Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi

4
kaedah-kaedah memberus gigi dengan mengikut urutan yang betul berdasarkan gambar. Berus setiap permukaan mengunyah. Gunakan hujung berus untuk memberus permukaan dalam gigi hadapan, bahagian

Transcript of Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi

Page 1: Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi
Page 2: Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi

Susunkan kaedah-kaedah memberus gigi dengan mengikut urutan yang betul berdasarkan gambar.

Susunkan kaedah-kaedah memberus gigi dengan mengikut urutan yang betul berdasarkan gambar.

Letak berus gigi di garisan gusi luar.Gerakkan berus dari gusi ke arah gigi.

Berus setiap permukaan gigi dengan teknik seperti langkah 1.

Berus setiap permukaan mengunyah.

Gunakan hujung berus untuk memberus permukaan dalam gigi hadapan, bahagian atas dan bawah.

Pastikan anda memberus lidah dengan menggunakan bahagian belakang berus gigi.

Letak berus gigi di garisan gusi luar.Gerakkan berus dari gusi ke arah gigi.

Berus setiap permukaan gigi dengan teknik seperti langkah 1.

Berus setiap permukaan mengunyah.

Gunakan hujung berus untuk memberus permukaan dalam gigi hadapan, bahagian atas dan bawah.

Pastikan anda memberus lidah dengan menggunakan bahagian belakang berus gigi.

Page 3: Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi

Mari Belajar Memberus GigiPenjagaan gigi yang sempurna amat penting supaya kita mempunyai gigi yang putih dan sihat. Untuk menghindari kerosakan gigi, kita digalakkan memberus gigi sebanyak dua kali sehari. Justeru, kaedah-kaedah memberus gigi yang betul perlulah diketahui.

Mula-mula, murid-murid perlulah meletakakan berus gigi di garisan gusi luar. Gerakkan berus dari gusi ke arah gigi. Penggunaan berus gigi yang lembut dan sesuai perlu diutamakan. Dengan ini, gusi kita tidak mudah tercedera apabila menggosok gigi.

Seterusnya, murid-murid perlu memberus setiap permukaan gigi dengan teknik seperti langkah permulaan. Beruskan permukaan gigi dengan perlahan dan berhati-hati.

Dalam langkah ketiga pula, beruskan setiap permukaan mengunyah. Bahagian ini selalunya menyimpan sisa-sisa makanan. Kuman-kuman akan tumbuh sekiranya bahagian permukaan mengunyah tidak dibersihkan dengan baik.

Selain itu, jangan lupa gunakan hujung berus untuk memberuskan permukaan dalam gigi hadapan, bahagian atas dan bawah. Sisa-sisa yang tertinggal di bahagian dalam gigi dapat dikeluarkan.

Akhirnya, pastikan anda memberus lidah dengan menggunakan bahagian belakang berus gigi. Lidah yang bersih mewujudkan kesegaran pada mulut. Para murid juga akan lebih berselera untuk menikmati pelbagai makanan kegemaran.

Murid-murid, cuba catatkan langkah-langkah memberus gigi daripada petikan atas ke dalam carta yang disediakan oleh Cikgu Toh. Pastikan anda mencatatkan langkah-langkah memberuskan gigi dengan mengikut urutan yang betul berdasarkan gambar.

Page 4: Bbm Kemahiran Menulis Langkah Memberus Gigi