Bengkel Kbat Minit Curai
-
Upload
shamsina-abd-aziz -
Category
Documents
-
view
379 -
download
10
description
Transcript of Bengkel Kbat Minit Curai
SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG
JALAN MERBAU, KG MELAYU SUBANG
40150 SHAH ALAM SELANGOR
LAPORAN / MINIT CURAI
Kepada: Guru Besar.
Salinan: Penolong Kanan / Guru Perkembangan Staf / Fail panitia / unit koko / unit HEM
Nama : Nor Hasilawati Binti Toha
: Shamsina Binti Abd Aziz
: Hjh. Nor Ahawati Binti Jaafar
: Rapidah Binti Shamsuddin
: Hartini Binti Abdullah
Mesyuarat / Kursus / Bengkel / Taklimat / Seminar:
: Bengkel Penggunaan KBATdalam PdP
Tarikh : 11/04/2015
Masa : 08.30 pagi hingga 04.00 petang
Jumlah Jam : 6 Jam
Tempat : Sekolah Kebangsaan Subang Bestari
Pengerusi / Penceramah : Pn. Zariah Binti Zainal (SMK Serendah)
Laporan / Ulasan ringkas :
OBJEKTIF:
Di akhir bengkel, peserta dapat:
Meningkatkan pengetahuan dalam pembinaan item KBAT dalam PdP dan Pentaksiran.
Memahami dan mempraktikkan peta I-Think dengan berkesan.
LAPORAN:
Slot 1 – 8.30 hingga 10.00 pagi
Pengenalan dan konsep Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Mengupas mengenai PPPM dan kepentingannya kepada pendidikan negara. Guru – guru haruslah menghayati aspirasi, anjakan dan gelombang yang telah dirancang untuk menjayakan dasar pendidikan tersebut.
Slot ini juga menyentuh mengenai peringkat dalam Taksonomi Bloom di mana terdapat 6 peringkat perkembangan pemikiran. Slot 1 menyentuh mengenai Konstruk Mengingat dan Konstruk Memahami.
Slot 2 – 10.30 hingga 01.00 petang
Slot ini menerangkan mengenai Konstruk Mengaplikasi dan Konstruk Menganalisis. Guru – guru membentuk kumpulan mengikut mata pelajaran dan setiap kumpulan mata pelajaran dikehendaki membina ítem menggunakan 4 konstruk tersebut.
Slot 3 – 02.00 hingga 04.30 petang
Slot ini diteruskan dengan penerangan Konstruk Menilai dan Konstruk Mencipta. Bengkel pembinaan ítem diteruskan dengan 2 konstruk tersebut. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan menggunakan keenam – enam konstruk tersebut. Setelah selesai pembentangan kumpulan, kesimpulan dan penutup telah diadakan.
KEBERKESANANNYA:
Bengkel ini telah memberi impak yang positif dari segi anjakan pemikiran guru dari soalan berbentuk objektif kepada soalan KBAT. Bengkel pembinaan ítem mengikut 6 konstruk yang telah diterangkan secara terpeinci memberikan input yang sangat berguna dalam pembinaan ítem pentaksiran di sekolah. Peningkatan pemahaman dalam peta pemikiran I-Think juga dapat dilihat kerana setiap ítem yang digubal mengaplikasikan peta I-Think tersebut. Nota dan bahan yang disediakan lengkap dan mudah difahami.
Tandatangan Pelapor, Diterima & disahkan oleh:
...................................................(SHAMSINA BINTI ABD AZIZ)
Tarikh: 12/04/2015
Catatan:i. Minit curai ini hendaklah disediakan dalam masa 3 hari selepas mesyuarat /
kursus / taklimat.ii. Guru perlu mengadakan taklimat / kursus dalaman selepas menghadiri
kursus.