BERITA DAN MAKLUMAN - science.utm.my · RMK-11 2018 dan 2019. Dengan ... Dapat melahirkan graduan...

4
e-FM18.06 Shazirawati Tok Itam Sis Kekwat Hazzirah Hang See Pheng Taufiq Zarina fauzi Sekiranya anda mempunyai artikel menarik yang ingin dikongsikan, sila emel- kan kepada: [email protected] cc: [email protected] SIDANG REDAKSI e-FM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Dr. Arifah Bahar yang telah dilantik sebagai Direktor UTM-CIAM berkuat kuasa 1 Ogos 2018. Selamat maju jaya diucapkan. BERITA DAN MAKLUMAN 1/4 Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang berlangsung pada 10 Julai 2018 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, PM Dr. Normah Maan, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina Mohd Khalid, dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat. Citra Karisma Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018 Menunaikan Fardu Haji. Selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Prof. Dr. Zuhaimy Ismail dan Dr. Amidora Idris. Semoga mendapat haji yang mabrur. Klinik Kemaskini Personal Web Staf. Anta- ra KAI inisiaf bagi Branding And Networking 2018 - 2020 dalam perlaksanaan STRATEGI PEN- JENAMAAN DAN JARINGAN UTM bagi tahun 2018 - 2020 ialah Enhance and update personal website of researcher and researcher directory. Oleh itu, satu klinik kemaskini personal web staf akan diadakan seper buran berikut: Klinik Kemaskini Personal Web Staf Tarikh: 14 Ogos 2018 Masa: 9 pagi - 5 petang Tempat: Makmal Komputer 2, JSM Fasilitator: Dr. Norhaiza Ahmad, Dr. Shazirawa Mohd Puzi, Dr. Farhana Jo- har dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah. Staf yang memerlukan bantuan dijemput hadir dengan membawa bersama bahan yang ingin dimuatnaik. Nos Pengubahsuaian Makmal Komputer JSM. Untuk makluman, JSM akan menjalankan projek ubahsuai Makmal Komputer 1 dan 3 di aras 3, C22 bermula sekitar bulan September 2018 hing- ga awal tahun 2019 menggunakan perolehan RMK-11 2018 dan 2019. Dengan ini, makmal yang akan beroperasi untuk pengajaran dan pembelajaran pada Semester 1 dan Semester 2 2018/2019 hanyalah Makmal Komputer 2 aras 3 C22. Kapasi makmal ini adalah 30 pelajar sa- haja. Sebarang perancangan kuliah dan akvi di makmal haruslah mengambil kira kekangan di atas. Nos Mesyuarat Agung PKA Tarikh : 28 Ogos 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bharu.

Transcript of BERITA DAN MAKLUMAN - science.utm.my · RMK-11 2018 dan 2019. Dengan ... Dapat melahirkan graduan...

e-FM18.06

S h a z i r a w a t i

T o k I t a m

S i s K e k w a t

H a z z i r a h

H a n g S e e P h e n g

Taufiq

Z a r i n a

fauzi

Sekiranya anda

mempunyai artikel

menarik yang ingin

dikongsikan, sila emel-

kan kepada:

[email protected]

cc: [email protected]

SIDANG

REDAKSI

e-FM

mengucapkan Selamat Menyambut Bulan

Kemerdekaan..

Sekalung Tahniah

diucapkan kepada Dr. Arifah Bahar yang telah dilantik sebagai

Direktor UTM-CIAM berkuat kuasa 1 Ogos 2018. Selamat maju jaya diucapkan.

BERITA DAN MAKLUMAN

1/4

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang

berlangsung pada 10 Julai 2018 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah:

Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, PM Dr. Normah Maan, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina Mohd

Khalid, dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat.

Citra Karisma Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018

Menunaikan Fardu Haji. Selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Prof. Dr. Zuhaimy Ismail dan Dr. Amidora Idris. Semoga mendapat haji yang mabrur. Klinik Kemaskini Personal Web Staf. Anta-ra KAI inisiatif bagi Branding And Networking 2018 - 2020 dalam perlaksanaan STRATEGI PEN-JENAMAAN DAN JARINGAN UTM bagi tahun 2018 - 2020 ialah Enhance and update personal website of researcher and researcher directory. Oleh itu, satu klinik kemaskini personal web staf akan diadakan seperti butiran berikut:

Klinik Kemaskini Personal Web Staf Tarikh: 14 Ogos 2018 Masa: 9 pagi - 5 petang Tempat: Makmal Komputer 2, JSM Fasilitator: Dr. Norhaiza Ahmad, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Farhana Jo-har dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah.

Staf yang memerlukan bantuan dijemput hadir dengan membawa bersama bahan yang ingin dimuatnaik.

Notis Pengubahsuaian Makmal Komputer JSM. Untuk makluman, JSM akan menjalankan projek ubahsuai Makmal Komputer 1 dan 3 di aras 3, C22 bermula sekitar bulan September 2018 hing-ga awal tahun 2019 menggunakan perolehan RMK-11 2018 dan 2019. Dengan ini, makmal yang akan beroperasi untuk pengajaran dan pembelajaran pada Semester 1 dan Semester 2 2018/2019 hanyalah Makmal Komputer 2 aras 3 C22. Kapasiti makmal ini adalah 30 pelajar sa-haja. Sebarang perancangan kuliah dan aktiviti di makmal haruslah mengambil kira kekangan di atas. Notis Mesyuarat Agung PKA Tarikh : 28 Ogos 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bharu.

2/4

Dahulu, Sekarang serta Cabaran Alaf-21

“Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran dalam melahirkan modal insan yang mempunyai nilai dan minda

kelas pertama iaitu mempunyai keupayaan untuk mencari dan meneroka ilmu pengetahuan, mempunyai

pemikiran keusahawanan secara holistik dan mampu menyumbang secara berkesan sebagai sebahagian daripada

tenaga profesional negara.”

Sis tertarik dengan keyword minda kelas pertama. Apa dia? Mempunyai keupayaan untuk mencari dan meneroka ilmu pengetahuan.

Berat dan sarat. Tapi itulah yang UTM harapkan. Dapat melahirkan graduan yang mempunyai modal insan yang ada added value da-

lam diri. Begitu banyak penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara. Di UTM sendiri pelbagai kaedah pelaksanaan pembelajaran

yang dibincangkan, dibengkelkan dan diadaptasikan untuk melahirkan graduan yang berkualiti.

Dalam cabaran abad ke 21 ini, persaingan sangat sengit. Berapa peratusan kebolehpekerjaan graduan kita? Selain dari rezeki, ya, han-

ya graduan yang benar-benar berkualiti akan mendapat tempat. Kemahiran berkomunikasi, menyelesai masalah dan sentiasa mahu

belajar dapat menjadi nilai tambah pada diri pelajar sendiri.

Para pensyarah sudah puas memerah otak, menyediakan satu laluan yang boleh membentuk pelajar dari segi IQ, EQ, dan SQ. Pel-

bagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, pelbagai program sudah direka bentuk supaya pelajar yang me-

laluinya akan menjadi antara graduan yang berkualiti akhirnya. Untuk apa? Sebagai persediaan menghadapi segala cabaran dan per-

saingan yang bakal dihadapi kelak ketika membina kerjaya masing-masing.

Namun, dalam keghairahan pendidik dan pentadbir memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti diri setiap pelajar, masih ada yang

tidak kisah. Setiap yang dilakukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Sedangkan cabaran yang mereka akan hadapi bukan

calang-calang. Rata-rata pelajar memang masuk ke universiti dengan pointer yang tinggi. Tetapi kualitinya tidak seperti yang sepatut-

nya. Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, banyak bezanya dari segi attitude pelajar.

Dulu, pelajar akan tiba dahulu sebelum pensyarah masuk. Tiada masalah jika kuliah pukul 8 pagi pun. Bas bukanlah kemudahan yang

mudah dulu. Kami menapak awal dari kolej kediaman ke fakulti semata-mata ingin tiba sebelum pukul 8. Sekarang? 8.30 pun masih

ada yang masuk persis seorang model tanpa rasa bersalah. Beramai-ramai. Sudah diperli juga masih tidak berubah.

Belum masuk cerita untuk mengganti kelas. Pelbagai alasan diberi. Itu ini gitu gini. Sudahnya, pensyarah terkulat-kulat tanpa jawapan.

Mereka tidak agresif. Kalau dulu, apa sahaja yang pensyarah cuba cadangkan, pelajar sedaya upaya untuk penuhi bagi memudahkan

pensyarah sendiri.

Ada perkara yang memang kita belajar hanya menerusi logik akal berdasarkan adab berguru. Cara kita bercakap, meminta tolong

pensyarah hatta ingin berterima kasih juga masih beradab. Tetapi zaman la berubah. Zaman sekarang adalah zaman messenger,

wechat, whatsapp..adab sudah makin berkurang.

Kita sukar mengenal pelajar kerana kurang berkomunikasi. Pensyarah memberi kuliah dan balik ke pejabat semula untuk menyam-

bung tugas yang lain. Jarang sangat pelajar datang ke pejabat pensyarah untuk bertanya soalan. Mungkin kita banyak sumber untuk

mendapatkan ilmu. Adapun soalan, hanya ditanya menerusi telefon bimbit. Tanpa perkenalkan diri, terus diasak dengan soalan. Satu

dijawab, susul lagi satu soalan demi soalan. Sedangkan jika berjumpa rasanya tidak makan masa yang banyak. Dan pastinya soalan-

soalan tadi ditanya bukan dalam waktu pejabat.

Kita perlu terima hakikat bahawa pelajar sekarang tersangat sibuk sehingga tidak punya masa untuk berjumpa pensyarah. Jika mereka

ulangkaji pukul 11 malam, malam itu juga lah pensyarah menjawab soalan. Kadang kala pukul 2 pagi pun ada! Yang lagi haru soalan

yang sama ditanya oleh ramai pelajar. Jenuh hendak membalas, dan akhirnya, kita pun krik krik krik jugalah. Sis berpendapat, teknolo-

gi pantas hari ni ada banyak kebaikannya, namun kadang-kala students just being a lil bit overboard!

Sama ada pelajar sedar atau pun tidak, setiap tindakan mereka akhirnya mencerminkan siapa mereka. Apapun, cabaran pelajar kini

lebih hebat berbanding zaman sis dahulu. Jadi, sis merasakan pelajar kena competent dan sentiasa bersedia untuk belajar dan terus

belajar. Semoga yang terbaik buat mereka.

Selamat memulakan semester baru!

*Penafian: SisKekwat adalah pandangan peribadi penulis dan mungkin mengandungi bahasa pasar, perkataan, dan slang urban.

Task Force HKJSM 2018

PM Dr. Sharidan Bin Shafie Prof. Dr. Mohd Nor Bin Mohamad

Dr. Mohd Ariff Bin Admon En. Muhamad Najib Bin Zakaria

Pn. Wan Rukaida Binti Wan Abdullah PM Dr. Nor Muhainiah Binti Mohd Ali

Dr. Norazlina Binti Ismail Dr. Muhammad Fauzee Bin Hamdan

En. Mohamad Hidayad Bin Ahmad Kamal Dr. Shazirawati Binti Mohd Puzi

En. Wan Rohaizad Bin Wan Ibrahim En. Mohd Fauzi Bin Md Arif

En. Ahmad Qushairi Bin Mohamad

3/4

Jazakumullah khair

untuk task force hari

keluarga! We had a

great time!

Hari Keluarga JSM 2018 (HKJSM 2018) 3-4 Ogos 2018 | Tanjung Sepang Beach Resort

Terima kasih tak terhingga kepada

semua ahli task force yang bertungkus-

lumus mengurus dan melaksanakan

HKJSM2018.. juga kepada semua keluar-

ga yang menyertai dan menjayakan

HKJSM2018, tak lupa kepada semua

penaja-penaja hadiah..

Terima kasih kepada semua rakan

di JSM UTM! Kepada semua ahli task

force HKJSM 2018 tahniah diucap-

kan! Anda memang terbaik! Kepada

Dr. Ariff terima kasih banyak! Banyak

kenangan manis!

Alhamdulillah.

Terima kasih TF Hari

Keluarga 2018.

Terbaik

semua..

Terima kasih TF

HKJSM

2018..Terbaikkk

Jazakumullah khair

untuk task force hari

keluarga & penaja-

penaja hadiah.

You have done great!

We had a great time!

Thanks ahli TF HKJSM

2018. Anak-anak happy

sangat!

Terima kasih TF

HKJSM 2018.

Memang satu

kenangan.

Paling best HKJSM 18 ialah semua

dapat hadiah, tak main pun dapat

hadiah. Alhamdulillah. Terima kasih

kepada TF, penaja dan semua yg

bersama menjayakan hari tersebut.

More pictures at: https://goo.gl/a2QHRU

e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM 4/4

AKTIVITI BERGAMBAR

Tarikh: 22 Julai 2018.

Tempat: SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor.

Staf terlibat: Dr. Niki Anis Ab Karim.

Karnival Marhabah STEM 2018

Tarikh: 26 Julai 2018.

Tempat: SMK Ulu Tiram, Johor.

Staf terlibat: Prof. Dr. Zuhaimy Ismail, PM Dr. Ismail

Mohamad dan PM Dr. Khairil Anuar Arshad.

Program Motivasi Tinggi Matematik (SPM)

Tarikh: 9 Julai 2018.

Tempat: Mak Jah Café, UTM.

Staf bersara yang diraikan: Dr. Maslan Osman dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat.

Jamuan Raya 2018 & Majlis Persaraan JSM

LAIN-LAIN

AKTIVITI

STAF

Strategic Planning Workshop, Society of Engineering Education Malaysia (SEEM), pada 14 - 15 Julai 2018, di Hotel Royale Chulan, Seremban. Staf terlibat: PM Dr. Yudariah Mohammad Yusof.

International Conference on Applied Analysis and Mathematical Modelling (ICAAMM2018), pada 20-24 Jun 2018, di Istanbul Gelisim University, Istanbul, Turkey. Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin dan Dr. Fong Wan Heng.