Berita & Makluman Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada) 21 Julai 2016 -...

2
Berita & Makluman FM16.07 19 Julai 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi Zarina Sidang Redaksi Were on the web! hp://science.utm.my/ mathemacs/fm SIRI 20/97/725 Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba- han yang ingin dikongsikan, sila emelkan kepada: [email protected] [email protected] Terima kasih. Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Zuhaila Ismail di atas kelahiran cahayamata perempuan yang merupakan anak ke-2 beliau pada 1 Julai 2016. Mabrouk! Kenaikan Pangkat. Dr. Farhana Johar dan Dr. Niki Anis Ab Karim telah mendapat kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan Universiti, masing-masing berkuatkuasa pada 14 April 2016 dan 13 Januari 2016. Sementara itu, En. Mohd Fauzi Arif telah di- naikkan pangkat ke Penolong Pegawai Sains. Tahniah diucapkan kepada semua. Staf Menghadiri Kursus/Bengkel. Bengkel Penyediaan Bahan Pembelajaran Open Courseware (OCW), 13-14 Jun 2016, Makmal Komputer CTL UTM. Staf terlibat: Dr. Yeak Su Hoe, Dr. Shazirawati Mohd Puzi dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah. Bengkel Pengisian Copyright untuk Bahan OER, 15 Jun 2016, Makmal Komputer CTL UTM. Staf terlibat: Dr. Shazirawati Mohd Puzi dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdul- lah. Bengkel Slider Untuk Laman Web Fakulti Sains, 23 Jun 2016, Makmal Komputer 1 JSM. Staf terlibat: Dr. Norhaiza Ahmad dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi. Kursus Auditor Akademik Dalaman, 27-28 Jun 2016, De- wan Utama, Pusat Latihan UTM. Staf terlibat: Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Norazlina Ismail dan Dr. Yeak Su Hoe. Bengkel Mengemaskini Fail Bukti Program SSCE & SSCM JSM 2016, 13-14 Julai 2016, Bilik Kualiti T05 UTM. Staf terlibat: PM. Dr. Rohanin Ahmad, PM. Dr. Noraini Aris, PM. Dr. Fadhilah Yusof, PM. Dr. Maizah Hura Ahmad, PM. Dr. Normah Maan, PM. Dr. Munira Is- mail, PM. Dr. Sharidan Shafie, Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Ra- shidah Ahmad, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina Mohd Khalid dan Pn. Halijah Osman. Mesyuarat Agung Tahunan PERSAMA 2015/16, 14 Julai 2016, Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Sains Matema- tik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Staf JSM terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin dan Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali. Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Naib Canselor (Julai 2016) dan Sambutan Aidilfitri (peringkat UTM Johor Bahru) akan diadakan pada Khamis, 21 Julai 2016, jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru (jamuan di Dataran Agora). Pakaian: Baju melayu lengkap bagi lelaki dan baju kebangsaan yang bersesuaian untuk perempuan. Geran Penyelidikan. Tahniah diucapkan kepada staf JSM yang telah berjaya menerima geran penyelidikan 2016. Semoga dapat mengharumkan nama jabatan dengan penyelidikan yang berkualiti dan bermanfaat. GUP FASA 1/2016 1. Zuhaila Ismail, Computation and Simulation of DMD and RRD by using Finite Element, RM 42,300. 2. Tahir Ahmad, Intelligence Parameters of People with Epilepsy, RM50,000. 3. Fong Wan Heng, New Variants of Insertion and Deletion of Languages In Formal Language Theory using Indices as Restrictions, RM 50,000.00 4. Nor Haniza Sarmin, Energy of Some Graphs As- sociated to Dihedral Groups, RM50,000. 5. Fadhilah Yusof, Drought And Flood Modeling Study and Their Impact On Paddy Production In Ma- laysia, RM 50,000. 6. Sharidan Shafie, Magnetohydrodynamics Flow of Nanofluid with Different Shapes and Sizes Of Parti- cles, RM 50,000. 7. Rohanin Ahmad, Global Optimization Method For Minimizing Portfolio Selection Risks, RM43,500. 8. Zaitul Marlizawati Zainuddin, Queuing Analysis And Optimization In Healthcare Operation, RM50,000. FRGS FASA 1/2016 1. Muhammad Hisyam Lee, Statistical Modelling for Highdimensional Gene- ralized Linear Models in Computational Biology, RM 56,850. 2. Nor Haniza Sarmin, Innovative Types Of Fuzzy Gamma Ideals In Ordered Gamma Semigroups, RM 53,250. 3. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Modeling The Changes In The El Nino Southern Oscillation Indices Using Functional Data Analysis With Application To The Climate Phenomenon In Malaysia, RM 90,200. 4. Fuaada Mohd Siam, Modelling the DNA Damage Response of Cells to Ioni- zing Radiation,RM 91,300.00 GERAN GUP-IISJ FASA 1/2016 1. Fadhilah Yusof, Impak Pencemaran Alam Sekitar Kepada Kesihatan Penduduk, RM 27,500. Pemberitahuan daripada Bahagian Keselamatan UTM Jalan Setia (Blok E01-Blok E05 FKM) diubah kepada jalan sehala bermula 1 Ogos 2016. Tarikh penting berkaitan peperiksaan semester II 20152016 JSM untuk tindakan semua pensyarah 19 Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada) 21 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Softcopy CAR ke Jabatan (sila email kpd PM Dr Normah untuk kursus SSCE, Dr. Norazlina untuk kursus SSCM dan Dr. Zarina untuk kursus servis, c.c kjsm). 25 Julai 2016 - Tarikh akhir Penyelaras Program serah PAR kepa- da Jabatan. 25 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Fail Kursus ke Jab- atan (hantar ke kotak disediakan di bilik aktiviti).

Transcript of Berita & Makluman Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada) 21 Julai 2016 -...

Page 1: Berita & Makluman Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada) 21 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Softcopy CAR ke Jabatan (sila email kpd PM Dr Normah

Ber ita & Makluman

FM16.07

19 Julai 2016

JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS

Shazirawati (Ketua Editor)

Tok Itam

Taufiq Khairi

Anati

Mohd Fauzi

Zarina

Sidang Redaksi

We’re on the web!

http://science.utm.my/mathematics/fm

SIRI 20/97/725

Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba-han yang ingin dikongsikan,

sila emelkan kepada:

[email protected] [email protected]

Terima kasih.

Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr . Zuhaila Ismail di atas kelahiran cahayamata perempuan yang merupakan anak ke-2 beliau pada 1 Julai 2016. Mabrouk!

Kenaikan Pangkat. Dr. Farhana Johar dan Dr . Niki Anis Ab Karim telah mendapat kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan Universiti, masing-masing berkuatkuasa pada 14 April 2016 dan 13 Januari 2016. Sementara itu, En. Mohd Fauzi Arif telah di-naikkan pangkat ke Penolong Pegawai Sains. Tahniah diucapkan kepada semua.

Staf Menghadiri Kursus/Bengkel.

Bengkel Penyediaan Bahan Pembelajaran Open

Courseware (OCW), 13-14 Jun 2016, Makmal Komputer CTL UTM. Staf terlibat: Dr. Yeak Su Hoe, Dr. Shazirawati Mohd Puzi dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah.

Bengkel Pengisian Copyright untuk Bahan OER, 15 Jun

2016, Makmal Komputer CTL UTM. Staf terlibat: Dr. Shazirawati Mohd Puzi dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdul-lah.

Bengkel Slider Untuk Laman Web Fakulti Sains, 23 Jun

2016, Makmal Komputer 1 JSM. Staf terlibat: Dr. Norhaiza Ahmad dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi.

Kursus Auditor Akademik Dalaman, 27-28 Jun 2016, De-

wan Utama, Pusat Latihan UTM. Staf terlibat: Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Norazlina Ismail dan Dr. Yeak Su Hoe.

Bengkel Mengemaskini Fail Bukti Program SSCE &

SSCM JSM 2016, 13-14 Julai 2016, Bilik Kualiti T05 UTM. Staf terlibat: PM. Dr. Rohanin Ahmad, PM. Dr. Nor’aini Aris, PM. Dr. Fadhilah Yusof, PM. Dr. Maizah Hura Ahmad, PM. Dr. Normah Maan, PM. Dr. Munira Is-mail, PM. Dr. Sharidan Shafie, Dr. Fuaada Mohd Siam, Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Ra-shidah Ahmad, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina Mohd Khalid dan Pn. Halijah Osman.

Mesyuarat Agung Tahunan PERSAMA 2015/16, 14

Julai 2016, Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Sains Matema-tik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Staf JSM terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin dan Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali.

Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Naib Canselor (Julai 2016) dan Sambutan Aidilfitri (peringkat UTM Johor Bahru) akan diadakan pada Khamis, 21 Julai 2016, jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru (jamuan di Dataran Agora). Pakaian: Baju melayu lengkap bagi lelaki dan baju kebangsaan yang bersesuaian untuk perempuan.

Geran Penyelidikan. Tahniah diucapkan kepada staf JSM yang telah berjaya menerima geran penyelidikan 2016. Semoga dapat mengharumkan nama jabatan dengan penyelidikan yang berkualiti dan bermanfaat.

GUP FASA 1/2016

1. Zuhaila Ismail, Computation and Simulation of DMD and RRD by using Finite Element, RM 42,300.

2. Tahir Ahmad, Intelligence Parameter s of People with Epilepsy, RM50,000.

3. Fong Wan Heng, New Var iants of Inser tion and Deletion of Languages In Formal Language Theory using Indices as Restrictions, RM 50,000.00

4. Nor Haniza Sarmin, Energy of Some Graphs As-sociated to Dihedral Groups, RM50,000.

5. Fadhilah Yusof, Drought And Flood Modeling Study and Their Impact On Paddy Production In Ma-laysia, RM 50,000.

6. Sharidan Shafie, Magnetohydrodynamics Flow of Nanofluid with Different Shapes and Sizes Of Parti-cles, RM 50,000.

7. Rohanin Ahmad, Global Optimization Method For Minimizing Portfolio Selection Risks, RM43,500.

8. Zaitul Marlizawati Zainuddin, Queuing Analysis

And Optimization In Healthcare Operation, RM50,000.

FRGS FASA 1/2016

1. Muhammad Hisyam Lee, Statistical Modelling for Highdimensional Gene-ralized Linear Models in Computational Biology, RM 56,850.

2. Nor Haniza Sarmin, Innovative Types Of Fuzzy Gamma Ideals In Ordered Gamma Semigroups, RM 53,250.

3. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Modeling The Changes In The El Nino Southern Oscillation Indices Using Functional Data Analysis With Application To The Climate Phenomenon In Malaysia, RM 90,200.

4. Fuaada Mohd Siam, Modelling the DNA Damage Response of Cells to Ioni-zing Radiation,RM 91,300.00

GERAN GUP-IISJ FASA 1/2016

1. Fadhilah Yusof, Impak Pencemaran Alam Sekitar Kepada Kesihatan Penduduk, RM 27,500.

Pemberitahuan daripada Bahagian Keselamatan UTM

Jalan Setia (Blok E01-Blok E05 FKM) diubah kepada jalan sehala bermula 1 Ogos 2016.

Tarikh penting berkaitan peperiksaan semester II 20152016 JSM untuk tindakan semua pensyarah

19 Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada)

21 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Softcopy CAR ke Jabatan (sila email kpd PM Dr Normah untuk kursus SSCE, Dr. Norazlina untuk kursus SSCM dan Dr. Zarina untuk kursus servis, c.c kjsm).

25 Julai 2016 - Tarikh akhir Penyelaras Program serah PAR kepa-da Jabatan.

25 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Fail Kursus ke Jab-atan (hantar ke kotak disediakan di bilik aktiviti).

Page 2: Berita & Makluman Julai 2016 - Klinik i-OBE JSM (kelolaan Dr. Yeak dan Dr. Fuaada) 21 Julai 2016 - Tarikh akhir pensyarah serah Softcopy CAR ke Jabatan (sila email kpd PM Dr Normah

F M 1 6 . 0 7 1 9 J U L A I 2 0 1 6

AKt iv it i bergambar

Lawatan dan Sesi Engagement Y.Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Bersama Pengurusan dan Staf FS, 28 Jun 2016.

Gambar oleh: En. Halid Jamaluddin, Unit Media Kreatif UTM

Meeting with Johor Corporation, 30 June 2016 at JCorp, Menara Komtar JB.

Agenda: Disscussed 1) student sponsorship for the UTM-Kent Double Degree Programme, 2) student industrial training/internship, 3)

collaborative Assignment & Project for Mathematics/Statistics related subjects, and 4) mathematical & statistical related research with

application to finance/investment analysis/actuarial study/econometrics/risk management.

Staff involved: Assoc Prof Dr Rohanin Ahmad, Prof Dr Zainal Abdul Aziz, Dr Norazlina Ismail, and Dr Arifah Bahar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Kita berada di bulan Syawal yang menyaksikan berbondong-bondong rakyat Malaysia balik kampung dan banyak menziarahi saudara mara dan sahabat handai. Balik kampung un-tuk bersama ibu dan ayah serta keluarga tercinta dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Ini satu budaya mulia rakyat Malay-sia. Lagu Allahyarham Sudirman ‘Balik Kampung’ dengan nada teruja, riang gembira mencerminkan perasaan anak-anak yang balik kampung untuk berhari raya. Lagu ini bukan sahaja dinyanyi-kan oleh pendengar Melayu malahan dinyanyikan juga oleh pendengar Cina dan India. Mereka yang lahir setelah lagu ini dicipta juga menyanyikan lagu ini. Begitulah tepatnya luahan hati anak-anak yang pulang beraya ke kampung-kampung ha-laman mereka yang disampaikan oleh lagu ini.

Lalu berlakulah kesesakan lalu lintas di jalan raya dan lebuhraya yang sesak dengan kereta-kereta yang mana penumpang-penumpangnya dalam ‘mood’ balik kampung. Kalau perjalanan biasa mengambil masa tujuh jam, musim begini boleh mengambil masa 12 jam. Tahniah kepada anak-anak yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas untuk pulang beraya dengan keluarga di kampung. Lebih-lebih tahniah lagi kepada mereka yang mengikut undang-undang lalu lintas.

Biasanya acara ziarah menziarah ini pula berjalan beramai-ramai secara

konvoi. Kalau dulu-dulu macam-macam cara dilakukan supaya konvoi ini dapat melekat dalam kumpulan. Umpamanya diikat bunga pengantin di kereta supaya kereta yang dalam konvoi yang sama dapat dicam. Dan bi-asalah konvoi-konvoi ini berhenti di tepi-tepi jalan atau hentian rehat dan rawat untuk menungggu kereta dalam konvoi yang agak perlahan. Dari pengalaman Tok Itam bukan mudah bergerak dalam konvoi ini. Lagi ba-nyak kereta lagi sukar. Dan lagi ramai penumpang juga lagi sukar kerana

penumpang pun ada kerenah masing-masing.

Tahun ini Tok Itam konvoi juga di Kuala Lumpur. Jadi ke-tua lagi. Tak banyak keretanya, hanya tiga.

Tok Itam : ‘Ada Waze?’ Yang Lain: ‘Ada’ Tok Itam : ‘Nanti kita orang WA alamat. See you all Insha Allah.’

Tok Itam tanya Wikipedia mengenai Waze. Rupanya se-

buah syarikat Israel yang telah dibeli oleh Google dengan

harga USD 1.2 bilion. Pekerjanya 100 orang dan setiap

pekerjanya dibayar USD 1.2 juta oleh syarikat tersebut apabila dijual

kepada Google. Waze digunakan juga untuk merancang pungutan sampah

di Rio De Janerio. Besarnya jasa Waze. Kalaulah Waze ini dicipta oleh

orang Islam alangkah besar pahalanya.

Tok itam