BERSIH Etika Kerja 1983

download BERSIH Etika Kerja 1983

of 4

Transcript of BERSIH Etika Kerja 1983

  • 7/25/2019 BERSIH Etika Kerja 1983

    1/4

    BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

    3 Kaedah[Bersih |Cekap|Amanah]

    1. LATAR BELAKANG

    Pada pertengahan April 1982, Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkankempen Bersih, Cekap Dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepadasemua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada kempenKepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac 1983.

    2. RASIONAL

    Pembanguna dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada sikap yang positifserta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat secarakeseluruhannya. Di atas hakikat ini kesedaran haruslah di tanamkan di jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya merekamemahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekapdan berkesan, di samping mempunyai sikap bersih dan beramanah.

    Perasaan dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi keperluandiri sendiri iaitu untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah dikikis tetapi sebaliknyasemangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat keseluruhannya hendaklah ditanamkan di

    jiwa semua.

    Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu framework yang di harapkan dapat mencapai tujuantersebut.

    3. OBJEKTIF

    Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:-

    1. Bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyatMalaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil (Productivity ) danmutu kerja.

    2. Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan PenerapanNilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Tauladan.

    Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan pekerja danrakyat adalah seperti berikut:-

    1. Bersihiaitu

    Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dantidak rasuah.

    Berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah.

    Tidak mementingkan diri sendiri.

    Tidak khianat, hasad dan dengki.

    2. Cekapiaitu

    http://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#bersihhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#bersihhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#bersihhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#cekaphttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#cekaphttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#cekaphttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#amanahhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#amanahhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#amanahhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#amanahhttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#cekaphttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#bersih
  • 7/25/2019 BERSIH Etika Kerja 1983

    2/4

    Berani dan cepat membuat keputusan.

    Menghadapi krisis dengan tenang.

    Bersikap tegas kepada prinsip.

    Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.

    Mempunyai keyakinan diri.

    Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.

    Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.

    3. Amanahiaitu

    Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalambatas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektifyang ditetapkan.

    Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.

    4. STRATEGI PERLAKSANAAN

    Dalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah memperaktikkannya sendiri terlebih dahuludengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikanoleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, diantaranya ialah:-

    (i) Mengadakan Manual Prosedur Kerja ( MPK ) Fail Meja ( FM )

    Kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiranawamnya berpunca dari ketidak pastian pegawai dan kakitangan kerajaanmengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan ujudnya pertindihan tugas dantanggungjawab. Kerana ketidak pastian ini pegawai-pegawai tidak yakin untuk

    membuat keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa merujukkan kepada pihak atasanatau kepada agensi lain. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya carasesuatu kerja harus dijalankan, siapa yang bertanggungjawab, siapa yangmempunyai kuasa, pihak yang harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil.

    Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dandiharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan.

    (ii) Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dankumpulan meningkat Mutu Kerja ( QCC )

    Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh

    memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata.Di dalam mesyuarat-mesyuarat dan KMK ini idea-idea baru dan pandanganpraktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. Secara khususnya teknik baruini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap "innovative danCreative".

    (iii) Pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat.

    Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramaimenyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpamereka terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan.

    (iv) Pejabat Pelan Terbuka.

    Bagi mempastikan ruang pejabat di gunakan secara optima, dan membolehkan

  • 7/25/2019 BERSIH Etika Kerja 1983

    3/4

    pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna.

    (v)

    Kad Perakam Waktu.

    Ini bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satuformaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan

    bertindak mengikut jadual.

    (vi) Pengisytiharan Harta.

    Oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan.

    (vii) Pemakaian 'Name Tag'

    Oleh kakitangan kerajaan.

    (viii) Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah.

    Khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah.

    (ix) Menyiarkan Laporan Juruodit Negara.

    Untuk pengetahuan orang ramai.

    (x) Perkhidmatan Cemerlang.

    Bagi menghargai pegawai-pegawai yang dedikasi dan telah memberikansumbangan yang istimewa. Didalamnya terkandung tujuh Teras Perkhidmatanyang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitanganawam.

    (xi) Penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran.

    Bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberisumbangan yang lebih bermakna dan produktif apabila balik nanti.

    5. PENCAPAIAN SEMASA DAN MASALAH

    Di peringkat Kerajaan dan perkhidmatan awam slogan ini telah diterapkan sedikit demisedikit ke jiwa penjawat-penjawat awam melalui langkah-langkah yang telah diperkenalkanseperti yang dinyatakan diatas. Oleh kerana ianya melibatkan pembentukan sikap danmental adalah dijangka ianya akan mengambil masa. Pencapaiannya mungkin akan dapatdipercepatkan dengan adanya peraturan-peraturan tertentu di dalam setiap Jabatan danmelalui sistem ganjaran dan hukuman ( reward and punishment ).

    Oleh kerana nilai-nilai Bersih, Cekap dan amanah adalah nilai-nilai yang murni, sikap yangsama hendaklah juga diterapkan dikalangan pihak swasta dan rakyat supaya kesedarankeatas tanggungjawab dapat diujudkan.

    Kepimpinan yang sesungguhnya Bersih, Cekap dan Beramanah adalah asa penting didalam pencapaian matlamat dasar ini.

    6. PENUTUP

    Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. sifat-sifat ini adalah asas yangpenting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddundan bermoral bersesuaian dengan islam sebagai agama rasmi. Dengan itu konsep ini tidakboleh dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islamdan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara.

  • 7/25/2019 BERSIH Etika Kerja 1983

    4/4

    Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satupentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melaluietika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-hendak moral murni danterpuji.

    Keatas

    http://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#tophttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#tophttp://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/bca.html#top