Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Peta Ithink Bmm3101 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Transcript of Peta Ithink Bmm3101 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
[Type text]
KEMAHIRAN BAHASAPengenalanKemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur (kemahiran lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid-murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran BertuturKemahiran Menulis Komponen utama kemahiran bahasa
Kemahiran Membaca
Kemahiran LisanSecara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama.Aspek ini merupakan aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis.Kemahiran lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran MendengarKemahiran mendengar di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan
Kemahiran mendengarMendengar dengan baik
Memahami dan menghayati perkara yang didengar
Dapat memberikan maklum balas
Definisi MendengarKemahiran mendengar adalah kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas.
Proses MendengarProses mendengar berlaku dalam 4 peringkat:
Memahami bunyi bunyi Mendengar deretan bunyibunyi bahasa Proses mendengar
Menilai bunyiBertindak terhadap bunyi-bunyi tadi
Jenis-Jenis Mendengar1. Mendengar secara aktifMendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar.Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar.Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif.Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :i. Intensif memberi penumpuan secara intensif di samping menganalisis maklumat.ii. Empati menganggap diri sebagai penutur dan mempunyai kesanggupan menerima masalah penutur di samping memberi buah fikiraniii. Membina kemahiran mendengar yang efektif.iv. Membina kemahiran bertindak balas.
2. Mendengar secara pasifTidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar.Hal ini terjadi kerana pendengar tidak boleh mencelah.Mendengar jenis ini dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif.
Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar
Peringkat Kedua Peringkat Awal
Mengenali sebab dan akibat Mengesan, mengajuk dan memilih bunyi Melakukan aktiviti-aktiviti yang disuruh oleh guru
Mengenal maklumat khusus
Mengenal sikap dan perasaaan orang yang bercakap
Mengecam dan mengingat fakta secara terperinci
Peringkat Ketiga Mengenal isi penting
Membezakan tekanan dan intonansi dalam pertuturan
Mentafsir maksud orang yang bercakap
Bentuk- Bentuk Kemahiran Mendengar
Mendengar secara pasif
Mendengar secara bertalu-talu
Mendengar secara menebuk-nebukBentuk-bentuk kemahiran mendengar
Mendengar tanpa tindak balas
Mendengar secara berhati-hati
Mendengar secara kritikal
Mendengar secara kreatif
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
Mendengar bahasa yang standard dan fasihPerhatian harus diberi kepada intonansi, irama keselamatan dan perasaan
Tajuk dan tema bahan rakaman sesuai dengan minat dan perkembangan intelekUjian boleh dijalankan untuk menilai kemahiran mendengar
Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar
Perhatikan apa yang ditulis Latih diri banyak mendengar dari bertuturMemandang kepada pengucap Berprasangka baik Tumpuan yang tinggiFokus apa yang ditunjuk
Niat yang betulCara meningkatkan kemahiran mendengar
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:
Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mendengar (7)
Pertandingan kuiz Mendengar rakaman kaset
Menjalankan permainan bahasaMendengar lagu melayu yang sesuai dengan perkembangan dan emosi
Kemahiran BertuturKemahiran bertutur di peringkat sekolah rendah merujuk kepada :
Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan
kemahiran bertutur Meyampaikan maklumat
Meluahkan perasaan
Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis dengan intonansi yang betul
Penekanan kepada perucapan mengunakan tatabahasa yang betul
Definisi Kemahiran Bertuturkemahiran bertutur pula merupakan kebolehan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan juga kritis dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Di samping itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang bersesuaian.
Tujuan BertuturDalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu :
Memaklumkan sesuat perkara
Menyelesaikan masalah
Tujuan bertuturKeseronokan
Mempengaruhi
Aspek-Aspek PertuturanPanjang dengan harakat dalam bahasa Arab Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek.Antara yang penting adalah sebutan intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya.
Sebutan Tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayatJeda hentian sebentar dan boleh membawa makna berbeza Dialek Standard
Intonasi nada suara iaitu menaik atau menurun
Aspek pertuturan
Fonologi
Morfologi Tatabahasa Peraturan atau undang undang
Sintaksis
Kelancaran bertutur dengan baik dan kemas
Kefasihan menyebut perkataan dengan tepat dan jelas serta lancar
Laras bahasa boleh menggunakan bahasa dalam berbagai konteks, suasana dan situasi
Panjang dan pendek (mora) - Sama dengan harakat dalam bahasa Arab
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan
Umur
Alam sekitar Panjang dengan harakat dalam bahasa Arab
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan
Fizikal
Jantina
Kesihatan
Kecerdasan
Peringkat-Peringkat Kemahiran BertuturPeringkat Pertengahan
Peringkat Awal
Bertanya tentang hal-hal berkaitan diri serta pengalaman murid Membuat ucapan pendek dan ringkas
Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan
Guru harus bercakap dengan terus-terang dan ikhlas
Membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar
Peringkat Maju
Membuat analisis, inferens, ramalan, pandangan dan justifikasi
Cara-Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Menyampaikan lawak atau jenaka Menyampaikan cerita Menyampaikan sajak Menyanyi Bercakap untuk keseronokan
Bercakap untuk memaklum Murid membuat demonstrasiMurid membaca berita Membuat pengumumanMemberi taklimat
Cara meningkatkan kemahiran bertutur
Bercakap untuk mempengaruhi Aktiviti perbahasan Berkempen Berucap
Bercakap mengatasi masalah
Kemahiran MembacaKemahiran membaca di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan :
Membaca dengan sebutan intonansi, jeda dan kelancaran yang betul
Kemahiran membaca
Penekanan perlu diberukan pada aspek pemahaman dan penaakulan
Keupayaan menghayati teks bacaan
Definisi Kemahiran MembacaMembaca ialah proses menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi. Membaca melibatkan aktiviti verbal dan literasi secara serentak di mana kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama menghuraikan pertuturan kepada pemikiran.
Konsep MembacaMenurut Pumfrey (1977), membaca adalah satu proses pemikiran yang membina di mana dengan membaca seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.
Proses MembacaKemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks kerana ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan menganalisis.
Jenis-Jenis Bacaan
1. Bacaan MekanisBacaan mekanis ialah aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan.Pembaca hendaklah menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat pertuturan.
Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Tujuan membaca mekanis ialah :
Membaca dengan cepat dan pantas, dengan sebutan dan intonansi yang betul dan jelas.
Membaca dengan irama yang betul.
Membaca mekanis
Tahu menggunakan tanda baca dan berhenti pada tempat yang betul.
Menggunakan kemahiran membaca dalam matapelajaran lain.
Mencapai kemahiran dan kecekapan untuk membaca bersuara.
2. Bacaan Mentalis (senyap)Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan dengan maknanya tanpa mengeluarkan suara.Bacaan jenis ini melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.Tujuannya ialah untuk memperolehi informasi dan pemahaman.Bacaan mentalis melibatkan 2 jenis bacaan iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif.
Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan.Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara. Tujuannya ialah:
Membaca sendiri
Membaca senyap Memahami apa yang dibaca
Membaca senyap dengan pantas
Mendapatkan pengetahuan
Hiburan
3. Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.Dua perkara yang terlibat ialah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Penekanan diberi kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Bacaan intensif boleh dibaca dengan beberapa cara iaitu:i. Bacaan pantasii. Bacaan imbasan (scanning)
Cara-cara bacaan intensif
Bacaan Imbasan (Scanning) Dilakukan secara sepintas lalu atau membaca tinjauan. Sebelum permbacaan, pembaca meneliti bahagian bahagian buku atau apa sahaja untuk mendapat gambaran awal dan gambaran keseluruhan.
Bacaan PantasDilakukan dengan kadar kelajuan tertentu.Tujuan: menjimatkan masa Berlaku melalui bacaan senyap dan membaca dalam.
Bacaan intensif bertujuan :
Membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonansi, lancar dan tahu menggunakan tanda baca.
Mentafsir apa yang ditulis.
Membaca intensif Membaca senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
Menilai atau mengulas isi isi bahan bacaan.
Mengesan, memahami dan menikmati unsurunsur estetik dalam bahasa.
Mengenal pasti laras bahasa.
Membuat rumusan dan kesimpulan.
4. Bacaan EkstensifKegiatan membaca secara luas meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu singkat. Tujuannya ialah untuk memahami isi penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:a. Membaca tinjauan (survey reading)b. Membaca sekilas (skimming)c. Membaca dangkal (superficial reading)
Bacaan ekstensif
Membaca Tinjauan (Survey Reading)Dilakukan sebelum memulakan bacaan.Meneliti apa yang akan ditelaah. Membaca Sekilas (Skimming)Mata bergerak dengan cepat, memerhati bahanbahan bertulis untuk mendapatkan maklumat dan penerangan.Tujuan: Mendapatkan kesan umum daripada teks yang akan ditelaah. Menemukan halhal tertentu seperti bahanbahan daripada pusat sumber.Membaca Dangkal (Superficial Reading)Tujuan: Mendapatkan pemahaman yang dangkal yang tidak mendalam.
Tujuan bacaan ekstensif ialah:
Pengkuhan asas bacaan
Menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan
Tujuan bacaan EKSTENSIF
Meningkatkan kepantasan membaca
Membina dan mengkuhkan minat membaca
Kebolehan memetik isi-isi penting
5. Bacaan RekreasiBacaan rekreasi tidak melibatkan perahan otak yang serius.Tujuannya adalah untuk bersenang-senang dan dilakukan dalam keadaan bersantai.Bahan-bahan bacaannya terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan seperti komik, cerita-cerita pendek, berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.
6. Bacaan KritisBacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta analitis.Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca.Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.
Proses bermula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan.
Teknik membaca SQ3RSQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).Teknik ini merupakan satu kaedah membaca yang memerluan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R ialah singkatan bagi :S Survey / tinjauQ Question / soalR Read / bacaR Recite / imbas kembali / nyatakan secara lisanR Review / baca semula
Survey (tinjauan) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan dan perenggan akhir di bahagian-bahagian buku atau teks.Di sini pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu akimming dan scanning.Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat lain yang dapat ditemuinya.Recite (imbas kembali) ialah peringkat di mana setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingati kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Reiew (baca semula) merupakan peringkat akhir.Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di peringkat ketiga.Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Peringkat kemahiran membacaAda lima peringkat mengajar membaca iaitu :
Kenal pasti kebolehan Buku menarik Bahan bacaan sesuai Bacaan senyap Isi bacaan sesuai dengan peringkat umur dan kecenderunganMembaca Untuk Hiburan Dan Pengetahuan Membina Sikap Gemar MembacaPeringkat Menyediakan Murid Mendirikan Asas Bacaan Melatih Membaca Dan Memahani Bahan pada menarik dan disusun dengan cermat Pelbagai buku cerita yang sesuai dengan umur danminat Teknik mengajar yang baik
Memberi perhatian kepada Perangai murid Bahaya murid
Peringkat pemahaman
Menggunakan lambang atau perkataan Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat hingga lengkap Menghuraikan dan mengelaskan idea Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau maknaMenteremahkan makna dengan mengaitkan dengan pengetahuan sdia ada
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran membacaKemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk tujuan menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran membaca adalah seperti berikut:
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran membacaMengenal pasti isi penting sama ada tersurat atau tersiratMemperkayakan perbendaharaan kata dan menggunakandengan betul dalam konteks ayatMenghayati bahan sastera melayu dalam bentuk prosa dan puisiMentafsir bahan yang dibaca dengan perkataan sendiriMembaca secara kuat dengan intonansi yang betul dan lancar
(13)
Cara-cara meningkatkan kemahiran membaca
Meningkatkan kemahiran membaca
Membaca petikan dan membuat ulasan Mencari erti perkataan, frasa simpulan bahasa dan peribahasaMembaca kuat, menegaskan penyebutan, intonansi yang betul dan lancarMembaca petikan kesusasteraan melayu untuk memahami dan menghayatiMenjawab soalan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis
Membaca senyap
KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis di peringkat sekolah rendah merujuk kepada keupayaan
Keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kretif
Kemahiran menulis
Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas
Galakan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan ilmiah dan imaginatif
Definisi menulisMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena.Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Konsep menulisMenulis dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.Di sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
Fungsi-fungsi kemahiran menulisAnn Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu :
Merangsang dan memahirkan tata bahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.
Fungsi Kemahiran menulis Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa
Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan, akal) untuk merangsang pembelajaran
Tujuan menulis
Tujuan Serta-MertaMembina asas menulis yang kukuhMengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul dan boleh difahami Membolehkan kanak-kanak mengulangkai pelajaranMelahirkan fikiran dan perasaanMenyuburkan minat suka menulis dan mengarangMenambahkan pengetahuan dalam pembendaharaan kata,perkembangan bahasan dan tulisanMenyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan
Tujuan menulis
Meluaskan pengetahuan, pengalaman perhubungan dan matlamat menerusi penulisan Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran pengalaman dan perasaan Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden Tujuan Lanjut
Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana beberapa tujuan iaitu :
Terdapat perbezaan kecenderugan pada yang menguasai kemahiran belajar
Tujuan menulis (down bryne)Memenuhi keperluan psikologi pelajaran
Dapat menyediakan pelbagai alat dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan
Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak
Namun terdapat beberapa tujuan menulis yang diterangkan secara umum iaitu :
Memberi respons memberi reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraan
Komunikasi
Ekspresi kendiri memberi peluang untu menyatakan idea, harapan, falsafah hidup dan gambaran personaliti
tujuan menulis Sifat sejagat prosedur penulisan dan bahan yang ditulis
Mengikut peraturan Tujuan: mengawal penulis supaya menyampaikan mesej dengan tepat dan bermakna
Proses pembelajaran - penulis menunjukkan penguasaannya yang mendalam dalam bidang penulisan secara sistematik
Kemahiran menulis1. Kemahiran menulis secara mekanisMerupakan kemahiran menulis peringkat awal seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan. Kematangan tersebut juga perlu untuk penyelarasan antara mata dan tanganAktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti :
Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya
Aktiviti mekanikal
Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis
Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan
Tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain
Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca
2. Kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran)Selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti yang patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran ialah:
Latihan pernyataan fikiran atau pendapat AKTIVITI kemahiran mentalis
Latihan pernyataan perasaan
Latihan pernyataan kehendak
Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli dari pemikiran sendiri
Peringkat-peringkat kemahiran menulis1. Peringkat pramenulis (persediaan)Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.Ketika tempoh ini, latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi pendedahan.Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
Melakukan latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menullis dengan selesa dan sempurna Melakukan latihan pergerakan mata Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata Latihan pramentalist
2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid.Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek.Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti :
Menekap huruf mengukit urutan yang ditetapkanMenulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan
Aktiviti menulis peringkat asas
Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
Menyalin ayat mudah
3. Peringkat Menulis untuk Pelahiran.Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut :
Mengisi silang kata
Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambah rangkaian kata yang sesuai
Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
AKTIVITI menulis peringkat PELAHIRAN
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkaian kata yang sesuai
Membentuk ayat-ayat bagi memudahkan cerita
Menulis ayat berdasarkan gambar
Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
Menulis jawapa kefahaman
Menulis keterangan daripada tajuk yang disediakan
Jenis-jenis penulisan1. Terkawal dan separa terkawalPenulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas.Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-murid.Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :
Mengurangkan kesilapan Menjadi asas kepada penulisan bebas Menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan pendapat
Tujuan
Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya.Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru.
2. BerpanduJenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan ketika hendak membuat karangan.
3. Separa berpanduPenulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya.Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk membuat karangan.4. BebasPada peringkat ini, mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulisKecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis Melahirkan fikiran, perasaan dan pengalaman dengan jelas, tersusun, logik dan mengunakan tatabahasa yang betulMenyumbangkan daya cipata untuk menulis sesuatu yang kreatif datau kritis Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam Bahasa Nasa Baku dengan memastikan makna asalnya
Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahasa prosa
Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau rakansebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan
Prinsip-prinsip kemahiran menulisPrinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan adalah seperi berikut :
Penulisan karangan pada peringkat awal mestilah bersifat terpimpin atau terkawalGuru patut mendedahkan pelajar kepada kara penulisan yang baik Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhanLatihan ilmiah mestilah diberi penguasaan wajar kerana ia memberi latihan menulis yang bergunaMemberikan latihan yag mencukupi untuk membolehkan pelajar membuat ayat yang betul Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk ayat yang teratur dan lojikPrinsip kemahiran menulis
Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis
Latihan ilmiah
Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat
Latihan menyusun semula bahagian ayat supaya ayat menjadi ayat yang betul tatabahasanya
Latihan mengatur semula sebilangan ayatsupaya menjadi satu perenggan yang tersusun dan logik
Penulisan karangan bergambar
Penulisan surat biasa
Meningkatkan kemahiran menulis Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan
Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejan, tanda baca, imbuhan) dalam sesebuah karangan
Menulis rangka karangan berformat
Menilai suatu karanga dari segi kekuatan dan kelemahan
Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik
Membuat rumusan daripada pelbagai bahasa prosa
Menterjemah petikan daripada bahasa tertentu ke Bahasa Malaysia tanpa menjejas makna asal
BMM 3101 PN SAKILA DOLLAHPage 11