Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf ·...

10
PENGENALAN Model CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam. Model Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) mula diperkenalkan di Ohio University untuk menilai ESEA (the Elementary and Secondry Education Act). CIPP ditakrifkan sebagai singkatan context evaluation bermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang bermaksud penilaian terhadap input, process evaluation yang bermaksud penilaian terhadap proses, product evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan. Tujuan utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan dalam sesuatu program. Menurut Stufflebeam(1967),“the CIPP approach is based on the view that the most important purp ose of evaluation in not to prove but improve.” Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk memperbaiki. Model ini terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu program iaitu terdiri daripada konteks, input, proses dan produk. Menurut beliau, penilaian boleh dilakukan terhadap sesuatu program dengan menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah

Transcript of Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf ·...

Page 1: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

PENGENALAN

Model CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Daniel

Stufflebeam. Model Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) mula diperkenalkan di Ohio University

untuk menilai ESEA (the Elementary and Secondry Education Act). CIPP ditakrifkan sebagai

singkatan context evaluation bermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang

bermaksud penilaian terhadap input, process evaluation yang bermaksud penilaian terhadap

proses, product evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan. Tujuan

utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan dalam

sesuatu program. Menurut

Stufflebeam(1967),“the CIPP approach is based on the view that the most important purp

ose of evaluation in not to prove but improve.” Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas

menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk

memperbaiki.

Model ini terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu program iaitu terdiri

daripada konteks, input, proses dan produk. Menurut beliau, penilaian boleh dilakukan terhadap

sesuatu program dengan menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah

Page 2: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

satu daripadanya. Penggunaan keempat-empat aspek atau salah satu daripada aspek tersebut

bergantung kepada matlamat program tersebut.

Empat komponen atau dimensi dalam model CIPP yang dibincangkan ialah termasuk context,

input, process dan product.

a) Context Evaluation (Penilaian Konteks)

Penilaian konteks sering dirujuk sebagai penilaian keperluan dan sering menjadi persoalan, “apa

yang perlu dilakukan?” dan membantu menilai masalah, aset dan peluang-peluang dalam

masyarakat yang ditetapkan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Menurut Stufflebeam (2007)

matlamat penilaian konteks adalah untuk menentukan konteks yang releven, mengenal pasti

populasi sasaran dan menilai keperluannya, mengenal pasti peluang-peluang untuk menangani

keperluan, mendiagnosis masalah yang mendasari keperluan. Hamid Hasan (2009) menyatakan

tujuan utama penilaian konteks adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang dimiliki

oleh penilai. Dapatan daripada kekuatan dan kelemahan tersebut, penilai boleh membuat

pertimbangan untuk penambahbaikkan dilakukan. Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin (2009)

menjelaskan penilaian konteks adalah keupayaan untuk menggambarkan secara terperinci

pengaruh keperluan dalam sesuatu program. Menurut Warr, Bird dan Rackham (1970) penilaian

konteks (context) iaitu meninjau keadaan dan situasi organisasi, keperluan latihan dan objektif

latihan yang dirancang dan dijalankan.

b) Input Evaluation (Penilaian Input)

Proses kedua dalam model CIPP ialah penilaian input. Menurut Stufflebeam (2007) Penilaian

input membantu menetapkan satu projek untuk dikenal pasti dan menangani keperluannya.

Persoalannya ialah “bagaimana ia perlu dilakukan?” mengenal pasti reka bentuk prosedur dan

strategi pendidikan yang paling sesuai serta mencapai hasil yang diharapkan. Oleh yang

demikian pendekatan utama ialah mengenal pasti dan menilai keupayaan semasa sistem yang

berjalan serta mencadangkan strategi alternatif yang sesuai. Menurut pandangan Eko Putro

Widoyoko (2009), penilaian input membantu mengatur keputusan, menentukan sumber-sumber

yang ada, alternatif apa yang diambil, strategi untuk mencapai tujuan dan prosedur kerja untuk

mencapai tujuannya. Manakala Warr, Bird dan Rackham (1970) pula menjelaskan penilaian

Page 3: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

input iaitu meninjau penggunaan sumber yang digunakan untuk program pelaksanaan sesuatu

program latihan.

c) Process Evaluation (Penilaian Proses)

Penilaian proses merupakan pemantauan proses pelaksanaan program dan menyediakan senarai

rujuk utama untuk pemantauan berterusan. Matlamat utama penilaian proses mendokumentasi

maklumat proses dan menyediakan maklum balas mengenai

sejauh mana aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan,

sama ada pelarasan atau semakan dibuat terhadap pelan tindakan(Stufflebeam &

Shinkfield, 2007).

Worthen & Sanders (1981 : 137) dalam Eko Putro Widyoko menjelaskan penilaian proses

menekankan kepada tiga tujuan :

do detect or predict in procedural desighn or its implementation during implementation

stage,

to provide information for programmed decision, and

to maintain a record of the procedure as it occurs”.

Penilaian proses meliputi pengumpulan data yang telah ditentukan dan diterapkan dalam

pelaksanaan program. Pada asasnya penilaian proses dilihat untuk mengetahui sejauh mana

perubahan telah berlaku dan komponen mana perlu diberi penekanan.

d) Product Evaluation (Penilaian Produk)

Penilaian produk menegenal pasti dan menilai hasil program untuk menentukan sama ada ia

Berjaya atau tidak. Tujuan penilaian produk untuk mengukur, mentafsir dan menilai hasil

dapatan dengan jujur. Penilaian produk juga untuk melihat keperluan pengisian telah dipenuhi

atau perlu penambahbaikan (Stufflebeam & Shinkfield, 2007). Penilaian produk dapat memberi

maklumat kepada para pendidik atau pentadbiran untuk membuat keputusan keberkesanan

program yang dilaksanakan. Farida Yusuf (2000) pula menerangkan penilaian produk untuk

membantu membuat keputusan terhadap hasil yang telah dicapai maupun perancangan jangka

panjang. Oleh yang demikian dapatlah kita simpulkan penilaian produk dapat melihat

keberhasilan sesuatu program samada mencapai matlamat utamanya atau sebaliknya. Pada

Page 4: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

peringkat ini, penilai dapat memberi cadangan ataupun saranan untuk membuat

penambahbaikan.

Stufflebeam (2007) menggariskan konteks, Input, Proses dan Produk (CIPP) penilaian

model adalah disyorkan sebagai rangka kerja secara sistematik membimbing konsep, reka

bentuk, pelaksanaan dan penilaian projek-projek perkhidmatan-pembelajaran dan memberi

maklum balas serta maklum balas keberkesanan sesuatu program atau projek untuk

penambahbaikan yang berterusan. Model yang dibangunkan sejak tahun 1960-an adalah

bertujuan untuk menyediakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sekolah-sekolah di

kawasan bandar di Amerika Syarikat. Model penilaian CIPP dikonfigurasi terutamanya untuk

membimbing secara komprehensif, dan penilaian secara sistematik terhadap projek-projek sosial

dan pendidikan yang berlaku dalam dalam dunia sebenar (Stufflebeam & Shinkfield, 2007).

Sejak beberapa tahun, model itu telah membuat penambahbaikan (Alkin, 2004) dan digunakan

dalam pelbagai disiplin (Stufflebeam & Shinkfield, 2007)

Page 5: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

PENGENALAN SMK BUKIT JANA

Pada bulan Julai 1998, 2 orang guru Pendidikan Khas telah ditempatkan di SMK Bukit

Jana, sebagai persediaan untuk membuka kelas KKBP. Pada tanggal 4 Januari 1999, terciptalah

sejarah sekolah menengah yang pertama di Daerah Larut Matang dan Selama yang mewujudkan

Intergrasi Kelas Percantuman Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Dengan bilangan guru seramai

3 orang dan pelajarnya seramai 11 orang KKBP berjalan seperti sekolah-sekolah yang lain. Pada

April 1999, sekolah ini mendapat seorang guru lagi. Jumlah tersebut kekal hingga ke akhir tahun.

Pada tahun 2000 bilangan pelajar bertambah menjadi 19 orang dan bilangan guru seramai 6

orang.

Penubuhan kelas khas adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak yang mempunyai

masalah pembelajaran mengamalkan kelaziman hidup seperti juga kanak-kanak biasa. Objektif-

objektif utama adalah

Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam

pendidikan.

Menempatkan kanak-kanak ini dalam persekitaran yang seakan-akan biasa mengikut

kesesuaian pendidikan untuknya.

Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek seawal

mungkin.

Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan.

Menggalakkan penyertaan aktiviti-aktiviti harian yang tidak terhad.

Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa.

PPKI SMK Bukit Jana menjalankan aktiviti Pra-Vokasional pada setiap hari Rabu dan

Khamis. Aktiviti Pra-Vokasional yang diterapkan ialah perkebunan, masakan, bengkel cuci

kereta dan projek perikanan. Aktiviti perkebunan menjalankan projek tanaman cili, kangkung

dan bendi.

Page 6: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

Bagi aktiviti masakan pula guru-guru serta murid-murid ini menjalankan projek membuat

donut. Para pelajar diajar membeli bahan-bahan masakan mengikut menu yang telah ditetapkan.

Seterusnya pelajar diajar cara-cara membungkus dan memasarkan hasil masakan tersebut. Hasil

masakan dijual kepada para guru di sekolah ini.

Manakala bengkel cuci kereta, yang merupakan projek pertama PPKI SMK Bukit Jana,

dilakukan pada setiap hari Rabu dan Khamis seperti projek lain. Garaj cuci kereta beroperasi dari

pukul 8 pagi sehingga 11 pagi. Setiap buah kereta akan dicuci dari 6-10 orang murid. Setiap

murid mempunyai kemahiran masing-masing.

Sebagai contoh, seorang murid memiliki kemahiran me-vacum kereta, manakala murid

kedua pula memiliki kemahiran mengelap kereta. Setiap murid akan diajar kemahiran-kemahiran

yang berbeza dalam mencuci kereta pada setiap tahun. Hal ini bermaksud, setiap murid akan

belajar satu kemahiran sahaja pada setahun.

Projek yang baru dimulakan disekolah ini adalah projek jahitan dan kraftangan. Projek ini

dilaksanakan dalam beberapa kumpulan. Murid-murid dibahagikan mengikut kemahiran dan

pengalaman yang dimiliki. Sebagai contoh, murid yang memiliki kemahiran yang rendah hanya

diajar untuk membuat kraftangan yang asas. Hal ini untuk mengembangkan kemahiran yang

sedia ada pada murid. Contoh kraftangan yang dilakukan oleh murid ini adalah mengoyak kertas

dan menampal seperti yang diajar / diberi arahan oleh guru. Hal ini dapat mengembangkan

kemahiran motor kasar dan motor halus murid. Melalui aktiviti ini murid dapat belajar

kemahiran jahitan dari asas.

Page 7: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

PENILAIAN PRA VOKASIONAL MELALUI MODEL CIPP

KONTEKS :

Penilaian konteks tertumpu pada persekitaran dimana perubahan akan berlaku dan masalah

persekitaran yang berlaku. Melalui lawatan, saya mendapati SMK Bukit Jana mempunyai ruang

dan perkitaraan yang mencukupi untuk menjayakan program pravokasional. Sekolah tersebut

mempunyai bilik-bilik khas dimana murid dapat mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu dan

menjalani projek-projek di dalam bilik khas. Antara bilik yang saya lawati adalah bilik jahitan,

bilik kraftangan, bilik masakan dan garaj kereta dimana murid-murid mencuci kereta.

Selain itu saya juga mendapati sekolah ini mempunyai tanah seluas dua ekar, dimana

murid dapat menjalankan projek tanaman. Semasa lawatan yang saya lakukan saya dapati tanah

ini sesuai untuk tujuan penanaman kerana ia mempunyai bentuk muka bumi yang rata serta

berdekatan dengan sekolah iaitu belakang kawasan sekolah. Dalam komponen ini audiens perlu

dikenal pasti, guru-guru SMK Bukit Jana akan mengklasifikasikan murid pada peringkat pertama

iaitu selepas murid berdaftar di sekolah dan pada minggu orientasi. Murid-murid akan dikenal

pasti mengikut aras masing-masing sebelum dikelaskan dan dihantar ke program yang boleh

mereka lakukan.

INPUT :

Penilaian input tertumpu kepada kemahiran dan pengetahuan guru dan beberapa aspek

yang lain. Melalui lawatan saya, saya mendapati guru-guru disini amat berinisiatif untuk

mempelajari sesuatu untuk mengajar anak-anak murid. Melalui temu bual yang diadakan saya

mendapati bahawa salah seorang guru ini berbelanja di sektor persendirian semata-mata untuk

mempelajari cara membuat donut untuk mengajar murid-murid. Selain itu saya juga mendapati

Page 8: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

guru-guru yang sanggup menggunakan masa yang terluang untuk menjaga tanaman sehingga

tanaman yang ditanam oleh mereka berbuah.

Dari segi peralatan, melalui temu bual yang dijalankan saya mendapati mereka mendapat

bantuan dan kerjasama dari Jabatan Tenaga Negeri Perak dengan mendapat bantuan peralatan

seperti mesin jahit serta kelengkapan jahitan. PPKI SMK Bukit Jana juga mendapat bantuan dari

pentadbiran sekolah dengan menyediakan tempat yang sesuai serta bilik-bilik khas seperti garaj

mencuci kereta, bilik masakan, kawasan perikanan, bilik jahitan dan bilik kraf tangan. Manakala

dari segi jadual dan peruntukkan waktu belajar dan membuat projek di sekolah adalah amat

fleksible. Murid-murid akan belajar dan mengikuti kurikulum seperti biasa pada hari Isnin,

Selasa dan Jumaat. Manakala pada hari Rabu dan Khamis murid-murid akan menjalani program

pra vokasional sepenuhnya. Hal ini agar murid-murid lebih tertumpu dan mempunyai masa yang

secukupnya untuk belajar sesuatu kemahiran. Faktor masa diambil kira disini.

PROSES :

Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat

program. Maka ianya lebih ditumpukan kepada guru kerana guru-guru SMK Bukit Jana

merupakan pendorong utama kejayaan Program Pravokasional di SMK Bukit Jana. Faktor

pengalaman, kebolehan dan kemahiran yang dimiliki guru menyumbang kepada kejayaan

pelajar. Cara pengajaran dan pembelajaran oleh guru memainkan peranan penting dalam menarik

minat pelajar untuk terus belajar dan menjayakan setiap projek yang dilakukan oleh mereka.

Selain itu, faktor pengalaman dan kemahiran dalam mengendalikan pelajar amat penting

kerana melalui pengalaman dan kemahiran yang ada dalam bidang tertentu guru dapat

membimbing murid untuk menghasilkan produk yang laris dan memberangsangkan. Jika tiada

pengalaman atau kemahiran maka produk akan gagal temasuk murid. Hal ini kerana melalui dua

faktor ini guru dapat melahirkan idea yang kreatif dan dapat menarik perhatian murid untuk lebih

fokus terhadap projek yang dijalankan. Guru perlu lebih peka terhadap keinginan dan keperluan

pelajar mengikut jenis kecacatan. Perana guru adalah untuk memastikan pelajar agar terus minat

dan terus menyiapkan apa jua projek yang dilaksanakan.

Page 9: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

PRODUK :

Program pra vokasional di SMK Bukit Jana sudah 10 tahun dijalankan, apabila

diperhatikan produk yang terbesar dan sahih yang dihasilkan oleh guru-guru SMK Bukit Jana

adalah murid-murid. Melalui pemerhatian yang dijalankan saya mendapati murid-murid ini telah

menguasai beberapa kemahiran yang diajar oleh guru. Antara yang paling ketara ialah seorang

murid berumur autistik 16 tahun yang pandai mengendalikan mesin rumput. Hal ini mugkin tidak

mendatangkan kesan pada muri-murid normal tetapi pada murid ini ianya adalah satu kemahiran

yang membolehkan murid ini mencari sumber pendapatan yang sendiri tanpa mengharapkan

orang lain. Selain itu, saya sendiri telah membeli produk kraftangan murid-murid ini.

Hal ini menunjukkan murid-murid ini dapat menghasilkan barangan yang menarik minat

pelanggan. Ini juga salah salah satu sumber pendapatan. Barangan makanan yang dihasilkan di

dalam bilik makanan dapat di komersilkan supaya masyarakat di luar dapat mengenali hasil

buatan murid-murid ini. Manakala kejayaan pertama guru-guru serta murid-murid sekolah ini

adalah garaj cuci kereta. Ini juga salah satu produk yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah ini.

Kemahiran murid-murid mencuci kereta membolehkan muri-murid membuka garaj cuci kereta

persendirian kelak. Hal ini scara tidak langsung akan menyumbang kepada faktor pendapatan

mereka.

KESIMPULAN

Program Pravokasional yang yang ditawarkan di SMK Bukit Jana merupakan satu usaha

yang banyak membantu murid-murid ini kelak . Kemahiran yang telah diajar oleh guru sehingga

pelajar menjadi mahir adala satu hasil yang ditunggu-tunggu oleh guru pendidikan khas. Guru

akan merasa puas dan usahanya akan berbaloi jika terdapat pelajar yang berjaya di peringkat

sekolah dan yang paling penting dapat menjalani kehidupan di masyarakat dan dapat

Page 10: Berdasarkan kepada petikan di atas, jelasdocshare01.docshare.tips/files/24995/249956950.pdf · Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut ... diajar untuk membuat kraftangan yang

menampung diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Pihak kerajaaan harus sentiasa memberi

motivasi kepada murid-murid seperti ini dengan menberi sijil kepada mereka agar memudahkan

mereka mencari kerja dalam bidang-bidang tertentu.