Berinspirasi SingHealth di auditorium Academia, Kampus ... · PDF fileBanyak tugas dalam...

1
UJIAN penyakit yang melanda kehidu- pan Encik Mohd Amin Haji S.S. Mubaruk datang bertimpa-timpa sejak kecil lagi. Pada usia 10 tahun, beliau dikesan menghidap penyakit disebut kontraktur tu- lang kongenital (yang dihidapinya sejak la- hir), yang jarang dihidap orang lain. Ia menjejas pergelangan tangan dan kakinya. Pada usia 30-an tahun pula, beliau dike- san mengalami kondisi dikenali sebagai patent ductus arteriosus (saluran darah fe- tus yang menghubungkan arteri pulmonari langsung kepada aorta menurun gagal ditu- tup selepas dilahirkan), yang membuatnya sering penat dan sesak nafas. Beliau juga mengalami sejenis gang- guan pernafasan kronik ekoran tabiat me- rokok pada 2006. Bagaimanapun, semangat Encik Mohd Amin, 52 tahun, yang tidak mudah me- nyerah kalah dan enggan terus berduka, malah ingin membantu pesakit lain seper- tinya, amat disanjung karyawan jagaan kesihatan di Hospital Besar Singapura (SGH) seperti Dr Jessica Tan. Dr Tan, Konsultan di Jabatan Peruba- tan Pernafasan dan Jagaan Kritikal SGH, telah mencalonkan Encik Mohd Amin se- bagai penerima Anugerah Pesakit Ber- inspirasi SingHealth 2017. Beliau terdorong dengan kesungguhan Encik Mohd Amin menjadi pengasas dua kumpulan sokongan pesakit – Kumpulan Sokongan Pesakit Darah Tinggi Pulmonari (kini diiktiraf sebagai badan tidak me- ngaup keuntungan, Pulmonary Hyperten- sion Singapore) dan Kumpulan Sokongan Pesakit Gangguan Pernafasan Kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). Sebagaimana jelas Dr Tan: “Encik Mohd Amin mengalami keter- batasan fizikal, tetapi beliau tidak menjadi- kannya alasan untuk ‘tenggelam’ dalam ke- sengsaraan dan kasihan pada diri sendiri. “Beliau berikan sepenuhnya kepada kerja sukarela sebab beliau percaya ia akan dapat dimanfaatkan pesakit lain dan pengasuh atau penjaga mereka.” Encik Mohd Amin, yang ditemui Gah! di Academia, Kampus SGH baru-baru ini berkata: “Segala ujian penyakit saya bermula dari kecil dengan pengesanan penyakit kontraktur tulang. Ia bagaimanapun tidak menjejas pergerakan saya. “Saya masih bermain bola sepak, sukan kegemaran saya. Saya juga tidak mengang- gap diri saya sebagai orang kurang upaya. Banyak tugas dalam bidang korporat, jua- lan, operasi dan kawalan kredit yang saya jalankan.” Di kala beliau mudah penat dan termen- gah-mengah pada usia 30-an tahun, Encik Mohd Amin menyangka ia hanya perkara biasa yang mampu diatasi. Apabila dikesan dengan patent ductus arteriosus, beliau menyedari kondisi itu menjejas gaya hidup dan boleh membawa maut tanpa disedari ramai. Memandangkan tiada kumpulan soko- ngan pada masa itu bagi mendekati dan mendidik pesakit, Encik Mohd Amin men- jadi pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Tekanan Darah Tinggi Pulmonari pada 2004. Pesakit dan anggota keluarga mereka bertemu tiga bulan sekali untuk menghadi- ri ceramah dan bengkel pendidikan demi berkongsi pengalaman. Kumpulan ini kemudian didaftar se- bagai pertubuhan tidak mengaup keuntu- ngan, Pulmonary Hypertension Sin- gapore, pada Disember 2015. Ia juga mempunyai rangkaian kerjasa- ma dengan pertubuhan tidak mengaup ke- untungan, Persatuan Tekanan Darah Ting- gi Pulmonari, yang berpangkalan di Ameri- ka Syarikat. Pada 2006 Encik Mohd Amin turut be- kerjasama dengan Jabatan Perubatan Pernafasan dan Jagaan Kritikal di SGH ba- gi mengasaskan Kumpulan Sokongan Pesa- kit COPD. Inilah wadah pesakit berkongsi pengala- man dan berinteraksi dengan satu sama lain. Beliau berharap semua kumpulan sokongan COPD di Singapura dapat disatu- kan menjadi badan nasional suatu hari nan- ti. “Sejak tidak lagi bekerja kerana keadaan penyakit saya ini, saya berusaha memberi yang terbaik buat kumpulan sokongan dan badan tidak mengaup ke- untungan yang saya kendalikan. “Rangkaian kami luas. Saya terharu ada pihak di luar negara juga yang meng- hubungi saya untuk berkongsi pengala- man atau meraih pandangan tentang pe- ngendalian kumpulan atau badan soko- ngan ini. “Kumpulan sebegini adalah sumber mo- tivasi buat pesakit. Ia membangkitkan se- mangat mereka agar mereka juga tahu cara menangani gaya hidup dan rutin hari- an mereka,” tambahnya, yang menjalani rawatan pemulihan pulmonari tetap di SGH. JIWA remaja Cik Nurashikin Mohamad Zulkifli meledak kemarahan apabila dikesan dengan penyakit kencing manis atau diabe- tes jenis 1 seawal usia 13 tahun lebih sede- kad lalu. Beliau sukar menerima keadaannya ditim- pa penyakit kronik itu seperti ayahnya. Kekecewaan lebih terasa apabila ranca- ngannya menyertai Pasukan Kadet Kebang- saan (NCC) di sekolah menengah yang baru disertai terpaksa diketepikan. Disebabkan masih dibelenggu tanda ta- nya “Mengapa aku yang sakit?”, Cik Nura- shikin, kini jururawat kanan berusia 28 tahun, tidak mematuhi nasihat doktor agar menyuntik insulin dan mengawasi kadar gu- la dalam darahnya tiga kali sehari. Anak sulung tiga beradik itu hanya menyuntik insulin dan mencucuk jari-jemar- inya bagi memantau kadar gula dalam darah mengikut mood, kadangkala hanya seming- gu sekali. MULANYA CUAI Beliau hanya tersentak daripada kecuaian dan perasaan tidak kuasa menjaga kesihatan selepas ayahnya yang sudah 30 tahun lama- nya menghidap kencing manis, meninggal du- nia dek komplikasi penyakit tersebut dan gin- jal yang tidak berfungsi. “Saya tiba-tiba takut dan enggan meng- habiskan sisa-sisa hidup seperti ayah yang tidak ambil peduli tentang penyakit kencing manisnya. Jari-jemari kaki ayah juga terpak- sa dipotong ekoran keadaan kesihatannya yang meruncing. “Sejak pemergian ayah, saya yang baru selesai peperiksaan GCE (Sijil Am Pelajaran) Peringkat ‘O’, lebih rajin mengawasi kadar gula dalam darah dan pastikan suntikan insu- lin dibuat secara tetap. “Saya akur pengalaman keluar masuk KKH (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK) buat saya lebih peka soal kesihatan. Pel- ajaran saya memang terjejas kerana penya- kit kencing manis. Gred GCE ‘O’ saya amat mengecewakan sehingga saya hanya layak ke ITE (Institut Pendidikan Teknikal) sa- haja,” kongsinya ketika dihubungi Gah! ba- ru-baru ini. Petang ini, Cik Nurashikin adalah antara 33 pesakit berinspirasi yang diiktiraf dengan Anugerah Pesakit Berinspirasi SingHealth di Auditorium Academia di Kampus Hospital Besar Singapura (SGH). Anugerah tersebut adalah bagi mendo- rong pesakit agar menyemai semangat posi- tif dalam melalui ujian hidup mereka. Pemenang dipilih berdasarkan pencalo- nan karyawan jagaan kesihatan daripada institusi di bawah SingHealth, Hospis Assisi, Rumah Rawatan Bethany Methodist, Ya- yasan Rawatan Di Rumah (HNF) dan Hospi- tal Masyarakat Yishun. Tetamu terhormat acara hari ini ialah Menteri Negara Kesihatan, Dr Lam Pin Min. Dalam pada itu, Cik Nurashikin akur wu- jud hikmah di sebalik beliau menyertai kur- sus kejururawatan di ITE. Pertemuannya dengan rakan sekursus yang juga pesakit kencing manis muda yang positif dalam men- jalani kehidupannya, lebih memperkasa se- mangat Cik Nurashikin. “Kalau beliau boleh jalani kehidupan macam orang lain tanpa rasa marah dan malu tentang penyakitnya, mengapa saya tak boleh? “Kami malahan banyak berkongsi pe- ngalaman dan beliau selalu mengingatkan saya agar menyuntik insulin secara tetap,” kata beliau lagi. Dalam pada itu, badai ujian kehidupan- nya tidak berakhir begitu sahaja. Cik Nurashikin payah mendapatkan pe- kerjaan selepas memohon di beberapa hospi- tal setempat. Keadaan kesihatannya menjadi kebimbangan pihak berkenaan. Mujurlah klinisian jururawat, Cik Lim Pei Kwee, yang mempengerusikan Kumpulan Sokongan Pesakit Kencing Manis KKH, memberitahunya tentang peluang bekerja se- bagai jururawat Wad Perubatan Pediatrik (Kanak-Kanak) di KKH. PERKASA PESAKIT CILIK Sejak 2008, Cik Nurashikin selesa dan gembira menjalankan tugasnya yang terasa lebih bermakna apabila dirinya mampu mem- beri galakan kepada pesakit kencing manis muda di bawah usia 13 tahun. Lebih menggembirakan lagi, selang dua tahun bekerja di KKH, beliau ditawarkan bia- siswa bagi meneruskan pengajian Diploma Kejururawatan di Politeknik Nanyang. Beliau berkata: “Kehidupan ini memang ada pasang surut- nya. Memang apabila terdedah kepada rutin mengawal kandungan gula dalam darah dan suntikan insulin, saya jadi penat. “Tapi ini ujian yang perlu saya harungi dengan tabah sebab ia bahagian masing-ma- sing. Kalau saya berjaya jaga kesihatan, jaga pemakanan dan rajin bersenam, saya juga boleh beri semangat kepada pesakit muda yang saya temui setiap hari. “Mereka perlukan dorongan dan contoh teladan daripada orang yang pernah melalui penyakit kronik.” Cik Nurashikin juga gembira Kumpulan Sokongan Pesakit Kencing Manis yang diang- gotainya turut diiktiraf sebagai penerima Anugerah Teman Bagi Kehidupan yang diperkenal SingHealth tahun lalu. Empat lagi penerima anugerah tersebut ialah Kumpulan Sokongan Pesakit Barah Kolorektal, Kumpulan Bantu Diri Gynae-On- co (Perubatan Barah Bagi Wanita), Kumpu- lan Sokongan Jagaan Pesakit Sklerosis Berbi- lang (keadaan di mana organ, tisu dan salu- ran darah menjadi keras) dan Kumpulan Sun- shine (Sukarelawan Warga Emas) di Rumah Rawatan MWS Bethany Methodist. TIADA rasa gentar mengisi ruang hati warga senja 80 tahun, Cik Amnah Ah- mad, meskipun dilanda sakit dengan tu- lang pinggulnya patah lantas memerlukan bedah ganti. Kehidupannya yang sentiasa ceria dan ramah kepada orang yang tidak dikenali sentiasa terisi dengan kegiatan. Oleh kerana sudah biasa bekerja sepan- jang usia muda hinggalah 70-an tahun de- ngan memikul amanah sebagai tukang masak di asrama jururawat, pekerja pem- bersihan di stesen MRT mahupun pekerja cetakan, Cik Amnah akui beliau tidak per- nah terasa sunyi dan kosong. Meskipun tinggal bersendirian di Yishun Ring Road tatkala anak sulungnya, Encik Abdul Rahim Jusof, 62 tahun, beker- ja syif sebagai penyelia khidmat bas, be- liau sentiasa ada aktiviti untuk dikendali- kan di rumah. Masanya terisi dengan mengaji, mem- bersihkan rumah dan memasak sedaya yang termampu. Semangat positifnya sepanjang men- jalani rawatan pemulihan selama sebulan di Hospital Masyarakat Yishun menyusuli bedah pindah sebahagian tulang pinggul- nya itu menarik perhatian Pengurus Juru- rawat Kanan di hospital itu, Cik Soong Sau Leng. Cik Soong mencalonkan Cik Amnah bagi Anugerah Pesakit Berinspirasi Sing- Health dengan ganjaran baucar barangan runcit sebanyak $250 dan plak. Cik Soong berkata: “Sikap positif Cik Amnah dan keceriaannya mampu dite- ladani pesakit lain. Kakitangan hospital ka- mi juga gembira ditemani Cik Amnah. “Beliau menampilkan daya pemulihan yang baik sepanjang menjalani rawatan fi- sioterapi bersama kami. Beliau juga tidak putus-putus menggalakkan pesakit lain.” Cik Amnah, nenek 12 cucu dan mo- yang tujuh cicit, yang ditemui Gah! pula berkata: “Peristiwa tulang pinggul saya pa- tah tahun lalu memang tidak mampu saya lupakan. Sakitnya, Allah sahaja yang tahu sehinggakan saya tak boleh berjalan. Keti- ka itu saya sedang bersolat dan terasa ada yang tak kena. “Saya minta dihantar ke hospital. Tapi sepanjang saya duduk di hospital bagi ra- watan terapi, tidak sedikit pun saya rasa re- sah. Sebabnya, saya boleh berbual Hok- kien dengan pesakit lain. “Jururawat, doktor dan pesakit lain macam keluarga saya. Mereka sayang saya dan bantu saya buat kegiatan pemuli- han. “Saya rajin memasak sup ayam dan mi sup sebagai antara cara bersenam bagi menggerakkan tangan saya. Kami melukis dan main tenis meja beramai-ramai.” Ditanya petuanya menjalani hidup de- ngan ceria, beliau tersenyum seraya berka- ta: “Jangan takut dan selalu yakin Tuhan akan bantu pulihkan diri kita. Kalau kita gembira, sakit pun tak terasa membeban- kan.” Semangat waja pesakit dorong usaha bangun kumpulan sokongan Pesakit diiktiraf kerana tabah harungi diabetes Ceria dan sibukkan diri petua cepat sembuh ENGGAN DISELUBUNGI KEMURUNGAN SAKIT: Dalam meniti ujian pelbagai penyakit, Encik Mohd Amin Haji S.S. Mubaruk mengasaskan Kumpulan Sokongan Pesakit Tekanan Darah Tinggi Pulmonari yang sudah berdaftar sebagai badan tidak mengaup keuntungan, dan Kumpulan Sokongan Pesakit Gangguan Pernafasan Kronik (COPD). – Foto SHAHRIYA YAHAYA TELADAN BUAT ANAK CUCU: Cik Amnah Ahmad (kanan), 80 tahun, tidak melihat penyakit sebagai bebanan bahkan memastikan dirinya sentiasa bertenang dan gembira. Beliau kelihatan bersama cucu sulungnya, Cik Rahimah Abdul Rahim. – Foto QASHRUL HIDAFI PHOTOGRAPHY GAGAHI PENYAKIT: Cik Nurashikin Mohamad Zulkifli, yang menghidap kencing manis lebih bersemangat menjaga kesihatan selepas ayahnya yang juga pesakit diabetes, meninggal dunia.– Foto SINGHEALTH Dalam mengharungi penyakit yang menguji kesabaran dan menjejas keceriaan, tiga individu ini membuktikan bahawa kepercayaan diri dan sokongan orang sekeliling membantu mereka bangkit daripada kesuraman, bahkan memperkasa orang lain. Hari ini, mereka antara 33 pesakit berinspirasi yang menerima Anugerah Pesakit Berinspirasi SingHealth di auditorium Academia, Kampus Hospital Besar Singapura (SGH). HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan. 10 Berita Harian | Selasa, 18 April 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Transcript of Berinspirasi SingHealth di auditorium Academia, Kampus ... · PDF fileBanyak tugas dalam...

Page 1: Berinspirasi SingHealth di auditorium Academia, Kampus ... · PDF fileBanyak tugas dalam bidang korporat, ... masak di asrama jururawat, pekerja pem-bersihan di stesen MRT mahupun

UJIAN penyakit yang melanda kehidu-pan Encik Mohd Amin Haji S.S. Mubaruk datang bertimpa-timpa sejak kecil lagi.

Pada usia 10 tahun, beliau dikesan menghidap penyakit disebut kontraktur tu-lang kongenital (yang dihidapinya sejak la-hir), yang jarang dihidap orang lain. Ia menjejas pergelangan tangan dan kakinya.

Pada usia 30-an tahun pula, beliau dike-san mengalami kondisi dikenali sebagai patent ductus arteriosus (saluran darah fe-tus yang menghubungkan arteri pulmonari langsung kepada aorta menurun gagal ditu-tup selepas dilahirkan), yang membuatnya sering penat dan sesak nafas.

Beliau juga mengalami sejenis gang-guan pernafasan kronik ekoran tabiat me-rokok pada 2006.

Bagaimanapun, semangat Encik Mohd Amin, 52 tahun, yang tidak mudah me-nyerah kalah dan enggan terus berduka, malah ingin membantu pesakit lain seper-tinya, amat disanjung karyawan jagaan kesihatan di Hospital Besar Singapura (SGH) seperti Dr Jessica Tan.

Dr Tan, Konsultan di Jabatan Peruba-tan Pernafasan dan Jagaan Kritikal SGH, telah mencalonkan Encik Mohd Amin se-bagai penerima Anugerah Pesakit Ber-inspirasi SingHealth 2017.

Beliau terdorong dengan kesungguhan Encik Mohd Amin menjadi pengasas dua kumpulan sokongan pesakit – Kumpulan Sokongan Pesakit Darah Tinggi Pulmonari (kini diiktiraf sebagai badan tidak me-ngaup keuntungan, Pulmonary Hyperten-sion Singapore) dan Kumpulan Sokongan Pesakit Gangguan Pernafasan Kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).

Sebagaimana jelas Dr Tan:“Encik Mohd Amin mengalami keter-

batasan fizikal, tetapi beliau tidak menjadi-kannya alasan untuk ‘tenggelam’ dalam ke-sengsaraan dan kasihan pada diri sendiri.

“Beliau berikan sepenuhnya kepada kerja sukarela sebab beliau percaya ia akan dapat dimanfaatkan pesakit lain dan pengasuh atau penjaga mereka.”

Encik Mohd Amin, yang ditemui Gah! di Academia, Kampus SGH baru-baru ini berkata:

“Segala ujian penyakit saya bermula dari kecil dengan pengesanan penyakit kontraktur tulang. Ia bagaimanapun tidak menjejas pergerakan saya.

“Saya masih bermain bola sepak, sukan kegemaran saya. Saya juga tidak mengang-gap diri saya sebagai orang kurang upaya. Banyak tugas dalam bidang korporat, jua-lan, operasi dan kawalan kredit yang saya jalankan.”

Di kala beliau mudah penat dan termen-gah-mengah pada usia 30-an tahun, Encik Mohd Amin menyangka ia hanya perkara biasa yang mampu diatasi.

Apabila dikesan dengan patent ductus arteriosus, beliau menyedari kondisi itu menjejas gaya hidup dan boleh membawa maut tanpa disedari ramai.

Memandangkan tiada kumpulan soko-ngan pada masa itu bagi mendekati dan mendidik pesakit, Encik Mohd Amin men-jadi pengasas Kumpulan Sokongan Pesakit Tekanan Darah Tinggi Pulmonari pada 2004.

Pesakit dan anggota keluarga mereka bertemu tiga bulan sekali untuk menghadi-ri ceramah dan bengkel pendidikan demi berkongsi pengalaman.

Kumpulan ini kemudian didaftar se-bagai pertubuhan tidak mengaup keuntu-ngan, Pulmonary Hypertension Sin-gapore, pada Disember 2015.

Ia juga mempunyai rangkaian kerjasa-ma dengan pertubuhan tidak mengaup ke-untungan, Persatuan Tekanan Darah Ting-gi Pulmonari, yang berpangkalan di Ameri-ka Syarikat.

Pada 2006 Encik Mohd Amin turut be-kerjasama dengan Jabatan Perubatan Pernafasan dan Jagaan Kritikal di SGH ba-gi mengasaskan Kumpulan Sokongan Pesa-kit COPD.

Inilah wadah pesakit berkongsi pengala-man dan berinteraksi dengan satu sama lain. Beliau berharap semua kumpulan sokongan COPD di Singapura dapat disatu-kan menjadi badan nasional suatu hari nan-ti.

“Sejak tidak lagi bekerja kerana keadaan penyakit saya ini, saya berusaha memberi yang terbaik buat kumpulan sokongan dan badan tidak mengaup ke-untungan yang saya kendalikan.

“Rangkaian kami luas. Saya terharu ada pihak di luar negara juga yang meng-hubungi saya untuk berkongsi pengala-man atau meraih pandangan tentang pe-ngendalian kumpulan atau badan soko-ngan ini.

“Kumpulan sebegini adalah sumber mo-tivasi buat pesakit. Ia membangkitkan se-mangat mereka agar mereka juga tahu cara menangani gaya hidup dan rutin hari-an mereka,” tambahnya, yang menjalani rawatan pemulihan pulmonari tetap di SGH.

JIWA remaja Cik Nurashikin Mohamad Zulkifli meledak kemarahan apabila dikesan dengan penyakit kencing manis atau diabe-tes jenis 1 seawal usia 13 tahun lebih sede-kad lalu.

Beliau sukar menerima keadaannya ditim-pa penyakit kronik itu seperti ayahnya.

Kekecewaan lebih terasa apabila ranca-ngannya menyertai Pasukan Kadet Kebang-saan (NCC) di sekolah menengah yang baru disertai terpaksa diketepikan.

Disebabkan masih dibelenggu tanda ta-nya “Mengapa aku yang sakit?”, Cik Nura-shikin, kini jururawat kanan berusia 28 tahun, tidak mematuhi nasihat doktor agar menyuntik insulin dan mengawasi kadar gu-la dalam darahnya tiga kali sehari.

Anak sulung tiga beradik itu hanya menyuntik insulin dan mencucuk jari-jemar-inya bagi memantau kadar gula dalam darah mengikut mood, kadangkala hanya seming-gu sekali.

MULANYA CUAIBeliau hanya tersentak daripada kecuaian

dan perasaan tidak kuasa menjaga kesihatan selepas ayahnya yang sudah 30 tahun lama-nya menghidap kencing manis, meninggal du-nia dek komplikasi penyakit tersebut dan gin-jal yang tidak berfungsi.

“Saya tiba-tiba takut dan enggan meng-habiskan sisa-sisa hidup seperti ayah yang tidak ambil peduli tentang penyakit kencing manisnya. Jari-jemari kaki ayah juga terpak-sa dipotong ekoran keadaan kesihatannya yang meruncing.

“Sejak pemergian ayah, saya yang baru selesai peperiksaan GCE (Sijil Am Pelajaran) Peringkat ‘O’, lebih rajin mengawasi kadar gula dalam darah dan pastikan suntikan insu-lin dibuat secara tetap.

“Saya akur pengalaman keluar masuk KKH (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK) buat saya lebih peka soal kesihatan. Pel-

ajaran saya memang terjejas kerana penya-kit kencing manis. Gred GCE ‘O’ saya amat mengecewakan sehingga saya hanya layak ke ITE (Institut Pendidikan Teknikal) sa-haja,” kongsinya ketika dihubungi Gah! ba-ru-baru ini.

Petang ini, Cik Nurashikin adalah antara 33 pesakit berinspirasi yang diiktiraf dengan Anugerah Pesakit Berinspirasi SingHealth di Auditorium Academia di Kampus Hospital Besar Singapura (SGH).

Anugerah tersebut adalah bagi mendo-rong pesakit agar menyemai semangat posi-tif dalam melalui ujian hidup mereka.

Pemenang dipilih berdasarkan pencalo-nan karyawan jagaan kesihatan daripada institusi di bawah SingHealth, Hospis Assisi, Rumah Rawatan Bethany Methodist, Ya-yasan Rawatan Di Rumah (HNF) dan Hospi-tal Masyarakat Yishun.

Tetamu terhormat acara hari ini ialah Menteri Negara Kesihatan, Dr Lam Pin Min.

Dalam pada itu, Cik Nurashikin akur wu-jud hikmah di sebalik beliau menyertai kur-sus kejururawatan di ITE. Pertemuannya dengan rakan sekursus yang juga pesakit kencing manis muda yang positif dalam men-jalani kehidupannya, lebih memperkasa se-mangat Cik Nurashikin.

“Kalau beliau boleh jalani kehidupan macam orang lain tanpa rasa marah dan malu tentang penyakitnya, mengapa saya tak boleh?

“Kami malahan banyak berkongsi pe-ngalaman dan beliau selalu mengingatkan saya agar menyuntik insulin secara tetap,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, badai ujian kehidupan-nya tidak berakhir begitu sahaja.

Cik Nurashikin payah mendapatkan pe-kerjaan selepas memohon di beberapa hospi-tal setempat. Keadaan kesihatannya menjadi kebimbangan pihak berkenaan.

Mujurlah klinisian jururawat, Cik Lim Pei

Kwee, yang mempengerusikan Kumpulan Sokongan Pesakit Kencing Manis KKH, memberitahunya tentang peluang bekerja se-bagai jururawat Wad Perubatan Pediatrik (Kanak-Kanak) di KKH.

PERKASA PESAKIT CILIKSejak 2008, Cik Nurashikin selesa dan

gembira menjalankan tugasnya yang terasa lebih bermakna apabila dirinya mampu mem-beri galakan kepada pesakit kencing manis muda di bawah usia 13 tahun.

Lebih menggembirakan lagi, selang dua tahun bekerja di KKH, beliau ditawarkan bia-siswa bagi meneruskan pengajian Diploma Kejururawatan di Politeknik Nanyang.

Beliau berkata:“Kehidupan ini memang ada pasang surut-

nya. Memang apabila terdedah kepada rutin mengawal kandungan gula dalam darah dan suntikan insulin, saya jadi penat.

“Tapi ini ujian yang perlu saya harungi dengan tabah sebab ia bahagian masing-ma-sing. Kalau saya berjaya jaga kesihatan, jaga pemakanan dan rajin bersenam, saya juga boleh beri semangat kepada pesakit muda yang saya temui setiap hari.

“Mereka perlukan dorongan dan contoh teladan daripada orang yang pernah melalui penyakit kronik.”

Cik Nurashikin juga gembira Kumpulan Sokongan Pesakit Kencing Manis yang diang-gotainya turut diiktiraf sebagai penerima Anugerah Teman Bagi Kehidupan yang diperkenal SingHealth tahun lalu.

Empat lagi penerima anugerah tersebut ialah Kumpulan Sokongan Pesakit Barah Kolorektal, Kumpulan Bantu Diri Gynae-On-co (Perubatan Barah Bagi Wanita), Kumpu-lan Sokongan Jagaan Pesakit Sklerosis Berbi-lang (keadaan di mana organ, tisu dan salu-ran darah menjadi keras) dan Kumpulan Sun-shine (Sukarelawan Warga Emas) di Rumah Rawatan MWS Bethany Methodist.

TIADA rasa gentar mengisi ruang hati warga senja 80 tahun, Cik Amnah Ah-mad, meskipun dilanda sakit dengan tu-lang pinggulnya patah lantas memerlukan bedah ganti.

Kehidupannya yang sentiasa ceria dan ramah kepada orang yang tidak dikenali sentiasa terisi dengan kegiatan.

Oleh kerana sudah biasa bekerja sepan-jang usia muda hinggalah 70-an tahun de-ngan memikul amanah sebagai tukang masak di asrama jururawat, pekerja pem-bersihan di stesen MRT mahupun pekerja cetakan, Cik Amnah akui beliau tidak per-nah terasa sunyi dan kosong.

Meskipun tinggal bersendirian di Yishun Ring Road tatkala anak sulungnya, Encik Abdul Rahim Jusof, 62 tahun, beker-ja syif sebagai penyelia khidmat bas, be-liau sentiasa ada aktiviti untuk dikendali-kan di rumah.

Masanya terisi dengan mengaji, mem-bersihkan rumah dan memasak sedaya yang termampu.

Semangat positifnya sepanjang men-jalani rawatan pemulihan selama sebulan di Hospital Masyarakat Yishun menyusuli bedah pindah sebahagian tulang pinggul-nya itu menarik perhatian Pengurus Juru-rawat Kanan di hospital itu, Cik Soong Sau Leng.

Cik Soong mencalonkan Cik Amnah bagi Anugerah Pesakit Berinspirasi Sing-Health dengan ganjaran baucar barangan runcit sebanyak $250 dan plak.

Cik Soong berkata: “Sikap positif Cik Amnah dan keceriaannya mampu dite-ladani pesakit lain. Kakitangan hospital ka-mi juga gembira ditemani Cik Amnah.

“Beliau menampilkan daya pemulihan yang baik sepanjang menjalani rawatan fi-sioterapi bersama kami. Beliau juga tidak putus-putus menggalakkan pesakit lain.”

Cik Amnah, nenek 12 cucu dan mo-yang tujuh cicit, yang ditemui Gah! pula berkata: “Peristiwa tulang pinggul saya pa-tah tahun lalu memang tidak mampu saya

lupakan. Sakitnya, Allah sahaja yang tahu sehinggakan saya tak boleh berjalan. Keti-ka itu saya sedang bersolat dan terasa ada yang tak kena.

“Saya minta dihantar ke hospital. Tapi sepanjang saya duduk di hospital bagi ra-watan terapi, tidak sedikit pun saya rasa re-sah. Sebabnya, saya boleh berbual Hok-kien dengan pesakit lain.

“Jururawat, doktor dan pesakit lain macam keluarga saya. Mereka sayang saya dan bantu saya buat kegiatan pemuli-han.

“Saya rajin memasak sup ayam dan mi sup sebagai antara cara bersenam bagi menggerakkan tangan saya. Kami melukis dan main tenis meja beramai-ramai.”

Ditanya petuanya menjalani hidup de-ngan ceria, beliau tersenyum seraya berka-ta:

“Jangan takut dan selalu yakin Tuhan akan bantu pulihkan diri kita. Kalau kita gembira, sakit pun tak terasa membeban-kan.”

Semangat waja pesakit dorong usaha bangun kumpulan sokongan

Pesakit diiktiraf kerana tabah

harungi diabetes

Ceria dan sibukkan diri petua cepat sembuh

ENGGAN DISELUBUNGI KEMURUNGAN SAKIT: Dalam meniti ujian pelbagai penyakit, Encik Mohd Amin Haji S.S. Mubaruk mengasaskan Kumpulan Sokongan Pesakit Tekanan Darah Tinggi Pulmonari yang sudah berdaftar sebagai badan tidak mengaup keuntungan, dan Kumpulan Sokongan Pesakit Gangguan Pernafasan Kronik (COPD). – Foto SHAHRIYA YAHAYA

TELADAN BUAT ANAK CUCU: Cik Amnah Ahmad (kanan), 80 tahun, tidak melihat penyakit sebagai bebanan bahkan memastikan dirinya sentiasa bertenang dan gembira. Beliau kelihatan bersama cucu sulungnya, Cik Rahimah Abdul Rahim. – Foto QASHRUL HIDAFI PHOTOGRAPHY

GAGAHI PENYAKIT: Cik Nurashikin Mohamad Zulkifli, yang menghidap kencing manis lebih bersemangat menjaga kesihatan selepas ayahnya yang juga pesakit diabetes, meninggal dunia.– Foto SINGHEALTH

Dalam mengharungi penyakit yang menguji kesabaran dan menjejas keceriaan, tiga individu ini membuktikan bahawa kepercayaan diri dan sokongan orang sekeliling membantu mereka bangkit daripada kesuraman, bahkan memperkasa orang lain. Hari ini, mereka antara 33 pesakit berinspirasi yang menerima Anugerah Pesakit

Berinspirasi SingHealth di auditorium Academia, Kampus Hospital Besar Singapura (SGH). HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.

10 Berita Harian | Selasa, 18 April 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan