Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses...

20
Tugasan Individu LGF3023 1.0 PENGENALAN Bentuk muka bumi yang terbentuk pada masa kini merupakan satu corak yang terhasil daripada proses yang telah berlaku dalam tempah masa jutaan tahun. Pembentukan ini berlaku akibat proses yang di panggil sebagai proses Geomorfologi. Dalam memahami proses Geomofologi, perlulah di fahami terlebih dahulu mengenai pengertian bahasa ataupun bidang Geomorfologi. Geomorfologi didefinisikan sebagai salah satu bidang khusus dalam suatu kumpulan besar sains bumi. Bidang ini mengkaji dan turut menerangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan tentang bentuk muka bumi atau geometri dan segala proses yang terlibat dengan pembentukannya (Jamaluddin Md Jahi, 1989). Geomorfologi juga bermaksud kajian tentang proses-proses yang berlaku secara semulajadi ke atas fizikal daratan atau lautan dan pada akhirnya membentuk bentuk muka bumi yang baru iaitu permukaan yang terhasil adalah jauh berbeza dengan pembentukan asalnya. Banyak versi yang menerangkan maksud sebenar disebalik perkataan Geomorfologi, namun secara dasarnya bidang ini merupakan satu bidang yang mengkaji bentuk bumi. Proses geomorfologi pula ialah satu proses yang melibatkan proses fizikal, kimia dan biologi yang akan mengakibatkan perubahan bentuk bumi (H.D. TJIA, 1987). Proses fizikal ini adalah berpunca dari dalam dan luar bumi. Proses fizikal dalaman melibatkan proses penerombosan batu Igneus dan canggaan tektonik pada kerak bumi manakala proses luaran melibatkan pancaran 1

Transcript of Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses...

Page 1: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

1.0 PENGENALAN

Bentuk muka bumi yang terbentuk pada masa kini merupakan satu corak yang terhasil

daripada proses yang telah berlaku dalam tempah masa jutaan tahun. Pembentukan ini berlaku

akibat proses yang di panggil sebagai proses Geomorfologi. Dalam memahami proses

Geomofologi, perlulah di fahami terlebih dahulu mengenai pengertian bahasa ataupun bidang

Geomorfologi. Geomorfologi didefinisikan sebagai salah satu bidang khusus dalam suatu

kumpulan besar sains bumi. Bidang ini mengkaji dan turut menerangkan mengenai perkara-

perkara yang berkaitan tentang bentuk muka bumi atau geometri dan segala proses yang terlibat

dengan pembentukannya (Jamaluddin Md Jahi, 1989). Geomorfologi juga bermaksud kajian

tentang proses-proses yang berlaku secara semulajadi ke atas fizikal daratan atau lautan dan pada

akhirnya membentuk bentuk muka bumi yang baru iaitu permukaan yang terhasil adalah jauh

berbeza dengan pembentukan asalnya. Banyak versi yang menerangkan maksud sebenar

disebalik perkataan Geomorfologi, namun secara dasarnya bidang ini merupakan satu bidang

yang mengkaji bentuk bumi.

Proses geomorfologi pula ialah satu proses yang melibatkan proses fizikal, kimia dan

biologi yang akan mengakibatkan perubahan bentuk bumi (H.D. TJIA, 1987). Proses fizikal ini

adalah berpunca dari dalam dan luar bumi. Proses fizikal dalaman melibatkan proses

penerombosan batu Igneus dan canggaan tektonik pada kerak bumi manakala proses luaran

melibatkan pancaran matahari, pembasahan dan penyejatan oleh hujan dan salji serta jatuhan

meteroit keatas bumi. Proses kimia pula ialah proses yang melibatkan tindakbalas secara kimia

seperti pelarutan. Manakala proses biologi pula merupakan proses yang melibatkan kompenen

biologi seperti tumbuhan dan haiwan yang berlaku secara semulajadi. Segala proses yang

berlaku adalah disebabkan oleh terdapatnya satu unsur yang dipanggil sebagai agen

Geomorfologi. Agen ini mempunyai keupayaan untuk mengangkut bahan bumi.

2.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau terbesar di perairan pantai timur

semenanjung Malaysia. Pulau ini terletak pada kedudukan 2° 35’ N dan 104° 15’ E di Laut

China Selatan. Pulau Tioman ini juga terletak pada jarak 32 km dari Mersing, Johor dan 82 km

1

Page 2: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

dari Kuala Rompin, Pahang (Jasmi Abdul, 1999). Pulau Tioman ini boleh dikunjungi dengan

menaiki bot dari Tanjung Gemok, Kuala Rompin atau Mersing. Terdapat juga penerbangan

harian dari lapangan terbang Subang ke Pulau Tioman. Hal ini kerana, terdapat sebuah kawasan

lapangan kapal terbang kecil yang telah dibina lewat tahun 1980an untuk membenarkan kapal

terbang kecil mendarat di pula berkenaan.

Peta 1 : Peta topo kawasan Pulau Tioman

Menurut sejarah Pulau Tioman ini merupakan sebuah pulau perhentian bagi kapal-kapal

pelayar untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api serta mengelak daripada ribut. Selain itu,

2

Page 3: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

kawasan pulau ini juga telah dibina dengan perkampungan nelayan beberapa ratus tahun dahulu

dan kini terdapat 6 perkampungan utama di pulau berkenaan. Pulau ini juga dimiliki oleh

kerajaan negeri Pahang. Jumlah keluasan kawasan pulau ini adalah 133.6 km persegi atau 13,360

hektar (Jasni Abdul, 1999).

Kawasan Pulau ini kebanyakkannya merupakan kawasan yang dilitupi oleh hutan hujan

tropika dengan kawasan topografi tanah tinggi, hutan dan kawasan tanah pamah di sepanjang

pantai. Lapisan bawah pulau ialah terdiri daripada batuan gunung berapi, batuan plotonik dan

pertembungan batuan metamorfik. Batuan gunung berapi ini kebanyakkannya terdapat di

kawasan timur, barat dan selatan kawasan Pulau Tioman. Sebahagian kawasan pantai pulau ini

terdiri daripada kawasan berbatu dan kawasan berpasir. Pulau ini juga memiliki pelbagai bentuk

muka bumi yang menarik di sepanjang kawasan pinggir pantai. Manakala bagi system saliran

atau sungai pulau ini adalah berpunca daripada kawasan tanah tinggi yang juga merupakan

kawasan tadahan air bagi pulau ini. Sungai-sungai ini membekalkan air bersih kepada

keseluruhan penduduk di kawasan Pulau Tioman. Atarara sungai yang terdapat di pulau ini ialah

Sungai Mentawak, Sungai Keliling, Sungai Nipah, Sungai Paya, Sungai Lalang, dan Sungai

Ayer Besar. Terdapat juga kawasan hutan paya bakau yang boleh dilihat di barat pulau ini.

3.0 SKOP PENULISAN

Penulisan ini menumpukan kepada proses Geomorfologi bagi kawasan sungai bagi

kawasan Pulau Tioman. Penulisan ini akan menerangkan mengenai pembentukan muka bumi

yang terdapat di kawasan sungai serta agen yang terlibat dalam proses pembentukannya. Selain

itu, penulisan ini juga akan menerangkan secara asas mengenai proses yang terlibat dalam

melihat pembentukan bentuk bumi yang terhasil bagi kawasan sungai Pulau Tioman.

4.0 GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN

Setiap kawasan di permukaan bumi memiliki kawasan lembangan saliran. Kawasan ini

merupakan antara kawasan terpenting bagi mengerakkan kehidupan di bumi kerana kawasan

lembangan saliran ini merupakan punca kepada sumber air bersih dan sumber-sumber lain.

3

Page 4: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

Kawasan lembangan saliran juga jika dilihat dari aspek sejarah merupakan atara kawasan

tumpuan utama bagi pertumbuhan Bandar-bandar besar kerana kegunaannya yang penting bagi

memajukan sesebuah tamadun. Antaranya sebagai punca air bersih, kegunaan domestic,

pengairan dan pengangkutan air.

Kajian mengenai lembangan saliran dalam melihat kawasan lembangan ini sebagai satu

unit asas mewujudkan bentuk bumi telah dimulakan sebelum abad ke-19. Kebanyakkan proses

yang terlibat dan dikaji adalah proses geomorfologi. Antara pandangan atau model pertama yang

berkaitan dengan kajian lembangan sungai sebagai agen pembentuk bumi telah dimulakan

dengan pandangan oleh William Morris Davis yang menyatakan bahawa edaran hakisan yang

biasa kerana perkembangan landskap dianggap sebagai suatu fungsi struktur, proses dan masa

(Derbyshire et al, 1979). Pandangan ini menjadi popular dan telah diterima hampir setengah abad

dan menyebabkan kajian mengenai geomorfologi ini menjadi terbantut akibat di belenggu oleh

masa dan menitikberatkan mengenai evolusi landskap yang memakan masa jutaan tahun

lamanya. Namun pada abad ke-20 pula satu pandangan baru telah merubah bidang ini kerana

pandangan oleh G.K Gilbert menyatakan bahawa proses lanskap ini perlu dikaji pada peringkat

yang lebih asas (Jamaluddin Md Jahi, 1989). Walaubagaimanapun diakibatkan kajian seperti ini

memerlukan pengetahuan yang lebih luas mengenai prinsip kejuruteraan dan matemati telah

menakibatkan kajian mengenainya kurang diminati oleh pengkaji. Hal ini telah mengakibatkan

pandangan model Davis diterima semula. Namun dalam keadaan ini kajian mengenai cerun

kurang dititikberatkan dalam kajian mengenai lembangan saliran. Namun begitu, yang menjadi

topic utama bagi perbincangan ini adalah bagi melihat geomorfologi lembangan saliran dengan

lebih terperinci dan lebih menumpukan di kawasan Pulau Tioman.

5.0 PERINGKAT-PERINGKAT LEMBANGAN SALIRAN

William Morris Davis juga telah mengelaskan lembangan saliran ini kepada 3 peringkat

utama iaitu peringkat muda, dewasa dan tua (H.D. Tjia, 1987). Menurut Thornbury (1996),

setiap peringkat-peringkat ini disenaraikan seperti berikut:

4

Page 5: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

Rajah 1 : Profil Panjang Sungai

5.1 Peringkat Muda

Pada peringkat ini didapati kebanyakkan sungai adalah sekata dan hanya sedikit sahaja

anak sungai yang berukuran besar. Pada peringkat ini juga didapati kerantan rentas anak sungai

adalah berbetuk ‘V’ dan hakisan yang giat adalah hakisan mendalam di dasar. Seterusnya,

keadaan di kawasan antara lembah yang mungkin lebih lebar adalah disebabkan oleh saliran

yang kurang baik dan boleh dilihat dengan kehadiran paya atau tasik di kawasan tanah tinggi.

Antara bentuk muka bumi di kawasan saliran muda ialah kawasan air terjun dan jeram kerana

wujudnya batuan keras yang tersingkap oleh hakisan air pada batuan lembut. Selain itu, legeh

berbentuk lebih lebar dan tidak jelas sempadannya serta hakisan yang berlaku adalah hakisan

mendalam. Di kawasan Pulau Tioman keadaan ini boleh dilihak di kawasan tanah tinggi iaitu di

kawasan tengah pulau seperti di kawasan Gunung Kajang iaitu di peringkat Hulu sungai

Mentawak. Manakala contoh kawasan air terjun yang boleh dilihat adalah kawasan air terjun di

Sungai Air Besar.

5.2 Peringkat Dewasa

Pada peringkat dewasa pula, lembah dilihat semakin berkembang hingga seluruh

permukaan darat memiliki kawasan saliran yang lebih baik. Selain itu, keadaan saliran ini juga

telah stabil dan sesuai dengan keadaan batuan dan struktur geologi batuan yang terdapat di

kawasan berkenaan. Seterusnya, permukaan kawasan saliran peringkat muda juga semakin

melebar menbentuk ‘U’ dan bentuk muka bumi yang terhasil adalah susuh terpenggal dan

berpaca. Hal ini kerana keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan kawasan permatang yang

5

Page 6: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

terdiri daripada batuan keras. Kawasan ini juga dilihat secara keseluruhannya adalah kawasan

bercerun.

5.3 Peringkat Tua

Kawasan lembangan saliran di peringkat terakhir ini mempunyai kawasan anak sungai

yang sedikit akibat pertembungan anak-anak sungai pada peringkat muda dan dewasa. Keadaan

lembah juga semakin melebar dan memiliki kecerunan yang sangat landai. Hakisan juga lebih

giat dengan hakisan melebar walaupun kederasan air berkurang namun tindakan air sebagai agen

menghakis adalah meningkat. Keadaan muka bumi seperti likuan dan tasik ladam adalah yang

paling dominan di kawasan ini dan merujuk kepada peta kawasan sungai peringkat tua

merupakan kawasan hilir sungai yang menganjur ke laut.

6.0 PROSES-PROSES DI LEMBANGAN SALIRAN

Dalam melihat proses yang berlaku dalam lembangan saliran, perlulah difahami dan

diketahui terlebih dahulu bahawa keseluruhan proses yang berlaku di dalam saliran adalah

berpunca daripada proses dan tindakan oleh air. Air merupakan agen utama dalam setiap proses

yang berlaku. Tanpa air atau arus yang wujud oleh tindakan air, sesuatu lembangan saliran

mungkin tidak mengalami proses perubahan bentuk atau morfologinya. Antara proses yang

berlaku melibatkan proses pergerakan air, lembapan tanih dan pergerakan jisim, hakisan oleh air

di cerun dan proses dalam sistem sungai (Jamaluddin Md Jahi, 1989).

6.1 Proses pergerakan air

Proses pergerakkan air bermula diakibatkan oleh kitaran hidrologi yang mewujudkan

kerpasan yang turun kepermukaan bumi. Semasa penurunan air ini menyebabkan berlaku

beberapa keadaan yang mengakibatkan wujud perbezaan kuantiti dan curahan hujan ke

permukaan tanah dan mengalir sebagai air larian permukaan. Perbezaan ini diakibatkan oleh

litupan tumbuhan dan kuantiti air hujan. Kadar air hujan yang turun akan memberi kesan

terhadap keupayaan air untuk bertindak sebagai agen mengangkut bahan-bahan di permukaan

dan membentuk satu landskap baru. Air yang banyak menyebabkan kuasa untuk mengubah

bentuk bumi meningkat. Hal ini kerana, air larian permukaan dalam system terbuka seperti aliran

6

Page 7: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

sungai boleh berlaku apabila air yang turun dan bertakung telah mengalir dalam aliran yang sama

dan mula menghakis tanah dengan proses angkutan mewujudkan satu aliran yang mengalir di

kawasan lembah. Selain itu juga air ini turut mengalir diakibatkan oleh keadaan permukaan yang

tidak sekata serta berbonggol-bonggol menyebabkan aiar ini mengalir dari kawasan tinggi ke

kawasan rendah mengikut lembah. Menurut W.O Richard (1991) sungai menghakis laluannya

sendiri dan hal ini membentuk satu aliran yang baru serta lanskap yang berbeza.

Selain itu, air yang meresap ke dalam tanah pula akan turut mengalir secara menegak

akibat tarikan graviti bumi. Kadar air resapan juga bergantung kepada tahap kandungan air yang

sampai ke permukaan bumi serta tahap keporosan tanah. Selain itu, di bawah permukaan bumi

ini juga tedapat dua batuan yang mengandugi banyak air iaitu akuifer dan batuan yang

menghalang air akuiklud. Keadaan ini menyebabkan wujudnya mata air dan telaga. Hal ini

kerana, keadaan batuan telah dan batuan poros ini secara berselang-selang menyebabkan

perbezaan mata air bawah tanah.

6.2 Lembapan tanih dan pergerakan jisim

Lembapan ini terhasil apabila terdapat air yang mengalir kedalam tanih yang kering

akibat sedutan dan tarikan gravity bumi. Air ini mengalir masuk melalui sedutan rerambut yang

terdapat pada kebanyakan tanih. Akibat daripada sedutan ini telah menyebabkan satu aliran

bawah tanah dan meningkatkan tahap kelembapan tanah. Kejadian ini memainkan peranan yang

penting dalam proses pengondolan landskap. Selain itu, kehadiran lembapan tanih ini juga

menyebabkan berlakunya kegagalan cerun yang diakibatkan oleh fenomena pergerakan jisim.

Hal ini kerana keadaan tanih yang lembap menyebabkan tanah mudah untuk mengelongsor

kebawah. Antara fenomena yang terlibat ialah proses kesotan, bumi beku, tanah runtuh dan

antaman. Kejadian-kejadian ini akan mewujudkan satu keadaan lanskap yang baru bagi sesuatu

kawasan.

6.3 Hakisan oleh air di cerun

Hakisan ini melibatkan dua kejadian yang berlaku berturutan iaitu pemisahan partikel dan

pengangkutannya ke tempat lain. Hal ini adalah diakibatkan oleh agen air seperti titisan hujan

dan air larian permukaan. Hal ini berlaku apabila titisan hujan yang menghentam permukaan

bumi menyebabkan pecahan partikel tanih seperti percikan seterusnya percikan ini di hakis

7

Page 8: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

apabila ianya di bawa oleh air larian permukaan dan dipindahkan di kawasan baru. Hal ini juga

dikenali sebagai hakisan tanih. Keadaan ini dipengaruhi oleh saiz dan jisim titisan hujan, curahan

hujan dan kederasan aliran air hujan. Selain itu, ketebalan litupan tumbuhan juga turut

mempengaruhi keadaan ini kerana kwasan yang mempunyai litupan bumi menyebabkan titisan

air tidak terus menghentam permukaan bumi dan menyebakan partikel tanih tidak terpisah.

6.4 Proses dalam system sungai

Proses dalam system sungai ini terhasil oleh factor utama iaitu kelajuan air sungai. Hal

ini kerana ahap kelajuan air sungai ini akan menentukan proses-proses yang akan bertindak

dalam alur tersebut. Hal ini merujuk kepada proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.

Secara amnya hakisan merupakan proses yang berlaku di kawasan tebing atau dasar akibat aliran

turbulens. Pengangkutan pula adalah tindakan air yang membawa bahan yang terhakis dari

kawasan asal ke kawasan baru, manakala pemendapan pula adalah proses yang berlaku apabila

bahan yang diangkut tidak lagi mampu menjadi semakin berat dan tidak mampu ditampung oleh

air dan dilonggokan di satu kawasan.

Hakisan ini berlaku melalui proses secara impak hidraul, lelasan dan kikisan (Jamaluddin

Md Jahi, 1989 dan Plumer & Carlson, 2008). Impak hidraul ini mengalihkan bahan dengan

hanya mengalihkan melalui daya air itu sendiri. Menurut Plumer dan Carlson (2008), tindakan

hydraul ini merujuk kepada keupayaan air yang mengalir untuk mengangkat dan menggerakan

batuan dan sedimen dalam sungai. Hal ini kerana, impak air yang berlaku telah melekangkan

bahan di dinding dan dasar sungai seterusnya bahan-bahan di angkut oleh air yang mengalir.

Impak Hidraul ini juga dianggap lemah kerana proses ini hanya berkesan kepada permukaan

yang kurang mampat. Bagi keadaan permukaan yang mampat pula prose yang terlibat untuk

menghakis ialah tindakan lelesan. Tindakan hidraul yang bersatu dengan tindakan lelesan pada

batu hampar akan mewujudkan lubang periuk. Proses hakisan yang terakhir ialah proses kikisan

iaitu melibatkan luluhawa kimia darisegi tindakbalas asid dan larutan (Jamaludin Md Jahi,1989).

Keadaan ini nyata berlaku di kawasan batu kapur.

Pengangkutan pula melibatkan proses perubahan kedudukan partikel yang terdapat dalam

sungai yang di bawa oleh arus air. Pengangkutan ini melibatkn pengankutan secara ampaian,

loncatan, dan golekan. Keadaan ini dipengaruhi oleh kuasa turbulens air sungai. Namun begitu,

8

Page 9: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

apabila kuasa air ini tidak mampu untuk mengangkut lagi bahan-bahan akibat perubahan arus di

peringkat yang berbeza menyabakan bahan ini termendap yang dipanggil proses pemendapan.

7.0 POLA SALIRAN SUNGAI

Saliran terdiri daripada pelbagai jenis pola atau bentuk. Pola saliran ialah cara cawangan-

cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan yang lain. Pola saliran ini terdiri

daripada pola saliran reranting (denderit), jejala, sepunca (jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat,

darat, gegelang dan selari. Zernitz (1993), telah membahaskan bahawa rupa bentuk segmen

sungai dan hubunganya dengan geologi kawasan di mana sungai itu mengalir. Pola saliran

didapati terbukti sebagai suatu alat tafsiran geomorfologi dan geologi yang amat berguna.

7.1 Pola saliran Reranting

Rajah 2: Pola saliran Reranting

Pola saliran jenis ini terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan

yang sama kekerasanya seperti di kawasan batuan Granit. Juga di pangil sebagai pola saliran

dendrite (Plumer & Carlson (2008) dan H.D. TJIA (1987). Berbentuk seperti ranting pokok iaitu

cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang daripada sudut

tepat. Pola saliran seperti ini juga kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan dan

ranting. Di kawasan Pulau Tioman kebanyakkan sungai yang wujud adalah dalam bentuk pola

reranting. Antara sungai yang berbentuk seperti ini ialah Sungai Mentawak serta sungai paya.

9

Page 10: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

7.2 Pola Saliran Sepunca

Rajah 3: Pola Saliran Sepunca (Jejari)

Pola Saliran jenis ini terbentuk apabila sungai-sungai mengalir dari satu puncak tanah

tinggi yang berbentu Dom seperti gunung ke semua arah yang berlainan. Saliran jenis ini

dipengaruhi oleh struktur Geologi. Oleh itu, pola saliran seperti ini biasanya terbentuk di

kawasan berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Pola saliran sebegini juga wujud di kawasan

kajian iaitu di Pulau Tioman. Pola ini boleh di lihat di beberapa kawasan tanah tinggi di sekitar

kawasan barat daya peta Pulau Tioman iaitu di kawasan Gunung Kajang. Hal ini kerana.

Keadaan sungai yang terhasil di sekitar Gunung Kajang mengalir di segenap ruang di sekeliling

Gunung Kajang. Sungai yang terbentuk ialah Sungai Mentawak, Sungai Nipah dan Sungai Paya.

7.3 Pola Saliran Bawah Tanah

Rajah 4: Pola Saliran Bawah Tanah

Pola saliran bawah tanah ini lazimnya berlaku di kawasan batu kapur. Ia terbentuk

apabila saliran ini mengalir masuk ke kawasan batu kapur yang poros. Iar sungai ini akan keluar

semula ke permukaan bumi sebagai mata air atau sungai apabila air sampai ke kawasan batuan

yang tidak poros. Dalam peta Pulau Tioman ini, saliran ini boleh dilihat di kawasan tenggara

10

Page 11: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

peta iaitu di rujukan Grid 907025. Sungai yang membentuk pola saliran bawah tanah ini

mengalir dari Bukit .592 ke kawasan Teluk Elin.

7.4 Pola saliran Sejajar

Rajah 5: Pola Saliran Sejajar

Pola saliran seperti ini terbentuk apabila anak-anak sungai mengalir dan bercantum

dengan sungai utama di sebelah bahagian sahaja. Anak-anak sungai mengalir secara selari.

Namun dalam kawasan kajian keadaan pola sebegini hanya berlaku di sesetengah kawasan

sungai sahaja. Pola sejajar ini tidak membentuk secara keseluruhan sungai tetapi berlaku di

sebahagian kawasan sungai seperti di Sungai Mentawak dan dipringkat Hulu Sungai Paya iaitu

di Bukit Seperuk.

7.5 Pola Saliran Darat

Rajah 6: Pola saliran Darat atau Saliran Bertumpu

Pola saliran darat juga disebut sebagai pola saliran bertumpu. Ini disebabkan saliran ini

mengalir ke kawasan tumpuan seperti tasek, paya atau kawasan tanaman. Selain itu, dapat

dnyatakan juga bahawa pola jenis ini terbentuk apabila anak-anak sungai atau sebatang sungai

mengalir masuk ke sesuatu kawasan dan membentuk sebuah pertembungan sebelum mengalir

11

Page 12: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

kelaut. Keadaan ini wujud dalam kawasan kajian itu di Sungai Mentawak yang boleh dilihat

bahawa cabang-cabang sungai yang mengalir bertembung di satu kawasan lembah sebelum

mengalir ke laut.

7.6 Pola Sungai Selari

Rajah 7: Pola Saliran Selari

Pola Saliran Selari adalah hampir sama seperti Pola Saliran Sejajar. Namun begitu, ia

berbeza dari segi arah aliran masuk anak sungai ke sungai utama kerana ianya selari. Saliran

jenis ini biasanya terdapat di kawasan yang mempunyai cerun curam. Saliran ini terbentuk

apabila cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari

antara satu sama lain. Bagi pola saliran selari juga ianya terbentuk apabila air yang mengalir

mengikut retakan yang menjurus selari serta tersusun. Di kawasan pulau tioman ini, sungai yang

mengikut pola selari ini terdapat di kawasan Tenggara, barat dan kebanyakkan di kawasan utara

kerana sungai di kawasan utara adalah lebih pendek dan kawasannya terdidri daripada kawasan

tanah tinggi yang curam. Sungai yang wujud ialah Sungai Air Batang dan Sungai Tarah.

8.0 KESIMPULAN

Bidang geomorfologi saliran merupakan satu bidang yang telah lama namun perkembanganya

agak lewat kerana factor tanggapan yang merubah pandanagn pengkaji untuk meneroka bidang

ini. Kajian mengenai saliran ini amat penting dalam melihat proses pembentukan landskap yang

terhasil di kawasan lembangan saliran. Salin itu, lembangan saliran ini merupaka satu kawasan

yang amat berkaitan dengan tamadun awal manusia. Pulau Tioman sendiri misalnya, merupakan

sebuah pulau yang pada masa dahulunya merupakan kawasan yang disinggah oleh para

pedagang dan pelayar bagi mendapatkan bekalan air bersih dari system salirannya. Kawasan

12

Page 13: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

pulau tioman yang memiliki kawasan tadahan hujan juga menyebakan kawasan ini mampu

membekalkan saliran air yang berterusan. Air yang mengalir secara berterusan ini akan

mengakibatkan beberapa proses di lembangan saliran. Seterusnya, keadaan bentuk muka

buminya yang berbagai rupa dan terdiri daripada kawasan tanah tinggi telah mewujudkan

pelbagai rupa pola saliran. Keadaan ini juga menyebabkan wujud kawasan-kawasan tarikan di

Pulau Tioman.

13

Page 14: Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk Pada Masa Kini Merupakan Satu Corak Yang Terhasil Daripada Proses Yang Telah Berlaku Dalam Tempah Masa Jutaan Tahun Auto Saved)

Tugasan Individu LGF3023

Bibliografi

Derbyshire, E., Gregory, K.J. & Hails, J.R., 1979, Geomorphological Processes, Wm Dawson

& Son Ltd. Folkstone, Kent.

Jamaluddin Md. Jahi, 1989, Pengantar Geomorfologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor;

edisi pertama.

Jasni Abdul, 1999, An introduction to Pulau Tioman, The Raffles Bulletin Of Zoology. No 6. 3-4

Plumer, C.C., & Carlson, H.D., 2008, Physical Geology, Mcgraw-hill, New York; edisi ke-12

Thornbury, W.D., 1969, Principles of Geomorphology. Wiley, New York; edisi kedua.

TJIA, H.D., 1987, Geomorfologi, Mas’adah, kuala Lumpur

Richard, W.O., 1991, Introduction Geology. Schaum,s, New York

Zernitz, E.R., 1932, Drainage Patterns and their significance. Journal Of Geologi, jil. 40, 498-

521

14