BiCARA KARYAWAN BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 … · Ditubuhkan pada 26 Julai 1977 untuk...

1
PERIBAHASA KATA DIALEK PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 Halaman Tiga TAHUKAH ANDA? DBP dalam Pembinaan Negara Bangsa P ersatuan Linguistik Malaysia (PLM) seiring dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam sum bangannya kepada perkembangan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu. PLM sebagai persatuan yang bergerak dalam bidang bahasa sentiasa memandang berat terhadap perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pe ngantar ilmu. Ditubuhkan pada 26 Julai 1977 untuk menggalakkan pengkajian terhadap bahasa dan masalahmasalah bahasa di negara ini serta mengeratkan perhubungan antara pengkaji dan peminat bahasa. Keanggotaan dalam persatuan terbuka kepada semua yang bermi nat dengan syarat dipersetujui oleh majlis PLM. PLM juga turut memperjuangkan beberapa isu bahasa terutama pembakuan tatabahasa dan sebu tan, pemupukan variasi bahasa Melayu Tinggi dan penggunaan bahasa dalam bidang undangundang dan perkamusan Sumbangan dan peranan PLM dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu dapat dili hat dalam kegiatan penyebaran ilmu bahasa seperti Hadiah Bahasa, Forum Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, Khemah Bahasa, Seminar, Ceramah Bahasa, Kursus Bahasa, penerbitan buku, jurnal linguistik dan buletin untuk ahli. Khas untuk para pendidik beberapa siri Seminar Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan telah berjaya dianjurkan selama tujuh tahun berturutturut (1985 1991). Dalam menganjurkan kegiatan kebahasaannya PLM mengadakan kerjasama dengan badanbadan korporat sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Hadiah Bahasa yang diasaskan pada tahun 1983 diadakan dengan kerjasama Public Bank Berhad. Hadiah ini diadakan sebagai satu usaha bagi meng hargai jasa penulis yang telah menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu yang baik. PLM juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menganjurkan Syarahan Raja Ali Haji. Acara tahunan ini mengemukakan tokoh dari dalam dan luar negara menyampaikan syarahan tentang persoalanpersoalan semasa dalam bidang persuratan Melayu. Rentetan kegiatan kebahasaan yang telah dilak sanakan oleh PLM dan disokong pula dengan hasil penerbitannya iaitu buku, jurnal dan buletin telah menyumbang kepada pertumbuhan bahasa dan kece merlangan ilmu bahasa Melayu. Persatuan Linguistik Malaysia M akna peribahasa ini ialah bermuka dua, mendua hati dan juga bermaksud munafik. Orang yang digambarkan dengan peri bahasa ini biasanya seorang penipu, tidak ikhlas dan tidak mempunyai sifatsifat murni dalam diri. Peribahasa lain yang sama maksud ialah talam dua muka dan seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari. Sering kali juga peribahasa ini dikaitkan dengan sikap berpurapura dan hipokrit. Sekelat ialah kain tenun daripada bulu domba. BH PILIH L3 16 (emel) P erkataan bahasa Inggeris cold bermaksud “sejuk” dalam bahasa Melayu dan terus memberikan gam baran suhu yang sejuk. Namun dalam situasi, konteks dan bentuk tertentu cold juga boleh bermaksud “dingin” yang jika diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris lebih menepati kata cool. Hal ini jelas mencerminkan pengaruh budaya dalam bidang penterjemahan. Jadi, diksi atau pemilihan kata yang tepat banyak bergantung pada kelaziman sesuatu penggunaan kata yang memang telah teradat gabungannya atau rangkai annya. Contohnya, kata cold dalam cold sto- rage boleh diterjemahkan kepada “sejuk” tetapi kata cold dalam cold war lebih tepat diterjemahkan kepada “perang dingin” . Berikut disenaraikan contoh frasa yang mengandungi kata cold dan terjemahan nya: Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib Seperti Sekelat Muka Dua Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin S etiap kali kita mendengar lagu kor porat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau membaca liriknya hasil karya SN Usman Awang dengan gubahan lagu Saiful Bahri yang penuh memukau, bersemangat patriotik itu, maka selama itulah kita merasakan kebenarannya. Bulu roma kita meremang tatkala meng ingati demikian hebatnya sebuah insti tusi yang membawa “Tenaga jiwa bang sa, nama dari suatu sejarah, api dari suatu zaman, kesaktian lidah rakyat”. DBP itulah “Obor kebangsaan, restu dari jiwa pahlawan” dan nyalanya mem bakar semangat rakyat, terasa abadi dan keramatnya. Sejarah mencatatkan, DBP sebagai “Obor Semangat Nan Abadi” itu lahir pada 22 Jun 1956, di atas puncak nyala api perjuangan rakyat yang mahukan kemerdekaan negara mendukung jati diri dan citra negara bangsa moden yang berakarkan bumi sendiri. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru dan Singapura, mem punyai kaitan yang sangat erat dengan citacita penubuhannya. Itulah jua suatu kelanjutan perjuangan bangsa. Perjuangan bahasa, selain daripada per juangan politik, kebudayaan, ekonomi, dan sebagainya telah menjadi salah satu asas kebangkitan nasionalisme atau semangat kebangsaan di ibu pertiwi ini. Penubuhan DBP merupakan usaha mempersiapkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi bangsa dan negara merdeka bagi tujuan pentadbiran, pen didikan, undangundang, media am, ekonomi, dan bidang yang lain. Pada tahun 1956 itu juga Jawatankuasa Pelajaran Razak telah menghasil kan laporan yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961, yang berorientasikan ciri kebangsaan dari segi kurikulum, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Selama lebih lima dekad, DBP melak sanakan amanah bangsa dan negara dalam proses pembinaan negara melalui kerja yang berkaitan dengan perancangan bahasa, sastera kebang saan dan penerbitan. Orang yang mema hami konsep pembinaan dan pemba ngunan negara dari sudut yang sempit, yakni yang memandang pembinaan dan pembangunan negara dari aspek pembangunan fizikal sematamata, mungkin tidak dapat melihat peranan DBP dalam pembangunan dan pem binaan negara. DBP bukan agensi kera jaan yang bertanggungjawab membina prasarana seperti jambatan, jalan raya, membuka tanah ladang untuk pertani an atau penghasilan barangan industri. Tanggungjawab DBP ialah pembinaan dan pembangunan akal budi atau minda, ilmu, dan budaya bangsa. Dalam bidang bahasa, DBP melak sanakan amanah membangun, me ngembang dan membina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa Melayu hendaklah ber fungsi sebagai wahana komunikasi dalam semua bidang kehidupan rakyat. Dalam tempoh tidak sampai sete ngah abad, berbanding dengan pem binaan bahasabahasa moden lain (yang mengambil masa ratusan tahun), DBP bersama dengan pihak lain seperti insti tusi pendidikan dan pengajian tinggi, telah berhasil membina bahasa Melayu moden yang mampu menjadi pengung kap pelbagai bidang ilmu moden dan dapat membentuk pelbagai wacana kehidupan moden. Dalam bidang sastera, DBP berperanan membina minda bangsa dengan menya jikan karyakarya sastera yang dapat memungkinkan penghayatan nilainilai kemanusiaan, ketuhanan, persefahaman dan sebagainya. Demikian juga, mela lui bidang penerbitan, DBP berperanan besar dalam memperkaya khazanah per suratan bangsa dan negara dalam pel bagai bidang, iaitu ilmu, profesional dan kreatif. Kesemua hasil atau produk, baik dalam bidang bahasa, sastera mahupun penerbitan itu merupakan sumbangan DBP dalam pembinaan dan pembangu nan negara, khususnya dalam aspek pembangunan yang bersifat dalaman, iaitu pembangunan minda dan budaya. Dasardasar kenegaraan yang menjadi landasan pembinaan dan pembangunan negara kita sejak merdeka pada tahun 1957, telah terbukti berjaya meletakkan pencapaian negara kita dalam suatu tahap ‘keajaiban’ yang membanggakan. Dasar Pendidikan Kebangsaan, misal nya, telah berhasil melahirkan ratus an ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Hakikat ini tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan kita yang ber bahasa penghantar bahasa Melayu itu telah berjaya mengeluarkan para cerdik pandai dalam pelbagai disiplin ilmu, para teknokrat, para birokrat dan profe sional dalam pelbagai bidang lain. Cuma sewaktu memasuki awal abad ke21 ini, isu bahasa Melayu telah dipertentang kan orang dalam keserongan persepsi dengan keperluan kita terhadap bahasa Inggeris. Maka timbullah interpretasi yang bercanggah antara keperluan negara dengan kepentingan antarabang sa. Kedudukan bahasa Melayu kian ter pinggir dan diketepikan dalam ranah kehidupan yang berkonflik. BAHASA PENJANA MINDA Oleh Shariffulizan Malek D alam dialek Negeri Sembilan balok bermaksud hiruk pikuk atau bising, bunyi orang ramai bercakapcakap tidak tentu bunyinya. Contoh penggunaannya: Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak dapek nak berunding (disebabkan terlam pau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat merun dingkan hal itu). Balok BICARA KARYAWAN Bersama Datuk A Aziz Deraman BERITA HARIAN Rabu, 16 Jun 2008 Cold blooded i) Berdarah sejuk BI: Reptiles are cold blooded animals. (mempunyai suhu darah BM: Reptilia ialah haiwan berdarah sejuk. yang lebih rendah daripada suhu sekitaran) ii) Kejam BI: That was a cold blooded murder. BM: Itu suatu pembunuhan yang kejam. Cold (hard) cash Tunai BI: As he is a small time retailer, he wants to be paid in cold, hard cash. BM: Dia mahu bayaran tunai kerana dia hanya peruncit kecil-kecilan. Cold colour Warna sejuk BI: Grey and blue are cold colours. BM: Kelabu dan biru itu warna sejuk. Cold comfort Tidak membantu BI: A small drop in the inflation rate is cold menyedapkan hati comfort for the millions without a job. BM: Penurunan kecil kadar inflasi tidak membantu menyedapkan hati jutaan penganggur. Cold feet Gemuruh BI: Syairah often gets cold feet before an interview. BM: Syairah sering berasa gemuruh sebelum sesuatu temu duga. Cold hearted Tiada rasa simpati/ tidak BI: Only a cold hearted person will ill-treat berperi kemanusiaan another human being. BM: Hanya orang yang tiada rasa simpati yang tergamak berlaku kejam terhadap sesama manusia. Cold fish Orang yang bersikap BI: He is a cold fish and refuses to listen to dingin the grievances of her subordinates. BM: Dia seorang yang bersikap dingin dan enggan mendengar rungutan orang bawahannya. Cold shoulder Bersikap dingin terhadap BI: She tried to be friendly, but she keeps seseorang getting the cold shoulder from her colleagues. BM: Dia cuba berbaik-baik tetapi rakan sekerjanya sentiasa bersikap dingin terhadapnya. Cold storage i) Storan sejuk BI: Fish and vegetables can stay fresh for a few (put in) cold storage days when kept in the cold storage. BM: Ikan dan sayur-sayuran boleh segar selama beberapa hari jika disimpan dalam storan sejuk. ii) Mengetepikan sesuatu BI: I have to put my plans in the cold storage buat sementara waktu as it is not the right time. BM: Saya terpaksa mengetepikan rancangan saya buat sementara waktu kerana masanya belum sesuai. Cold sweat Naik peluh sejuk/ BI: He gets cold sweat every time he is asked to darah gemuruh give a speech. BM: Dia berasa gemuruh setiap kali diminta berucap. Cold turkey Rawatan mendadak BI: He had to undergo the cold turkey treatment (treatment) for his addiction. BM: Dia terpaksa menjalani rawatan mendadak terhadap penagihannya Cold war Perang dingin BI: Cold war started between the United States and Soviet Union since the Second World War. BM: Perang dingin bermula antara Amerika Syarikat dan Rusia sejak Perang Dunia Kedua. Catch cold Kena/dapat selsema BI: Do not stay outside for too long at night, you might catch cold. BM: Jangan berada di luar terlalu lama pada waktu malam, nanti kena selesema. Leave someone cold Tidak menimbulkan minat BI: The novel left me cold. seseorang BM: Novel itu tidak menimbulkan minat saya. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya LIHAT MUKA 11

Transcript of BiCARA KARYAWAN BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 … · Ditubuhkan pada 26 Julai 1977 untuk...

Page 1: BiCARA KARYAWAN BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 … · Ditubuhkan pada 26 Julai 1977 untuk menggalakkan ... baran suhu yang sejuk. Namun dalam ... bakar semangat rakyat, terasa abadi

PERIBAHASA

KATA DIALEK

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008

Halaman Tiga

TAHUKAH ANDA?

DBP dalam Pembinaan Negara Bangsa Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) seiring dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam sum-­­

bangannya kepada perkembangan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu. PLM sebagai persatuan yang bergerak dalam bidang bahasa sentiasa memandang berat terhadap perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pe-­­ ngantar ilmu.

Ditubuhkan pada 26 Julai 1977 untuk menggalakkan pengkajian terhadap bahasa dan masalah-­­masalah bahasa di negara ini serta mengeratkan perhubungan antara pengkaji dan peminat bahasa. Keanggotaan dalam persatuan terbuka kepada semua yang bermi-­­nat dengan syarat dipersetujui oleh majlis PLM.

PLM juga turut memperjuangkan beberapa isu bahasa terutama pembakuan tatabahasa dan sebu-­­tan, pemupukan variasi bahasa Melayu Tinggi dan penggunaan bahasa dalam bidang undang-­­undang dan perkamusan

Sumbangan dan peranan PLM dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu dapat dili-­­hat dalam kegiatan penyebaran ilmu bahasa seperti Hadiah Bahasa, Forum Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, Khemah Bahasa, Seminar, Ceramah Bahasa, Kursus Bahasa, penerbitan buku, jurnal linguistik dan buletin untuk ahli.

Khas untuk para pendidik beberapa siri Seminar Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan telah berjaya dianjurkan selama tujuh tahun berturut-­­turut (1985-­­1991).

Dalam menganjurkan kegiatan kebahasaannya PLM mengadakan kerjasama dengan badan-­­badan korporat sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta.

Hadiah Bahasa yang diasaskan pada tahun 1983 diadakan dengan kerjasama Public Bank Berhad. Hadiah ini diadakan sebagai satu usaha bagi meng-­­hargai jasa penulis yang telah menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu yang baik.

PLM juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menganjurkan Syarahan Raja Ali Haji. Acara tahunan ini mengemukakan tokoh dari dalam dan luar negara menyampaikan syarahan tentang persoalan-­­persoalan semasa dalam bidang persuratan Melayu.

Rentetan kegiatan kebahasaan yang telah dilak-­­sanakan oleh PLM dan disokong pula dengan hasil penerbitannya iaitu buku, jurnal dan buletin telah menyumbang kepada pertumbuhan bahasa dan kece-­­merlangan ilmu bahasa Melayu.

Persatuan Linguistik Malaysia

Makna peribahasa ini ialah bermuka dua, mendua hati dan juga bermaksud munafik. Orang yang digambarkan dengan peri-­­

bahasa ini biasanya seorang penipu, tidak ikhlas dan tidak mempunyai sifat-­­sifat murni dalam diri. Peribahasa lain yang sama maksud ialah talam dua muka dan seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari. Sering kali juga peribahasa ini dikaitkan dengan sikap berpura-­­pura dan hipokrit. Sekelat ialah kain tenun daripada bulu domba.

BH PILIH L3 16 (emel)

Perkataan bahasa Inggeris cold bermaksud “sejuk” dalam bahasa Melayu dan terus memberikan gam-­­

baran suhu yang sejuk. Namun dalam situasi, konteks dan bentuk tertentu cold juga boleh bermaksud “dingin” yang jika diterjemahkan semula ke dalam bahasa

Inggeris lebih menepati kata cool. Hal ini jelas mencerminkan pengaruh budaya dalam bidang penterjemahan.

Jadi, diksi atau pemilihan kata yang tepat banyak bergantung pada kelaziman sesuatu penggunaan kata yang memang telah teradat gabungannya atau rangkai-­­

annya. Contohnya, kata cold dalam cold sto-rage boleh diterjemahkan kepada “sejuk” tetapi kata cold dalam cold war lebih tepat diterjemahkan kepada “perang dingin” .

Berikut disenaraikan contoh frasa yang mengandungi kata cold dan terjemahan-­­nya:

Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib

Seperti Sekelat Muka Dua

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Setiap kali kita mendengar lagu kor-­­porat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau membaca liriknya hasil

karya SN Usman Awang dengan gubahan lagu Saiful Bahri yang penuh memukau, bersemangat patriotik itu, maka selama itulah kita merasakan kebenarannya. Bulu roma kita meremang tatkala meng-­­ingati demikian hebatnya sebuah insti-­­tusi yang membawa “Tenaga jiwa bang-­­sa, nama dari suatu sejarah, api dari suatu zaman, kesaktian lidah rakyat”. DBP itulah “Obor kebangsaan, restu dari jiwa pahlawan” dan nyalanya mem-­­bakar semangat rakyat, terasa abadi dan keramatnya.

Sejarah mencatatkan, DBP sebagai “Obor Semangat Nan Abadi” itu lahir pada 22 Jun 1956, di atas puncak nyala api perjuangan rakyat yang mahukan kemerdekaan negara mendukung jati diri dan citra negara bangsa moden yang berakarkan bumi sendiri. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru dan Singapura, mem-­­punyai kaitan yang sangat erat dengan cita-­­cita penubuhannya. Itulah jua suatu kelanjutan perjuangan bangsa. Perjuangan bahasa, selain daripada per-­­juangan politik, kebudayaan, ekonomi, dan sebagainya telah menjadi salah satu asas kebangkitan nasionalisme atau semangat kebangsaan di ibu pertiwi ini.

Penubuhan DBP merupakan usaha mempersiapkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi bangsa dan negara merdeka bagi tujuan pentadbiran, pen-­­didikan, undang-­­undang, media am, ekonomi, dan bidang yang lain. Pada tahun 1956 itu juga Jawatankuasa Pelajaran Razak telah menghasil-­­kan laporan yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961, yang berorientasikan ciri kebangsaan dari segi kurikulum, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar utama. Selama lebih lima dekad, DBP melak-­­

sanakan amanah bangsa dan negara dalam proses pembinaan negara melalui kerja yang berkaitan dengan perancangan bahasa, sastera kebang-­­saan dan penerbitan. Orang yang mema-­­hami konsep pembinaan dan pemba-­­ngunan negara dari sudut yang sempit, yakni yang memandang pembinaan dan pembangunan negara dari aspek pembangunan fizikal semata-­­mata, mungkin tidak dapat melihat peranan DBP dalam pembangunan dan pem-­­binaan negara. DBP bukan agensi kera-­­jaan yang bertanggungjawab membina prasarana seperti jambatan, jalan raya, membuka tanah ladang untuk pertani-­­an atau penghasilan barangan industri. Tanggungjawab DBP ialah pembinaan dan pembangunan akal budi atau minda, ilmu, dan budaya bangsa.

Dalam bidang bahasa, DBP melak-­­sanakan amanah membangun, me-­­ngembang dan membina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa Melayu hendaklah ber-­­fungsi sebagai wahana komunikasi dalam semua bidang kehidupan rakyat.

Dalam tempoh tidak sampai sete-­­ngah abad, berbanding dengan pem-­­binaan bahasa-­­bahasa moden lain (yang mengambil masa ratusan tahun), DBP bersama dengan pihak lain seperti insti-­­tusi pendidikan dan pengajian tinggi, telah berhasil membina bahasa Melayu moden yang mampu menjadi pengung-­­kap pelbagai bidang ilmu moden dan dapat membentuk pelbagai wacana kehidupan moden.

Dalam bidang sastera, DBP berperanan membina minda bangsa dengan menya-­­jikan karya-­­karya sastera yang dapat memungkinkan penghayatan nilai-­­nilai kemanusiaan, ketuhanan, persefahaman

dan sebagainya. Demikian juga, mela-­­lui bidang penerbitan, DBP berperanan besar dalam memperkaya khazanah per-­­suratan bangsa dan negara dalam pel-­­bagai bidang, iaitu ilmu, profesional dan kreatif. Kesemua hasil atau produk, baik dalam bidang bahasa, sastera mahupun penerbitan itu merupakan sumbangan DBP dalam pembinaan dan pembangu-­­nan negara, khususnya dalam aspek pembangunan yang bersifat dalaman, iaitu pembangunan minda dan budaya.

Dasar-­­dasar kenegaraan yang menjadi landasan pembinaan dan pembangunan negara kita sejak merdeka pada tahun 1957, telah terbukti berjaya meletakkan pencapaian negara kita dalam suatu tahap ‘keajaiban’ yang membanggakan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan, misal-­­nya, telah berhasil melahirkan ratus-­­an ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Hakikat ini tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan kita yang ber-­­bahasa penghantar bahasa Melayu itu telah berjaya mengeluarkan para cerdik pandai dalam pelbagai disiplin ilmu, para teknokrat, para birokrat dan profe-­­sional dalam pelbagai bidang lain. Cuma sewaktu memasuki awal abad ke-­­21 ini, isu bahasa Melayu telah dipertentang-­­kan orang dalam keserongan persepsi dengan keperluan kita terhadap bahasa Inggeris. Maka timbullah interpretasi yang bercanggah antara keperluan negara dengan kepentingan antarabang-­­sa. Kedudukan bahasa Melayu kian ter-­­pinggir dan diketepikan dalam ranah kehidupan yang berkonflik.

BAHASA PENJANA MiNDA

Oleh Shariffulizan Malek

Dalam dialek Negeri Sembilan balok bermaksud hiruk pikuk atau bising, bunyi orang ramai bercakap-­­cakap tidak tentu bunyinya. Contoh

penggunaannya: Dek tolampau balok kek dapo, Pak Doreh tak dapek nak berunding (disebabkan terlam-­­pau bising di dapur, Pak Deris tidak dapat merun-­­dingkan hal itu).

Balok

BiCARA KARYAWAN Bersama Datuk A Aziz Deraman

BERITA HARIAN Rabu, 16 Jun 2008

Cold blooded i) Berdarah sejuk BI: Reptiles are cold blooded animals. (mempunyai suhu darah BM: Reptilia ialah haiwan berdarah sejuk.yang lebih rendah daripada suhu sekitaran)ii) Kejam BI: That was a cold blooded murder.

BM: Itu suatu pembunuhan yang kejam.

Cold (hard) cash Tunai BI: As he is a small time retailer, he wants to be paid in cold, hard cash.BM: Dia mahu bayaran tunai kerana dia hanya peruncit kecil-kecilan.

Cold colour Warna sejuk BI: Grey and blue are cold colours.BM: Kelabu dan biru itu warna sejuk.

Cold comfort Tidak membantu BI: A small drop in the in�ation rate is coldmenyedapkan hati comfort for the millions without a job.

BM: Penurunan kecil kadar in�asi tidak membantu menyedapkan hati jutaan penganggur.

Cold feet Gemuruh BI: Syairah often gets cold feet before an interview. BM: Syairah sering berasa gemuruh sebelum sesuatu temu duga.

Cold hearted Tiada rasa simpati/ tidak BI: Only a cold hearted person will ill-treat berperi kemanusiaan another human being.

BM: Hanya orang yang tiada rasa simpati yang tergamak berlaku kejam terhadap sesama manusia.

Cold �sh Orang yang bersikap BI: He is a cold �sh and refuses to listen todingin the grievances of her subordinates.

BM: Dia seorang yang bersikap dingin dan enggan mendengar rungutan orang bawahannya.

Cold shoulder Bersikap dingin terhadap BI: She tried to be friendly, but she keeps seseorang getting the cold shoulder from her colleagues.

BM: Dia cuba berbaik-baik tetapi rakan sekerjanya sentiasa bersikap dingin terhadapnya.

Cold storage i) Storan sejuk BI: Fish and vegetables can stay fresh for a few(put in) cold storage days when kept in the cold storage.

BM: Ikan dan sayur-sayuran boleh segar selama beberapa hari jika disimpan dalam storan sejuk.

ii) Mengetepikan sesuatu BI: I have to put my plans in the cold storagebuat sementara waktu as it is not the right time.

BM: Saya terpaksa mengetepikan rancangan saya buat sementara waktu kerana masanya belum sesuai.

Cold sweat Naik peluh sejuk/ BI: He gets cold sweat every time he is asked to darah gemuruh give a speech.

BM: Dia berasa gemuruh setiap kali diminta berucap.

Cold turkey Rawatan mendadak BI: He had to undergo the cold turkey treatment (treatment) for his addiction.

BM: Dia terpaksa menjalani rawatan mendadak terhadap penagihannya

Cold war Perang dingin BI: Cold war started between the United States and Soviet Union since the Second World War. BM: Perang dingin bermula antara Amerika

Syarikat dan Rusia sejak Perang Dunia Kedua.

Catch cold Kena/dapat selsema BI: Do not stay outside for too long at night, you might catch cold. BM: Jangan berada di luar terlalu lama pada waktu malam, nanti kena selesema.

Leave someone cold Tidak menimbulkan minat BI: The novel left me cold. seseorang BM: Novel itu tidak menimbulkan minat saya.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya

LIHAT MUKA 11