu bahasa itu tidak lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteks keadaan ujaran itu.Tapi, Bloomfield- mengambil kira seluruh keadaan itu, iaitu membuat generalisasi induktif.Bloomfield mendefinisikan makna sesuatu bentuk linguistik itu sebagai lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan gerak balas yang ditimbulkan oleh pendengar. Gerak balas barangkali jadi suatu tindakan atau pemahaman

  • Bloomfield (1933) - makna kepada sesuatu bentuk bahasa ialah situasi ketika penutur mengeluarkan ujaran dan tindak balas yang ditimbulkan kepada pendengar.

    Menurut Bloomfield, rangsangan (stimulus) menyebabkan seseorang memberi gerak balas (G) (respons)

    Makna terdiri daripada pertalian antara pertuturan (yang ditunjukkan dengan g..r) dan peristiwa praktik R dan G yang terjadi sebelum dan selepasnya.

    Bloomfield memberi contoh peranan rangsangan dan gerak balas linguistik. Jill lapar dan ternampak sebiji epal, dan menerusi penggunaan bahasa, Jill menyuruh Jack memetik epal untuknya.

    R g.r G g= bentuk pertuturan kepada Jack r = rangsangan yang melahirkan gerak balas

  • Konteks Kebudayaan dan GayaCiri-ciri konteks dikenal pasti melalui sistem deiksis.

    DeiksisB. InggerisBahasa MelayuKata Ganti NamaI, we, youSaya, aku, betaKami, kitaSistem kalaPresent tense, past tensekata bantu sudah, belum, selepas, masihAdverba lokasiHere, thereThis thatKata tunjuk itu, ini, situ, siniKata adverba sekarang kelmarin, esok, lusa, tulat dll

    Status sosialSir, MadamTuan, Puan, Yang Berhormat

  • ImplikaturKonsep implikatur yang dikemukakan oleh Grice (1975).Gerald Gazdar (1979) - implikatur merupakan satu bentuk proposisi yang diimplikasikan oleh ujaran bagi ayat yang berkonteks, walaupun proposisi ini bukan merupakan sebahagiaan daripada atau pencakupan daripada yang sedang diperkatakan. Carston (1988) - implikatur ialah mesej yang tersirat yang cuba disampaikan dengan ujaran tersurat. Implikatur melibatkan apa- apa yang diujarkan secara eksplisit dan juga apa- apa yang dilahirkan secara implisit.

  • Implikatur dibahagikan kepada dua bahagiaan iaitu implikatur khusus dan implikatur umum. Implikatur khusus adalah yang ada faktor istimewa yang dimiliki dalam konteks ujaran dan selalunya tidak hadir secara terang dalam ayat yang diujarkan. Contoh;B: Nak keluar makan?D: Diet# Yang diimplikasikan = tidak mahu / ??? Alasan tidak Implikatur umum pula ialah penggunaan sesetengah perkataan dalam ujaran akan selalu (walaupun tanpa kehadiran persekitaran yang istimewa) membawa implikatur tertentu atau jenis implikaturnya. ( Nor Hashimah: 1995). Contoh;J: Ali bujang lagi.

  • Lima ciri implikatur (Gazdar,1979)1) Bukan merupakan sebahagian daripada yang diujarkan. Contoh: - Saya kedinginan. - Letak kasut itu di situ. - Dia bersikap dingin. - Ini kasut baru.

    2) Bersifat peka konteks dan mempunyai ciri yang boleh dibatalkan.

    3) Tidak boleh digantikan dengan ungkapan lain jika maksud asal implikatur lari kecuali jika pengganti ujaran itu membawa makna yang sama.

    4) Tidak boleh mempunyai syarat benar yang sama, jika ayat (1) salah dan mencakup ayat (2), bermakna juga salah maka ayat (2) tidak boleh dianggap sebagai implikatur kerana implikatur tidak mengizinkan proses pencakupan berlaku.

    5) Satu ayat boleh mempunyai lebih daripada satu interpretasi dan menghasilkan ketidaktentuan interpretasi.

  • Implikatur memerlukan usaha memproses maklumat yang tinggi.Mula- mula perlu menyingkap makna tersurat, kemudian baru disingkap pula maklumat tersirat. Lapisan pertama mencari eksplikaturnya, kemudian lapisan kedua pula implikaturnya.ContohA: Susah tak subjek ni?B: Nak dapat A, kena kerja keraslah sikit.

  • Contoh 1A:Eh, kasut baru ke?B:Setengah semester dah beli.A:Beli di mana? Tentu mahalB:Beli di kedai barangan terpakai je.

  • Contoh 2A:dengar kata banyak duit. Pinjam sikit?. Hendak beli telefon la.B:hendak pinjam? Saya bukan budak JPA.A:nak pinjam sikit je.B:hujung bulan pun saya harap duit dari ayah.

  • LatihanJelaskan takrifan makna menurut behaviourisme dengan contohnya sekali.Jelaskan sistem deiksis yang wujud dalam bahasa MelayuBincangkan kelebihan menggunakan implikatur dalam percakapan.

  • Selamat Tinggal.doc

  • ***************************