Bertutur

19
PENDAHULUAN Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua, terpenting dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang utama danpertama dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam proses pemerolehanbahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidaksengaja. Hal ini bermakna bahawa mendengar dan bertutur merupakan asas kemahiran berbahasa. Salah satu sebabnya ialah mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul berbanding dengan kemahiran- kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004). Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibahagikan kepada dua jenis kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca dianggap sebagai kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulis dikelompok sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan (audio-oral), sementara kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan (visual grafik). KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. Anggapan seperti ini menyebabkan kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Tetapi dalam konteks pengajaran bahasa pada dekad ini, pengajaran kemahiran ini dipentingkan. Kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya (Yahya Othman, 2005). Kajian C.M. Feyten (1991) menunjukkan bahawa sebahagian besar pengetahuan kita diperoleh melalui pendengaran, tetapi kita dapat

description

penulisan

Transcript of Bertutur

PENDAHULUAN

Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua, terpenting dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang utama danpertama dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam proses pemerolehanbahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidaksengaja.

Hal ini bermakna bahawa mendengar dan bertutur merupakan asas kemahiran berbahasa. Salah satu sebabnya ialah mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004). Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibahagikan kepada dua jenis kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca dianggap sebagai kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulis

dikelompok sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan (audio-oral), sementara kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan (visual grafik).

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. Anggapan seperti ini menyebabkan kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Tetapi dalam konteks pengajaran bahasa pada dekad ini, pengajaran kemahiran ini dipentingkan. Kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya (Yahya Othman, 2005).

Kajian C.M. Feyten (1991) menunjukkan bahawa sebahagian besar pengetahuan kita diperoleh melalui pendengaran, tetapi kita dapat mengingati hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apa yang kita dengar. Mendengar seharusnya merupakan suatu aktiviti yang aktif dan melibatkan pendengar dari segi mental, iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar.

Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahaman dalam mendengar. Pertama, pengetahuan tentang sistem bahasa lisan, iaitu tentang sistem bunyi (fonologi), struktur ayat (sintaksis) dan sistem makna (semantik). Kedua, teks atau bahan (perkara, topik maklumat, cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain) yang didengar. Dan ketiga, pengetahuan latar belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang ada pada diri pendengar yang berkaitan dengan teks atau bahan yang didengar (Widdowson, 1983; dan Mazlan Rais, 2000).

Oleh itu, mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif, terutama semasa pelajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 dan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah tahun 1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983 dan

1988). Aktiviti mendengar perlu dikuasai kerana penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Dianggarkan lebih kurang 60% daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar .

Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan lancar.

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amat penting, sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud tertentu. Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah.

Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapan dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari bahasa pertama ataupun bahasa kedua.

W.M. Rivers (1983) dan MalamahThomas (1987) yang menjalankan kajian tentang aktiviti lisan mendapati unsur interaksi amat penting dalam aktiviti lisan. Unsur interaksi antara penutur dengan pendengar, dan antara penutur dengan penutur, akan menghidupkan situasi dan akan menjadikan simulasi lebih realistik seperti keadaan yang sebenarnya. Aktiviti lisan merupakan aktiviti bahasa yang paling penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Maka, dalam apa jua aktiviti bercakap yang dipilih oleh guru untuk melatih pelajar-pelajarnya, aspek interaksi yang menggambarkan situasi dalam situasi lisan yang sebenarnya perlu wujud.

Satu kajian tentang kemahiran bahasa telah dijalankan oleh J.A. Rankin (1999). Beliau telah menyelidik apa-apa yang telah dilakukan oleh orang dewasa pada setiap hari. Dapatannya menunjukkan bahawa 70 peratus daripada masa orang dewasa digunakan untuk salah satu kegiatan berkomunikasi, dan setelah diperinci didapati bahawa 42 peratus daripada masa untuk berkomunikasi itu digunakan untuk mendengar, 32 peratus untuk bercakap, 15 peratus untuk membaca, dan 11 peratus untuk menulis.

Mengikut kajian Raminah Sabran (1991), jika seseorang itu ingin meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca. Seseorang itu juga perlu menguasai kemahiran menyebut bunyibunyi huruf yang tertera di dalam teks yang dibacanya, di samping dapat menyebut dalam gabungan yang didukung oleh setiap perkataan mengikut konteks ayat dalam petikan yang dibacanya itu.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Jamaluddin Badusah (2006) ke atas pelajar Melayu, Cina dan India yang berinteraksi di luar kelas, mendapati status kemahiran bertutur Bahasa Melayu pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan. Pelajar luar bandar pula menguasai kemahiran bertutur lebih baik daripada pelajar bandar. Dari segi keupayaan pula jelas bahawa pelajar cerdas lebih terserlah berbanding pelajar sederhana dan lambat. Pelajar Melayu pula telah mengatasi pelajar-pelajar Cina dan India dari segi etnik.

PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Penguasaan bahasa untuk berkomunikasi merupakan matlamat pengajaran bahasa di sekolah. Untuk mencapai penguasaan bahasa pada tahap yang paling tinggi ini guru harus memberi penekanan yang sama rata terhadap keempat-empat kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran dan latihan pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitu banyak dilakukan oleh pelajar berbanding aspek mendengar dan bertutur. Amalan sedemian tidak wajar kerana pengajaran dan latihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuh sebelum pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran mendengar dan bertutur ini sangat penting dan kepentingan aspek ini tidak dapat dipertikaikan lagi kerana apabila seseorang itu berkomunikasi, dia sebenarnya melakukan aktiviti mendengar dan bertutur iaitu satu proses dua hala. Aspek ini memang diketahui oleh guru-guru, tetapi apabila mereka mengajar aspek lisan di dalam kelas ternyata kebanyakan guru lebih memberikan penekanan terhadap kemahiran bertutur sahaja.

Kemahiran mendengar dan bertutur jarang-jarang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebih mementingkan kemahiran menulis dan membaca. Jika kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran tersebut dengan cara menyuruh pelajar-pelajar mendengar penerangan guru atau bacaan rakan di dalam kelas.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kekurangan dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan pelajar, terutamanya pelajar bukan penutur jati. Perbezaan signifikan yang jelas antara penutur jati dan bukan penutur jati hasil daripada keputusan ujian kemahiran mendengar dan bertutur yang dijalankan menyebabkan hipotesis nul ditolak. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000) dan Zulkifley Hamid (2005), sebagai penutur natif, pelajar-pelajar Melayu tidak menghadapi banyak masalah dalam menguasai kemahiran itu sebab mereka sudah biasa menggunakannya dalam pertuturan harian. Namun, mereka sering menghadapi kesukaran dalam menuturkan wacanaataupuntajukperbincanganyangmemerlukan pengorganisasian idea supaya kelihatan tersusun dan mudah difahami. Masalah utama yang dihadapi oleh bukan penutur jati pula adalah faktor gangguan bahasa ibunda. Bagi Kamarudin Husin (1999), pelajar-pelajar bahasa kedua yang sudah dewasa adalah sukar untuk membetulkan kesalahan sebutan bunyi bahasa, disebabkan oleh faktor sifat fizikal manusia dan gangguan dari kebiasaan bahasa ibunda pelajar. Masalah ini semakin meruncing lebih-lebih lagi jika pelajar tersebut mendapat pendidikan awal daripada sekolah rendah jenis kebangsaan.

Punca utama guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pula menganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan.

Dari perspektif guru, masalah utama pengabaian tersebut timbul berikutan kursus-kursus tentang dua kemahiran itu jarang diadakan oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) selain mereka menghadapi hambatan peperiksaan. Di pihak pelajar, mereka menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda. Mereka sentiasa berfikir dalam bahasa ibunda supaya memahami pengajaran guru. Keadaan ini berkait rapat dengan faktor ahli keluarga dan rakan- rakan sebaya yang cenderung bertutur dalam bahasa ibunda dengan mereka. Oleh itu mereka rasa lebih selesa untuk berfikir dan bertutur dalam bahasa mereka. Malahan mereka hanya menjawab dalam Bahasa Melayu apabila disoal oleh guru Bahasa Melayu.

Akibat pengabaian pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, para pelajar tidak mampu memberi pendapat secara lisan, tidak boleh berfikir secara kreatif dan tidak menguasai kebolehan bertutur secara spontan. Mereka lebih suka menjadi pendengar pasif dalam bilik darjah. Keadaan ini turut menjejaskan kemahiran berfikir dan interpersonal para pelajar sehingga potensi, bakat dan kebolehan mereka tidak dapat dikembangkan kerana gagal menguasai kemahiran bertutur yang berkesan.

Badan Perancang Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya telah merangka pelbagai kemahiran serta kaedah yang bertepatan dalam sukatan pelajaran untuk merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu, guru bahasa haruslah peka dan prihatin dengan peranan masing-masing. Mereka sepatutnya bertindak sebagai fasilitator yang membimbing, mengasah dan menajamkan kemahiran mendengar dan bertutur para pelajar.

Rasionalnya, ia dapat membentuk serta membina keterampilan para pelajar dalam berkomunikasi, malahan memupuk pemikiran kritis mereka dalam membuat penilaian atau kesimpulan tentang sesuatu perkara yang didengar. Kemahiran ini amat penting bagi

menyediakan para pelajar dalam hubungan sosial dengan individu dan interaksinya dalam masyarakat. Pendek kata, melalui kemahiran ini guru bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan di peringkat persekolahan tetapi sebagai persediaan kepada pelajar apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.

Namun demikian, bagaimanakah hasrat ini dapat dijayakan sekiranya sejak awal lagi komponen penting ini dipandang enteng? Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya para pelajar yang meninggalkan bangku sekolah tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi yang berkesan serta keupayaan melahirkan idea-idea yang kritis, bahkan kelemahan mereka mendengar dan bertutur telah menyebabkan ramai graduan gagal mendapatkan pekerjaan?

Kepentingan kemahiran interpersonel ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat J. Hayers (2002) yang mendapati bahawa kemahiran interpesonal penting untuk memperoleh pekerjaan yang stabil serta amat diperlukan oleh majikan. A.J. Dubrin (2004) pula menyarankan supaya semua graduan universiti memiliki kemahiran komunikasi lanjutan. Kajian beliau telah mempengaruhi sistem pendidikan di Amerika Syarikat dengan peningkatan komponen kemahiran lisan yang berkesan. Dalam pada itu, S. Fritz (2005) pula mengenal pasti bahawa kebolehan berkomunikasi yang baik adalah kemahiran yang bermanfaat dalam menjalin hubungan antara manusia, selain membentuk gaya kepimpinan yang tinggi.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak pentadbir selain guru haruslah memainkan peranannya. Usaha pemantauan serta tindakan susulan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar pengajaran komponen ini tidak terus diabaikan. Pihak pentadbir juga boleh menyediakan modul-modul yang lengkap tentang perkaedahan serta teknik pengaplikasian untuk menjanakan kemahiran mendengar dan bertutur ini dalam bilik darjah. Kursus-kursus berupa inhouse training dengan menjemput tenaga profesional dari luar boleh diadakan. Dengan cara ini guru-guru akan mendapat motivasi dan pendedahan yang secukupnya, seterusnya tiada alasan untuk mengabaikan komponen penting ini dalam pengajaran bahasa.

Kajian tindakan atau kajian kes boleh dilakukan oleh guru untuk membuat refleksi diri tentang pengajaran kemahiran ini di dalam kelas. Selepas sesuatu kajian kes dilakukan, seseorang guru itu lebih sedar tentang keperluan dan minat mereka untuk menguasai kemahiran ini. Guru juga akan lebih prihatin akan kehendak pelajarnya dan sedar akan kelemahan dirinya dan menggunakan

strategi yang sesuai untuk pengajaran komponen kemahiran ini. Strategi pengajaran yang berbeza dengan pelajar yang berbeza tahap pemikiran dan latar belakang demografinya mempengaruhi cara pelajar belajar, terutamanya dalam kalangan pelajar lemah ataupun pelajar bukan Melayu yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Aspek pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu di universiti ataupun di institusi pendidikan guru perlu dimantapkan. Ini boleh dilakukan dengan memberi pendedahan secukupnya kepada guru tentang kaedah atau strategi pengajaran terkini seperti strategi koperatif, masteri, konstruktivisme, kontekstual, pengajaran berasaskan pengalaman, pengajaran berpandukan teknologi dan lain- lain yang boleh membantu pengajaran komponen kemahiran ini di dalam kelas.

Pihak kementerian serta jabatan juga harus sedar dan memberikan kerjasama dari sudut kewangan, sumbangan khidmat nasihat serta tenaga profesional yang diperlukan. Seterusnya penyediaan bilik darjah yang lebih kondusif dengan alatan multi media membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini. Dengan kerjasama dari semua pihak, kemahiran tersebut akan terlaksana dan akan dapat merealisasikan hasrat untuk melahirkan insan yang berketerampilan, seimbang jasmani dan rohani.

RUMUSAN

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan penting dalam kehidupan seharian kita. Dua kemahiran itu perlu dipelajari secara sistematik dan beterusan di sekolah-sekolah. Namun, kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat sekolah menengah langsung diabaikan akibat sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan. Peperiksaan awam yang hanya menitikberatkan kemahiran penulisan menyebabkan guru-guru terus mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Keadaan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dari jangka masa panjang di mana generasi yang dilahirkan tidak mampu menyampaikan idea, pendapat atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan. Justeru kesedaran dan kerjasama semua pihak sangat penting untuk memandu arah pendidikan negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inte

PENGENALANSecara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama. Aspek ini merupakan aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis. Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan kebolehan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan juga kritis dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Di samping itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang bersesuaian.Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting serta perlu dipelajari secara intensif terutamanya ketika murid-murid berada di sekolah rendah lagi. Aktiviti mendengar merupakan aktiviti yang terpenting untuk dikuasai kerana penggunaannya yang begitu meluas di dalam kehidupan. Ekoran daripada itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untuk mendengar. Jadi, disebabkan itulah murid-murid di bangku sekolah rendah lagi perlu memiliki kemahiran ini dengan berkesan (Yahya Othman 2005 : 26). Tujuannya adalah supaya mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.Seterusnya adalah penekanan haruslah diberikan terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea.Kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan adalah dipengaruhi melalui kemahiran berkomunikasi serta melahirkan idea. Hal ini ekoran daripada kemahiran ini mengeluarkan idea serta fikiran dengan mengaplikasikan perbendaharaan kata serta tatabahas yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang sama dalam pertuturan terlebih dahulu. Jadi, ekoran daripada Mohd Hilmy Haji Ismail (1982 : 69) mementingkan pengajaran serta pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Beliau berpendapat pertuturan merupakan asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan serta latihan bertulis. Menurutnya lagi, murid-murid seharusnya dapat menyusun fikiran serta idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Manakala guru pula perlu melakukan gerak kerja lisan yang sememangnya ada dilakukan oleh guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun begitu, masih ada guru yang melangkaui aspek penting ini.OBJEKTIF KAJIANKajian yang dijalankan pada tugasan ini ialah mengenai kemahiran mendengar dan bertutur. Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian bagi tugasan ini. Antaranya ialah dapat menghuraikan secara kritis mengenai kaedah, fungsi, serta peringkat kemahiran mendengar dan juga bertutur. Seterusnya, objektif kajian ini juga adalah berhasrat supaya pengkaji dapat menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan kepada kemahiran lisan. Objektif yang terakhir ialah pengkaji mengharapkan supaya kaedah mendengar dan bertutur dapat diaplikasikan dalam proses P&P.DEFINISIKONSEPKonsep Kemahiran MendengarKemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas.Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.Konsep Kemahiran BertuturBertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa.Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.KAEDAH KAJIANBagi menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antara kaedah tersebut ialah kaedah kepustakaan, kaedah ini merangkumi rujukan yang dibuat melalui jurnal, buku-buku dan juga laman sesawang. Di samping itu, pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam subjek Bahasa Melayu.BATASAN KAJIANKajian pada kerja khusus ini terdiri daripada lima bahagian utama. Kelima-lima bahagian tersebut terdiri daripada kaedah, fungsi dan peringkat kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kerja khusus ini juga merangkumi bahagian penyediaan satu pengajaran harian yang mengandungi kaedah serta aktiviti pengajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Bahagian yang ketiga yang terdapat dalam kerja khusus ini ialahpengkaji dikehendaki mengaplikasikan kaedah dan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur daripada aspek penggabungjalinan dalam satu pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Seterusnya, bina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran harian seterusnya diaplikasikan. Manakala bahagian yang terakhir dalam kerja khusus ini ialah pengkaji membuat rakaman sesi pengajaran dalam bentuk cakera padat.KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR.PengenalanBerdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnya adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan bahawasanya kemahiran penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam kalangan murid-murid.Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis. Jadi, murid bolehlah menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran turut memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu.Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan RahimSyam (1987 :39)).Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebutpenekanan diberikan terhadap pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti membaca dan juga menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada kemahiran membaca dan juga menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut boleh memindahkan kemahiran tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam kurikulum terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga bukan lisan ketika berinteraksi.Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium KSSR iaitu Standard Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan betul. ,medium yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang pelbagai.Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar.Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi. Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52) menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini diaplikasikan mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah yang digunakan tersebut tidak boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah-langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan.Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan kaedah situasi dalam pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci.Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.Kaedah Terus.Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Ekoran daripada masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak jadi masa belajar diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah adakalanya kaedah ini dikenali Kaedah Askar.Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993: 53) menyatakan kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada.perkaitan dengan topik baharu tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini. Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru menjadi saya makan nasi.Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.Kaedah Fonetik/Linguistik.Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.