Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

6
Bencana Kehilangan Rasa Takut “Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang kamu tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil- kecil kamu berak dalam lampin, dahbesar pun nak aku basuh berak kamu!” bebel Mak Tah kepada anaknya Mat yang gila merempit. Si anak diam membatu. Sebelum sempat Mak Tah menyambung leterannya, Mat bingkas bangun menyabar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Mak Tah menggelengka n kepala dalam leningan air mata. Anaknya tidak takut mati. “Rokok boleh membunuh”jel as terpampang pada kotak rokok,Ellin yang perempuan itu,tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan.La gaknya bagai seoarang anggotapasuk an berani mati,perkata an bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna.Semang at tidak takut mati sepatutnya disalurkan di jalan pembebasan umat Islam di Palestin! Takut yang menyelamatkan “Katak, katak!” gertak seorang ibu yang menakut- nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian. Si anak kelam-kabut lari kerana takutkan katak tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej katak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatka n si anak daripada benda-benda yang berbahaya di dapur. Si anak yang masihg belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembangla h akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu mencegah dirinya daripada terdedah kepada

Transcript of Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

Page 1: Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

Bencana Kehilangan Rasa Takut

“Kamu

tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang kamu tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dahbesar pun nak aku basuh berak kamu!” bebel Mak Tah kepada anaknya Mat yang gila merempit.

Si anak diam membatu.

Sebelum sempat Mak Tah menyambung leterannya, Mat bingkas bangun menyabar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Mak Tah menggelengka

n kepala dalam leningan air mata. Anaknya tidak takut mati.

“Rokok boleh membunuh”jelas terpampang pada kotak rokok,Ellin yang perempuan itu,tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan.Lagaknya bagai seoarang anggotapasukan berani mati,perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna.Semangat tidak takut mati sepatutnya disalurkan di jalan pembebasan umat Islam di Palestin!

Takut yang menyelamatkan

“Katak, katak!” gertak seorang ibu yang menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian.

Si anak kelam-kabut lari kerana takutkan katak tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej katak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang berbahaya di dapur.

Si anak yang masihg belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan

pertambahan usianya agar ketakutan itu mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahay. Takut itu menyelamatkan.

Tetapi, manusia hari ini hilang rasa takut. Lihat contoh reality TV, Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebigh berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakimdan penonton yang menyaksikan.

Takut Tak Tentu Arah

Page 2: Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

Pada era ini, takut cuba dibunuh dari dalam jiwa manusia. BUkan untuk berani berjuang, tetapi berani yang tidak tentu arah.

Bukan sahaja ketakutan itu hilang dari dalam jiwa penghisap rokok atau samseng jalanan, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari dalam jiwa parea penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletakkan kereta sesuka hati di kiri kanan jalanan, hinggalah kepada

kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya.

“Dihukum Penjara 1000 Tahun!!” Terpampang berita di dada akhbar. Mati hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum bebas daripada hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun, bolehkah hukuman itu mencegah penjenayah seksual daripada terus bermaharajalela?

Tidak. Rasa takut itu sudah tiada.

Di sebuah Negara yang kadar jenayahnya

amat menggerunkan seperti Amarika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat pada sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya sehingga memancut darah keluar sana sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkannya.

Namun, bolehkah kengerian hukuman itu mencegah jenayah dan meningkatkan ketakutan

masyarakat akibat melanggar undang-undang?Jauh sam sekali!! Malah Amarika Syarikat terus menjadi Negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuhan bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di hadapan khalayak ramai, seribu pemberontak datang mengganti. Biar terjelir lidah pengedar dadah menggelepar menuju kematian di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang.

Apa sahaja gertakan hukumanb, seakan-akan

Page 3: Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

manusia sudah tidak mampu menggeruninya, kecuali HUDUD.

Formula dan Acuan Allah

Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanisfestasikan pelaksanaanya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjdi hangat. Laalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutan itu.

“Makan sup tangan ke?” kata si bijak pandai.

“Habislah jalan tak

cukup batu, habis terguna merejam penzina!” bidas si ilmuan.

“Nanti non-muslim memberontak!” tegas seorang ahli politik.(Tetapi, bukankah hokum itu hanya untuk orang Islam?)

Seribu satu reaksi ditonjolkan untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternative yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah daripada terus-menerus melakukan kesalahan. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan pencegahan hanya bias

datang daripada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang lelaki yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi maha Bijaksana.” (Surah al-Mai’idah (5:38)

Takut itu adalah perasaan hati. Hati itu milik Allah.Allah jua yang mencampakkan rasa gerun dalam hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu

hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya hukuman daripada Allah itulah yang tidak wujud dalam hukum-hukum yang lain. Biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di hadapan khlayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia daripada kembali “menjamah” jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah kedalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah

Page 4: Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ancaman daripada Allah dan Rasul

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan Negara. Rasa gerun yang mampu mengekang manusia berpangkat tinggi daripada bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang boleh menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang.

Sebuah Negara dalam sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah disebabkan miskin harta dan pembangunan.Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan Negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah daripada kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diherat sepuasnya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian

manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hudud keatasnya. Demi Allah, kalaulah Fatimah Binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya.” (Mattafaq ‘alaih)

Inilah pakej berupa ancaman daripada Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan Negara

demi kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa-apa sahaja ancaman lain, tidak boleh menimbulkan rasa gerund an takut dalam hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih sama … menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah mampu menggerunkan hati kerana itulah tempat jatuhnya pandangan Allah.