BERCERITA

2
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak. Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda. Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar. Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap- …” gagap. Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras. Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar. Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa. Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. Tuanku Patik Patik …” Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan. Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya. Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

description

jj

Transcript of BERCERITA

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatikSudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.