Bencana Alam Punca Daripada Perbuatan Manusia

download Bencana Alam Punca Daripada Perbuatan Manusia

of 2

Transcript of Bencana Alam Punca Daripada Perbuatan Manusia

  • 8/8/2019 Bencana Alam Punca Daripada Perbuatan Manusia

    1/2

    Bencana alam punca daripada perbuatan manusia

    Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku diseluruh dunia. Ini termasuklah, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau,letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melandasebahagian besar muka bumi yang kita diami.

    Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan jugakerugian harta benda yang tidak ternila

    Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan merupakanantara bencana alam tersebut.

    Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.

    Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya.Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagaifaktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedangmengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, adabanyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untukmembendungnya daripada terus berlaku.

    Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahanhutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung ataupenahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air danmenyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong danmendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulahdipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

    Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunyabencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telahmenyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadianbencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalangbencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpamempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka.Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukandengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.

    Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungaidan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakankeuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa

    depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi keranamanusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencanaalam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnyadengan baik.

    Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturanberkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepadapesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain.Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa

  • 8/8/2019 Bencana Alam Punca Daripada Perbuatan Manusia

    2/2

    jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampudiselesaikan dengan mudah.

    Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yangdijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakalmenghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secaraterancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baikdaripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini denganlebih baik.

    Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambillewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah inimenjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencanaalam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kitamenilai nyawa manusia sama seperti alam?