Beriman Kepada Allah-Konsep & Dalil

download Beriman Kepada Allah-Konsep & Dalil

of 17

description

pai

Transcript of Beriman Kepada Allah-Konsep & Dalil

1)TAUHID RUBUBIYYAH 2)TAUHID ULUHIYYAH 3)TAUHID ASMAA WASSIFAAT

BERIMAN KEPADA ALLAH(KONSEP DAN DALIL)NURMADIHAH MARDHIAH MOHD. ZULKIFLINUR SYAZA MOHAMAD ROSLIHUSNA HAFIZA ABDUL SYUKUR

Beriman kepada ALLAH bermaksud menanamkan sepenuh keyakinan tentang kewujudan ALLAH, sifat Rububiyyah, Uluhiyah, nama dan sifat-sifatNYA. Syarat beriman kepada ALLAH merangkumi empat perkara:

Beriman kepada kewujudan AllahBeriman kepada tauhid rububiyyahBeriman kepada tauhid uluhiyyahBeriman kepada tauhid asma wassifat1. Beriman kepada kewujudan ALLAHKewujudan ALLAH telah dibuktikan melalui fitrah, akal dan dalil-dalil syarak.

a) Dalil SyarakKewujudan ALLAH diakui secara semulajadi oleh setiap makhluk.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Setiap bayi yang baru dilahirkan berada dalam keadaan fitrah (beragama Islam). Tetapi ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Kristian atau Majusi. - Riwayat al-Bukhari, no. 1358 dan Muslim, no. 2658.

b) Dalil AkalKewujudan ALLAH dapat dilihat dengan adanya makhluk dari zaman dahulu hingga kini. Setiap ciptaan pasti ada penciptanya. Ia tidak mungkin tercipta dengan sendiri atau secara kebetulan. Kewujudan sistem yang sangat indah ini telah membuktikan dengan jelas bahawa ia tidak dicipta secara kebetulan.

Jadi, jika semua makhluk tidak mungkin tercipta dengan sendirinya, sudah pasti ada yang menciptanya, iaitu ALLAH TUHAN semesta alam.

Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: Adakah mereka telah tercipta dengan sendirinya atau mereka yang telah mencipta diri mereka sendiri? - Surah at-Thur, 52:35.

Mustahil mereka dicipta tanpa pencipta atau tercipta dengan sendiri. Sudah tentu ALLAH yang mencipta mereka.

Ketika Jubair bin Mut`im mendengar Rasulullah s.a.w membaca surah at-Thur hingga ayat yang maksudnya:Adakah mereka tercipta dengan sendiri tanpa pencipta atau mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? Adakah mereka yang menciptakan langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan, mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (apa yang mereka katakan). Adakah mereka memiliki perbendaharaan TUHANmu atau merekakah yang berkuasa (mentadbir segala-galanya)? - Surah at-Thur, 52:35-37.

Ketika itu, Jubair masih seorang musyrik. Beliau berkata: Ayat itu membuatkan hatiku hampir melayang. Ketika itulah cahaya keimanan mula bertapak dalam hatiku. (Sahih al-Bukhari).

Jika ada seseorang menceritakan kepada kamu, ada sebuah istana dikelilingi taman yang indah, di celahannya mengalir sebatang sungai yang deras dan di dalamnya dipenuhi tempat beradu yang dihias cantik setiap penjuru. Kemudian, dia berkata bahawa istana itu tercipta dengan sendirinya.

Dalam hal ini, sudah tentu kamu akan menolak dakwaan itu dan menganggap itu cerita bodoh. Jadi, lojikkah alam yang meliputi langit, bumi dan planet-planet yang tersusun indah ini tercipta dengan sendirinya?

Dalil akal ini boleh difahami oleh orang Badwi yang tinggal di ceruk kampung, jauh dari manusia lain. Jika dia ditanya bagaimana dia mengetahui tentang TUHANnya, dia menjawab:Kewujudan najis unta menunjukkan wujudnya unta. Bekas tapak kasut menunjukkan ada orang berjalan. Tidakkah langit yang berbintang, bumi yang berbukit-bukau dan lautan yang berombak menunjukkan kewujudan TUHAN yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat?

Pengertian Tauhid

Dari segi bahasa : diambil dari perkataan "Ahad" yang bererti Satu atau Esa.

Dari segi istilah : mengesakan Allah dalam ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepadanyaNya sahaja dan tidak mensyirikkanNya (menyekutukannya) dengan sesuatu.

2.Beriman kepada tauhid rububiyyah Perkataan Rububiyyah berasal dari perkataanRabb() yang memberi maksud Yang Mencipta, Yang Memiliki, Yang Memelihara dan Yang Mengurus sekalian alam.

Dari segi bahasa, Rububiyyah berasal daripada kalimah Rabbun yang bermaksud Al-Malik dan Al-Mudabbir iaitu penguasa, pemilik dan pengatur.

Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta segala sesuatu dan mentadbir kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam perkara tersebut.

Allah berfirman:Wahai manusia !Sembahlah olehmu akan Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (Q.S Al-Baqarah: 21)

Firman Allah:"Maka janganlah kamu adakan bagi Allah sekutu- sekutu, padahal kamu mengetahui .(Al- Baqarah :22)3. Beriman kepada tauhid uluhiyyah

Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataanAl-Ilah() maksudnya ialah yang disembah ().

Tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengantauhid ibadah.

Tauhid Uluhiyyah ialah mengimani bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak untuk disembah, tidak ada sekutu bagiNya. Allah berfirman :

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. (QS. Taha: 14).

Dua prinsip utama Tauhid Uluhiyyah:

1. MengEsakan Allah2. Beribadah hanya kepada Allah dengan 3 perkara:

i. Kerana kasih/cinta kepada Allah semata- mata ii. Kerana mengharapkan redha Allah. iii. Kerana takut kepada Allah semata-mata.4. Beriman kepada tauhid asma wassifat

Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah s.w.t. dan sifat-sifatNya.

Firman Allah:

Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Q.S Al-Araaf: 180)

Asas Tauhid Asma wa Sifat:

Menyucikan Allah SWT daripada Tamtsil (menyerupai makhluk).

2. Beriman dengan Nama-Nama dan Sifat-SifatNya sepertimana yang disebut dalam Al-Quran dan al-Hadith , tanpa Tahrif (mengubah) dan Tathil (menafikan).

3. Menghapuskan takyif (perasaan ingin tahu bagaimana dan bentuk sifat-sifat itu).

Kesan-kesan tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat.

1. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan menghambakan dirinya hanya kepada Allah dan mematuhi perintah Allah.

2. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan mencintai Allah lebih daripada segala sesuatu termasuk diri sendiri.

3. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan meminta pertolongan kepada selain daripada Allah .

4. seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan takut kepada selain Allah.TAMAT