Berhubung Isu Rotan

6
HIKMAH DAN PROSEDUR Terima kasih kepada moderator kita yg nmpk berseri.Berbalik kepada soalan moderator,saya selaku ibu bapa mgmlkn pnddkn melalui rotan krn sy juga didik dgn rotan,BG SAYA hkmn pnjara ini ialah subjektif Wajar hkmn pnjara ini sekiranya ibu bapa mrotan anak smpai ke tahap mndera Tapi x wajar sekiranya ibu bapa itu dipenjarakan krn merotan dlm konsep pnddkn Prinsip yg sy pgg ialah Jgn biasakan anak di rotan tapi rotan pntg dlm pnddkn Mnurut pakar pndidikn di barat ada mgatakan bhawa mrotan dari segi psikologinya mrgsang deria sakit.apabila deria sakit trgsang ,urat saraf dlm otak sedar,akan mnybbkn anak itu mmusatkn prhatian kpd kita.Anak akan sedar knp dia drotan,knp mak aku buat macam ni? cth jika anak sy mncuri ,sy akan beri mylidik dahulu kslhnya itu dulu ,seterusnya menasihatinya tapi jika masih mgulangi kslhn yg sama sy akan guna kaedah mrotan..oelh itu anak itu sedar,rupanya mncuri ini salah ,anak trsbt akan sedar klu mncuri ada hukuman nnti Utk mnjlnkn kaedah mrotan pula,k sy akn mgepit siku sy dgn ketiak,agar merotan tu anak itu tdk rasa skit sgt. Hayunan tu jgnla trlampau tinggi agar tekanan xtinggi dn mnybbkn sakit. JGN ROTAN di TMPT TRBUKA. Atau SNG DILIHAT....Jgn seskali memalukan anak ,sy yakin semua agama pun tdk mglkkn umatnya mmbuka aib mana2 pihak bkn? Mrotan pula bg sy hndklah tdk XMEMUDARATKAN SEHINGGA THP DERA..KITA KENA INGAT MEROTAN INI UTK MGAJATR BKN UTK MGAZAB

description

Bagusssssss

Transcript of Berhubung Isu Rotan

HIKMAH DAN PROSEDURTerima kasih kepada moderator kita yg nmpk berseri.Berbalik kepada soalan moderator,saya selaku ibu bapa mgmlkn pnddkn melalui rotan krn sy juga didik dgn rotan,BG SAYA hkmn pnjara ini ialah subjektif Wajar hkmn pnjara ini sekiranya ibu bapa mrotan anak smpai ke tahap mndera Tapi x wajar sekiranya ibu bapa itu dipenjarakan krn merotan dlm konsep pnddknPrinsip yg sy pgg ialah Jgn biasakan anak di rotan tapi rotan pntg dlm pnddknMnurut pakar pndidikn di barat ada mgatakan bhawa mrotan dari segi psikologinya mrgsang deria sakit.apabila deria sakit trgsang ,urat saraf dlm otak sedar,akan mnybbkn anak itu mmusatkn prhatian kpd kita.Anak akan sedar knp dia drotan,knp mak aku buat macam ni?cth jika anak sy mncuri ,sy akan beri mylidik dahulu kslhnya itu dulu ,seterusnya menasihatinya tapi jika masih mgulangi kslhn yg sama sy akan guna kaedah mrotan..oelh itu anak itu sedar,rupanya mncuri ini salah ,anak trsbt akan sedar klu mncuri ada hukuman nnti Utk mnjlnkn kaedah mrotan pula,k sy akn mgepit siku sy dgn ketiak,agar merotan tu anak itu tdk rasa skit sgt. Hayunan tu jgnla trlampau tinggi agar tekanan xtinggi dn mnybbkn sakit. JGN ROTAN di TMPT TRBUKA. Atau SNG DILIHAT....Jgn seskali memalukan anak ,sy yakin semua agama pun tdk mglkkn umatnya mmbuka aib mana2 pihak bkn?Mrotan pula bg sy hndklah tdk XMEMUDARATKAN SEHINGGA THP DERA..KITA KENA INGAT MEROTAN INI UTK MGAJATR BKN UTK MGAZABPD PNDGN SY RASIONAL MROTAN dlm pnddkn INI xkn mamah ditln zaman.tapi rasional hkmn pnjara trhdp ibu bapa yg mrotan ialah subjektif brgantung kpd tujuan merotan..AKTA KANAK2 2001 MNEKANKAN PRINSIP PRLNDGN KPD KANAK2 DEMI KPNTGN TRBAIK MEREKA,KANAK2 DITAKRIFKN BAGI MEREKA YG BERADA BWH 18 THN,DASAR PRLNDGN INI BRTUJUAN MMASTIKAN KANAK2 MNDPT PRLNDGN DRPDA PGABAIAN,PNDERAAN,KEGANASA DAN EKSPLOITASI DAN IA MNJADI PMGKIN KPD KESEDRAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK TRMSUK SETIAP ANGGOTA MSYRT DLM MLDGI KANAK.RANG UNDG2 BHARU AKAN DIGUBAL DMisini saya akan mengupas berkenaan isu rotan ini dari segi agama islam.Berhubung isu rotan, pertama sekali umat Islam perlu memahami falsafah sebenar pensyariatan rotan dalam Islam. Perlu diingatkan, Islam adalah agama yang menitikberatkan nilai kasih sayang.Dalam (Surah Ali-Imran, ayat 159) yang bermaksud : "Dan jika kamu jenis yang keras hati nescaya ramai (golongan yang berada di sekeliling kamu) akan lari (dan tidak berminat untuk menerima dakwah yang disampaikan)."Oleh itu , dapat kita lihat dengan jelas disini bahawa kekerasan akan menyebabkan orang lari ataupun beralih dari kita .Sheikh A'id al-Qarni berpendapat, konsep pendidikan anak juga mestilah berasaskan kepada ayat itu iaitu bukan menggunakan kekerasan. Jika kaedah pendidikan dimulakan dengan kekasaran, ia akan menyebabkan nasihat berkenaan ditolak. Sejarah Nabi SAW juga membuktikan Baginda tidak pernah menggunakan kekasaran dalam mendidik walaupun kesalahan yang dilakukan sebahagian sahabat bercanggah dengan syariat Islam.Nabi SAW akan menjelaskan terlebih dahulu kesalahan yang dilakukan mereka di samping memberi jalan keluar dan penyelesaian kepada kesalahan itu. Jika ada yang masih ingkar, barulah kaedah rotan digunakan seperti disarankan oleh al-Quran dalam isu solat,.Perkara ini dapat dilihat menerusi hadis Nabi SAW: "Didiklah anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun ( jika masih meninggalkan solat)." (Riwayat Abu Dawud, hadis hasan sahih)Selain itu,menggunakan kaedah galakanHadis ini menunjukkan bahawa kaedah mendidik dimulakan dengan galakan pada umur tujuh tahun. Selepas tiga tahun memberi tunjuk ajar secara berhemah, maka barulah Nabi SAW membenarkan ibu bapa untuk merotan anak yang masih ingkar terhadap arahan dan masih melakukan kesalahan serupa.Boleh ustaz jelaskan garis panduan merotan anak yang dibenarkan oleh Islam.Merotan anak sememangnya dibenarkan dalam Islam selagi ia tidak memudaratkan dan tidak mencederakan anak. Bagi menjaga kebajikan anak, maka Islam meletakkan beberapa garis panduan rotan supaya ibu bapa dapat mematuhi panduan itu.Selain itu, ia juga mampu mendorong ibu bapa supaya tidak melampaui batas dalam mendidik sehingga akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak. Antara garis panduan rotan dalam Islam ialah memastikan anak telah dididik menerusi kaedah pembelajaran terlebih dahulu sebelum rotan diguna pakai. anak telah diberi peluang untuk berubah supaya mereka faham jika ibu bapa mengambil keputusan untuk merotan adalah disebabkan tindakan anak sendiri yang terus mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah dinasihatkan Umur anak telah sampai 10 tahun ke atas atau umur yang layak untuk dirotan. tidak boleh merotan anak kecil. Sementara pemilihan rotan perlu sesuai dengan umur, tubuh dan kesalahan anak. Pastikan kadar rotan yang dikenakan sesuai dengan kesalahan, cara pukulan pula tidak akan mendatangkan kecederaan kekal kepada anak serta elakkan daripada sikap penderaan terhadap kanakkanak sama ada dari sudut mental dan fizikal. Sabda Nabi SAW: "Jika kamu berperang (bertelagah/bergaduh) elakkan daripada memukul di bahagian wajah." (Riwayat Muslim) Menurut Imam al-Nawawi, larangan itu turut meliputi larangan menampar, menumbuk dan sebagainya walaupun yang melakukan perbuatan itu adalah ibu bapa. Perbuatan memukul di bahagian wajah seakan-akan menjatuhkan air muka anak sekali gus mampu memberi kecederaan pada bahagian terbabit. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil perhatian bahawa menampar anak adalah dilarang. Jika ingin menegur dan menghukum sekalipun, maka gunakanlah rotan yang tidak mencederakan atau memudaratkan anak.Memang terdapat dalil daripada sunah yang melarang umat Islam menampar anak di bahagian muka walaupun bertujuan untuk mendidik kerana wajah adalah tempat sangat mulia yang perlu dipelihara. pukulan tersebut sudah tentu bukan pukulan yang mendera atau di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti kemaluan dan muka, atau dengan objek yang tidak sepatutnya termasuk najis, ataupun dengan mencela mereka, kerana Islam melarang kesemua perbuatan itu."Kita berbicara soal hak anak ke atas ibu bapa, bagaimana pula hak ibu bapa ke atas anak?

"Kenapa kita tidak fikir hak ibu bapa bagi anak-anak yang derhaka, anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yang abaikan ibu bapa setelah mereka tua? soal beliau ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.

Fathul Bari turut menyoal jika masyarakat Malaysia ingin menjadi seperti masyarakat di negara barat di mana hak anak-anak terlalu dijaga sehingga apabila dewasa, mereka mengabaikan ibu bapa mereka.

"Sebab itu orang-orang Barat banyak yang musafir (kerana) mereka tak hiraukan ibu bapa mereka lagi," katanya.

Menurut beliau, semasa kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Kelantan, Pahang dan Perak baru-baru ini, ramai anak-anak yang tidak pulang melawat ibu bapa mereka yang menjadi mengsa banjir.

Mengulas tentang kandungan akta baharu yang dikatakan bakal menghukum ibu bapa atas kesalahan merotan anak, beliau berkata dalam Islam perbuatan memukul anak itu diharuskan, namun tidak boleh sehingga mendera.

Beliau juga mengungkap sebuah Hadis di mana Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukul lah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka."

Apa jadi jika negara tiada kuasa untuk regulate cara hidup rakyatnya dan apa jadi jika ibubapa tiada kuasa untuk regulate anak mereka? Diplomacy without force is futileSedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra: Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata: Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.