BICARA BERIRAMA

3
BICARA BERIRAMA (HARI GURU) Lagu Guru . (Melodi lagu Ibu nyanyian P.Ramlee) (semua pelajar) Guru guru Engkaulah penyuluh hidupku Bila kubersedih Engkau nasihat selalu Guru guru Engkaulah penyuluh hidupku Tap tap tap tap tap (bunyi kasut guru) (semua pelajar) Syyyy........(panjang sket) (seorang pelajar) Bangun, stand up, qiyamaannn (seorang pelajar lelaki) Assalamualaikum cikgu (semua pelajar) Waalaikumussalam , baiklah, awak semua boleh duduk (seorang pelajar perempuan) Terima kasih cikgu (nada upin dan ipin) (semua pelajar) Cikgu cikgu cikgu Terima kasih cikgu Cikgu cikgu cikgu Gurindam jiwa lagu diseru Buat mengubat hati yang rindu (semua pelajar) Pantun ini khusus untukmu Dari kami untuk cikgu Gajus muda dicicah garam Sedap rasanya walaupun pahit Pelbagai karenah pelbagai ragam (pelajar perempuan) Guru tak heran tak pernah serik Badan penat terasa perit Mari makan pulut semangat (pelajar perempuan) Vokal lantang sesekali menjerit Bukan marah tetapi bersemangat Hang Tuah pahlawan terbilang Nama tersohor di serata pekan (pelajar lelaki) Cemerlang, gemilang dan juga terbilang Itulah harapan yang guru gantungkan Burung helang menyambar mangsa Gegak gempita seluruh desa (pelajar perempuan) Ajaran guru ilmu berharga Semangat dan keikhlasan demi anak bangsa Antara syabu dan juga ganja Dadah heroin lagi berbahaya (pelajar lelaki) Guru pencetus kegemilangan berganda Pelajar penggerak wawasan negara Anak Cina bermain tongkang

Transcript of BICARA BERIRAMA

BICARA BERIRAMA (HARI GURU)

Lagu Guru. (Melodi lagu Ibu nyanyian P.Ramlee) (semua pelajar)

Guru guruEngkaulah penyuluh hidupkuBila kubersedihEngkau nasihat selaluGuru guruEngkaulah penyuluh hidupku

Tap tap tap tap tap (bunyi kasut guru) (semua pelajar)Syyyy........(panjang sket)(seorang pelajar)Bangun, stand up, qiyamaannn (seorang pelajar lelaki)Assalamualaikum cikgu (semua pelajar)Waalaikumussalam , baiklah, awak semua boleh duduk (seorang pelajar perempuan)

Terima kasih cikgu (nada upin dan ipin) (semua pelajar)Cikgu cikgu cikgu Terima kasih cikguCikgu cikgu cikgu

Gurindam jiwa lagu diseruBuat mengubat hati yang rindu (semua pelajar)Pantun ini khusus untukmuDari kami untuk cikgu

Gajus muda dicicah garamSedap rasanya walaupun pahitPelbagai karenah pelbagai ragam (pelajar perempuan)Guru tak heran tak pernah serik

Badan penat terasa peritMari makan pulut semangat (pelajar perempuan)Vokal lantang sesekali menjeritBukan marah tetapi bersemangat

Hang Tuah pahlawan terbilangNama tersohor di serata pekan (pelajar lelaki)Cemerlang, gemilang dan juga terbilangItulah harapan yang guru gantungkan

Burung helang menyambar mangsaGegak gempita seluruh desa (pelajar perempuan)Ajaran guru ilmu berhargaSemangat dan keikhlasan demi anak bangsa

Antara syabu dan juga ganjaDadah heroin lagi berbahaya (pelajar lelaki)Guru pencetus kegemilangan bergandaPelajar penggerak wawasan negara

Anak Cina bermain tongkangTongkang pecah dipukul taufan (pelajar perempuan)Sudah berjaya melakar kecemerlanganJasa guru tak akan kami lupakanBaiklah pelajar, minggu lepas cikgu suruh awak buat latihan A. Seperti yang dijanjikan, hari ni kita akan bincang.............., sila jawab.. (seorang pelajar perempuan) Jeng jeng jeng (semua pelajar)Saya tak buat cikgu.. (pelajar lelaki)Hah? Tolong berdiri ! (seorang pelajar perempuan)

.............? Sila jawab. (pelajar perempuanJeng jeng jeng (semua pelajar)Saya buat cikgu tapi tertinggal di rumah (pelajar perempuan)Hah? Tolong berdiri! (pelajar perempuan)

.................? ( seorang pelajar perempuan )Alamak kantoiiii (semua pelajar)Saya tak buat cikgu (seorang pelajar lelaki)Awak pun sama? Tolong berdiri. (seorang pelajar perempuan)

Kalau macam ni sikap awak, hari ni kita semua tak payah belajarawak buat kerja sendiri dan cikgu buat kerja cikgu..puas hati awakkan? Awak sukakan? (pelajar perempuan)

Dan cikgu pun merajuk (pantun)Keluar kelas keraskan hati (semua pelajar)Murid panggil cikgu tak nak masukPelajar turut susah hati

Hahaha..tak tahu (pelajar lelaki)Hahaha..tak tahu (semua pelajar)Engkaulah (semua pelajar lelaki)Engkaulah (semua pelajar perempuan )Ehh, engkaulah (seorang pelajar lelaki)

Jom kawan-kawanMari kita sama-sama (semua pelajar)Pergi pujuk cikguMinta maaf ramai-ramaiCikgu , cikgu kami minta maaf,Kami janji akan buat kerja cikgu (semua pelajar)Cikgu masuklah kelas

Maafkan kamiMaafkan kami.. (semua pelajar)Maaafkan kamiMaafkan kamiMaaafffkan kamiBarapa banyak maaf daaa. (seorang pelajar perempuan)(Melodi lagu maafkan kami oleh P. Ramlee)

Cikgu pun diam sahajaMurid menangis rasa bersalahLalu cikgu pun berkata (pantun)Baiklah, cikgu pun minta maaf (semua pelajar)

Jom kita masuk kelasCikgu marah sebab sayang (pantun)Cikgu harap awak sedar (semua pelajar)Murid angguk, tanda faham

Wahai anak didikkuKau harus rajin belajar, tekun dan juga taat (sajak)Usah dibazirkan waktumu dengan perkara yang sia-sia (seorang pelajar perempuan)Jadikan buku teman terbaikmuKelak kau lulus dengan cemerlangNanti dapat masuk universiti pilihanBelajar pula kursus yang diinginkanTak mahukah kamu begitu?

Murid angguk tunduk sahajaRasa kesal menerjah dada (semua pelajar)Pesanan guru tersemat di dadaAkan ingat sampai bila-bila

Maafkan kami cikgu (semua pelajar)

Tak terhingga pengorbananmuHingga aku besar kan ku ingat selaluTerima kasih pada mu cikguJasa mu akan ku kenang selaluTak pernah lelah tunjuk ajarkuTerima kasih ku kepada mu cikguTerima kasih cikgu